Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

11 April 2013

Siapa pulak yang letak buah oren dalam almari nih?

Bismillahirrahmanirrahim,

Mula2, aku nak gelak puas2 dulu. Hakhakhakhak! Lawak gila seyh benda yang aku nak ceritakan nih plus memang teruk dan jijik cerita nih. Harap sediakan baldi dan tuala untuk lap muntah2 kau kat keyboard lepas baca post nih. Hahaha xD

Alkisahnya, hari Rabu semalam (10 April 2013) aku tinggal la kat rumah sorang2 macam biasa. Bosan aihh, aku pun sediakan list barang2 nak dibawak untuk pergi travel minggu depan. Kali ni aku nak bawak pakaian sikit, malas bawak banyak2, memberatkan aku je. Pergi pulak naik bas sorang2 :( , chaiyokkk Rasyidah xD

Pastuh terfikir nak ambik beg, aku pun bukak la almari. Aku bukak je almari, aku terbau buah oren. Aku pun hidu2 lagi, betul ke buah oren kan? Cemana ada bau buah oren dalam almari pulak? Aku pun bermonolog dalaman, "Siapa pulak yang letak buah oren dalam almari nih?". Pastu aku check almari tuh, takde pulak buah orennya, misteri betul, dah la aku duduk sorang2 pulak tuh! hahaha

Aku pun tak pikir banyak2, terus ambik keluar beg tuh. Sekali aku tarik beg tuh keluar, perghhhhhhhh bau buah oren busuk tuh bukan main kuat lagi. Aku jadi pelik pulak, dari beg nih ke? Aku pun bukak2 zip. Sekali tengok, lahhhhhh ada buah oren membusuk dalam beg nih! Nasib baik dia tak berair -_-'' Gila lahhh, aku pun gelak sorang2. Aku pun capai la penyembur AirWick, cabut botol dia pahtu spray dalam almari xD Hilang pun bau buah oren dalam almari. Cemana ada buah oren dalam beg nih? Aku pun terus berfikir.

2 bulan lepas (10 Feb 2013) baru Chinese New Year. Perghhh, hebat sungguh buah oren nih boleh bertahan duduk dalam beg tuh! Pastuh aku teringat lagi, 7 Feb aku pergi bakery mak Aiyen untuk kerja 1hari. Aiyen ada bagi aku 2 buah oren untuk makan kat situ, tapi aku sanggup tahan makan buah oren sebab duduk fokus buat kerja je. hahaha xD At last, aku simpan buah2 oren tuh dalam beg. Sampai rumah, aku makan sebiji. Beg tuh aku simpan balik dalam almari. Serius aku tak ingat langsung oren sebiji lagi tuh! Kesiaaaaaaaaan dia :'( Dia mesti sedih sebab aku tak makan dia sampai dia jadi busuk. Alolololo siannyeww orenku sayang XD

Pastu aku pun pergi la basuh beg tuh, gila lah aku kalau tak basuh. Aku kan pembersih orangnyew :D
Buah oren tu pulak aku campak dalam sinki, ambik pisau, korek2 buah oren tuh. Apa keje entah aku pun tak tau. Pahtu aku buang dalam plastik kecik, aku cerita kat kawan aku, pahtu kitaorang gelak sama2 betapa kurang tebiatnya aku. Then dia kata, tangkap la gambar, masuk kat blog, that is part of your life. Aku pun bersemangatnya keluarkan balik oren tuh dari plastik (bukan tong sampah ye) untuk buat photoshoot. Hahahahahaha xD Silakan menengok betapa comelnya buah oren yang busuk ini xD

Alolololo comeynyewwww~
Jemput makan semua!
hahaha, tipu je =.=

Nampak tak betapa juicynye oren nih!
Hahahahahaha!

Ahahahaha, akhir sekali aku mintak maaf di atas kejijikan buah oren nih dalam blog aku :P

P/S : Asyik2 tertaip buah oren jadi buah oreng =.=''
P/P/S : CNY 2011 dengan 2012 aku letak gambar buah oren comel2, 2013 pulak buah oren yang dah busuk xD


Aku mintak Aiyen buat jack o lantern, tapi vampire yang jadi.
kehkehkeh xD
Yang ni side sebelah dia. 
Macam arnab ^-^
Gambar2 limau kat atas nih time 2011 haritu.
Aku mintak Aiyen lukiskan.
Lighting tak bagos -.-


Gambar2 kat atas nih pulak untuk versi 2012 punya.
Oren nih tajaan Puan Lui Chun Moi, cikgu matematik kita orang yang gojes.
Selama 3 hari aku tayangkan oren nih kat ruang tamu haritu.
Hakkkkkkkkkkkkkkk :D
P/P/P/S : 7 Feb marin aku ada mintak gak Aiyen lukiskan untuk aku, tapi waktu tu takde pen marker. Ughhhhh :'(

P/P/P/P/S : 13th May 2013, Ain suka dengan gambar oren dengan moustache tuh :)
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.