Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

Showing posts with label Selasa yang takkan dilupakan. Show all posts
Showing posts with label Selasa yang takkan dilupakan. Show all posts

17 April 2013

Pampeeeeeeeeeeeee




Bismillahirrahmanirrahim,

Harituuuuuuuuu, hari Selasa malam Rabu lebih kurang pukul 8 malam. Aku da siap2 nak pergi pampe. Pampe tuh sebutan funfair waktu aku budak2 marin, hahahaha, saje buat title biar nampak comel sikit xD

Beberapa hari sebelum, kawan2 kak long aku ajak dia pergi funfair kat Bahau, pahtu kak long aku cerita kat aku. Then aku gurau2 dengan dia, "Saya nak ikut boleh tak?" *hahaha, aku biasa bahasakan diri sebagai 'Saya' rather than 'Syidah' wkwkwkw*. Pahtu dia kata, "Boleh, jom lah". Hakhakhak, time tuh aku gurau je kottttttt, tapi dalam hati, gembira betul dapat diajak pergi pulak xD

Ni view waktu siang(21Mac2013), dalam kete sempat lagi tgkp gambar pampe nih!
Hahahaha xD
Kalau perasan, link gambar nih mintak kaki betul!
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjSCgE8uJ9VwgQ0D05f2c23ad9OQdBhuYQqirudDAv0gBeZVuK-XYUQ-hFSwEc-kDZ82R_fq3U7CH-5zg3upz10Z_7EvuXPlLDQu5xOU-_CpL4Pok9Z8sZprRTbRpxeVLinOVjmg99mkNE/s1600/Tak+dapat+gi+Legoland,+pergi+Funfair+pun+jadi+la+T_T.JPG

Hahahahaha, serius sebelum nih aku nak pergi sangat2 tapi tak tau nak pergi dengan siapa kan. Rasa macam orang mengantuk disorongkan bantal betul bila diajak pergi ! *mentang2 BM SPM dapat bagus, beria pulak nak letak peribahasa tuh -.-''

Berbalik pulak pukul 8 malam tuh, aku tunggu lama gilaaaaaaaaa kat rumah. Kak long tinggal dekat rumah sewa sekali dengan diaorang. Diaorang kata nak jemput aku. Dari pukul 8 malam, agak2 dah pukul 9 tuh baru diaorang sampai. Sabo jeee la~ Nasib baik aku nih penyabar orangnyew. *padahal, kesian mak aku kena dengar aku berleter selama sejam pulak xD

Agak2 dalam 3-4 minit perjalanan pun, sampai la kat pampe tuh. Colourful gilaaaaa, hahahaha macam budak2 pulak aku nih xD Gambar2 kat bawah nih aku tangkap pakai kamera Samsung yang cikai punya, tapi naseb baik view waktu malam pun nampak kan? wahahaha, bangga rasanya xD

Beria betul aku, dah sampai terus tangkap gambar xD
Nih apa nih? Salji?
Sejak bila bahau turun salji wkwkwkw
Kamera dah kotor etcelli xD

Penat je tgkp, rupanya blur. ihhhh! sengal la!


View dari ferris wheel :D

Nampak tak colourful nye tuh, wkwkwkwk

...Old mcDonald had a farm, e i e i o
And on his farm he had a duck, e i e i o
with a quack2 here, and a quack2 there...
Comelnye itik2 nih !! ~

wakakaka, feveret~
Naik 4 kali.
Gelak sakan naik mende nih xD
Kak long aku kat sebelah daa nak pengsan dah, aku asyik2 nak langgar orang xD

Hahaha, Kerusi Terbang namo eah. Nama english lupa lak.
Haritu nak naik sangat, tapi tak naik pulak xD
Comellllllll!! ughhh!


Masa tengah jenjalan pikir nak main game apa, tiba2 terdengar lagu nih. My feveret woah xD Tapi dalam version chipmunks punya law.



P/s : Ada orang ajak aku pergi Legoland naik kete dia xDDDDDDDDDDDDDDDDD
Tengok la jadi ke tak, hopefully jadi la kan? Bestnye xD

P/s/s : I wish I could ask my dad to accompany once more like last 10 years ago :'(((

26 March 2013

Menma Photoshoot *2nd Time*


Bismillahirrahmanirrahim,

Menma sayang Jintan :'(
Menma yang cute. Amboiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii~ \(=^.^=)/

Syukur alhamdulillah, aku masih berpeluang untuk buat Menma Photoshoot buat kali yang kedua! Yeayyy~

Ini link pengenalan + Menma Photoshoot yang pertama harituh : http://erasberaskeras.blogspot.com/2012/08/nendoroid-menma.html *gambar2 Menma dulu sume gelap2 =.=, lighting haritu tak bagos!

