Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

Showing posts with label Rabu yang takkan dilupakan. Show all posts
Showing posts with label Rabu yang takkan dilupakan. Show all posts

11 April 2013

Siapa pulak yang letak buah oren dalam almari nih?

Bismillahirrahmanirrahim,

Mula2, aku nak gelak puas2 dulu. Hakhakhakhak! Lawak gila seyh benda yang aku nak ceritakan nih plus memang teruk dan jijik cerita nih. Harap sediakan baldi dan tuala untuk lap muntah2 kau kat keyboard lepas baca post nih. Hahaha xD

Alkisahnya, hari Rabu semalam (10 April 2013) aku tinggal la kat rumah sorang2 macam biasa. Bosan aihh, aku pun sediakan list barang2 nak dibawak untuk pergi travel minggu depan. Kali ni aku nak bawak pakaian sikit, malas bawak banyak2, memberatkan aku je. Pergi pulak naik bas sorang2 :( , chaiyokkk Rasyidah xD

Pastuh terfikir nak ambik beg, aku pun bukak la almari. Aku bukak je almari, aku terbau buah oren. Aku pun hidu2 lagi, betul ke buah oren kan? Cemana ada bau buah oren dalam almari pulak? Aku pun bermonolog dalaman, "Siapa pulak yang letak buah oren dalam almari nih?". Pastu aku check almari tuh, takde pulak buah orennya, misteri betul, dah la aku duduk sorang2 pulak tuh! hahaha

Aku pun tak pikir banyak2, terus ambik keluar beg tuh. Sekali aku tarik beg tuh keluar, perghhhhhhhh bau buah oren busuk tuh bukan main kuat lagi. Aku jadi pelik pulak, dari beg nih ke? Aku pun bukak2 zip. Sekali tengok, lahhhhhh ada buah oren membusuk dalam beg nih! Nasib baik dia tak berair -_-'' Gila lahhh, aku pun gelak sorang2. Aku pun capai la penyembur AirWick, cabut botol dia pahtu spray dalam almari xD Hilang pun bau buah oren dalam almari. Cemana ada buah oren dalam beg nih? Aku pun terus berfikir.

2 bulan lepas (10 Feb 2013) baru Chinese New Year. Perghhh, hebat sungguh buah oren nih boleh bertahan duduk dalam beg tuh! Pastuh aku teringat lagi, 7 Feb aku pergi bakery mak Aiyen untuk kerja 1hari. Aiyen ada bagi aku 2 buah oren untuk makan kat situ, tapi aku sanggup tahan makan buah oren sebab duduk fokus buat kerja je. hahaha xD At last, aku simpan buah2 oren tuh dalam beg. Sampai rumah, aku makan sebiji. Beg tuh aku simpan balik dalam almari. Serius aku tak ingat langsung oren sebiji lagi tuh! Kesiaaaaaaaaan dia :'( Dia mesti sedih sebab aku tak makan dia sampai dia jadi busuk. Alolololo siannyeww orenku sayang XD

Pastu aku pun pergi la basuh beg tuh, gila lah aku kalau tak basuh. Aku kan pembersih orangnyew :D
Buah oren tu pulak aku campak dalam sinki, ambik pisau, korek2 buah oren tuh. Apa keje entah aku pun tak tau. Pahtu aku buang dalam plastik kecik, aku cerita kat kawan aku, pahtu kitaorang gelak sama2 betapa kurang tebiatnya aku. Then dia kata, tangkap la gambar, masuk kat blog, that is part of your life. Aku pun bersemangatnya keluarkan balik oren tuh dari plastik (bukan tong sampah ye) untuk buat photoshoot. Hahahahahaha xD Silakan menengok betapa comelnya buah oren yang busuk ini xD

Alolololo comeynyewwww~
Jemput makan semua!
hahaha, tipu je =.=

Nampak tak betapa juicynye oren nih!
Hahahahahaha!

Ahahahaha, akhir sekali aku mintak maaf di atas kejijikan buah oren nih dalam blog aku :P

P/S : Asyik2 tertaip buah oren jadi buah oreng =.=''
P/P/S : CNY 2011 dengan 2012 aku letak gambar buah oren comel2, 2013 pulak buah oren yang dah busuk xD


Aku mintak Aiyen buat jack o lantern, tapi vampire yang jadi.
kehkehkeh xD
Yang ni side sebelah dia. 
Macam arnab ^-^
Gambar2 limau kat atas nih time 2011 haritu.
Aku mintak Aiyen lukiskan.
Lighting tak bagos -.-


Gambar2 kat atas nih pulak untuk versi 2012 punya.
Oren nih tajaan Puan Lui Chun Moi, cikgu matematik kita orang yang gojes.
Selama 3 hari aku tayangkan oren nih kat ruang tamu haritu.
Hakkkkkkkkkkkkkkk :D
P/P/P/S : 7 Feb marin aku ada mintak gak Aiyen lukiskan untuk aku, tapi waktu tu takde pen marker. Ughhhhh :'(

P/P/P/P/S : 13th May 2013, Ain suka dengan gambar oren dengan moustache tuh :)

23 November 2012

Minggu kedua peperiksaan SPM 2012

Bismillahirrahmanirrahim dan assalamualaikum wbt kawan2!!!

Rasa excited sangat nak cerita kali ni tak tau kenapa. HAHAHA. *batuk macam org dapat tb* Lama gila aku batuk tak elok2. Dalam dewan exam aku sorang batuk cam nak terkeluar anak tekak. Entah la, tak selesa kat sekolah kot. Kat rumah okay je. Tekak aku nih tak sabar nak cuti 6 bulan kot. Sabar ye tekak?

