Rasa excited sangat nak cerita kali ni tak tau kenapa. HAHAHA. *batuk macam org dapat tb* Lama gila aku batuk tak elok2. Dalam dewan exam aku sorang batuk cam nak terkeluar anak tekak. Entah la, tak selesa kat sekolah kot. Kat rumah okay je. Tekak aku nih tak sabar nak cuti 6 bulan kot. Sabar ye tekak?
Hahhh, aku rasa happy sangat ada kawan2 sekolah aku baca blog aku. Pahtu dia cerita balik apa yang aku tulis kat blog. Hahahah, aku rasa happy sangat2. Ada jugak kawan aku yang baca ann. Aku buat blog ni pun saje2 je sebenarnya. Masa 2010 dulu ada blog dengan niat nak taip pasal kejadian tiap2 hari kat sekolah. Tapi tade masa. Terima kasih wehh sebab baca blog aku. Hahahaha saya suka saya suka. Kali ni aku nak ceritakan penggalaman *ayat pengalaman sengaja ditaip begitu* aku time minggu kedua SPM start hari Isnin haritu (19 Nov - 21 Nov).
Masa hari first datang sekolah tuh, surau baru sekolah tengah dalam proses pembinaan. Cuba bayangkan projek nih dibincang pada tahun 2008 macam tuh, 2012 baru nak buat? Time aku dah habes sekolah pulak tuh! Terkilan aku wehh.
19 November 2012 (Pendidikan Islam)
7 hari sebelum dia tuh, 12 Nov kot aku dah start buat revision. Aku ni jenis baca tak buat nota konfem2 tak masuk an. So aku baca buku teks Pendidikan Islam Form 4 bahagian Tilawah dengan hadis dan buat nota sendiri. Bab Ibadat apo sume yang lain aku baca sekali, pahtu buat nota maksud ayat dia. Macam "Riddah : keluar dari Islam". Buat nota istilah2 dia lahh. Boleh membantu kat Paper 1. Sangat2 useful aku bagi tau kat kau. Tapi kalau aku buat camni dri tahun lepas lagi bagus. Aku baru terfikir idea camnih last2 minute. Haiyaaaaa.
Pahtu aku memorize lah. Memorize nih sbnrnye bagus asalkan kau faham maksud setiap ayat dia. Jangan la membabibuta hafal tk faham langsung apo jadah eah wey.
Hari Jumaat 9 Nov 2012, aku ada tanya Fasihah, "Kau dah hafal surah hafazan belum?". Pahtu dia balas mesej, "Dah lancar sikit. Kau startlah hafal dari sekarang. Baca tiap kali lepas waktu solat. Gerenti hafal. Trust me. Tulah, orang hafal awal2. Ni nak exam, baru nak hafal. Ish2."
Hahaha, sabo je lah dengan nasihat dia tu kan. Aku pun macam malas nak tengok buku teks ayat hafazan dia, pahtu dalam buku rujukan pun hampeh gila sumpah aku cakap. Translation dia ada yang tertinggal2 sebab aku perasan. Aku rasa macam marah sangat2. So aku pergi la dekat www.quran.com cari setiap ayat hafazan dan copy maksud dalam Bahasa Melayu dia. Not bad aku rajin gila buat cam tuh an. So aku dah simpan dalam bentuk Microsoft Word dalam pc. Then aku upload kat scribd. Kalau nak download ini link dia : http://www.scribd.com/doc/112674216/Ayat-Hafazan-SPM
Note that kalau print nanti ayat2 al-Quran tu pecah sebab dia dalam format gambar bukan tulisan. Lepas baca satu ayat, try memorize them pahtu baca translation satu ayat tuh. So bila kau nak ulang balik, ulang dengan meaning dia sekali okay? Lagi best menghafal camtuh. Aku excited tengok cite tamil malam deepavali sambil hafal ayat hafazan nih. Hahaha.
Aku sempat hafal surah al-mukminun je. Nasib baik keluar. Yang keluar hari tu surah al mukminun dengan surah al hasyr.
Tadi aku cakap pasal nota istilah an? Aku tak guna dengan buku rujukan yang Fatihah kasi pinjam kat aku *diatakgunahahaha,tulahakumintakpinjamkatdia* sebab istilah dia memang berbeza gila dri buku teks weh! Jangan main2. Sebab skema PENDIDIKAN ISLAM dengan SEJARAH berdasarkan buku teks 100% *kot*. So aku print nota dari http://umat66.blogspot.com/p/pi-spm.html . Note that laman web ni tak leh nak copy. So aku mintak izin guna nota ustaz tuh dari kat fb dia. Lepas tuh, baru aku bukak mozilla, tukar settings mozilla. Baru aku dapat copy. Pastuh aku print. Baca sepintas lalu, ambik istilah. Fahamkan dan memorize.
Senang cite beli je buku rujukan Ustaz tuh. Aku tengok macam bagus gakk. Rugi aku tak jumpa laman web tu tahun lepas dan rugi tak beli buku tu dri tahun lepas.
Soalan tajwid hampeh boleh la jawab gak. Inilah akibat tak tumpukan perhatian time belajar tajwid.
Tulis tulisan rumi ke dalam tulisan jawi. HAHAHAHA, 6 markah weh kali ni. Aku rasa sebelum2 nih 4 markah je. Sempat jawab la jugak. Dapat full marks ke tak tak tau la. Tulisan jawi aku biasa comel tau. Tapi dalam SPM nih daa tak comel dah =.= Sebab nervous masa nak habis T_T
20 November 2012 (Additional Mathematics)
Aku expect keluar senang la kan untuk tolong pelajar lemah cam aku nih. Tapi sekali tengok Paper 2, baru aku tau memang aku lemah sangat LOL.
