Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

Showing posts with label Melaka. Show all posts
Showing posts with label Melaka. Show all posts

04 March 2013

Sumpah benda nih awesome gila!

Bismillahirrahmanirrahim,

Makkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!! *terbelahak mak aku kat dapor =.=

Hahahahahahahaha, mood tengah excited gila babeng nih. Arkkkkkk!

Hahahaha, okayyyy sabar rasyidah sabar.

Bhahahaha, nak dipendekkan cerita marilah kita beramai2 menonton video nih.



Nama benda alah nih Macbook Air Mirror // Mirrorbook Air dan macam2 lagi lahhh nama benda alah nih.
Tapi function tetap satu, iaitu tengok bulu kening tebal ke tak. 
Memang stail gila lahhhhhh benda nih. Hahahahahaha :DD
Kalau dapat satu, rasa macam nak lompat satu dunia.*melampau betul* Hahahaha XDDDDD
Sangat awesome lah cermin nih, aku rasa nak lempang satu dunia kalau aku tak dapat cermin nih suatu hari nanti! 
Kuang asam betul nak lempang2 orang =.=

Utube user kat atas kata, dia beli kat Akihabara.
Fakta Akihabara : Nama pendeknya, Akiba. Bukan Akibat. Okayyy, tempat nih kat Jepun. Aku bukan stalker negara Jepun lahhhhhh, tapi asal aku nampak gadget2 yang cute // awesome je mesti orang tuh beli kat Akihabara Akihabara Akihabara. Haihhhh, melepasss. Okayyyy, Akihibara nih satu tempat kat Jepun yang tempat nih memang penuh dengan orang jual2 gadget, benda2 weird // awesome // cute sume campak kat sini. Aku dengar2 je lah. Perginye belum. InshaAllah one day aku dapat helicopter sendiri, aku fly sana.

Kenal Daiso tak??? Kedai Daiso nih asalnya dari Jepun. Daiso nih bagi aku, ala2 kedai RM2 Malaysia *kedai 1Malaysia takde kena mengena kat sini, tapi aku suka kedai RM2 gak LOL*. 
Daiso nih kira Jepun punya kedai 100yen. Tapi Daiso masuk Malaysia, jadi la Daiso kedai RM5.
Tiap2 barang harganya RM5 tak kira la besar ke kecik ke, lantak kau lah kau nak beli ke tak.
Daiso nih buat aku rambang mata dan nafsu boros pun dah sampai. Bhahahaha XD
Banyak gila benda2 cute kat kedai Daiso nih.
Kalau aku pergi Daiso, memang lama gila ahhhh pusing2. 
Kedainya pun besar sikit kalah kedai RM2. *sorry kedai RM2, aku tetap sayang kau gak, tapi kau nombor 2, kau kan suka nombor 2? Hahahahaha bodoh =.=*

Mostly barang2 kat Daiso nih cute2, barang2 harian kehidupan orang kat Jepun. Contohnya bekas makanan bawak pergi sekolah ke etc etc etc. Jangan la suruh aku cite pasal apa yang diaorang jual kat sana, tak cukup tangan aku nak taip kang.

Sebut pasal bekas makanan nih ataupun orang melayu panggil tupperware padahal takde kaitan dengan tupperware pun, hari tu aku dengan Hani pergi Daiso nak cari bekas makanan // bento box nih. Kononnya nak makan bento  (lunch // sonang cito makanan lahhhh, adoiiii ). At last, tak beli pun. Sebab? Sebab bento box nih kecik sangat, aku tak tau nak letak apa kalau beli nanti. Nasi lemak 50 sen pun tak muat! Silap haribulan kalau aku beli, aku jadikan kotak kerongsang. Bhahahaha XD

Credit goes to casaBento.com for the pic.
Domo arigatou gozaimasu!