Ehhhh, jap2. Sebelum baca post yang aku tengah taip nih, dengar la sekali OST Anime AnoHana nih. Biar kasi feel sikit, aku pun tengah dengar OST nih gakkk time tengah taip ni ha. Hakkhakkkhakkk

Sekali lagi, aku nak promote anime nih.
Tengok lah anime nih, lepas habis tengok, 
mesti perspektif(pandangan) kau dalam kehidupan akan berubah dan
kau akan lebih hargai kehadiran orang2 kat sekeliling kau sebelum terlambat T_T

Seriously, aku rasa macam tak sangka sangat2 dan aku rasa aku nih masih dalam mimpi *ceeewah* yang aku dapat hadiah Nendoroid Menma nih haritu *baca la link menma photoshoot pertama tadi untuk cite lebih lanjut*. Terima kasih banyak2 ye Hani :')

Aku memang dah lama nak buat Menma Photoshoot untuk kali kedua nih, tapi takde semangat. Haritu Hani cakap dia rindu nak main Menma, dia pun mintak aku tangkap gambar Menma nih. So, aku pun dapat la semangat balik dan aku pun buat la photoshoot. Photoshoot nih aku buat 3 March 2013 marin, tapi sekarang nih baru dapat upload sebab haritu wayar USB camera hilang. Ughhh, baling kamera ni kang *kamera lak jadi mangsa =.=*.

Tanpa membuang masa, dipersembahkannnn *bunyi drum*. Tadaaaaa~ Haihhh, gambar2 high quality nih lama bebenor nak upload. Kalau nak view gambar besar2, tekan Ctrl button sambil click mana2 gambar.

Over pulak Menma nih =.=
Ni pun sama je, memalukan betol =.=
Rasyidah : Aku nak bunuh kau!!
*updated: hani suko bonar dgn gambar nih. hahaha*


Menma is learning how to ballet~
*updated: Juni gelak besar dengan Panadol ni


Eating marshmallow!
*rugi je marshmallow aku =.=, takpe2 kira halal la
*updated: kak ngah suka betul
dengan gbr marshmallow nih*



Comel je, tengok la sape owner dia. hakhak xD
Menma In The Jar :*
Menma, the Bride.


Ni comel gak, hakhak!
Bagus gak aku buat bunga untuk dia!
hakhak good job Rasyidah! xD





Itadakimasu! // Let's eat!


Goodbye all, Menma is going to sleep now ;)

Seni menulis atas beras. LOOOOOOL~
Ada nama kawan2 aku yang lain gak aku tulis :P
Era = Rasyidah, aku la tu (kenapa Era? sebab tak cukup space nak tulis Eras =.=)
Honey = Hani
Aku buat nih tahun 2011 camtuh.
Soooooooooon, I will buy you with my own moneyhhhh.
Dear Gshock, please wait for me okay ;)
Keadaan funfair kat Bahau khamis lepas, harituh tengah pasang2 lagi.
Haihhhhh, bila dapat pergi? 10 tahun dah tak gi funfair//pampe *sebutan  masa budak*
Aku rasa, rasa lahhh, ini pertama kali kot Bahau ada funfair grand camnih.
Dulu cikai2 punya funfair! haha, kejam tol aku.
Tadi (26.3.2013) baru balik dari CC, isi borang2 online dengan mila, hani.
Aku rasa dah bukak kot funfair nih, semua dah complete dah aku tengok.
Carousel ataupun merry-go-round pun ada sekali!, arghhhh
tapi kecik punya version lah.
Excited pulak aku, tapi nak pergi dengan sape T_T
Hahahahahaha *gelak besar*

P/s : Kak Ngah aku kata kat aku, "Saya suka tengok gambar benda tuh. Oo, macam tu rupanya nak main nendoroid". hahaha, tenkiu kak ngah :*****

P/s : I had a great time with Mila and Hani todayyy ;)

All those pictures above were captured by using Samsung Camera. bukan samsung galaxy camera =.=

Menma in Habbo version xD

13 February 2013

Semoga hubungan dengan Si Dia berkekalan :D



゜・。・゜・゜・。・゜・゜・。・゜・゜・。・゜・゜・。・゜・゜・。・゜・゜・。・゜・゜・。・゜・゜・。・゜・゜・。・゜・゜・。・゜・゜・。・゜・


Aku suka sangat dengan lagu nih :D

Tersebutlah alkisah dimana seorang gadis molek lepasan SPM yang bakal berumur 18 tahun sedang kesunyian tatkala malam menjelma. Sebelum ini, gadis itu tidak kesunyian kerana kehadiran adik-beradik dan anak saudara gadis itu menceriakan hari-harinya. Namun, pada petang hari Selasa 12 Feb 2013, semua adik beradiknya telah pulang semula ke rumah masing-masing. Peristiwa ini telah menyebabkan gadis itu berasa sunyi sekali. Rumah kembali sepi. 