Dok selak2 soalan tengok pattern dia susah gila daripada tahun 2011 kotttttttttttttttt. Balik rumah aku nanges jap sebab takde makanan *menipu*. Hmmmm, trial SPM tu lagi senang dari kali nih. Sedey sangat weh. Sebab pattern cam tu tak pernah buat banyak kali latih tubi. I feel badddd. Even Choi dengan Chan pun kata susah kat Cikgu Suzana. Even budak SBP ckp kat Cikgu Suzana pun kata susah. Tadi kat kelas kemistri tadi dia boleh lak kata senang sebab dia lepas tengok. yeee laa senang la kalau selalu buat pattern tuh. Kalau tak pernah buat langsung? Aku rasa macam bodoh sangat2 time jawab exam hari tuh. Apa yang aku belajar selama 2 tahun ni weyh.
Ahh lupa nak cakap, lepas paper 1 habes. Pelajar2 ada masa 4 jam sebelum paper kedua iaitu pukul 2. Habes paper 2 pukul 4.30pm. Atiqah, Hani dengan aku ada la lepak kat kantin. aku ingat nak gi kantin beli mknn tengok kantin tutup. Tak bukak pong!!!! Haritu cikgu kata bukak waktu SPM nanti. Harghhh.
Pahtu ada sekali tuh, Hani macam korek hidung *memang korek pun* HAHAHAHA. Pahtu dia nak lap2 kat atiqah pulak. HAHA. Then, aku pun gelak2 ahh. Atiqah ada tanya satu teka teki kat aku.
Atiqah : Weh rasyidah, aku nak tanya satu teka teki kat kau.
Me : Teka teki lak. HAHAHA, Apo?
Atiqah : Apa benda yang bila kita nak cari, susahhhh sangat. Bila dah dapat, kita buang. Apa dia?
Me : Hmmm, entah.
Atiqah : Dah? Nak tau jawapan?
Me : Hmm, haa. Apa dia?
Atiqah : Taik hidung.
Me : Hahahahahha! ape lah. HAHAHA
Atiqah : Ye lahh, bila kita korek hidung tu punyalah payah. Korek2, tapi bila dah dapat, buang je.
Me : Hahahaha, gayat lahh.
Sumpah lawak gila teka teki tuh. Kitaorang gelak2 macam orang gila sampai Dhurgka belakang aku tutup2 telinga bila aku gelak.
21 November 2012 (Physics)
Not bad la soalan2 dia. Tapi jawapan2 dia kebanyakannya pendek2. Aku tak tau la betul ke tak. apa yang aku harapkan hanyalah A+ hahahahaha. Cita2 yang begitu tinggi ok. Sebab Soekarno ada cakap, gantungkanlah cita-citamu setinggi bintang di langit. Aku suka dengan ayat tuh sampai dlm karangan BM SPM pun aku letak haha.
Okayyyyyhhhh tu je lah catatan minggu kedua exam SPM 2012 aku.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
BTW, tadi pagi pukul 9 ada kelas kemistri. Aku sampai kat sekolah penat aku cari teacher kat mana sebab aku ingat lab tutup. Rupanya bukak. Hampeh, buang jus ketiak aku je. HAHAHA. Tu laa, lain kali tengok la btol2 pintu lab bukak ke tutup!
Habis lebih kurang pukul 12pm. Rasa sedey kali terakhir belajar kat lab sekolah. Lepas pukul 12pm, Aiyen, Ainur, Carol, aku dan adik Ainur ada duduk kat bangku tepi pondok jaga. Kitaorang borak2 pasal eksiden yang mengerikan lahh, pasal trailer eksiden haritu, cerita pasal haiwan2 berbisa. Muka carol dah macam bored, then mak bappak dia datang jemput. Aku rasa aku kat bangku tu dah 2 jam kot. Pukul 2 petang baru aku sampai rumah balik. HAHAHAHA bagos2.
Minggu depan Isnin 26 November 2012 adalah hari ulangtahun perkahwinan Kak Ngah aku kali kedua. Dan aku pun akan duduk exam jawab kemistri. Aku nak cerita something on that daykat blog lepas balik exam nanti. Tak sangka dah nak exam kemistri, rasa macam baru je exam BM dohhhhhhhhhh. 28November-5Disember ada kelas tambahan LK. Struggle sumbat semua lukisan dlm otak. Lepas tu ada pemulangan buku2 teks pada 29 November 2012. Dalam 3 hari, 26-29 Nov aku nak baca lagi sekali novel Konserto Terakhir : novel pertama aku pernah baca sampai habes. HAHAHAHA, best bhai novel tuh. 6 Disember ada exam LK.
K daaa nak stadi kemistri * i love to spell chemistry in that way, sangat weird dan cumel. LOOL! *
If you want to open the photoes on a new tab and enlarge them, just press ctrl and click any photo.
A lovely sunrise view from my school's field.
I hope I can lay and gaze lazily on the bed of lush green grass.
Ini bukan beach ok? HAHA
Aku dengan Aiyen selalu tulis nama pakai inai tiap2 akhir tahun dari tahun 2010.
Ini bukan taik ok?
Aku tulis mende nih tahun lepas.
waktu tu baru start cuti sekolah.
aku rasa bored gila.
Now, dah setahun benda tuh berlalu.
dan aku nak cuti sekolah tahun lepas aku yang balik T_T