Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

12 June 2010

18:11:58 June 11, 2010

18:11:58 June 11, 2010

Seperti biasa, aku dalam keadaan buntu tapi control cool time buat kerja kursus yang diberi beberapa kurun dahulu. Arh, perasaan boring menyergahku. Aku pun keluar ke ruang tamu untuk mencari suis desktop komputer aku. Puas mencari, jumpa pun dalam keadaan tersengih sebab aku salah tekan suis tadi.

Sementara menunggu desktop komputer kesayangan aku yang masih dalam Windows XP yang dibeli pada akhir tahun 2008 ini hidup, aku pun sengaja melilau-lilaukan anak mata berwarna hitam ini ke luar rumah. Tiba-tiba aku ternampak sebuah jip berwarna kesukaan aku lalu dihadapan rumah. Bapak lawa! Mulut aku terkelu tatkala melihat jip itu lalu dihadapan mataku. Aku tersengih menandakan aku suka dengan kehadiran jip itu. Jip seksi itu singgah ke rumah jiran aku. Ownernya mematikan enjin.

Tanpa diduga, seorang jejaka yang mempunyai laman rangkaian sosial dan aku pun dah add dia keluar dari jip tu. Subhanallah, hensemnya jejaka ciptaanMu. Aku sebenarnya dah nampak dia datang haritu dengan menaiki motor. Tapi selepas dia memandu jip itu, hatiku terpikat. Mungkin terpikat dengan jipnya. Dia pun keluar dengan memakai kemeja T lengan panjangnya yang berwarna putih. Bajunya amat sepadan sekali dengan warna kulitnya. Ditambah pula dengan rambutnya yang umph itu. Wau, bapak hensem!

Komputer aku hidup. Aku pun terus membuka WinMend Folder Hidden dan meletakkan kata laluan dan lantas aku membuka Microsoft Word untuk menaipkan apa yang anda baca tadi. Aku sengaja bangun dan melilaukan mata aku lagi. Kemudian, aku duduk. Aku tak puas! Kemudian, aku melihatnya lagi. Dia menyandarkan pinggulnya ke jip. Macho-macho.

Kali kelima aku ingin melilaukan mata. Jipnya sudah pun pergi. RasE kesal menyelubungi diri sebab tak dapat nampak dia buat kali terakhirnya. Kalau aku dah tau macam ni, lebih baik aku berdiri tegak di sebalik langsir untuk melihat kelibatnya secara berterusan. Tapi, apakan daya. Aku sendiri rasE segan nak buat macam tu. Aku segan hendak melakukan maksiat mata. Aku segan.

P/S : Ermm.. Buat pengetahuan kau, aku tak pernah buat kerja giler cam ni. Ataupun cakap pasal laki. Serius ini first time aku, maafkan lah aku :DD

Komen dari diri sendiri : Kau pahal gatal sangat ni minah? Kau pergi belajar Sains sekarang. UPSR pun belum pass, nak menggatal pulak kau!
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.