Hahhh, aku rasa happy sangat ada kawan2 sekolah aku baca blog aku. Pahtu dia cerita balik apa yang aku tulis kat blog. Hahahah, aku rasa happy sangat2. Ada jugak kawan aku yang baca ann. Aku buat blog ni pun saje2 je sebenarnya. Masa 2010 dulu ada blog dengan niat nak taip pasal kejadian tiap2 hari kat sekolah. Tapi tade masa. Terima kasih wehh sebab baca blog aku. Hahahaha saya suka saya suka. Kali ni aku nak ceritakan penggalaman *ayat pengalaman sengaja ditaip begitu* aku time minggu kedua SPM start hari Isnin haritu (19 Nov - 21 Nov).

Masa hari first datang sekolah tuh, surau baru sekolah tengah dalam proses pembinaan. Cuba bayangkan projek nih dibincang pada tahun 2008 macam tuh, 2012 baru nak buat? Time aku dah habes sekolah pulak tuh! Terkilan aku wehh.

19 November 2012 (Pendidikan Islam)
7 hari sebelum dia tuh, 12 Nov kot aku dah start buat revision. Aku ni jenis baca tak buat nota konfem2 tak masuk an. So aku baca buku teks Pendidikan Islam Form 4 bahagian Tilawah dengan hadis dan buat nota sendiri. Bab Ibadat apo sume yang lain aku baca sekali, pahtu buat nota maksud ayat dia. Macam "Riddah : keluar dari Islam". Buat nota istilah2 dia lahh. Boleh membantu kat Paper 1. Sangat2 useful aku bagi tau kat kau. Tapi kalau aku buat camni dri tahun lepas lagi bagus. Aku baru terfikir idea camnih last2 minute. Haiyaaaaa.

Pahtu aku memorize lah. Memorize nih sbnrnye bagus asalkan kau faham maksud setiap ayat dia. Jangan la membabibuta hafal tk faham langsung apo jadah eah wey.

Hari Jumaat 9 Nov 2012, aku ada tanya Fasihah, "Kau dah hafal surah hafazan belum?". Pahtu dia balas mesej, "Dah lancar sikit. Kau startlah hafal dari sekarang. Baca tiap kali lepas waktu solat. Gerenti hafal. Trust me. Tulah, orang hafal awal2. Ni nak exam, baru nak hafal. Ish2."

Hahaha, sabo je lah dengan nasihat dia tu kan. Aku pun macam malas nak tengok buku teks ayat hafazan dia, pahtu dalam buku rujukan pun hampeh gila sumpah aku cakap. Translation dia ada yang tertinggal2 sebab aku perasan. Aku rasa macam marah sangat2. So aku pergi la dekat www.quran.com cari setiap ayat hafazan dan copy maksud dalam Bahasa Melayu dia. Not bad aku rajin gila buat cam tuh an. So aku dah simpan dalam bentuk Microsoft Word dalam pc. Then aku upload kat scribd. Kalau nak download ini link dia : http://www.scribd.com/doc/112674216/Ayat-Hafazan-SPM

Note that kalau print nanti ayat2 al-Quran tu pecah sebab dia dalam format gambar bukan tulisan. Lepas baca satu ayat, try memorize them pahtu baca translation satu ayat tuh. So bila kau nak ulang balik, ulang dengan meaning dia sekali okay? Lagi best menghafal camtuh. Aku excited tengok cite tamil malam deepavali sambil hafal ayat hafazan nih. Hahaha.

Aku sempat hafal surah al-mukminun je. Nasib baik keluar. Yang keluar hari tu surah al mukminun dengan surah al hasyr.

Tadi aku cakap pasal nota istilah an? Aku tak guna dengan buku rujukan yang Fatihah kasi pinjam kat aku *diatakgunahahaha,tulahakumintakpinjamkatdia* sebab istilah dia memang berbeza gila dri buku teks weh! Jangan main2. Sebab skema PENDIDIKAN ISLAM dengan SEJARAH berdasarkan buku teks 100% *kot*. So aku print nota dari http://umat66.blogspot.com/p/pi-spm.html . Note that laman web ni tak leh nak copy. So aku mintak izin guna nota ustaz tuh dari kat fb dia. Lepas tuh, baru aku bukak mozilla, tukar settings mozilla. Baru aku dapat copy. Pastuh aku print. Baca sepintas lalu, ambik istilah. Fahamkan dan memorize.

Senang cite beli je buku rujukan Ustaz tuh. Aku tengok macam bagus gakk. Rugi aku tak jumpa laman web tu tahun lepas dan rugi tak beli buku tu dri tahun lepas.

Soalan tajwid hampeh boleh la jawab gak. Inilah akibat tak tumpukan perhatian time belajar tajwid.

Tulis tulisan rumi ke dalam tulisan jawi. HAHAHAHA, 6 markah weh kali ni. Aku rasa sebelum2 nih 4 markah je. Sempat jawab la jugak. Dapat full marks ke tak tak tau la. Tulisan jawi aku biasa comel tau. Tapi dalam SPM nih daa tak comel dah =.= Sebab nervous masa nak habis T_T

20 November 2012 (Additional Mathematics)

Aku expect keluar senang la kan untuk tolong pelajar lemah cam aku nih. Tapi sekali tengok Paper 2, baru aku tau memang aku lemah sangat LOL.

