Ehhhh, jap2. Sebelum baca post yang aku tengah taip nih, dengar la sekali OST Anime AnoHana nih. Biar kasi feel sikit, aku pun tengah dengar OST nih gakkk time tengah taip ni ha. Hakkhakkkhakkk
Sekali lagi, aku nak promote anime nih.
Tengok lah anime nih, lepas habis tengok,
mesti perspektif(pandangan) kau dalam kehidupan akan berubah dan
kau akan lebih hargai kehadiran orang2 kat sekeliling kau sebelum terlambat T_T
Seriously, aku rasa macam tak sangka sangat2 dan aku rasa aku nih masih dalam mimpi *ceeewah* yang aku dapat hadiah Nendoroid Menma nih haritu *baca la link menma photoshoot pertama tadi untuk cite lebih lanjut*. Terima kasih banyak2 ye Hani :')
Aku memang dah lama nak buat Menma Photoshoot untuk kali kedua nih, tapi takde semangat. Haritu Hani cakap dia rindu nak main Menma, dia pun mintak aku tangkap gambar Menma nih. So, aku pun dapat la semangat balik dan aku pun buat la photoshoot. Photoshoot nih aku buat 3 March 2013 marin, tapi sekarang nih baru dapat upload sebab haritu wayar USB camera hilang. Ughhh, baling kamera ni kang *kamera lak jadi mangsa =.=*.
Tanpa membuang masa, dipersembahkannnn *bunyi drum*. Tadaaaaa~ Haihhh, gambar2 high quality nih lama bebenor nak upload. Kalau nak view gambar besar2, tekan Ctrl button sambil click mana2 gambar.
Over pulak Menma nih =.=
Ni pun sama je, memalukan betol =.=
Rasyidah : Aku nak bunuh kau!!
*updated: hani suko bonar dgn gambar nih. hahaha*
Menma is learning how to ballet~
*updated: Juni gelak besar dengan Panadol ni
Eating marshmallow!
*rugi je marshmallow aku =.=, takpe2 kira halal la
*updated: kak ngah suka betul
dengan gbr marshmallow nih*
Comel je, tengok la sape owner dia. hakhak xD
Menma In The Jar :*
Menma, the Bride.
Ni comel gak, hakhak!
Bagus gak aku buat bunga untuk dia!
hakhak good job Rasyidah! xD
Itadakimasu! // Let's eat!
Goodbye all, Menma is going to sleep now ;)
Seni menulis atas beras. LOOOOOOL~
Ada nama kawan2 aku yang lain gak aku tulis :P
Era = Rasyidah, aku la tu (kenapa Era? sebab tak cukup space nak tulis Eras =.=)
Honey = Hani
Aku buat nih tahun 2011 camtuh.
Soooooooooon, I will buy you with my own moneyhhhh.
Dear Gshock, please wait for me okay ;)
Keadaan funfair kat Bahau khamis lepas, harituh tengah pasang2 lagi.
Haihhhhh, bila dapat pergi? 10 tahun dah tak gi funfair//pampe *sebutan masa budak*
Aku rasa, rasa lahhh, ini pertama kali kot Bahau ada funfair grand camnih.
Dulu cikai2 punya funfair! haha, kejam tol aku.
Tadi (26.3.2013) baru balik dari CC, isi borang2 online dengan mila, hani.
Aku rasa dah bukak kot funfair nih, semua dah complete dah aku tengok.
Carousel ataupun merry-go-round pun ada sekali!, arghhhh
tapi kecik punya version lah.
Excited pulak aku, tapi nak pergi dengan sape T_T
Hahahahahaha *gelak besar*
P/s : Kak Ngah aku kata kat aku, "Saya suka tengok gambar benda tuh. Oo, macam tu rupanya nak main nendoroid". hahaha, tenkiu kak ngah :*****
P/s : I had a great time with Mila and Hani todayyy ;)
All those pictures above were captured by using Samsung Camera. bukan samsung galaxy camera =.=
Makkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!! *terbelahak mak aku kat dapor =.=
Hahahahahahahaha, mood tengah excited gila babeng nih. Arkkkkkk!
