Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

Showing posts with label Ano Hi Mita Hana no Namae wo Bokutachi wa Mada Shiranai. Show all posts
Showing posts with label Ano Hi Mita Hana no Namae wo Bokutachi wa Mada Shiranai. Show all posts

26 March 2013

Menma Photoshoot *2nd Time*


Bismillahirrahmanirrahim,

Menma sayang Jintan :'(
Menma yang cute. Amboiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii~ \(=^.^=)/

Syukur alhamdulillah, aku masih berpeluang untuk buat Menma Photoshoot buat kali yang kedua! Yeayyy~

Ini link pengenalan + Menma Photoshoot yang pertama harituh : http://erasberaskeras.blogspot.com/2012/08/nendoroid-menma.html *gambar2 Menma dulu sume gelap2 =.=, lighting haritu tak bagos!

Ehhhh, jap2. Sebelum baca post yang aku tengah taip nih, dengar la sekali OST Anime AnoHana nih. Biar kasi feel sikit, aku pun tengah dengar OST nih gakkk time tengah taip ni ha. Hakkhakkkhakkk

Sekali lagi, aku nak promote anime nih.
Tengok lah anime nih, lepas habis tengok, 
mesti perspektif(pandangan) kau dalam kehidupan akan berubah dan
kau akan lebih hargai kehadiran orang2 kat sekeliling kau sebelum terlambat T_T

Seriously, aku rasa macam tak sangka sangat2 dan aku rasa aku nih masih dalam mimpi *ceeewah* yang aku dapat hadiah Nendoroid Menma nih haritu *baca la link menma photoshoot pertama tadi untuk cite lebih lanjut*. Terima kasih banyak2 ye Hani :')

Aku memang dah lama nak buat Menma Photoshoot untuk kali kedua nih, tapi takde semangat. Haritu Hani cakap dia rindu nak main Menma, dia pun mintak aku tangkap gambar Menma nih. So, aku pun dapat la semangat balik dan aku pun buat la photoshoot. Photoshoot nih aku buat 3 March 2013 marin, tapi sekarang nih baru dapat upload sebab haritu wayar USB camera hilang. Ughhh, baling kamera ni kang *kamera lak jadi mangsa =.=*.

Tanpa membuang masa, dipersembahkannnn *bunyi drum*. Tadaaaaa~ Haihhh, gambar2 high quality nih lama bebenor nak upload. Kalau nak view gambar besar2, tekan Ctrl button sambil click mana2 gambar.

Over pulak Menma nih =.=
Ni pun sama je, memalukan betol =.=
Rasyidah : Aku nak bunuh kau!!
*updated: hani suko bonar dgn gambar nih. hahaha*


Menma is learning how to ballet~
*updated: Juni gelak besar dengan Panadol ni


Eating marshmallow!
*rugi je marshmallow aku =.=, takpe2 kira halal la
*updated: kak ngah suka betul
dengan gbr marshmallow nih*



Comel je, tengok la sape owner dia. hakhak xD
Menma In The Jar :*
Menma, the Bride.


Ni comel gak, hakhak!
Bagus gak aku buat bunga untuk dia!
hakhak good job Rasyidah! xD





Itadakimasu! // Let's eat!


Goodbye all, Menma is going to sleep now ;)

Seni menulis atas beras. LOOOOOOL~
Ada nama kawan2 aku yang lain gak aku tulis :P
Era = Rasyidah, aku la tu (kenapa Era? sebab tak cukup space nak tulis Eras =.=)
Honey = Hani
Aku buat nih tahun 2011 camtuh.
Soooooooooon, I will buy you with my own moneyhhhh.
Dear Gshock, please wait for me okay ;)
Keadaan funfair kat Bahau khamis lepas, harituh tengah pasang2 lagi.
Haihhhhh, bila dapat pergi? 10 tahun dah tak gi funfair//pampe *sebutan  masa budak*
Aku rasa, rasa lahhh, ini pertama kali kot Bahau ada funfair grand camnih.
Dulu cikai2 punya funfair! haha, kejam tol aku.
Tadi (26.3.2013) baru balik dari CC, isi borang2 online dengan mila, hani.
Aku rasa dah bukak kot funfair nih, semua dah complete dah aku tengok.
Carousel ataupun merry-go-round pun ada sekali!, arghhhh
tapi kecik punya version lah.
Excited pulak aku, tapi nak pergi dengan sape T_T
Hahahahahaha *gelak besar*