Dok selak2 soalan tengok pattern dia susah gila daripada tahun 2011 kotttttttttttttttt. Balik rumah aku nanges jap sebab takde makanan *menipu*. Hmmmm, trial SPM tu lagi senang dari kali nih. Sedey sangat weh. Sebab pattern cam tu tak pernah buat banyak kali latih tubi. I feel badddd. Even Choi dengan Chan pun kata susah kat Cikgu Suzana. Even budak SBP ckp kat Cikgu Suzana pun kata susah. Tadi kat kelas kemistri tadi dia boleh lak kata senang sebab dia lepas tengok. yeee laa senang la kalau selalu buat pattern tuh. Kalau tak pernah buat langsung?  Aku rasa macam bodoh sangat2 time jawab exam hari tuh. Apa yang aku belajar selama 2 tahun ni weyh.

Ahh lupa nak cakap, lepas paper 1 habes. Pelajar2 ada masa 4 jam sebelum paper kedua iaitu pukul 2. Habes paper 2 pukul 4.30pm. Atiqah, Hani dengan aku ada la lepak kat kantin. aku ingat nak gi kantin beli mknn tengok kantin tutup. Tak bukak pong!!!! Haritu cikgu kata bukak waktu SPM nanti. Harghhh.

Pahtu ada sekali tuh, Hani macam korek hidung *memang korek pun* HAHAHAHA. Pahtu dia nak lap2 kat atiqah pulak. HAHA. Then, aku pun gelak2 ahh. Atiqah ada tanya satu teka teki kat aku.

Atiqah : Weh rasyidah, aku nak tanya satu teka teki kat kau.
Me      : Teka teki lak. HAHAHA, Apo?
Atiqah : Apa benda yang bila kita nak cari, susahhhh sangat. Bila dah dapat, kita buang. Apa dia?
Me      : Hmmm, entah.
Atiqah : Dah? Nak tau jawapan?
Me      : Hmm, haa. Apa dia?
Atiqah : Taik hidung.
Me      : Hahahahahha! ape lah. HAHAHA
Atiqah : Ye lahh, bila kita korek hidung tu punyalah payah. Korek2, tapi bila dah dapat, buang je.
Me      : Hahahaha, gayat lahh.

Sumpah lawak gila teka teki tuh. Kitaorang gelak2 macam orang gila sampai Dhurgka belakang aku tutup2 telinga bila aku gelak.

21 November 2012 (Physics)

Not bad la soalan2 dia. Tapi jawapan2 dia kebanyakannya pendek2. Aku tak tau la betul ke tak. apa yang aku harapkan hanyalah A+ hahahahaha. Cita2 yang begitu tinggi ok. Sebab Soekarno ada cakap, gantungkanlah cita-citamu setinggi bintang di langit. Aku suka dengan ayat tuh sampai dlm karangan BM SPM pun aku letak haha.

Ahh lepas paper 2, ada masa 2 jam camtuh sebelum paper 3. Fasihah suruh aku baca eksperimen Archimedes Principle. Aku pun nak baca la. Tengok2 buku exercise form 4 aku kan tak terusik sebab cikgu dulu tak guna. Then aku cakap kat Hani Atiqah Fasihah sebab diaorang ada kat situ, aku cakap "Aku baru guna first muka surat yang cabang2 fizik tu je". Pahtu fasihah gelak2. LOL. Aku baru nak cakap, "Cikgu TU la yang tak guna buku nih, rugi je kena beli tpi tak guna!". Time aku tengah2 cakap aku pandang belakang sebab fasihah atiqah pandang belakang aku. then aku pandang laa, sekali cikgu TU dalam perjalanan nak sampai kat kitaorang!!! Perghhhhhhhh, naseb baik tak cakap ayat tu time tu doh! Pahtu dia mintak paper 1 aku, dia tengok2. Dia tanya, "Cane fizik, ok?" Aku jawab ok la kan. Pahtu aku tanya, "Cikgu, kenapa cikgu datang sekolah?". Tapi dia tak jawab. Hahaha, dia tau2 je aku nk cakap pasal dia lah. Adoii. Lepas dia blah naik kete dia, aku gelak2 cam orang gila ngan diaorang. Aku cakap kat diaorang "sebenarnya aku nk cakap pasal dia tadi, tapi tak jadi sebab dia datang!".

Okayyyyyhhhh tu je lah catatan minggu kedua exam SPM 2012 aku.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
BTW, tadi pagi pukul 9 ada kelas kemistri. Aku sampai kat sekolah penat aku cari teacher kat mana sebab aku ingat lab tutup. Rupanya bukak. Hampeh, buang jus ketiak aku je. HAHAHA. Tu laa, lain kali tengok la btol2 pintu lab bukak ke tutup!

Habis lebih kurang pukul 12pm. Rasa sedey kali terakhir belajar kat lab sekolah. Lepas pukul 12pm, Aiyen, Ainur, Carol, aku dan adik Ainur ada duduk kat bangku tepi pondok jaga. Kitaorang borak2 pasal eksiden yang mengerikan lahh, pasal trailer eksiden  haritu, cerita pasal haiwan2 berbisa. Muka carol dah macam bored, then mak bappak dia datang jemput. Aku rasa aku kat bangku tu dah 2 jam kot. Pukul 2 petang baru aku sampai rumah balik. HAHAHAHA bagos2.