Hahahaha, okayyyy sabar rasyidah sabar.
Bhahahaha, nak dipendekkan cerita marilah kita beramai2 menonton video nih.
Nama benda alah nih Macbook Air Mirror // Mirrorbook Air dan macam2 lagi lahhh nama benda alah nih.
Tapi function tetap satu, iaitu tengok bulu kening tebal ke tak.
Memang stail gila lahhhhhh benda nih. Hahahahahaha :DD
Kalau dapat satu, rasa macam nak lompat satu dunia.*melampau betul* Hahahaha XDDDDD
Sangat awesome lah cermin nih, aku rasa nak lempang satu dunia kalau aku tak dapat cermin nih suatu hari nanti!
Kuang asam betul nak lempang2 orang =.=
Utube user kat atas kata, dia beli kat Akihabara.
Fakta Akihabara : Nama pendeknya, Akiba. Bukan Akibat. Okayyy, tempat nih kat Jepun. Aku bukan stalker negara Jepun lahhhhhh, tapi asal aku nampak gadget2 yang cute // awesome je mesti orang tuh beli kat Akihabara Akihabara Akihabara. Haihhhh, melepasss. Okayyyy, Akihibara nih satu tempat kat Jepun yang tempat nih memang penuh dengan orang jual2 gadget, benda2 weird // awesome // cute sume campak kat sini. Aku dengar2 je lah. Perginye belum. InshaAllah one day aku dapat helicopter sendiri, aku fly sana.
Kenal Daiso tak??? Kedai Daiso nih asalnya dari Jepun. Daiso nih bagi aku, ala2 kedai RM2 Malaysia *kedai 1Malaysia takde kena mengena kat sini, tapi aku suka kedai RM2 gak LOL*.
Daiso nih kira Jepun punya kedai 100yen. Tapi Daiso masuk Malaysia, jadi la Daiso kedai RM5.
Tiap2 barang harganya RM5 tak kira la besar ke kecik ke, lantak kau lah kau nak beli ke tak.
Daiso nih buat aku rambang mata dan nafsu boros pun dah sampai. Bhahahaha XD
Banyak gila benda2 cute kat kedai Daiso nih.
Kalau aku pergi Daiso, memang lama gila ahhhh pusing2.
Kedainya pun besar sikit kalah kedai RM2. *sorry kedai RM2, aku tetap sayang kau gak, tapi kau nombor 2, kau kan suka nombor 2? Hahahahaha bodoh =.=*
Mostly barang2 kat Daiso nih cute2, barang2 harian kehidupan orang kat Jepun. Contohnya bekas makanan bawak pergi sekolah ke etc etc etc. Jangan la suruh aku cite pasal apa yang diaorang jual kat sana, tak cukup tangan aku nak taip kang.
Sebut pasal bekas makanan nih ataupun orang melayu panggil tupperware padahal takde kaitan dengan tupperware pun, hari tu aku dengan Hani pergi Daiso nak cari bekas makanan // bento box nih. Kononnya nak makan bento (lunch // sonang cito makanan lahhhh, adoiiii ). At last, tak beli pun. Sebab? Sebab bento box nih kecik sangat, aku tak tau nak letak apa kalau beli nanti. Nasi lemak 50 sen pun tak muat! Silap haribulan kalau aku beli, aku jadikan kotak kerongsang. Bhahahaha XD
Credit goes to casaBento.com for the pic.
Domo arigatou gozaimasu!
