Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

16 August 2012

Bermulanya cuti hari raya....

Bismillahirrahmanirrahim,

Sedar tak sedar dah 27 hari kita berpuasa. Dah 27Ramadhan dah. 17 tahun lepas, pada 27 Ramadhan. Seorang baby girl telah dilahirkan di Hospital Kuala Pilah. Itu lah saya, bhahaha. Aku baru tau tarikh lahir dalam kalendar Hijrah masa tahun 2010 lepas. Tak best la kan asyik 27Feb 27Feb je. Boring je. Kalau 27 Ramadhan best sikit, dalam bulan mulia pulak tuh. So, ingat2lah waktu akhir2 bulan puasa tuh, ada sorang yang dilahirkan dalam akhir2 bulan puasa tuh. Kalau nak check korang punya tarikh lahir dalam Islam, cari kat google ye. Aku pun dah lupa website tuh.

Semalam hari last sekolah sebelum cuti hari raya, Rabu 15 Ogos 2012.

Pagi tu ada Majlis Khatam Al-Quran. Takde la grand sangat tapi best jugak la. Ada sorang budak pompuan tuh, tau la dia tak leh nak baca surah2 yang dipaparkan dekat skrin depan dewan tu. Tak payah la sikit2 nak pandang orang belakang, muak jugak la aku tengok dia. Pahtu lunjur2kan kaki, bersandar kat dinding pulak tuh. Haiyo. Macam nenek tua dah aku tengok. Duduk diam2 sudah la. Pahtu ada pemberian duit raya untuk budak nih. Fairuz dapat, pahtu aku tolong koyakkan sampul tu. Aku nampak RM10. Dia kira ada RM30. Woohoo. Aku tak pernah dapat duit raya dari sekolah T_T Dah la bubur lambuk pun aku tak dapat sebab tak datang. Huhu T_T Tapi ada orang kata tak sedap.

Dah habis tu, kitaorang tolong gulung tikar. Memang ni lah yang Fasihah tunggu, dia nak gulung tikar. Aku join je. At last, Fasihah pergi mintak tandatangan cikgu untuk kad koko. Aku dengan yang lain lak gulung. Kempunan dia seyh.

Pahtu, aku masuk Bilik APD(alat pandang dengar) dengan Hani, Atiqah dengan Najwa sebab Cikgu Azman mintak tolong jaga projector dia. Jaga je lah. Pahtu Najwa bukak radio dalam Bilik APD tuh. Pahtu Hani dengan Najwa menari2 tango lah bhangra semua campur. Bongok gila, tak berhenti2 aku gelak.

Pahtu Professor Ir Dr, Dominic Foo pun datang.

Aku dengan yang lain terkejut semacam je, sebab dia tinggi gila wehhh! 190cm liddat.

Dot dot dot, ceramah pun mula. Talking about engineering. Btw, beliau ada title Ir. okayy iaitu Ingenieur.

Okay, dah habis lebih kurang pukul 1 ptg. Beliau ada jemput cikgu Fizik dia yang bekas GPK HEM Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Mansor jugak pada tahun 1995 yang lalu. Beliau kata, cikgu Fizik tu lah yang bantu dia pilih course yang patut dia ambik. So, dia pun dah berjaya sekarang. Pahtu Cikgu Fizik tu pong macam luahkan balik apa yang dia rasa 17tahun lalu *Tahun 1995 tahun SPM Prod Dominic*. Cikgu Fizik tu dah pencen dah skrg.

Gila, kitaorang macam tengah tengok program Jejak Kasih yang macam amazayn sangat. Mereka bertentangan mata, rasa macam awesome, sugoiiiii nya!

Pahtu, dah nak habis ceramah tu, Cikgu Wong Nyuk Sui di minta untuk sampaikan cenderahati untuk Prof. Pahtu, Cikgu Wong ada cakap, "Ermmm, sebenarnya, Cikgu Koo ni juga merupakan cikgu fizik saya dulu". Walao weh, kitaorang rasa macam "waaaaaa". Hebat2.

Pahtu masuk kelas, lepak dengan Cikgu Siti Zamrah.

Pahtu lama2 tu, balik aah pe lagi. Ok, bagi aku bermulanya cuti hari raya ni tak bermaksud untuk bersuka ria. Ianya merupakan minggu stadi untuk trial selepas cuti raya tu nanti.

Petang tu, aku tak tido langsung sebab mengenangkan esoknya tak sekolah, dengan tambahan plan nak bukak puasa bersama2 dengan Mila, Fairuz dengan Fatihah. Kita orang plan waktu habis tilawah al quran tadi. Kita ornag pun teringat tahun 2011 lepas, kitaorang pun ada bukak puasa sama2 kat marry brown gak. So tahun ni pun macam unexpected, ada orang ungkit pasal bukak puasa sama2. So macam titibe nak buat lagi.

Jadi petang tuh, pukul 6 dah sampai dah kat kiara. Aku dengan Fatihah baru sampai. Time tu hujan weh. Basah sikit. Pahtu masuk MB, lengang lagi. Pahtu keluar balik sebab tak tau nak reserve tempat camne. Kitaorang pun malu2. Dah kitaorang tutup pintu tu, ada sorang kakak keluar, bagi tau yang "Nak reserve untuk berbuka ke? Baik reserve dulu kalau tak nanti penuh". Mujur lah ada jugak orang yang prihatin. Ngehh ngehh.

Pahtu aku reserve tempat yang sama macam tahun lepas. Tapi tambah satu meja sebab ingatkan Farah join, rupanya tak.

(aku dah malas nak taip dah, terbengkalai cite nih. huhu. 25.8.2012)
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.