Minggu depan Isnin 26 November 2012 adalah hari ulangtahun perkahwinan Kak Ngah aku kali kedua. Dan aku pun akan duduk exam jawab kemistri. Aku nak cerita something on that daykat blog lepas balik exam nanti. Tak sangka dah nak exam kemistri, rasa macam baru je exam BM dohhhhhhhhhh. 28November-5Disember ada kelas tambahan LK. Struggle sumbat semua lukisan dlm otak. Lepas tu ada pemulangan buku2 teks pada 29 November 2012. Dalam 3 hari, 26-29 Nov aku nak baca lagi sekali novel Konserto Terakhir : novel pertama aku pernah baca sampai habes. HAHAHAHA, best bhai novel tuh. 6 Disember ada exam LK.

K daaa nak stadi kemistri * i love to spell chemistry in that way, sangat weird dan cumel. LOOL! *

If you want to open the photoes on a new tab and enlarge them, just press ctrl and click any photo.


A lovely sunrise view from my school's field. 
I hope I can lay and gaze lazily on the bed of lush green grass.
Ini bukan beach ok? HAHA

Aku dengan Aiyen selalu tulis nama pakai inai tiap2 akhir tahun dari tahun 2010. 
Ini bukan taik ok?

Aku tulis mende nih tahun lepas. 
waktu tu baru start cuti sekolah.
aku rasa bored gila. 
Now, dah setahun benda tuh berlalu. 
dan aku nak cuti sekolah tahun lepas aku yang balik T_T


25 October 2012

Plan memancing kitaorang!

Bismillahirrahmanirrahim,

Malam semalam, 24 10 2012 ada tuisyen add maths. At first macam biasa lahhh.

Tibe tibe, macam ada banyak semut terbang. Aku pun tak tau lah benda tu nama apa sebenarnya. Alaa , yang gemuk2 warna hitam tuh ada kepak tuh.

Ada satu ekor nih, panjang gila badan dia. Dia hinggap atas kertas add maths nih, pahtu ada cecair dri badan dia keluar banyak. Tumpah air ketuban agaknya, tahniah anda dapat anak!

Pahtu, banyak gila mende tuh datang. Aku cakap "Cikgu ada plastik tak? Nak bagi ikan saya makan".

Cikgu bawak plastik merah tuh. Pahtu ada banyak2 benda tuh buat kenduri dengan sekor nih. Tak tau lah dia usung je ke buat benda lain. Aku cakap, "ooo, buat kenduri ye".

Then aku dengan atiqah masukkan serannga tuh dalam plastik. Tapi kitaorang tak guna tangan pegang diaorang betul2 lahh. Cuma terbalikkan plastik tu je.

Lepas masuk tuh, aku ikat. Aku sumbat dalam beg fasihah sebab dia takut sangat. Hahahaha, kejam kan? LOOOL. Tapi dia keluarkan balik lah..

Pahtu cikgu keluarkan Fumakilla dia, sembur kat semua semut terbang tuh.

Then tiba2 Atiqah cakap lah, "Wehh jom pergi memancing Jumaat nih". Aku cakap jom2 semua kan dah excited. Pahtu dia gelak2, "Jumaat ni kan raya". Aku macam =.=

Then cikgu tanya aku, "Betul ke nak pergi memancing nih? Kalau betul, jom pergi lepas SPM dekat sawah tuh". Wahhhhh, best gila! Haritu nak memancing, tapi masing2 buat alasan. Pasnih aku tak nak dengar lagi korang buat alasan tak nak ikut. Ni first time aku nk gi memancing. Baik korang jangan menghampakan aku lagi. Kang aku lempang sorang2 kang.

Then aku tanya, "Nak pakai joran ke apa cikgu?". Cikgu dengan Fasihah kata nak pakai kayu yang buat sendiri tu je. Hani menyampuk, "Kenapa tak pakai yang elektrik tu je". Hahaha, tak feel lah memancing pakai elektrik.

Pahtu plan nak panggang ikan lah. Kononnye lah, kot kalau tanah sawah tu punya sungai besar cam sungai kat pahang tu boleh la ikan dia besar2 gak. Ini sawah je kot. Pahtu Ainur kata dulu dia mancing pakai mata kail ikat dengan tali, tu je. Aku pun nak buat camtu lah. Kang kalau guna yang ada batang kayu tuh, dah la tak tau nk campak. Kang tak pasal2 tersangkut kat mata orang. Jadi macam cerita Final Destination kang. HAHAHA

Tak sabarnyeeeeeeeeeeeeeeeee. Nasib baik ada cikgu! At least ada orang tua yang guide kitaorang nanti. Pergi naik motor kot. Apa2 hal, aku cite balik kat sini. Nanti nak tangkap gambar jugak lah! Hihihihihi.

10 October 2012

Woi, mencurik!

Bismillahirrahmanirrahim,

Haihhhh, today aku datang sekolah. Ye lahhh, ada Kimia ada Fizik. Mana boley tak datang derrr.

Mula2 ada perhimpunan. Ada kuiz english konon. Speakang speakang english. Eja pekerjaan2 dalam english.

Then hari nih memang nostalgik gila kitaorang, 5G dapat masuk ke kelas 4G kitaorang dulu. Dan belajar macam biasa. Bappak ah nostalgik. Aku ada cakap, "Wehhh, apa kata kita duduk ikut tempat tahun lepas nak?". Gayat =.= Sorang pong tak layan aku. Pandang hina je =.=

Then Fizik tadi belajar lukis diagram convex and concave lenses sebab kitaorang tak belajar fizik chapter nih tahun lepas.

Waktu maths tadi kena presentation amende entah. Group aku kena ambik soalan Mathematical Reasoning. Hape entah tajuk tu. Seyes aku tak hafal pun tajuk tuh sebab aku jawab ikut logik je. Tapi ada jugak aku hafal sikit. Then aku kena explain satu soalan nih. Soalan bahagian C.