Haritu jugak, ada botol2 sos//kicap kecik2 kat situ aku nampak. Besar ibu jari je wehhh. Mak datok bappak lah keciknyeeeee! Nak sumbat apa dalam botol tuh kecik sangat! Tergelak2 aku kat Daiso marin, naseb baik tak ramai orang =.=
Okayyyyy, biasanya kan. Kat high school kat Jepun, pelajar2 pompuan kat sana yang nak menggatal // flirt dengan pelajar laki kat sana, si pompuan tuh akan buatkan bento untuk laki tuh. Pompuan tuh offer makan la. Biasanya pelajar2 laki kat sana memang kenyang makan bento pompuan2 tuh je, tak payah keluar duit beli makanan kat cafeteria // kantin. Diaorang kadang2 makan sama2, kadang2 tak. Depends kat pelajar pompuan tuh cun ke tak. Bento2 yang pompuan gatal nih buat sememangnya comel. Mesti sedap la kot.
Ni lah contoh bento.
Nak lebih, google la sendiri =.=
Dahh masuk part pelajar pompuan dengan pelajar laki nih, meh aku nak cakap sikit pasal APA YANG DIAORANG BUAT BILA DAH TAMAT SEKOLAH aka WAKTU GRADUATION DAY. Benda nih based on drama Jepun tajuk pe entah yang aku tengok kat 8TV dulu. Time tuh aku budak lagi law.
Nih uniform budak laki kat high school Jepun sana. Nampak tak Second Button kat uniform tuh? Okayyy, bila dah habes sekolah. Si pelajar laki nih, akan cabut Second Button tuh dan kasi kat pelajar pompuan ataupun junior pompuan yang si pelajar laki nih minat. Amboiiiiiiiii~ Sweet sungguh. Memang sweet habes ahhh, time aku tengok drama Jepun tu pun aku macam "Bestnye senior year".
Okayyyy, kenapa Second Button kan? Kenapa tak First Button? Ke pelajar laki nih minat Kedai RM2 dan minat nombor 2 jugak? *bhahahaha, tiba2 lak masuk kedai RM2*.
Kenapa Second Button? Aku pun macam tertanya2 time tengok drama tuh. Then pandai pelakon tuh explain jugak kenapa Second Button. Sebabnya, Second Button nih la yang paling dekat dengan hati pelajar laki tuh. Ceeeeewah~ Second Button nih jugak ada banyak simpan memori dan perasaan yang dialami oleh pelajar laki tuh sepanjang dia sekolah. So, kalau pompuan dapat Second Button dari laki tuh, maksudnya laki tuh suka dengan pompuan tuh, nak pompuan tuh ingat dia dan faham perasaan laki tuh kat pompuan tuh. Kalau pompuan tuh minat kat laki yang kasi dia button tadi, dia pun boleh confess sama, yang dia suka dengan laki tuh.
Oh yaaa, pompuan jugak boleh mintak Second Button dari laki kalau laki tuh ada lagi.
Sangat sweet kot aku rasa, dulu time aku budak2 lagi darjah 5 camtuh, aku ingatkan high school kat Malaysia macam tu gak, rupanya tak laaa. Hahahaha :D
Okayyyy, kat sini aku nak tegaskan sekali lagi. Aku bukannya stalker negara Jepun ke, nak tiru2 lifestyle Jepun sampai nak google2, obses sangat dan blabla. Sama sekali tak okayyyy. Benda2 nih macam datang sekali waktu tengah tengok drama Jepun. So macam same goes to Hong Kong drama, Korean drama, Taiwanese drama and etc etc. Aku harap takde perspektif negatif tentang aku berkaitan dengan cite pasal Jepun kat post nih.
Okayyy, masuk balik part bento. At last tak beli bento box kat Daiso. Satu hari, aku ada la bawak penkek nak makan dengan Hani sebelum ujian Lukisan Kejuruteraan pertengahan tahun. Ada satu hari tu pulak, Hani pulak bawak bento dia : french toast. Kitaorang makan bento sama2, ahhh sweetnye. Rasa macam tenang je makan pagi2 kat pondok sekolah time tuh sambil juniors lalu lalang macam tak pernah nampak orang makan =.=
Aku buat penkek nih pakai tepung Nona ni je.
Aiyen rekemen kat aku.
Habih cite, tak payah susah2.
Letak air, telur dan minyak, kacau, masuk dalam kuali.
