Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

17 October 2016

Ketumbit Cinta

Assalamualaikum and greetingssssssssss gais!

Dah sebulan tak menaip kat blog ni haaaduhhh! Makin bersarang2 blog nih ughh 

Hahh macam biasa. Perdengarkanlah lagu feveret telinga aku sekarang nih.



Homaigod. First time dengar ingat lagu fade(d), rupanya remix dengan the scientist. Paling eargasm waktu minit 0:57. remix dia sangat smooth !

Jam sekarang tengah tunjuk pukul 1.14AM. Jadah pe tak tidur lagi ni adudududuhhhh esok nak kirija. Alahai geli geleman pulak baca tajuk post nih.

Alkisahnya, jumaat malam 14.10.2016 tu keluar makan la kan, malam tu memang mata dah rasa panas je. Borak2 dengan kak nurin, housemate aku nih merangkap tuan rumah a.k.a landlord. Memang banyak benda lah aku belajar dengan kak nurin and kakak2 tempat praktikal nih. Hahahaha  Macam2 lah. Yang penting, soalan : BILA NAK KAHWIN tu memang wujud lah di awal2 perkenalan. 

Aku baru 21 kot hahaha. 21. Tahu tak betapa keciknya nombor tu, macam umur baru habis SPM kot. Bab masak tu boleh dah, bab memikat hati mertua pun boleh dah. Mak aku sendiri mengakui aku ni sweettalker kahkah. Yang paling tak boleh blah, masa tu otw dari seremban ke bahau. Mak ayah jemput pukul 3 pagi dari seremban. 3 pagi weh, 3 pagi. Terharu sangat T-T 

Paling best Terminal 1 sekarang ada 2 ketol jukebox. OMG. Rasa nak melompat kegembiraan. Hahh, pahtu buang duit pulak. RM1 dua buah lagu. tak boleh blah waktu tu aku takde duit pecah, pergi la mintak simpati kat makcik dalam kereta ni, dia pun baru jemput anak dia tu. Maklum la, waktu tu ambang cuti midsem budak2 degree kot. Waktu tu aku tengah berbaju kurung bershawl hitam.

Me : Assalamualaikum, makcik. Ermm, boleh tak saya nak minta tolong?
Makcik : Waalaikumussalam, ye dik kenapa?
Me : Makcik, saya nak balik rumah. Boleh tak saya nak mintak tukar duit kecik dengan duit saya. *hulur not rm50*
Makcik : Ohh yeke. Tunggu kejap ye.
Makcik tu pun tengah berbincang dengan husben dia mintak tukar duit. Maklum la, malam2 kan. Kalau aku kat tempat makcik tu pun, aku buat tak layan je. Malam2 ni kena berhati2, bahaya. Makcik tu bukak satu plastik duit RM10 berkepok2. 
Me : Makcik buat bisnes ke? Banyak pulak duit. Bahaya bawak banyak waktu malam2 ni.
Makcik : Adalah sikit bisnes. Ni duit kecik.
Me : Terima kasih mcik, jalan elok2 ye.

Etcelli panjang lagi conversationnye. Maklum lah, aku ni kan ramah sikit hahahaha bak kata mak aku, aku ni sweettalker. Hahh, seronoklah aku dapat duit pecah. Meluru pergi jukebox, cucuk RM10 untuk 20 lagu. Ntah hape2 je perangai. Haa, korang jangan lah membazir duit macam ni. Pahtu aku pilih lagu jiwang. Memori berkasih - Achik Nana lah. hahaha Baru sempat dengar 1 lagu, mak ayah dah datang parking betul2 depan jukebox. Tepuk dahi aku baru dengar satu lagu hahahaha rugi diknon rugi!

OTW balik ke bahau dalam kereta. Aku dah slowtalk dengan mak ayah aku baik punya, dialog macam nonsense je.

Me : Mak, kalau ada orang titibe masuk meminang saya kan. Mak jangan suruh saya kahwin tau, kalau tak saya lari rumah hahahaha 

Ada la conversation seterusnya tapi ayah aku jadi listener je waktu tu. Tak kata lah aku hot ke cantik ke kan sampai ada orang nak meminang. Tapi tu lah, sebagai langkah awal. Aku kena bagitahu kat mak ayah aku dulu tentang plans kehidupan aku, apa yang aku nak capai dulu. Hmm melalui pengalaman2 staff kesihatan berbaju putih, diaorang la cakap, bila dah kerja ada lah mata2 yang dok mengusha nak dijadikan isteri. Maklum lah, baju putih + kerja kerajaan. Huwaaaaa seram! 

Ada la planning aku. Banyak lagi ilmu kena kutip. Ilmu tu penting dicari waktu muda2 macam nih. Hahh, sekarang baru 21 tahun orang dah tanya soalan KAHWIN. tunggulah 7 8 tahun lagi baru aku kahwin kot. Banyak lagi hutang ptptn nak kena bayar. Apa ingat orang belajar di bawah naungan kementerian kesihatan ni takdak hutang ke hahaha! Aku ni bekas pengguna ptptn tau. Hutang wajib dibayar!

Hah, jauh melencong lak cite aku nih. So 15.10.2016 pagi sabtu tu, Ya Allah susah sangat bukak mata nih. Penat sangat ke kan. Sekali tengok cermin, nahhh ada ketumbit kat kelopak mata kiri. Aduhhh  Aku rasa malam tadi mekap mata dah buang elok. Maybe eyeliner tu tak sesuai kot. hurmmmm. Beli sebulan lepas, malam tu baru terbukak hati nak guna. Menyesallll 


Esok Isnin, baru hari kedua. Bila ntah ketumbit ni nak pecah. Dah pecah mesti bernanah-nanah mata ni  Last kena 13 tahun lepas kot! Kbai. Sakit sangat. Kalau mak aku tahu pasal eyeliner ni, mesti kena ceramah jangan pakai lagi. Lama pulak tak balik BAHAU, tengok lah, hujung bulan ni ke. Nak beli ikan bilis mata biruuuuu dari Lumut.

Dah lama nak luahkan benda nih. Bersyukur sangat2 atas rezeki biasiswa dari kerajaan. Bila buka buku akaun BSN lama (sekarang pakai kad je), baru teringat dari form 1 dapat biasiswa. Form1-form5 which is 2008-2012 setiap tahun RM840. Baki biasiswa tu jadi yuran daftar UMT pulak and pinjam PTPTN sikit. Now, 2014-2017 alhamdulillah dapat biasiswa RM835 setiap bulan. Nikmat mana lagi yang kau dustakan? huhu. tiap cuti sem pun rajin lagi tau nak keje parttime maklumlah kos hidup meningkat ;(

Hahh, bukan sesenang tau nak dapat biasiswa. tapi aku rasa JPA lagi susah kot hikhik. Terima kasih, Allah! 

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.