Premise 1 : If x>0, then 3x>2x.
Premise 2 : x>0
Conclusion : ????

Aku cakap, bla bla bla. Dia kasi Premise 2, x>0. x>0 dah ambik, so ambik je la lagi satu (3x>2x) tuh letak kat conclusion. *pergi tempat duduk tersengih2 sampai dahi lenguh*

Pahtu Cikgu Lui kata dia faham explanation aku. HAHAHAHA, sian cikgu dia ajar emnde lain aku bagi tau mende lain.

Waktu akhir tadi, waktu nilam tapi cikgu tak masuk. Pahtu kita orang cite pengalaman2 time 4G lah. Perbandingan PMR2 tahun lepas dgn tahun ni lah. bla bla

Tadi kat rumah aku. Abang aku ada bela burung2. Gantung kat depan rumah. Baru je tadi berlaku. Aku keluar dari dapur. Then aku nampak sorang budak indian gemuk sikit nih, pegang2 sangkar yang depan sekali tuh. Then aku rasa cam tk sedap hati, aku terus berlari gi depan. Titibe sorang kawan dia tolong dia untuk turunkan sangkar tuh. Bodoh, kalau ye pun nak curi, curi la cepat sikit. Ni terkedek2 macam bongok je aku tengok.

Pahtu aku keluar cepat2, aku jerit gila2 kuat aku rasa jiran aku tengah tido pun dia dah terbangun dah.

Aku jerit, "Woiiiiiiiiiiiiiiiiiiii! Mencurik je kan! BAAAAAAAAAAAAAABI betol lah!". Hahaha.

TIme tuh aku tengah shocked, apa yang keluar dari mulut aku keluar ahhh. Diaorang lari lintang pukang tanpa tengok aku, macam orang gila dahh. Pahtu, naseb baik dia tak terjatuhkan sangkar tu ke apa. Kalau jatuh nanti, patah pulak kaki burung tu nanti. Haiyaaaaa.

Pahtu aku masuk rumah ambik tudung sume, keluar balik. Letak sangkar burung tuh dekat2 sikit dengan rumah. jauh2 kang senang kena curik pulak. Sangkar tu, senang je bagi aku untuk turunkan. Asal budak2 tuh lembap sangat? HAHAHAHAHAdoiiiiii!

Ihhhh, sakit anak tekak aku menjerit. Aku siap nak ambik kamera, tangkap gambar budak2 bongok kurang hajar tuh. Boleh buat repot polis! Huhhhh. Aku benci pencuri. Ingat sangkar burung tuh nenek jiran habah kau punya?!?!? Pirahhhhhh!

Pahtu, aku cuci tangan. Dup dap dup dap jantung aku marah sangat.

Aku sebenarnya bukan apa, kalau sekor burung tu hilang. Mak aku mesti marah, automatically abang aku pong mesti marah. Hadoiiiii. Dah la haritu 3-4 ekor kot burung gedabak besar cam burung merpati hilang. Tapi bukan burung merpati lah, burung pe entah namo eah.

Aku kalau dapat budak2 tuh, aku tibai pakai botol Ridsect dengan penyapu!! Ihhhhhh!!!!

16 August 2012

Bermulanya cuti hari raya....

Bismillahirrahmanirrahim,

Sedar tak sedar dah 27 hari kita berpuasa. Dah 27Ramadhan dah. 17 tahun lepas, pada 27 Ramadhan. Seorang baby girl telah dilahirkan di Hospital Kuala Pilah. Itu lah saya, bhahaha. Aku baru tau tarikh lahir dalam kalendar Hijrah masa tahun 2010 lepas. Tak best la kan asyik 27Feb 27Feb je. Boring je. Kalau 27 Ramadhan best sikit, dalam bulan mulia pulak tuh. So, ingat2lah waktu akhir2 bulan puasa tuh, ada sorang yang dilahirkan dalam akhir2 bulan puasa tuh. Kalau nak check korang punya tarikh lahir dalam Islam, cari kat google ye. Aku pun dah lupa website tuh.

Semalam hari last sekolah sebelum cuti hari raya, Rabu 15 Ogos 2012.

Pagi tu ada Majlis Khatam Al-Quran. Takde la grand sangat tapi best jugak la. Ada sorang budak pompuan tuh, tau la dia tak leh nak baca surah2 yang dipaparkan dekat skrin depan dewan tu. Tak payah la sikit2 nak pandang orang belakang, muak jugak la aku tengok dia. Pahtu lunjur2kan kaki, bersandar kat dinding pulak tuh. Haiyo. Macam nenek tua dah aku tengok. Duduk diam2 sudah la. Pahtu ada pemberian duit raya untuk budak nih. Fairuz dapat, pahtu aku tolong koyakkan sampul tu. Aku nampak RM10. Dia kira ada RM30. Woohoo. Aku tak pernah dapat duit raya dari sekolah T_T Dah la bubur lambuk pun aku tak dapat sebab tak datang. Huhu T_T Tapi ada orang kata tak sedap.

Dah habis tu, kitaorang tolong gulung tikar. Memang ni lah yang Fasihah tunggu, dia nak gulung tikar. Aku join je. At last, Fasihah pergi mintak tandatangan cikgu untuk kad koko. Aku dengan yang lain lak gulung. Kempunan dia seyh.