Haritu jugak, ada botol2 sos//kicap kecik2 kat situ aku nampak. Besar ibu jari je wehhh. Mak datok bappak lah keciknyeeeee! Nak sumbat apa dalam botol tuh kecik sangat! Tergelak2 aku kat Daiso marin, naseb baik tak ramai orang =.=

Okayyyyy, biasanya kan. Kat high school kat Jepun, pelajar2 pompuan kat sana yang nak menggatal // flirt dengan pelajar laki kat sana, si pompuan tuh akan buatkan bento untuk laki tuh. Pompuan tuh offer makan la. Biasanya pelajar2 laki kat sana memang kenyang makan bento pompuan2 tuh je, tak payah keluar duit beli makanan kat cafeteria // kantin.  Diaorang kadang2 makan sama2, kadang2 tak. Depends kat pelajar pompuan tuh cun ke tak. Bento2 yang pompuan gatal nih buat sememangnya comel. Mesti sedap la kot. 

Ni lah contoh bento.
Nak lebih, google la sendiri =.=
Dahh masuk part pelajar pompuan dengan pelajar laki nih, meh aku nak cakap sikit pasal APA YANG DIAORANG BUAT BILA DAH TAMAT SEKOLAH aka WAKTU GRADUATION DAY. Benda nih based on drama Jepun tajuk pe entah yang aku tengok kat 8TV dulu. Time tuh aku budak lagi law.


Nih uniform budak laki kat high school Jepun sana. Nampak tak Second Button kat uniform tuh? Okayyy, bila dah habes sekolah. Si pelajar laki nih, akan cabut Second Button tuh dan kasi kat pelajar pompuan ataupun junior pompuan yang si pelajar laki nih minat. Amboiiiiiiiii~ Sweet sungguh. Memang sweet habes ahhh, time aku tengok drama Jepun tu pun aku macam "Bestnye senior year".

Okayyyy, kenapa Second Button kan? Kenapa tak First Button? Ke pelajar laki nih minat Kedai RM2 dan minat nombor 2 jugak? *bhahahaha, tiba2 lak masuk kedai RM2*.

Kenapa Second Button? Aku pun macam tertanya2 time tengok drama tuh. Then pandai pelakon tuh explain jugak kenapa Second Button. Sebabnya, Second Button nih la yang paling dekat dengan hati pelajar laki tuh. Ceeeeewah~ Second Button nih jugak ada banyak simpan memori dan perasaan yang dialami oleh pelajar laki tuh sepanjang dia sekolah. So, kalau pompuan dapat Second Button dari laki tuh, maksudnya laki tuh suka dengan pompuan tuh, nak pompuan tuh ingat dia dan faham perasaan laki tuh kat pompuan tuh. Kalau pompuan tuh minat kat laki yang kasi dia button tadi, dia pun boleh confess sama, yang dia suka dengan laki tuh.

Oh yaaa, pompuan jugak boleh mintak Second Button dari laki kalau laki tuh ada lagi. 
Sangat sweet kot aku rasa, dulu time aku budak2 lagi darjah 5 camtuh, aku ingatkan high school kat Malaysia macam tu gak, rupanya tak laaa. Hahahaha :D

Okayyyy, kat sini aku nak tegaskan sekali lagi. Aku bukannya stalker negara Jepun ke, nak tiru2 lifestyle Jepun sampai nak google2, obses sangat dan blabla. Sama sekali tak okayyyy. Benda2 nih macam datang sekali waktu tengah tengok drama Jepun. So macam same goes to Hong Kong drama, Korean drama, Taiwanese drama and etc etc. Aku harap takde perspektif negatif tentang aku berkaitan dengan cite pasal Jepun kat post nih. 

