Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

06 March 2012

Be careful! It will bite you~

Bismillahirrahmanirahim,

Kringgggg kringgggggggggg kringggggggggggggggg. Loceng telah berbunyi. Ini telah menandakan bahawa rehat menengah atas akan bermula. Buku2 di atas meja aku disusun rapi untuk dibawa pergi ke perpustakaan. Maklumlah, bulan Nilam kan sekarang. Tapi aku tidak ada buku Nilam semenjak tahun lepas :D

Cikgu Shobana keluar lambat. Begitu juga dengan aku. Aku saja melengah-lengahkan masa agar aku dapat menjalin hubungan yang mesra dengan cikgu Bahasa Inggeris ini.

Sedang dia asyik menyusun buku2nya, saat dia bangun dan ingin duduk semula. Dia menjerit sambil menunjukkan tangannya ke arah bawah meja. Aku pun seraya berkata, "What?".

Aku menggagahkan diri takut2 ada ular tedung mahupun senduk berada di bawah meja guru itu. Barangkali ada kala jengking. Jantungku berdegup kencang. Aku pun menggagahkan diri sekali lagi untuk ke sana. Maklumlah, aku memegang jawatan sebagai penolong kelas lagi. Maka, aku bertanggung jawab atas hal ini.

Tak ku sangka, setelah aku pergi dekat dengan meja guru itu. Rupanya 2 ekor anak kucing yang baru lahir yang ditemui oleh Faiz pada minggu lepas di dalam almari telah berada di sini! Bagaimana kucing itu di sini? Barangkali mereka mempunyai sayap.



Lihatlah apa yang kau dah buat, Faiz. Mak dia sudah tidak menghiraukan anak2 kucing ini lagi kerana kau telah MENYENTUHNYA, bak kata Carol, sesiapa sahaja yang memegang anak kucing yang baru lahir, dia harus menjaga anak kucing itu kerana mak asal kucing tu dah tak boleh cam lagi bau anak2 dia.

Namun, Faiz enggan bertanggung jawab *kot*. Chrisender dari kelas 5H rela untuk menjadi Pak Sanggup di atas kerakusan Faiz. Mujurlah masih ada lagi yang prihatin di muka bumi ini.

Namun, di sangka hujan sampai ke petang, rupanya panas di tengah hari. Chrisender hanyalah omong kosong. Anak2 kucing itu masih terdampar kelaparan di dalam kelas 5G. Andaikan tiada siapa yang mengusik anak2 kucing itu hari, pasti mereka telah tidur kekenyangan barangkali.


Aku buang tanggapan negatif aku jauh2.

Cikgu Shobana menyuruh Dowan dan Ikhwan yang masih tertinggal dalam kelas untuk mengambil anak kucing itu dan memberikannya kepada mak Ikhwan. Mereka pun dengan relanya mengambil kucing itu setiap seorang satu.

Terbitlah satu ayat daripada Cikgu Shobana iaitu "Be careful, Dowan! It will bite you~". Aku serta-merta gelak terkekeh-kekeh. Tak sangka. Rupanya Cikgu Shobana pun sama seperti orang lain, dalam hatinya pun ada taman. Auwwwwwwww~

Begitulah drama waktu rehat di kelas 5G tadi. Sampai aku turun tangga pun aku tak leh tahan derrrrr.



Watak2 :

1. Anak2 Kucing *watak utama*
2. Rasyidah *hero*
3. Cikgu Shobana
4. Faiz
5. Carol
6. Chrisender
7. Dowan
8. Ikhwan

Harap maaf kepada sape2 yang mana tau emo sangat dengan cerita aku nih. Hikhik ^^

P/S : Esok mak bappak aku balik. Tapi takleh nak gi jemput sebab ada hal. Aku nak mengadu yang tv dah rosak. Beli tv baru! hahaha :D

Credit goes to Tumblr for the photos.

Sebelum tu, aku rasa aku nak start blogging balik. Rindulah. Blogging ni lah salah satu cara untuk aku alert dengan tarikh2 penting :D
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.