Pahtu, aku masuk Bilik APD(alat pandang dengar) dengan Hani, Atiqah dengan Najwa sebab Cikgu Azman mintak tolong jaga projector dia. Jaga je lah. Pahtu Najwa bukak radio dalam Bilik APD tuh. Pahtu Hani dengan Najwa menari2 tango lah bhangra semua campur. Bongok gila, tak berhenti2 aku gelak.

Pahtu Professor Ir Dr, Dominic Foo pun datang.

Aku dengan yang lain terkejut semacam je, sebab dia tinggi gila wehhh! 190cm liddat.

Dot dot dot, ceramah pun mula. Talking about engineering. Btw, beliau ada title Ir. okayy iaitu Ingenieur.

Okay, dah habis lebih kurang pukul 1 ptg. Beliau ada jemput cikgu Fizik dia yang bekas GPK HEM Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Mansor jugak pada tahun 1995 yang lalu. Beliau kata, cikgu Fizik tu lah yang bantu dia pilih course yang patut dia ambik. So, dia pun dah berjaya sekarang. Pahtu Cikgu Fizik tu pong macam luahkan balik apa yang dia rasa 17tahun lalu *Tahun 1995 tahun SPM Prod Dominic*. Cikgu Fizik tu dah pencen dah skrg.

Gila, kitaorang macam tengah tengok program Jejak Kasih yang macam amazayn sangat. Mereka bertentangan mata, rasa macam awesome, sugoiiiii nya!

Pahtu, dah nak habis ceramah tu, Cikgu Wong Nyuk Sui di minta untuk sampaikan cenderahati untuk Prof. Pahtu, Cikgu Wong ada cakap, "Ermmm, sebenarnya, Cikgu Koo ni juga merupakan cikgu fizik saya dulu". Walao weh, kitaorang rasa macam "waaaaaa". Hebat2.

Pahtu masuk kelas, lepak dengan Cikgu Siti Zamrah.

Pahtu lama2 tu, balik aah pe lagi. Ok, bagi aku bermulanya cuti hari raya ni tak bermaksud untuk bersuka ria. Ianya merupakan minggu stadi untuk trial selepas cuti raya tu nanti.

Petang tu, aku tak tido langsung sebab mengenangkan esoknya tak sekolah, dengan tambahan plan nak bukak puasa bersama2 dengan Mila, Fairuz dengan Fatihah. Kita orang plan waktu habis tilawah al quran tadi. Kita ornag pun teringat tahun 2011 lepas, kitaorang pun ada bukak puasa sama2 kat marry brown gak. So tahun ni pun macam unexpected, ada orang ungkit pasal bukak puasa sama2. So macam titibe nak buat lagi.

Jadi petang tuh, pukul 6 dah sampai dah kat kiara. Aku dengan Fatihah baru sampai. Time tu hujan weh. Basah sikit. Pahtu masuk MB, lengang lagi. Pahtu keluar balik sebab tak tau nak reserve tempat camne. Kitaorang pun malu2. Dah kitaorang tutup pintu tu, ada sorang kakak keluar, bagi tau yang "Nak reserve untuk berbuka ke? Baik reserve dulu kalau tak nanti penuh". Mujur lah ada jugak orang yang prihatin. Ngehh ngehh.

Pahtu aku reserve tempat yang sama macam tahun lepas. Tapi tambah satu meja sebab ingatkan Farah join, rupanya tak.

(aku dah malas nak taip dah, terbengkalai cite nih. huhu. 25.8.2012)

28 March 2012

Makanla chewing gum ni

Bismillahirrahmanirrahim,

Bermula lah pagi Rabu. Sampai sekolah je, berdiri. Tapak perhimpunan masih basah lagi akibat hujan lebat malam tadi. Macam biasa, pengerusi kena paksa berdiri depan badan uniform untuk memastikan anak2 buah beratur dalam keadaan selesa. Hmm. Sepatutnya barisan untuk Puteri Islam adalah 3. Tapi kenapa, why, Y U no make 3 lines?

Tak sampai 10 minit aku berdiri kat depan tuh, ada announcement dibuat, "PENGERUSI DAN NAIB PENGERUSI UNTUK SEMUA BADAN BERUNIFORM SERTA KELAB DIMINTA PERGI KE BILIK APD *alatpandangdengar*. DIULANG SUARA, PENGERUSI DAN NAIB PENGERUSI UNTUK SEMUA BADAN BERUNIFORM SERTA KELAB DIMINTA PERGI KE BILIK APD SEKARANG".

Ok, fine. Aku pun mengajak Atiqah pergi sama2 sebab dia Naib Penghuluwati kan? Then2, sampai2 je kitaorang duduk atas kerusi yang kitaorang angkut dari belakang bilik APD tuh -.-

Memang dalam bilik APD tadi, semua muka2 form5 yang kenal2. Semua jawatankuasa tertinggi kita orang rampas. Ngeeeee. So, kalau ada KEM PERDANA *yang aku tak dpt join thn lepas* tahun ni, takde lah bored sangat since semua kenal2 kot.