P/s : Kak Ngah aku kata kat aku, "Saya suka tengok gambar benda tuh. Oo, macam tu rupanya nak main nendoroid". hahaha, tenkiu kak ngah :*****

P/s : I had a great time with Mila and Hani todayyy ;)

All those pictures above were captured by using Samsung Camera. bukan samsung galaxy camera =.=

Menma in Habbo version xD

02 January 2013

How do I spend my holidays?

Bismillahirrahmanirahim,

Huarghhhhhhhhhhhh. Hmm, dah habes sekolah nih boring pulak ek. Sape setuju angkat tangan. *krik3*

Hmm, apa nak cite dulu ek.

Sejak akhir2 nih, tido tak lena betol. Nape ek?

Aku rindu sekolah kot, kadang2 mimpi sekolah. Macam2.

Okay lah, apa aku buat waktu cuti sekolah nih? Nak tau tak? Aku tau sejak kebelakangan nih aku femes, sampai budak2 sekolah pun asyik cari blog aku je baca cerita2 hebat aku nih. Ada yang sampai gosip2 lagi pasal blog aku *apa kau merepek nih*.

Okay2, apa aku buat waktu cuti sekolah nih? Cuti ek? Aku rasa dah pencen sekolah dah.

Aku duduk rumah. Hmmm, ye. Aku duduk rumah je memanjang. Bukak laptop walaupun takde motif nak bukak. Haizzzz, laptop pun dah kena kebas dengan kak su *kakak ketiga* aku sebab dia gi sambung belajar. Hmmm, dah semakin boring dah. Tak leh lagi layan2 anime.

Okay, bulan 12 lepas aku spent holidays aku dengan menonton anime, tajuk dia Natsume Yuujinchou, Zoku Natsume Yuujinchou, Natsume Yuujinchou San, Natsume Yuujinchou Shi dan Ano hi mita hana no namae wo bokutachi wa mada shiranai. LOL =.=

Nak dijadikan cerita, 18 Disember 2012 mari, si fasihah nih ada buat mandi manda kat pool dia yang aku panggil Pool Party. Kita orang plan pukul 9. Tengok2 aku bangun pagi pukul 9 lol. Aku pun bergegas la mandi hape semua. Aku kol fatihah, dia kata dia pun pergi lambat gak. So aku dengan fatihah pun pergi lew naik motor si fatihah tuh. Rumah fasihah tu takde le jauh dari rumah kitaorang. Fatihah dia gi lambat sebab dia nak hantar sepupu dia pergi ambik ujian lesen memandu.

Aku dengan fatihah pun sampai la rumah fasihah dekat pukul 10 pagi macam tuh. Aku tengok, sorang pun tak sampai lagi. Keeeeeeeeesian gila dohhhhhhhh kat fasihah. Penat2 aku dengan dia plan. Yang diajak tak datang, kalau tak datang tuh, bagi le tau awal2 an. Mesej ke call ke. Takkan la takde kredit sangat?

Hmmmmmmmm. Aku rasa kecewa sikit sebab aku dengan fatihah datang lambat pun datang gak. Yang sedey tuh, aku dengan fatihah je datang =.=

2 hari sebelum 18 haribulan tuh aku ada pesan kat fasihah, aku nak Natsume Yuujinchou(Natsume's Book of Friends) season pertama, kedua dengan ketiga. Keempat aku dah tengok separuh time bulan 7 marin dari thumbdrive fasihah.

