Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

Showing posts with label Cikgu Lui. Show all posts
Showing posts with label Cikgu Lui. Show all posts

11 April 2013

Siapa pulak yang letak buah oren dalam almari nih?

Bismillahirrahmanirrahim,

Mula2, aku nak gelak puas2 dulu. Hakhakhakhak! Lawak gila seyh benda yang aku nak ceritakan nih plus memang teruk dan jijik cerita nih. Harap sediakan baldi dan tuala untuk lap muntah2 kau kat keyboard lepas baca post nih. Hahaha xD

Alkisahnya, hari Rabu semalam (10 April 2013) aku tinggal la kat rumah sorang2 macam biasa. Bosan aihh, aku pun sediakan list barang2 nak dibawak untuk pergi travel minggu depan. Kali ni aku nak bawak pakaian sikit, malas bawak banyak2, memberatkan aku je. Pergi pulak naik bas sorang2 :( , chaiyokkk Rasyidah xD

Pastuh terfikir nak ambik beg, aku pun bukak la almari. Aku bukak je almari, aku terbau buah oren. Aku pun hidu2 lagi, betul ke buah oren kan? Cemana ada bau buah oren dalam almari pulak? Aku pun bermonolog dalaman, "Siapa pulak yang letak buah oren dalam almari nih?". Pastu aku check almari tuh, takde pulak buah orennya, misteri betul, dah la aku duduk sorang2 pulak tuh! hahaha

Aku pun tak pikir banyak2, terus ambik keluar beg tuh. Sekali aku tarik beg tuh keluar, perghhhhhhhh bau buah oren busuk tuh bukan main kuat lagi. Aku jadi pelik pulak, dari beg nih ke? Aku pun bukak2 zip. Sekali tengok, lahhhhhh ada buah oren membusuk dalam beg nih! Nasib baik dia tak berair -_-'' Gila lahhh, aku pun gelak sorang2. Aku pun capai la penyembur AirWick, cabut botol dia pahtu spray dalam almari xD Hilang pun bau buah oren dalam almari. Cemana ada buah oren dalam beg nih? Aku pun terus berfikir.

2 bulan lepas (10 Feb 2013) baru Chinese New Year. Perghhh, hebat sungguh buah oren nih boleh bertahan duduk dalam beg tuh! Pastuh aku teringat lagi, 7 Feb aku pergi bakery mak Aiyen untuk kerja 1hari. Aiyen ada bagi aku 2 buah oren untuk makan kat situ, tapi aku sanggup tahan makan buah oren sebab duduk fokus buat kerja je. hahaha xD At last, aku simpan buah2 oren tuh dalam beg. Sampai rumah, aku makan sebiji. Beg tuh aku simpan balik dalam almari. Serius aku tak ingat langsung oren sebiji lagi tuh! Kesiaaaaaaaaan dia :'( Dia mesti sedih sebab aku tak makan dia sampai dia jadi busuk. Alolololo siannyeww orenku sayang XD

Pastu aku pun pergi la basuh beg tuh, gila lah aku kalau tak basuh. Aku kan pembersih orangnyew :D
Buah oren tu pulak aku campak dalam sinki, ambik pisau, korek2 buah oren tuh. Apa keje entah aku pun tak tau. Pahtu aku buang dalam plastik kecik, aku cerita kat kawan aku, pahtu kitaorang gelak sama2 betapa kurang tebiatnya aku. Then dia kata, tangkap la gambar, masuk kat blog, that is part of your life. Aku pun bersemangatnya keluarkan balik oren tuh dari plastik (bukan tong sampah ye) untuk buat photoshoot. Hahahahahaha xD Silakan menengok betapa comelnya buah oren yang busuk ini xD

Alolololo comeynyewwww~
Jemput makan semua!
hahaha, tipu je =.=

Nampak tak betapa juicynye oren nih!
Hahahahahaha!

Ahahahaha, akhir sekali aku mintak maaf di atas kejijikan buah oren nih dalam blog aku :P

P/S : Asyik2 tertaip buah oren jadi buah oreng =.=''
P/P/S : CNY 2011 dengan 2012 aku letak gambar buah oren comel2, 2013 pulak buah oren yang dah busuk xD


Aku mintak Aiyen buat jack o lantern, tapi vampire yang jadi.
kehkehkeh xD
Yang ni side sebelah dia. 
Macam arnab ^-^
Gambar2 limau kat atas nih time 2011 haritu.
Aku mintak Aiyen lukiskan.
Lighting tak bagos -.-


Gambar2 kat atas nih pulak untuk versi 2012 punya.
Oren nih tajaan Puan Lui Chun Moi, cikgu matematik kita orang yang gojes.
Selama 3 hari aku tayangkan oren nih kat ruang tamu haritu.
Hakkkkkkkkkkkkkkk :D
P/P/P/S : 7 Feb marin aku ada mintak gak Aiyen lukiskan untuk aku, tapi waktu tu takde pen marker. Ughhhhh :'(

P/P/P/P/S : 13th May 2013, Ain suka dengan gambar oren dengan moustache tuh :)

10 October 2012

Woi, mencurik!