Okayyy, masuk balik part bento. At last tak beli bento box kat Daiso. Satu hari, aku ada la bawak penkek nak makan dengan Hani sebelum ujian Lukisan Kejuruteraan pertengahan tahun. Ada satu hari tu pulak, Hani pulak bawak bento dia : french toast. Kitaorang makan bento sama2, ahhh sweetnye. Rasa macam tenang je makan pagi2 kat pondok sekolah time tuh sambil juniors lalu lalang macam tak pernah nampak orang makan =.=

Aku buat penkek nih pakai tepung Nona ni je.
Aiyen rekemen kat aku.
Habih cite, tak payah susah2.
Letak air, telur dan minyak, kacau, masuk dalam kuali.
Kalau makan dengan aiskrim, sedapnyaaaaaaaaa T___T

Okayyyy *bape banyak kali okayyy mau cakap =.=*, motif aku cerita pasal Daiso kat sini, aku berharap sangat2 Macbook Air Mirror tuh ada dijual kat Daiso. Senang sikit hidup aku >.<
Cermin tuh ada jual kat Amazon.com. Malas ahhhhhhh aku nak shopping online.

Thank you google.com for those pictures.

Thank you Allah, I'm still breathing on this Earth for more than 18 years.

18 June 2012

Sebuah Persinggahan di Melaka

Bismillahirrahmanirrahim,

Bhahahahahaaa. Tajuk entri macam tajuk novel jeee. Hadoiiii! Okay, old folks. Aku ada cakap an an aku pergi Melaka marin. Tapi tak bagi tau dengan terperinci. Sekarang, aku nak luahkan apa yang terbuku di minda sepanjang PERSINGGAHAN di Melaka marin.

16 Jun 2012
Lebih kurang pukul 3.30pm, aku dah siap2. Packing duit, baju semua. Tunggu nak salam mak bappak je lagi. Mak bappak pun dah pergi bekerja. Tinggal laa kak long dengan kak su aku. Yang si kak su, mengadap tv 24jam. Cakap sepatah, tak dibalasnya. Si kak long pulak, baca suratkhabar. Sama 2 kali 5, cakap sepatah tak dilayan langsung T____T End up, aku cakap dengan dinding je. Hahahadoi.

Hani kol aku lebih kurang pukul 1pm, dia kata nak jemput aku pukul 4pm. Tapi dia sampai lambat sikit lebih kurang pukul 4.05pm. Dia kol aku, tengok2 aku dah depan pintu kete dah. LOOL

Lebih kurang pukul 5 atau 6 petang, aku, Hani dengan ayah Hani pun sampai ke kediaman beliau. Tak tengok jam la pukul berapa sampai, tapi aku rasa perjalanan lebih kurang 2 jam.

Hani baring jap. Pahtu pergi Jusco. Ayah Hani hantar jap. Rumah Hani dekat gila dengan Jusco. Dia kata, Jusco ni terbesar kat Asia Tenggara. Kembang kempis je lubang hidung masuk Jusco uhh. LOOOL. Macam first time masuk lak kan? Ni kali kedua masuk Jusco ni lepas first time marin, tahun 2010 masa Lawatan Sambil Belajar ke Tanjung Piai.

Masuk Jusco tu, terus pergi Daiso. Bhahahhaha. Rambang mata masuk Daiso tu. Banyak barang2 comel. Tapi apsal entah, rasa macam nak beli, tapi tak ambik lak. Bekas2 bento *bekalan makanan* tu, kecik2 gila. Kalau letak makanan jepun, memang muat ahh. Ni, kat Malaysia nak letak nasi lemak 50sen pun tak muat.

Kotak2 pun comel2, bling stickies pun comel2. Tapi tu laa, benda tu macam kecik. Tapi RM5, rasa tak berbaloi pulak dahh. Haritu excited pergi. Nak buat cane kan. Lumrah wanita. Bhahahahaha XD Apa yang lawak ntah aku pun tak tau, gelak lelebih =.=

Pahtu ada tie, memang lawa ah tie dia. Bowtie pun ada. Boleh beli jadi hantaran kahwin. HAHA. Pahtu ada topeng menakutkan, aku dengan Hani pakai. Takut la sangat. Banyak barang ah. Kalau nak explain satu2. Sampai bila pun entri ni tak habis!! Siap ada tanda seru lagi tuh -.-

Pahtu, aku beli 3 benda je. Satu lagi light stick, satu Pena Berbulu Senyum *Ah-ha best gilaaaaa, time tu kat tv3. Tiap2 petang aku tengok masa darjah bape entah. Ni ulangan tahun 2008 camtuh*, dan klip kayu je.