Kalau makan dengan aiskrim, sedapnyaaaaaaaaa T___T
Okayyyy *bape banyak kali okayyy mau cakap =.=*, motif aku cerita pasal Daiso kat sini, aku berharap sangat2 Macbook Air Mirror tuh ada dijual kat Daiso. Senang sikit hidup aku >.<
Cermin tuh ada jual kat Amazon.com. Malas ahhhhhhh aku nak shopping online.
Thank you google.com for those pictures.
Thank you Allah, I'm still breathing on this Earth for more than 18 years.
Aku dan dia bertemu pada tahun 2011. Aku dah lama dah bertunang dengan dia. Tapi belum lagi tahap yang seterusnya.
Isnin depan. 5 November 2012 merupakan hari pertama exam kursus pernikahan aku dengan Si Dia, yang tercinta dan yang aku ingin miliki dari dahulu lagi. Kalau aku lulus dengan cemerlang tertinggi dari exam kursus pernikahan hari pertama sampai hari ke 31 tuh, bermaksud aku akan dapat la kahwin dengan dia kan kan?
5 November 2012 - Bahasa Melayu
6 November 2012 - Bahasa Inggeris
7 November 2012 - Sejarah
8 November 2012 - Mathematics
19 November 2012 - Pendidikan islam
20 November 2012 - Matematik Tambahan
21 November 2012 - Fizik
26 November 2012 - Kimia
6 Disember 2012 - Lukisan Kejuruteraan
Tu je lahhh, aku pun nak pergi beli pen untuk jawab exam kursus perkahwinan tu nanti. Hahahaha :D
Tak sabar nak enjoy dengan kawan2 lepas spm kang, ye la selama ni asyik duduk rumah je memanjang. haha
Keputusan sama ada kami akan bernikah atau tak akan diketahui pada akhir bulan Mac 2013 nanti. InshaAllah kami akan bernikah!
Today, tinggal 17 hari lagi untuk SPM. Perghhhhh~ Menghitung hari gila aku.
Okay, tadi waktu kelas BI tadi semua stressful lah nak jawab questions semua. Cikgu Shobana pun cakap kelas ini kelas terakhir sebelum SPM. Tak pasti lagi betul ke tak.
Then dalam tengah2 fikir jawapan untuk Step By Wicked Step punya novel nih, aku terdengar bunyi anak kucing. Aku memang dah syak sangat yang itu bunyi anak kucing. Then aku macam biar je lah mungkin sebab anak kucing tu kat luar kan.
Aku pun bangun, aku kan duduk depan sekali. Pahtu aku cakap, "Ermmm, *ragu2 nk ckp* teacher, ada kucing". Teacher pusing lah kan. Then dia tengok bawah, Automatically dia jerit. Satu kelas macam terkejut lahh. Pahtu teacher gelak2. Dia kata, "Rasyidah, you better dont do this on other teachers". Aku macam, hahahaha, aku bagi tau je kot. Tak sangka dia menjerit. Dia suruh aku angkat keluar, tapi Choi yang angkat aku follow tengok belakang LOL. Then teacher kata, "This is a sample of shouting huh". Pahtu kelas gelak2.
Mungkin ini kali pertama kelas nampak dia gelak kot. Sebab sebelum ni macam rare gila tengok dia gelak dalam kelas. Naseb baiklah teacher tak melompat ke apa ke tak ke naye aku nanti dibuatnye.
Pahtu dia ada ckp dalam kelas tadi, "Make sure you will get A in English. If not, on that time when you take SPM result. I will ask you to sit, then Too Beng Kai will roll on you". Tak silap aku dia ckp macam tuh lah. Kalau salah apa nak buat, rumah aku nih takde pengorek telinga. HAHAHA. Lawak kot time tuh. Bayangkan Too Beng Kai yang agak chubby tuh roll atas budak2 nih. Mati kepenyekan kitaorang. Hahaha.
Sekarang ni, aku suka guna ayat nih. Misalnya waktu tuh ada orang nak pinjam liquid paper ke pen ke pemadam ke kalkulator ke. Aku akan cakap, "Wei, rumah kau nih memang takde kalkulator ke hape ah??? *sambil buat muka tension*".