Hahahaha, then lepas Pool party tuh, fasihah pun kasi le pinjam cd dia tuh. Dia biasa donload anime then sumbat dalam cd untuk tengok kat tv. Dia kata le. Aku pun pinjam la ketiga-tiga cd tuh.

Syok gila tengok anime tuh. Terutama watak kucing dalam anime tuh.


Nama dia Nyanko Sensei @ Madara @ Nyankichi @ Nyangoro
Kuat minum sake .
Terok betol.
Walaupun kita nampak macam kucing biasa, tapi kucing ni jelmaan spirit (nama dia time tuh Madara)
So bila dia transform jadi kucing, nama dia jadi la Nyanko Sensei.
(beria betul aku explain tuh!)




Tak boleh tahan la tengok nyanko sensei nih! 
Comel sangat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Ughhhhhhhhhhhhh.
Rasa nak pijak2 je.

Ada orang cakap, bosan le duduk rumah *aku la tu*. Tapi bila pikir2 balek, nak bosan apa. Dulu aku pun duduk rumah nih. Apo masalah ea???

Mmm, selain tu, aku pun dah ubah biological clock aku *hampeh betol!*.

Biasa tido pukul 12, sekarang nih perghhhhh. Bukan main tido malam pukul 4pagi. Bangun pukul entah la, memang tak leh cakap pukul bape dah, kadang2 pukul 7 malam, kadang2 pukul 10 malam *penipu =.=*

Aku tido lambat bukan sebab apa, aku takde la kaki online sampai tido pukul 4 pagi *kadang2 ye la*. Biasa aku baca buku2 motivasi sekarang. Perghhh, tak sangka! Bersemangat nak baca buku motivasi setelah lama dah aku tinggalkan diaorang. Sian anak2 ku. Meh ibu baca =.=''

Pahtu sekarang nih aku tengah tengok cite Love Story In Harvard.  kat ntv7 pukul 12pm-1pm.

Aku kaki tengok drama korea dulu time sekolah rendah. Sekarang malas dah, sume nak pakai seksi2 je. Naik hongeh aku.

Credit goes to www.sbs.co.kr and google :D

Cite ni awalnya ditayangkan kat 8TV. Time tu diaorang cakap dalam mandarin. Masa tu tahun 2005. Yeah aku masih ingat lagi, sebab time tuh aku tengah tersadai atas katil tengok tv memanjang sambil pantang makan sebab eksiden dulu. Memang cite korea je lah aku hadap dalam beberapa bulan tuh. Yang paling sedih sekali, episod last dia aku tak dapat tengok sebab haritu adik aku meninggal dunia (1 Sept 2005). Malam tu pulak ada tahlil, takkan la aku ni bongok gila nak tengok tv. Memang kurang hasam betul lah kalau macam tuh.

Hmm, aku dengar2 pun pompuan watak utama tuh meninggal dalam episod last tu jugak.

Masa tahun 2007 macam tuh, cite ni diulang balik. Pagi sabtu dengan ahad, pukul 7 sampai 8 kot. Tapi aku tak sempat2 tengok sebab pagi2 tuh ada kelas tambahan UPSR.

Macam mana aku tau cite nih ditayangkan NTV7? 

Okay, masa tuh aku tengah tengok pulak cite Ghost Writer, drama hong kong. Ditayangkan hari isnin-rabu pukul 11 malam- 12 malam. Dah jadi rutin, tiap2 cuti sekolah wajib tengok drama hongkong time malam nih. Aku dari kecik lagi tengok drama hong kong dalam bahasa kantonis *yeke kantonis? I tk pasti sgt*.

So bila nampak ada drama hong kong je, rasa excited gila babeng nak tengok. HAHAHA. Aku minat dengan drama hong kong nih tak ikut wave wave. Fuhh, lantak lah =.=

Okayyy sambung balek. Haritu 26 Disember 2012 (bufday fasihah). Time tuh aku tengah tengok la Ghost Writer. Pulakkk, time tuh tengah iklan. Aku pun baca la suratkhabar SINAR HARIAN sebab BH time tuh tak keluar. Tengah2 baca section artis bollywood (alamak, kantoi sudaa), aku titibe terdengar satu lagu OST yang aku rasa aku KENALLLLL sangat2. Aku pun angkat kepala tengok tv. Sekali title dia , LOVE STORY IN HARVARD 12PM-1PM Starting 31 Dec.

