Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

13 February 2013

Semoga hubungan dengan Si Dia berkekalan :D



゜・。・゜・゜・。・゜・゜・。・゜・゜・。・゜・゜・。・゜・゜・。・゜・゜・。・゜・゜・。・゜・゜・。・゜・゜・。・゜・゜・。・゜・゜・。・゜・


Aku suka sangat dengan lagu nih :D

Tersebutlah alkisah dimana seorang gadis molek lepasan SPM yang bakal berumur 18 tahun sedang kesunyian tatkala malam menjelma. Sebelum ini, gadis itu tidak kesunyian kerana kehadiran adik-beradik dan anak saudara gadis itu menceriakan hari-harinya. Namun, pada petang hari Selasa 12 Feb 2013, semua adik beradiknya telah pulang semula ke rumah masing-masing. Peristiwa ini telah menyebabkan gadis itu berasa sunyi sekali. Rumah kembali sepi. 

Ya, ini bukanlah kali pertama gadis molek itu merasai hari-hari itu. Malahan sejak gadis itu berusia 9 tahun lagi! Ketika gadis itu meniti usia kanak-kanak yang sebaya dengannya, gadis itu sering dirundung kesunyian tatkala adik beradiknya pulang semula ke asrama. Ketika gadis itu meniti usia remaja pula, dia dirundung kesunyian sekali lagi apabila adik beradiknya pulang ke rumah serta kolej masing-masing.

Hati gadis itu meronta-ronta merindukan kasih sayang daripada seorang insan yang telah lama dia kenal. Gadis dan insan itu berkenalan sekitar tahun 2008. Insan itu melayani gadis molek itu dengan baik sekali. Gadis itu pun tidak kurang juga sayangnya terhadap insan itu. Mereka berdua sangat menyayangi antara satu sama lain.

Perhubungan mereka berdua telah pun menjangkau usia 5 tahun. Sepanjang 5 tahun hubungan mereka berdua terjalin, tipulah jika perhubungan mereka tidak pernah goyah bahkan pantai juga dilanda ombak. Ya, mereka pernah juga bergaduh seperti insan-insan lain yang menumpang hidup di muka bumi Allah ini. Syukur Alhamdulillah hubungan mereka masih utuh walaupun acapkali juga mereka berdua bergaduh. 

Selasa malam itu, hatinya bagaikan dipukul dengan perasaan rindu yang kuat setelah sekian lama mereka tidak bersua muka. Gadis itu sangat-sangat merindui suara, gelak tawa serta gurauan dari insan tersebut. Waktu itu, gadis itu juga sedang menghadapi kemurungan disebabkan ketiadaan laptop Alienware dalam hidupnya. *tiba2 je Alienware masuk =.=*

Akhirnya, gadis itu nekad untuk menelefon insan itu. Pada awal perbualan mereka berdua, gadis itu telah menitiskan beberapa mutiara jernih dari matanya disebabkan perasaan rindunya yang sangat mendalam. Walaupun kita nampak mana-mana gadis ceria pada siang hari, mereka juga menangis di tengah malam. Sama seperti gadis itu. Namun, gadis itu berjaya menyorokkan bunyi tangisan tatkala perbualan mereka sedang rancak berjalan. Mereka berdua berbual dengan lama sekali dan meluahkan perasaan rindu masing-masing.

Tidak kurang juga mereka bercerita tentang ragam-ragam orang di facebook. Mereka bergelak tawa dengan sakan sekali. Insan itu juga ada menceritakan tentang gejala-gejala bebas yang dilakukan oleh masyarakat sekitar mereka.

Ya Allah, hati gadis itu semakin lemah. Hatinya tidak terdaya untuk mendengar lagi betapa banyaknya gejala maksiat yang telah berleluasa di sekitarnya. Semakin lama, hilai tawa gadis itu semakin menyepi. Gadis itu risau, gadis itu takut dengan Allah. Insan itu pula berkata , "Ni aku malas bagi tau kau nih, tengok kau dah sedih".

Mereka berdua juga sempat nasihat menasihati antara satu sama lain. 

"Ya Allah Ya Tuhanku, aku mohon kepadaMu, kuatkanlah iman kami, terimalah amal ibadat kami. Jauhkanlah kami berdua daripada perkara-perkara yang memurkakanMu Ya Allah, aku mohon kepadaMu Ya Allah. Kau ampunilah dosa-dosa kami. Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhirati hasanah waqina azaban naar."

man gets and forgets?
dear girls, jagalah maruah diri anda :'(
:'(

:'(

Dear Bahau, yakin pada diri awak.
Awak mampu jadi Kota Metropolitan Bahau suatu hari nanti :P


P/s : Ahhhhhhh, tak sangka aku buat satu post pakai ayat skema! Okayyyy, semoga persahabatan si gadis dengan pompuan tuh berkekalan sampai ke syurga \(=^.^=)/ Amin. kehkehkeh :P

P/p/s : Jangan takut/segan/malu/menyampah/geli/meluat/euww untuk luahkan rasa rindu, sayang, cinta dekat orang tuh. Buang ego jauh2. Cakap sebelum terlambat T__T Jangan jadi macam kes aku dengan arwah adik aku :'( Tulah yang aku belajar sekarang.

P/p/p/s : Pendek cite macam nih lah, malam tuh aku rindu sangat dengan pompuan tuh, kawan aku tuh. Pahtu aku kol la dia, borak2 bagai. Tiba2 kitaorang bergosip. Pahtu dia cerita la pasal gejala maksiat yang berlaku kat sekitar kitaorang. Aku je yang tak perasan ataupun sebelum nih takde orang cerita kat aku pun. Aku pun macam terkejut lah. Pahtu aku dengan dia nasihat diri masing2, jaga diri elok2. Malam tu jugak, aku bersyukur sangat2 Allah dah jaga aku dengan baiknya :')
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.