Gayat gila akyat aku tuh, tpi kalau kau nak guna, kau mesti jangan lupa pakai perkataan RUMAH tuh. Bagi nak tambah feeling sikit.
Saje nk ckp kat sini, so nanti bila aku dah masuk UM nanti, aku baca la balik entri2 tahun lepas aku :D
Hujan masih turun tetapi aku tetap dengan niat aku untuk buka komputer. Tepat 19:20:34, aku ditemani lagu Ku Relakan Dikau Pergi. Aku tak tahu kali ni kali berapa aku dengar, mungkin dah beratus kali. Waktu aku tengah basuh cover phone buruk dan beg dompet yang dibeli di pasar malam dua tahun lepas, aku tiba-tiba terfikir pasal dia. Aku teringat dia cakap “Dia pandai, dia tak baca pun boleh dapat keputusan bagus”. Aku sedih mendengarnya. Aku harap aku dapat cakap dekat dia “Disebalik kau berusaha banyak-banyak tapi kau tak dapat keputusan yang bagus, mungkin ada hikmah”.
Aku tak tahu nak buat apa. Sebagai kawan, aku tahu yang aku patut tolong kau untuk dapatkan keputusan yang bagus. Tapi, aku tak mampu nak buat disebabkan masa kita bersama tak banyak. Tapi aku tak boleh salahkan masa. Telinga aku dipanah bunyi ngiauan anak kucing. Ah, aku teringat lagi pasal Felisha. Dia suka dengan kucing. Dia ada kata yang dia tak boleh bela lagi sebab mak dia tak kasi. Aku keluar mencari sumbernya. Terkejut ketika aku melihat seekor anak kucing berwarna putih dengan belang hitam di hidungnya. Ah, biarkan sahaja. Anak kucing itu pun sempat main sorok-sorok ketika aku melihatnya. Bye aku ucapkan, aku terus tutup pintu.
Felisha, aku nak sangat tolong kau dalam beberapa mata pelajaran yang aku pro. Tapi aku pun busy, kau pun busy. Kalau kita tinggal di asrama, mesti kita dah boleh buat study group sama-sama. Aku nak sangat kita masuk MRSM sama-sama tahun depan. Aku doakan kau dapat keputusan yang bagus pada peperiksaan penting tahun ni. Kalau aku dapat masa untuk ajarkan kau Sains, aku akan buat. InsyaAllah.
Felisha, kau ingat tak lagi?
Kisah pertama :Time tu kita nak balik sama-sama lepas tadika. Aku ikut jalan pergi rumah kau. Lepas tu, aku nak balik. Tup-tup aku nampak sekumpulan lembu. Takut, sebab time tu masih kanak-kanak Ribena. Tapi, kau kasi kata-kata semangat untuk aku teruskan perjalanan. Aku pun dengan rasE takut tapi cover cool, aku tembusi sekumpulan lembu tu. Aku lambai kat kau, kau pun lambai kat aku:D.
Kisah kedua :Time tu dah balik dari tadika. Abang aku ajak naik basikal round-round taman perumahan. Tiba-tiba aku nampak kau dekat luar pintu sebuah rumah. Kau lambai kat aku. Aku pun mula-mula tak perasan yang itu kau. Haha:D Aku pun lambai. Lepas tu, aku suruh abang aku round lagi sekali, tapi aku tak nampak kau lagi. Mungkin kau dah masuk rumah. RasE kecewa terbit di hati.
Aku tak sangka persahabatan kita dari tadika lagi berkekalan sampai sekarang. Aku harap ia berkekalan sampai aku mampus.
P/S buat Felisha :Kalau kau rasE yang Felisha ni kau. Please text me. Aku nak kau tahu betapa sayangnya aku kat kau walaupun aku selalu menyakitkan hati kau, selalu tak buat baik kat kau walaupun kau dah buat baik banyak kat aku.