Hahahaha, time tuh aku rasa macam hebat gila aku boleh recognize ost tuh walaupun dah lebih 7 tahun berlalu drama tuh *faktornya: sebab aku donlod ost dia time 2009 masuk mp4 LOL, tu la boleh recognize*.

Hurmmmmmm. Nostalgik gila weyyy.

Aku pun punya la excited menunggu 31 haribulan tuh. Sampai aku gi tido awal la, set jam la biar dapat ingat. Sekali tunggu2, hampeh! 15 minit pertama takde subtitles. Rasa macam nak sepak2 tv tuh naseb baik tv tuh bukan aku punya. Rugi 15 minit aku! Terus aku tengok cite lain kejap. hishhhhh.

So far so good. Aku masih ingat jalan cite dia lagi. *kot* Ahakssss!

K babai muak dah aku membebel awal tahun nih.

P/s : Rasa bersalah tak pergi hari first sekolah sesi 2013 nih. Sorry, saya ponteng sebab saya dah habes SPM LOL =.=

P/p/s: Rindu dengan kantin, terutama abang kantin yang comel masa 2009-2011. Abang tu nampak innocent je LOL =.= 

25 August 2012

Nendoroid Menma.

Bismillahirrahmanirrahim,

Semalam (24.8.2012), one of my wishes granted. Hakhakhak. Apo ko hal bagi salam pun takde. Okay. Assalamualaikum minna-san!

Minna-san tu maksud dia macam "korang semua" dalam bahasa jepang la.

Okay, aku memang suka gila dengan satu anime nih, nama dia あの日見た花の名前を僕達はまだ知らない
Dalam tulisan ghoman(roman) eh biar kau senang nak baca sikit iaitu Ano Hi Mita Hana no Namae wo Bokutachi Wa Mada Shiranai atau dalam bahasa omputih dia, We Still Dont Know The Name of The Flower We Saw That Day. Haaaaaaa, amacam? Panjang tak tajuk dia wei. Terkebil2 kau nak baca tajuk dia. Hahaha, takpo2. Aku maafkan dikau. Disebabkan korang ni memang dah bebal sangat nak baca dalam bahasa jepang pun tak tau, bahasa omputih pun dah tak tau dah. Aku bagi je la tajuk pendek dia iaitu AnoHana. Haaa, senang cite.

Disebabkan best dan sedey sangat anime tuh, aku dengan Hani siap hafal tajuk dia. Pahtu lumba sebut tajuk dia dengan pantas dan efisien *dari mana turun ayat efisien ni =.=*

Anime ni, aku jumpa tahun 2011 lepas. Aku time tu godek2 laman web animecrazy.net. Maklum la, lepas PMR ingat nak enjoy je. Sekarang dah nak SPM dah, buku entah hilang ke mana entah.

Anime nih masih baru time tuh, dia keluar April, aku tengok bulan Jun 2011 camtu lah. Tu pun aku tengok episod 1,2,3 dengan 11. Sebab dulu broadband lambat.

Semua episod dia ada 11. Aku tertarik nak klik anime tuh sebab tajuk dia sangat panjang daripada anime2 yang lain. Waktu tuh, ranking dia pun rendah la sangat. Memang rendahh. Tahap bawah kaki je. Tapi sekarang dah tempat ke 193 dah. Hebat2, tahniah aku ucapkan.