Ya, ini bukanlah kali pertama gadis molek itu merasai hari-hari itu. Malahan sejak gadis itu berusia 9 tahun lagi! Ketika gadis itu meniti usia kanak-kanak yang sebaya dengannya, gadis itu sering dirundung kesunyian tatkala adik beradiknya pulang semula ke asrama. Ketika gadis itu meniti usia remaja pula, dia dirundung kesunyian sekali lagi apabila adik beradiknya pulang ke rumah serta kolej masing-masing.

Hati gadis itu meronta-ronta merindukan kasih sayang daripada seorang insan yang telah lama dia kenal. Gadis dan insan itu berkenalan sekitar tahun 2008. Insan itu melayani gadis molek itu dengan baik sekali. Gadis itu pun tidak kurang juga sayangnya terhadap insan itu. Mereka berdua sangat menyayangi antara satu sama lain.

Perhubungan mereka berdua telah pun menjangkau usia 5 tahun. Sepanjang 5 tahun hubungan mereka berdua terjalin, tipulah jika perhubungan mereka tidak pernah goyah bahkan pantai juga dilanda ombak. Ya, mereka pernah juga bergaduh seperti insan-insan lain yang menumpang hidup di muka bumi Allah ini. Syukur Alhamdulillah hubungan mereka masih utuh walaupun acapkali juga mereka berdua bergaduh. 

Selasa malam itu, hatinya bagaikan dipukul dengan perasaan rindu yang kuat setelah sekian lama mereka tidak bersua muka. Gadis itu sangat-sangat merindui suara, gelak tawa serta gurauan dari insan tersebut. Waktu itu, gadis itu juga sedang menghadapi kemurungan disebabkan ketiadaan laptop Alienware dalam hidupnya. *tiba2 je Alienware masuk =.=*

Akhirnya, gadis itu nekad untuk menelefon insan itu. Pada awal perbualan mereka berdua, gadis itu telah menitiskan beberapa mutiara jernih dari matanya disebabkan perasaan rindunya yang sangat mendalam. Walaupun kita nampak mana-mana gadis ceria pada siang hari, mereka juga menangis di tengah malam. Sama seperti gadis itu. Namun, gadis itu berjaya menyorokkan bunyi tangisan tatkala perbualan mereka sedang rancak berjalan. Mereka berdua berbual dengan lama sekali dan meluahkan perasaan rindu masing-masing.

Tidak kurang juga mereka bercerita tentang ragam-ragam orang di facebook. Mereka bergelak tawa dengan sakan sekali. Insan itu juga ada menceritakan tentang gejala-gejala bebas yang dilakukan oleh masyarakat sekitar mereka.

Ya Allah, hati gadis itu semakin lemah. Hatinya tidak terdaya untuk mendengar lagi betapa banyaknya gejala maksiat yang telah berleluasa di sekitarnya. Semakin lama, hilai tawa gadis itu semakin menyepi. Gadis itu risau, gadis itu takut dengan Allah. Insan itu pula berkata , "Ni aku malas bagi tau kau nih, tengok kau dah sedih".

Mereka berdua juga sempat nasihat menasihati antara satu sama lain. 

"Ya Allah Ya Tuhanku, aku mohon kepadaMu, kuatkanlah iman kami, terimalah amal ibadat kami. Jauhkanlah kami berdua daripada perkara-perkara yang memurkakanMu Ya Allah, aku mohon kepadaMu Ya Allah. Kau ampunilah dosa-dosa kami. Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhirati hasanah waqina azaban naar."

man gets and forgets?
dear girls, jagalah maruah diri anda :'(
:'(

:'(

Dear Bahau, yakin pada diri awak.
Awak mampu jadi Kota Metropolitan Bahau suatu hari nanti :P


P/s : Ahhhhhhh, tak sangka aku buat satu post pakai ayat skema! Okayyyy, semoga persahabatan si gadis dengan pompuan tuh berkekalan sampai ke syurga \(=^.^=)/ Amin. kehkehkeh :P

P/p/s : Jangan takut/segan/malu/menyampah/geli/meluat/euww untuk luahkan rasa rindu, sayang, cinta dekat orang tuh. Buang ego jauh2. Cakap sebelum terlambat T__T Jangan jadi macam kes aku dengan arwah adik aku :'( Tulah yang aku belajar sekarang.

P/p/p/s : Pendek cite macam nih lah, malam tuh aku rindu sangat dengan pompuan tuh, kawan aku tuh. Pahtu aku kol la dia, borak2 bagai. Tiba2 kitaorang bergosip. Pahtu dia cerita la pasal gejala maksiat yang berlaku kat sekitar kitaorang. Aku je yang tak perasan ataupun sebelum nih takde orang cerita kat aku pun. Aku pun macam terkejut lah. Pahtu aku dengan dia nasihat diri masing2, jaga diri elok2. Malam tu jugak, aku bersyukur sangat2 Allah dah jaga aku dengan baiknya :')
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.