Meh kita belajo kimia.
Light stick Hani punya.
Ingat lagi ayat kat belakang plastik dia, "Bend once only".


Pena Berbulu Senyum, lupa nak rotate.

Nak buat craft pakai mende nih. Oyeahhhh~

Nak jugak laahhhhh tunjuk resit =.=

Pahtu, aku dengan Hani pergi beli tiket wayang. Hani tengah kol Kak Marina dia, tanya nak tengok wayang pukul berapa, cite apa sume kan. Aku pulak, pusing2 kepala tengok orang. Pahtu, paling best. Aku tengok satu family nih. Semua putih2 belaka la kan. Mata aku tertumpu kat sorang lelaki dengan sorang perempuan nih. Lelaki dengan perempuan tu lawa sangat. Aku tengok diaorang macam rapat, mungkin couple. Tapi, muka diaorang macam sama je. So, mungkin adik beradik laa since ada makcik dengan budak2.

Aku pusing lagi, nak tengok dia lagi ann ann. Nak cuci mata sikit. Pahtu, dia tengah buat kembungkan mulut sambil buat muncung. Mungkin benda nih seems gay untuk orang laki yang lain. Tapi takpe, aku tetap thumbs up. Hakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk~ Time tu jugak la, aku pandang dia, dia pun pandang aku. Dalam ramai2 orang weh, terpandang aku jugak :DDDDDDDDDDDDDDDDDDDDD Bhahahaha, entah macam mana ghoman aku time tuh? Erkkk =.= Gatal nye aku =.= Astaghfirullah hal azim.

Pahtu aku suruh Hani tengok gak. Ngeeeee. Hani suruh aku mintak nombor. Kalau dia sorang2 time tu dah lama aku pergi. Hahahaha, tipu je.

Pahtu, beli 5 tiket Madagascar 3 : Europe's Most Wanted. Total up, RM55.

Hani lapar. Jadi kami pergi ke A&W.

Makan ni je :D

Pahtu balekkkkk. Balik jalan kaki. Sampai rumah, mandi apa sume. Takkan la aku nak cerita mandi pun macam mana kan?

Lebih kurang pukul 8. Aku dengan Hani's Family pun pergi bersiap untuk makan malam. Makan kat Yong Tau Fu. Biasa makan yong tau fu beli kat pasar malam. Tak tau lak Yong Tau Fu ada restoran. Not bad lahh. Tengah pilih2 bahan mentah, Fatihah call, tanya pasal kerja kursus add maths. Yang aku peliknya, time aku travelling la baru nak tanya. Dia kata takut nak tanya Cikgu Suzana, sebab beliau tengah marah. Hmm. Jarang ahh cikgu marah, sekali marah memang ingat sampai bila2. Lain la kalau lemah daya ingatan SIKIT macam aku.

Kenyang betul makan sebab baru makan waffle dengan burger sume. Ughhh.

Dah habis makan tuh, pergi balik rumah sebab belum pukul 10.20pm lagi. Wayang start pukul 10.20.

Hani nak lelap jap dari pukul 9.40 - 9.55pm. Pahtu pukul 9.58pm baru aku kejut.

Kitaorang pun pergi lew ke panggung wayang tersebut. Dah lambat sikit sebab ramai beratur kat counter beli popcorn. At last, beli kat counter pop corn yang kat dalam.

Okay, cerita madagascar tu memang lawak. Lawak sengal2 ubi. Yang paling lawak tu, kat polis perempuan tu. Banyak benda yang pompuan tu buat, tak logik gila, tapi lawak lah.

17 Jun 2012

Pukul 12am lebih, baru balik. Sejuk gila pawagam tu. Kaki dah macam ais. Hani dengan Mak Hani cakap, pawagam ni sejuk sangat. Pakai la sweater ke apa an. Aku buat dekk je, sekali hambik kau, waktu jalan macam rasa takde kaki =.=

Pahtu, balik rumah, tidooooooooo memanjang.