Kami diberi taklimat. Tentang pembukaan gerai buat semua badan beruniform serta kelab pada Hari Terbuka 2012 SMK Datuk Mansor yang julung kali diadakan. Syukur alhamdulillah, dapat lah jugak merasa hari terbuka nih untuk tahun akhir persekolahan nih. Hukhuk T_T

Hari Terbuka nih macam ada pameran2 kerjaya, dari kolej2 serta universiti2, selain daripada jual makanan yang lazat, banyak lagi lah *kot*. Belum pasti lagi. Cikgu ada cakap, sekolah kita sponsor 1 bas untuk setiap sekolah luar datang ke sekolah kita orang. Sekolah2 luar tuh macam SMK Batu Kikir dan yang lain2 lah. Tak silap aku lah. So, kalau ada pelajar yang bakal dijemput ke Hari Terbuka 2012 SMK Datuk Mansor yang terbaca entri nih, pergi lah ke gerai Puteri Islam. Tanya soalan, "Akak Rasyidah yang form 5 tu comel tak?". HAHAHAHAHAHAAA

Aku suka sangat, dan nak terlibat dalam jualan nih. Tapi, pertandingan Forum Remaja 2012 Peringkat Daerah diadakan pada tarikh yang sama iaitu 18 April 2012! Arghhhhh, tidaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Nampaknya, melepaslah aku. Tapi takpe! Aku dan geng forum, inshaAllah akan lakukan yang terbaik untuk cikgu pembimbing forum iaitu Puan Siti Zamrah binti Isa. Ada kenal ka sama dia?

Hari Terbuka dijalankan pada pukul 8.30pagi-2ptg. Forum pulak, tahun lepas pergi pagi jugak. Lebih kurang pukul 8, balik pulak sekitar pukul 3 petang. Alahaiiii.

Tapi takpe! Aku dah suruh Atiqah Husna tangkap gambar. Aku nak tengok!!! Arghhhhhhhhhhhhhhhhhh.

Petang tadi, ada kelas tambahan Kimia. Puan Moo yang ajar kita orang. Aku datang awal. Kosong lagi lab tuh. Pahtu, Carol dengan Puan Moo pun sampai. Kita orang borak2 dengan Puan Moo waktu dia tengah buat experiment coagulation of latex kat depan. Tengah borak2, Cik Chong Kui Ee pulak datang. Ada lah beberapa perbualan pasal latex *lantun*yang lawak nak pecah perut owh antara aku, Carol, Cik Chong dengan Puan Moo. Tapi malas nak taip. Sumpah lawak owh. Jarang aku nampak Puan Moo gelak sakan macam tadi. Hahahaha.

Cara Cik Chong cakap kat kita orang tadi, aku macam dapat rasa yang Puan Moo meluahkan perasaan kat Cik Chong yang dia risau dengan kelas aku. Tengok lah, Puan Moo sanggup nak buat kelas tambahan untuk ulang bab2 Form4 sebab ramai yang fail. Menyesal dah aku sebab main2 time belajar dulu. Adoiiii T_T

Puan Moo ataupun Cikgu Moo je lah, saya akan cuba mendapat A dalam ujian Kimia yang akan datang. InshaAllah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Latex yang dah keras tadi, Cik Chong suruh kita orang makan. Dia kata, inilah rahsia batch tahun lepas untuk lulus. LOL!

16 November 2011

Macam pelik je aku nih =.=

Bismillahirrahmanirrahim,

Kebiasaan pada 2 minggu terakhir persekolahan, mesti sekolah akan gabungkan kelas X dengan kelas Y supaya menjadi satu. Kononnya pelajar dapat belajar subjek2 teras. Kononnya lah. Hakikatnya, lain jadi dia. Mainan Uno dah menjadi mainan wajib akhir tahun. Macam mana dengan chess? Erghh. Bukan semua orang tahu main chess. Aku ingat lagi bappak aku ajar aku main chess tahun lepas, waktu tu ada pertandingan chess kat sekolah. Untuk form 3 lepasan PMR je. Tapi aktiviti tu tak jadi dibuat. Hampeh!

Okay. Tadi kelas 4G dengan 4H digabungkan macam biasa la. Muka pun muka2 biasa yang aku jumpa. Ada satu hal yang buat aku tak puas hati dengan sorang budak 4H nih. Nak kata lelaki tu, takde la. Dia perempuan. Aku memang tak puas hati dengan dia. Sebab? Sebab hati aku memang tak puas dengan dia. Ada la musabab yang tak boleh cerita kat sini. Benda ni pun private. Aku cerita kat 2 orang je setakat nih. Hermmm. Aku sabar je lah. Aku sabar kau perbaiki perangai kau, atau biar aku je baiki diri aku supaya menerima perangai kau yang membengangkan aku.

Jadi, sepanjang hari tadi. Aku rasa macam aku tak nak bertegur dengan budak2 4H. Aku dah tawar hati because of a or few noobs in 4H.

Okay2, sebenarnya. Aku nak cerita. Tadi ada kelas kimia dalam kelas. Tiba2 aku teringat, ada tarikh hari jadi seseorang yang ditulis dalam kalendar Perodua aku haritu. Aku teringat yang itu tulisan Chan Zi Yuan. So, aku tanya kat Choi Zhen Hang, "Hari ni, birthday Chan Zi Yuan kan?". Dia cakap, "Apa??". Aku ulang lagi. Dia cakap, "Huh? Apa??". Sampai la kali ketiga aku tanya, baru dia jawab, "Hari ni birthday saya la, bukan Chan Zi Yuan".

Aku speechless. Adoi. Boleh pulak aku silap orang. Pastu aku diam je. Aku tak cakap apa2.

Sampai la waktu kelas fizik, dalam makmal pulak situasi ni berlaku. Aku panggil la Ketua Kelas aku yang tercinta, iaitu Choi Zhen Hang untuk datang kat aku. "Choi". Lebih kurang 4 kali aku ulang. Agak2 anak tekak aku dah nak tercabut, baru dia datang. Aku dah geram, aku cakap, "Tolong turunkan kerusi kat depan ni". Dia buat muka sakit hati. Pahtu aku bantai gelak. Sebenarnya aku nak cakap, selamat hari jadi, tapi tak jadi sebab dia lambat datang. So, aku suruh dia turunkan kerusi je.