Anime nih, kalau kau nak tengok, jangan buat apa2 andaian dulu. Tengok dulu sampai la habis baru kau nilai. Episod 1 dulu, time aku first tengok. Ingatkan Jintan dengan Menma adik beradik, rupanya bukan. Tu la masalah bila buat andaian dulu =.=

Disebabkan anime nih best dan sedey, aku pun rekemen kat Hani waktu kelas tuisyen Fizik Cikgu Koh. Tahun ni aku dah berhenti dah, ngantuk tiap2 pagi Ahad kena bangun hahaha. Hani macam malas je nak tengok anime tuh. Dekat semua orang, aku promote, kesemuanya macam malas je nak tengok. Sekali kau tengok, perghh jatuh air mata jantan kau. Hak ptuihhhh.

At last, bulan Jun 2012 lepas baru Hani tengok. Punya lah lama dia ambik masa nak tengok anime tuh. Dia pun suka anime tuh. Dia panggil aku Menma, watak utama tuh. Dia panggil diri dia Anaru, kawan Menma tuh.

Awal bulan Ogos marin, aku dah nak sangat download anime tuh. Sebab aku nak tengok tiap2 hari *melampau*. Aku pun cari punya cari bagai nak rak, bersengkang mata lagi tuh. Jumpa la 2 link. Satu megaupload satu lagi piratebay. Haprak! Punah harapan aku, dua2 laman web tu dah tak bley pakai. Hukhukhuk T_T

Aku pun cite la kat sorang kawan aku neh, yang digelar Kamal *bukan nama sebenar kerana beliau tidak ingin publisiti murahan*. Tak sampai 3 minit, dia dah jumpa dah link download tuh. Cheyyyy, aku cari punya la berhari2. Kau cari tak sampai 3 minit dah jumpa dah!!!! Terubat lah hati aku sikit. Ada subtitle sekali okay, kalau takde kang, termuntah pulak nak taip bahasa jepang kat google translate pahtu nak translate bahasa omputih pulak.

Pagi semalam (24.8.2012), lebih kurang pukul 11.40 pagi. Hani datang rumah aku, tapi naseb baik lah aku dah mandi sebab dia ada bagitau kelmarin(23.8.2012) tuh yang dia nak datang, kasi hadiah bufday. Chey, bufday tahun masihi aku dah lepas berbulan, tapi bufday tahun Hijrah masih fresh lagi iaitu 27Ramadhan yang lepas. U olls kena ingat tarikh tuh.

Hani tak dapat beraya pong sebab ada tuisyen fizik Cikgu Koh. Ish3.

Aku pun dapat ini.

Bungkusan ni yang aku dapat tuh.
Waktu tu berlalu dengan pantas sekali.
Hani kasi, pahtu terus blah.

Inilah dia, ataupun aku iaitu Menma! Bhahaha~

"Dalam dia ada nota, baca tau!", she said while walking away.

Surat ni rahsio bai.
Kali kedua aku dapat surat dalam seumur hidup aku.

Pelbagai tangan dan mimik muka yang kawaii.

Hantu penanggal.

Kalau kau perasan, kat ibu jari aku macam ada taik hidung kat situ kan?
Sebenarnya tu bukan taik hidung, tapi gam acrylic. Kau kena faham situasi aku.

Menma : Arkkk, baru aku tau yang aku nih hantu!
*dalam anime ni, dia smmgnya hantu*

Sifat curious yang amat tinggi.

Pelbagai tangan dan kaki menjadi pilihan.


Comel bai.

Hantu yang bley buat kuih.



Yang ni comel gak.

Ni pun comel gakkk. *semua aksi dia buat, aku kata comel*


Menma : Jintannn, watashi wa suki desu~

Okay, saya kira setakat itu sahaja buat masa ini, berbalik pula kepada saudari pengerusi. Dah keluar ayat forum pulak.

Okay tu je lah, gambar comel2 yang aku dpt letak. Kang letak lelebih kang kau datang rumah aku rompak nendoroid ni pulak.

Hani suruh aku jaga baik2, okay aku akan jaga baik2. Aku simpan je dalam kotak sebab sayang, nanti dia kena habuk pulak. hahaha~

Mood : Saket hati sebab tak bley rotate gbr.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.