Pagi pukul 8, Mak Hani ketuk pintu. Kejutkan Hani sebab dia ada tuisyen Fizik kat Bahau. Aku pun bangun gak, bangun bukak mata je. Hani cakap, mak dia minta aku stay untuk pergi kenduri kahwin dengan Kak Marina dan ayah Hani. Aku on je.

Pahtu, sambung tido sampai pukul 11. Kak Marina kejutkan aku. Dah la tinggal rumah orang, boleh lak tunggu orang kejutkan baru bangun =.=

Pergi mandi, breakfast kat Kluang Station. Lambat buat air =.= Pahtu pergi rumah makcik kepada ayah Hani. Kak Marina kenalkan aku kat semua orang. Hehehehe, segannyew.

Pahtu balik rumah balik, tukar baju kurung sebab nak pergi kenduri kahwin kat Dewan Taming Sari. Pinjam baju kurung Kak Marina. Time tengah berarak tu, orang yang kompang tu, kompang belakang aku. Bingit telinga aku. Hahaha.

Okay, pahtu balik rumah. Hani pun dah balik sebab waktu tu dah pukul 2, dia tuisyen dari pukul 11-1 je. Pahtu, kami tanpa Kak Marina pergi ke Restoran Ayam Penyet sebab Hani belum makan. Ngeeee~ Sementara tunggu makanan dia masak, aku dengan Hani gi jalan2 kat Jusco. Tengok benda2 yang kawaii. Ada topi gothic lolita. Pahtu asyik2 teringat nak beli sepit rambut untuk Cikgu Moo, tapi tak beli2 pun.

Pahtu, balik rumah. Tukar baju, pergi naik bot. Sebelum tuh, ada paparazzi nak tangkap gambar kitaorang sebelum menaiki bot. Pahtu kasi nombor untuk tuntut gambar. Aku pejam mata je tangkap gambar tuh. Entah macam mana ghoman ea entah.


Waktu naik bot tu, ada pelancong2 luar negara. Pahtu kitaorang lambai, diaorang pun lambai balik. Not bad lahhh. Bot kami bernama Tun Abdul Razak. Pahtu, bot tu lah paling sikit penumpang. Bot2 lain penuh jee. Agaknya, sebab penumpang2 sume dah tau yang bot ni dah rosak. Tengok lahh, dalam perjalanan nak balik pergi jeti. Bot tu termati enjin. Buat gabra je. 2 kali lak tuh. Hani dah cakap, "Jakeet, jaket!!" Bhahaha. Hmm, time ni la baru nak nyesal tak bawak kamera T__T

Dah habis tuh, pergi jalan2 kat Taman Rempah. Pahtu ada sepasang kekasih duduk rapat2, pahtu peluk. Geli eh den =.= Pahtu Hani dengan aku pusing2 tempat tuh, pasang lagu Avenged Sevenfold. Mesti diaorang rasa terganggu. Mwahahaha >:D

Pukul 6petang lebih kurang. Pergi tengok satu masjid kat Pulau Melaka. Boleh lak ada sepasang kekasih lagi tuh! Astaghfirullah hal azim. Dah la dekat masjid =.= Lawa ah masjid tuh.

Pahtu tengok sunset sekejap, tengok orang main layang2 kat satu padang luas dalam kereta.

Balik rumah, packing semua barang2 sebab nak balik Bahau.

Kemudian singgah Chicken Rice Shop, makan malam. Balik Bahau, Kak Marina pandu. Pukul 11.30pm sampai rumah aku daaaa. Home sweet home.

Okay, cerita ni agak pendek sikit sebab nak tido dah ni. Esok *Selasa 19Jun2012*, nak sekolah daaa. Hmmm.

Akhir kalam, ini lah blog aku, menceritakan pengalaman hidup. Nak baca ke, nak jeles ke, ikut suka hati lahhh.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.