Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

03 November 2012

Doakan saya dengan Si Dia bertemu jodoh :D

Bismillahirrahmanirrahim,

Aku dan dia bertemu pada tahun 2011. Aku dah lama dah bertunang dengan dia. Tapi belum lagi tahap yang seterusnya.

Isnin depan. 5 November 2012 merupakan hari pertama exam kursus pernikahan aku dengan Si Dia, yang tercinta dan yang aku ingin miliki dari dahulu lagi. Kalau aku lulus dengan cemerlang tertinggi dari exam kursus pernikahan hari pertama sampai hari ke 31 tuh, bermaksud aku akan dapat la kahwin dengan dia kan kan?

5 November 2012 - Bahasa Melayu
6 November 2012 - Bahasa Inggeris
7 November 2012 - Sejarah
8 November 2012 - Mathematics
19 November 2012 - Pendidikan islam
20 November 2012 - Matematik Tambahan
21 November 2012 - Fizik
26 November 2012 - Kimia
6 Disember 2012 - Lukisan Kejuruteraan

Tu je lahhh, aku pun nak pergi beli pen untuk jawab exam kursus perkahwinan tu nanti. Hahahaha :D
Tak sabar nak enjoy dengan kawan2 lepas spm kang, ye la selama ni asyik duduk rumah je memanjang. haha

Keputusan sama ada kami akan bernikah atau tak akan diketahui pada akhir bulan Mac 2013 nanti. InshaAllah kami akan bernikah!

Last but not least, Rasyidah hebat!
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.