Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

28 March 2012

Makanla chewing gum ni

Bismillahirrahmanirrahim,

Bermula lah pagi Rabu. Sampai sekolah je, berdiri. Tapak perhimpunan masih basah lagi akibat hujan lebat malam tadi. Macam biasa, pengerusi kena paksa berdiri depan badan uniform untuk memastikan anak2 buah beratur dalam keadaan selesa. Hmm. Sepatutnya barisan untuk Puteri Islam adalah 3. Tapi kenapa, why, Y U no make 3 lines?

Tak sampai 10 minit aku berdiri kat depan tuh, ada announcement dibuat, "PENGERUSI DAN NAIB PENGERUSI UNTUK SEMUA BADAN BERUNIFORM SERTA KELAB DIMINTA PERGI KE BILIK APD *alatpandangdengar*. DIULANG SUARA, PENGERUSI DAN NAIB PENGERUSI UNTUK SEMUA BADAN BERUNIFORM SERTA KELAB DIMINTA PERGI KE BILIK APD SEKARANG".

Ok, fine. Aku pun mengajak Atiqah pergi sama2 sebab dia Naib Penghuluwati kan? Then2, sampai2 je kitaorang duduk atas kerusi yang kitaorang angkut dari belakang bilik APD tuh -.-

Memang dalam bilik APD tadi, semua muka2 form5 yang kenal2. Semua jawatankuasa tertinggi kita orang rampas. Ngeeeee. So, kalau ada KEM PERDANA *yang aku tak dpt join thn lepas* tahun ni, takde lah bored sangat since semua kenal2 kot.

Kami diberi taklimat. Tentang pembukaan gerai buat semua badan beruniform serta kelab pada Hari Terbuka 2012 SMK Datuk Mansor yang julung kali diadakan. Syukur alhamdulillah, dapat lah jugak merasa hari terbuka nih untuk tahun akhir persekolahan nih. Hukhuk T_T

Hari Terbuka nih macam ada pameran2 kerjaya, dari kolej2 serta universiti2, selain daripada jual makanan yang lazat, banyak lagi lah *kot*. Belum pasti lagi. Cikgu ada cakap, sekolah kita sponsor 1 bas untuk setiap sekolah luar datang ke sekolah kita orang. Sekolah2 luar tuh macam SMK Batu Kikir dan yang lain2 lah. Tak silap aku lah. So, kalau ada pelajar yang bakal dijemput ke Hari Terbuka 2012 SMK Datuk Mansor yang terbaca entri nih, pergi lah ke gerai Puteri Islam. Tanya soalan, "Akak Rasyidah yang form 5 tu comel tak?". HAHAHAHAHAHAAA

Aku suka sangat, dan nak terlibat dalam jualan nih. Tapi, pertandingan Forum Remaja 2012 Peringkat Daerah diadakan pada tarikh yang sama iaitu 18 April 2012! Arghhhhh, tidaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Nampaknya, melepaslah aku. Tapi takpe! Aku dan geng forum, inshaAllah akan lakukan yang terbaik untuk cikgu pembimbing forum iaitu Puan Siti Zamrah binti Isa. Ada kenal ka sama dia?

Hari Terbuka dijalankan pada pukul 8.30pagi-2ptg. Forum pulak, tahun lepas pergi pagi jugak. Lebih kurang pukul 8, balik pulak sekitar pukul 3 petang. Alahaiiii.

Tapi takpe! Aku dah suruh Atiqah Husna tangkap gambar. Aku nak tengok!!! Arghhhhhhhhhhhhhhhhhh.

Petang tadi, ada kelas tambahan Kimia. Puan Moo yang ajar kita orang. Aku datang awal. Kosong lagi lab tuh. Pahtu, Carol dengan Puan Moo pun sampai. Kita orang borak2 dengan Puan Moo waktu dia tengah buat experiment coagulation of latex kat depan. Tengah borak2, Cik Chong Kui Ee pulak datang. Ada lah beberapa perbualan pasal latex *lantun*yang lawak nak pecah perut owh antara aku, Carol, Cik Chong dengan Puan Moo. Tapi malas nak taip. Sumpah lawak owh. Jarang aku nampak Puan Moo gelak sakan macam tadi. Hahahaha.

Cara Cik Chong cakap kat kita orang tadi, aku macam dapat rasa yang Puan Moo meluahkan perasaan kat Cik Chong yang dia risau dengan kelas aku. Tengok lah, Puan Moo sanggup nak buat kelas tambahan untuk ulang bab2 Form4 sebab ramai yang fail. Menyesal dah aku sebab main2 time belajar dulu. Adoiiii T_T

Puan Moo ataupun Cikgu Moo je lah, saya akan cuba mendapat A dalam ujian Kimia yang akan datang. InshaAllah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Latex yang dah keras tadi, Cik Chong suruh kita orang makan. Dia kata, inilah rahsia batch tahun lepas untuk lulus. LOL!
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.