Bismillahirrahmanirrahim,

Haihhhh, today aku datang sekolah. Ye lahhh, ada Kimia ada Fizik. Mana boley tak datang derrr.

Mula2 ada perhimpunan. Ada kuiz english konon. Speakang speakang english. Eja pekerjaan2 dalam english.

Then hari nih memang nostalgik gila kitaorang, 5G dapat masuk ke kelas 4G kitaorang dulu. Dan belajar macam biasa. Bappak ah nostalgik. Aku ada cakap, "Wehhh, apa kata kita duduk ikut tempat tahun lepas nak?". Gayat =.= Sorang pong tak layan aku. Pandang hina je =.=

Then Fizik tadi belajar lukis diagram convex and concave lenses sebab kitaorang tak belajar fizik chapter nih tahun lepas.

Waktu maths tadi kena presentation amende entah. Group aku kena ambik soalan Mathematical Reasoning. Hape entah tajuk tu. Seyes aku tak hafal pun tajuk tuh sebab aku jawab ikut logik je. Tapi ada jugak aku hafal sikit. Then aku kena explain satu soalan nih. Soalan bahagian C.

Premise 1 : If x>0, then 3x>2x.
Premise 2 : x>0
Conclusion : ????

Aku cakap, bla bla bla. Dia kasi Premise 2, x>0. x>0 dah ambik, so ambik je la lagi satu (3x>2x) tuh letak kat conclusion. *pergi tempat duduk tersengih2 sampai dahi lenguh*

Pahtu Cikgu Lui kata dia faham explanation aku. HAHAHAHA, sian cikgu dia ajar emnde lain aku bagi tau mende lain.

Waktu akhir tadi, waktu nilam tapi cikgu tak masuk. Pahtu kita orang cite pengalaman2 time 4G lah. Perbandingan PMR2 tahun lepas dgn tahun ni lah. bla bla

Tadi kat rumah aku. Abang aku ada bela burung2. Gantung kat depan rumah. Baru je tadi berlaku. Aku keluar dari dapur. Then aku nampak sorang budak indian gemuk sikit nih, pegang2 sangkar yang depan sekali tuh. Then aku rasa cam tk sedap hati, aku terus berlari gi depan. Titibe sorang kawan dia tolong dia untuk turunkan sangkar tuh. Bodoh, kalau ye pun nak curi, curi la cepat sikit. Ni terkedek2 macam bongok je aku tengok.

Pahtu aku keluar cepat2, aku jerit gila2 kuat aku rasa jiran aku tengah tido pun dia dah terbangun dah.

Aku jerit, "Woiiiiiiiiiiiiiiiiiiii! Mencurik je kan! BAAAAAAAAAAAAAABI betol lah!". Hahaha.

TIme tuh aku tengah shocked, apa yang keluar dari mulut aku keluar ahhh. Diaorang lari lintang pukang tanpa tengok aku, macam orang gila dahh. Pahtu, naseb baik dia tak terjatuhkan sangkar tu ke apa. Kalau jatuh nanti, patah pulak kaki burung tu nanti. Haiyaaaaa.

Pahtu aku masuk rumah ambik tudung sume, keluar balik. Letak sangkar burung tuh dekat2 sikit dengan rumah. jauh2 kang senang kena curik pulak. Sangkar tu, senang je bagi aku untuk turunkan. Asal budak2 tuh lembap sangat? HAHAHAHAHAdoiiiiii!

Ihhhh, sakit anak tekak aku menjerit. Aku siap nak ambik kamera, tangkap gambar budak2 bongok kurang hajar tuh. Boleh buat repot polis! Huhhhh. Aku benci pencuri. Ingat sangkar burung tuh nenek jiran habah kau punya?!?!? Pirahhhhhh!

Pahtu, aku cuci tangan. Dup dap dup dap jantung aku marah sangat.

Aku sebenarnya bukan apa, kalau sekor burung tu hilang. Mak aku mesti marah, automatically abang aku pong mesti marah. Hadoiiiii. Dah la haritu 3-4 ekor kot burung gedabak besar cam burung merpati hilang. Tapi bukan burung merpati lah, burung pe entah namo eah.

Aku kalau dapat budak2 tuh, aku tibai pakai botol Ridsect dengan penyapu!! Ihhhhhh!!!!
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.