Lagi satu p/s buat Felisha :Pendapat aku, kau memang dah banyak berusaha untuk membuat keputusan peperiksaan yang memberangsangkan sehingga terangsang. Tapi keputusan tu, bukan dapat menentukan kau kerja elok ke tak elok. Yang paling penting, kau dapat ilmu. Betul tak? Mungkin kau tak dapat keputusan yang memberangsangkan time sekarang, tapi kita tak tahu kau dapat kerja apa nanti besar? Mungkin kau dapat pangkat CEO dalam syarikat Rasyidah Utama? Siapa tahu?
P/S buat Felisha kali ketiga : Woi, kau faham tak apa aku cakap nih? Nanti aku tolong kau dalam mata pelajaran Sains. Last sekali, aku sayangkan kau.
P/S untuk kawan-kawan yang aku invite untuk baca blog aku :Jangan la kecil hati nama kau tak tersiar. Aku sayangkan kau gak. Cuma aku tak mampu nak luahkan depan-depan. Aku ada cara aku tersendiri untuk meluahkannya:D Aku kan romantik, hahahahahahahahahaa:DD
Seperti biasa, aku dalam keadaan buntu tapi control cool time buat kerja kursus yang diberi beberapa kurun dahulu. Arh, perasaan boring menyergahku. Aku pun keluar ke ruang tamu untuk mencari suis desktop komputer aku. Puas mencari, jumpa pun dalam keadaan tersengih sebab aku salah tekan suis tadi.
Sementara menunggu desktop komputer kesayangan aku yang masih dalam Windows XP yang dibeli pada akhir tahun 2008 ini hidup, aku pun sengaja melilau-lilaukan anak mata berwarna hitam ini ke luar rumah. Tiba-tiba aku ternampak sebuah jip berwarna kesukaan aku lalu dihadapan rumah. Bapak lawa! Mulut aku terkelu tatkala melihat jip itu lalu dihadapan mataku. Aku tersengih menandakan aku suka dengan kehadiran jip itu. Jip seksi itu singgah ke rumah jiran aku. Ownernya mematikan enjin.
Tanpa diduga, seorang jejaka yang mempunyai laman rangkaian sosial dan aku pun dah add dia keluar dari jip tu. Subhanallah, hensemnya jejaka ciptaanMu. Aku sebenarnya dah nampak dia datang haritu dengan menaiki motor. Tapi selepas dia memandu jip itu, hatiku terpikat. Mungkin terpikat dengan jipnya. Dia pun keluar dengan memakai kemeja T lengan panjangnya yang berwarna putih. Bajunya amat sepadan sekali dengan warna kulitnya. Ditambah pula dengan rambutnya yang umph itu. Wau, bapak hensem!
Komputer aku hidup. Aku pun terus membuka WinMend Folder Hidden dan meletakkan kata laluan dan lantas aku membuka Microsoft Word untuk menaipkan apa yang anda baca tadi. Aku sengaja bangun dan melilaukan mata aku lagi. Kemudian, aku duduk. Aku tak puas! Kemudian, aku melihatnya lagi. Dia menyandarkan pinggulnya ke jip. Macho-macho.
Kali kelima aku ingin melilaukan mata. Jipnya sudah pun pergi. RasE kesal menyelubungi diri sebab tak dapat nampak dia buat kali terakhirnya. Kalau aku dah tau macam ni, lebih baik aku berdiri tegak di sebalik langsir untuk melihat kelibatnya secara berterusan. Tapi, apakan daya. Aku sendiri rasE segan nak buat macam tu. Aku segan hendak melakukan maksiat mata. Aku segan.
P/S : Ermm.. Buat pengetahuan kau, aku tak pernah buat kerja giler cam ni. Ataupun cakap pasal laki. Serius ini first time aku, maafkan lah aku :DD
Komen dari diri sendiri : Kau pahal gatal sangat ni minah? Kau pergi belajar Sains sekarang. UPSR pun belum pass, nak menggatal pulak kau!
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;) Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.