Aku cakap kat Carol, "Harini kan, birthday Choi!". Carol dengan yang lain2 macam, "Yeke?". Aku satu meja, cakap "Happy Birthday CHOI!". Then, we sang a Happy Birthday song waktu tu sekali dengan 4H *excluded budak malay 4H, bcause they didnt reach to physics lab yet*. Sebenarnya aku nak nyanyi lagu Happy Birthday nyanyian The Click Five. Tapi lupa bawak gitar. HAHAHA XD

Akhir sekali, sampai lagu Happy Birthday versi mandarin pun keluar. Choi datang kat aku, ucap terima kasih. Aku diam je. Takkan la kawan2 dia tak ingat yang hari ni hari jadi dia? Takpe2, asalkan aku ingat. Aku kan Penolong Kelas yang baik hati lagi murni hatinya. Cehh.

Hoh, semalam adalah hari jadi kawan aku gak.

06 July 2011

Rabu yang takkan dilupakan (Part 1)


Pagi tadi dimulakan dengan perasaan gabra dengan latihan Add Maths nya dan Laporan Kimia PEKA nya yang tak siap. Pagi2 tu cool je, bajet je dapat buat PEKA dengan pantas. Pagi Rabu sememangnya bored. Punggung anda yang montok tu dihempaskan ke jalan bertar sebab takde kusyen kat tapak perhimpunan. Cuba kalau punggung tu punggung palsu. Alamatnya, dah lama dah ada batu2 kerikil terlekat kat punggung dia.

Si Manickam *Raja Segala Kokurikulum Sekolah* kata ada perjumpaan badan beruniform. Aku pikir perjumpaan kelab harini. Pastu, pergi la kat tapak perjumpaan Puteri Islam. Hmm. Pengundian Puteri Islam Pertengahan 2011 diadakan, aku cadangkan Atiqah Husna jadi Penghuluwati. Ingat nak kenakan dia untuk jadi Penghuluwati. Pahtu, dia cadangkan aku pulak jadi Penghuluwati =.=”

Ustazah suruh perkenalkan diri masing2. Ustazah Fadhilah tu memang suka dengan orang yang bersuara kuat, dia yang kata =.= Atiqah pun perkenalkan lah diri nya kepada ahli2 PPIM *Persatuan Puteri Islam Malaysia* yang lain. Lepas tu aku pulak =.= “Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt. Nama saya Rasyidah binti Abdul Razak ......”. Adik Diana yang form 2 tu berkata, “Akak kuat sikit. Tak dengar!”. Aku macam =.=” dan teruskan dengan suara yang agak memekik =.=”””””””””””

Pengundian pun bermula. Aku dapat jawatan Penghuluwati pulak! Tapi, Atiqah jadi Naib Penghuluwati =.= Jawatan aku bertahan sampai pertengahan tahun depan. Raja Segala Kokurikulum tu yang nak adakan pengundian balik sebab dia nak Form 3 dengan Form 5 tumpukan terhadap PMR dengan SPM diaorang. Rasa macam pelik, sebelum ni jawatan aku AHLI AKTIF je.

Rabu yang takkan dilupakan (Part 2)


Masuk kelas, belajar Add Maths.

Pahtu, Kimia pulak. Kena buat eksperimen electrolysis pakai concentrated hydrochloric acid dengan dilute hydrochloric acid. Nak test the produced gas daripada dilute hydrochloric acid pakai glowing wooden splinter dengan burning wooden splinter. Tapi, Ramzi tertolak bekas electrolysis  yang ada dilute hydrochloric acid tu. Semua acid tertumpah ke meja dan lantai. Nak marah, tapi tak berguna pun. Dia pun bukan sengaja nak buat. dan dilute hydrochloric acid tu pun bukan boleh masuk balik dalam bekas electrolysis tuh semula. Hasil ujikaji concentrated hydrochloric acid je dapat T_T

Gabra jugak takut cikgu dengan pembantu makmal marah. Lepas tu lap2 meja. Banyak kali perah kain tu. Habis waktu rehat aku. Gatal2 tangan kena hydrochloric acid. Pada awal eksperimen, aku tak nak langsung sentuh sedikit pun hydrochloric acid. Last2, aku yang bergelumang dengan benda alah tu. Lagipun, bila lagi nak sentuh, hidu hydrochloric acid? Thanks to Ramzi lah =.=’’

Rabu yang takkan dilupakan (Part 3)


Waktu rehat pun dah nak habis. Lepas keluar makmal, jalan terus pergi koperasi sekolah. Nak beli air kotak. Yang tinggal air tebu je. Alahai, sedihnya. Nangis sikit nangis sikit.

Masuk kelas je, semua meja dah tersusun lain macam sebab lepas ni ada Perjumpaan Tiga Penjuru yang merupakan perjumpaan antara Bappak atau Mak, Cikgu dan Pelajar. Bappak aku tak datang pun. Huhu. Untung la bappak awak datang~

Sambung buat peka.

Tak ku duga, ada jugak mak bappak pelajar yang mengadu pasal guru mata pelajaran FIZIK tu. Harap lepas ni, masalah ketakfahaman FIZIK boleh diatasi. Tu je aku nak harap. Aku dah puas dah nak tensyen pasal FIZIK nihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh !

Saat2 terakhir, pergi lepak kat 4H, main Mafia dan CiKuPang. Masa2 terluang je kitaorang boleh gathering pastu main Mafia. Untung la kan~
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.