Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

Showing posts with label Jumaat yang takkan dilupakan. Show all posts
Showing posts with label Jumaat yang takkan dilupakan. Show all posts

23 November 2012

Minggu kedua peperiksaan SPM 2012

Bismillahirrahmanirrahim dan assalamualaikum wbt kawan2!!!

Rasa excited sangat nak cerita kali ni tak tau kenapa. HAHAHA. *batuk macam org dapat tb* Lama gila aku batuk tak elok2. Dalam dewan exam aku sorang batuk cam nak terkeluar anak tekak. Entah la, tak selesa kat sekolah kot. Kat rumah okay je. Tekak aku nih tak sabar nak cuti 6 bulan kot. Sabar ye tekak?

Hahhh, aku rasa happy sangat ada kawan2 sekolah aku baca blog aku. Pahtu dia cerita balik apa yang aku tulis kat blog. Hahahah, aku rasa happy sangat2. Ada jugak kawan aku yang baca ann. Aku buat blog ni pun saje2 je sebenarnya. Masa 2010 dulu ada blog dengan niat nak taip pasal kejadian tiap2 hari kat sekolah. Tapi tade masa. Terima kasih wehh sebab baca blog aku. Hahahaha saya suka saya suka. Kali ni aku nak ceritakan penggalaman *ayat pengalaman sengaja ditaip begitu* aku time minggu kedua SPM start hari Isnin haritu (19 Nov - 21 Nov).

Masa hari first datang sekolah tuh, surau baru sekolah tengah dalam proses pembinaan. Cuba bayangkan projek nih dibincang pada tahun 2008 macam tuh, 2012 baru nak buat? Time aku dah habes sekolah pulak tuh! Terkilan aku wehh.

19 November 2012 (Pendidikan Islam)
7 hari sebelum dia tuh, 12 Nov kot aku dah start buat revision. Aku ni jenis baca tak buat nota konfem2 tak masuk an. So aku baca buku teks Pendidikan Islam Form 4 bahagian Tilawah dengan hadis dan buat nota sendiri. Bab Ibadat apo sume yang lain aku baca sekali, pahtu buat nota maksud ayat dia. Macam "Riddah : keluar dari Islam". Buat nota istilah2 dia lahh. Boleh membantu kat Paper 1. Sangat2 useful aku bagi tau kat kau. Tapi kalau aku buat camni dri tahun lepas lagi bagus. Aku baru terfikir idea camnih last2 minute. Haiyaaaaa.

Pahtu aku memorize lah. Memorize nih sbnrnye bagus asalkan kau faham maksud setiap ayat dia. Jangan la membabibuta hafal tk faham langsung apo jadah eah wey.

Hari Jumaat 9 Nov 2012, aku ada tanya Fasihah, "Kau dah hafal surah hafazan belum?". Pahtu dia balas mesej, "Dah lancar sikit. Kau startlah hafal dari sekarang. Baca tiap kali lepas waktu solat. Gerenti hafal. Trust me. Tulah, orang hafal awal2. Ni nak exam, baru nak hafal. Ish2."

Hahaha, sabo je lah dengan nasihat dia tu kan. Aku pun macam malas nak tengok buku teks ayat hafazan dia, pahtu dalam buku rujukan pun hampeh gila sumpah aku cakap. Translation dia ada yang tertinggal2 sebab aku perasan. Aku rasa macam marah sangat2. So aku pergi la dekat www.quran.com cari setiap ayat hafazan dan copy maksud dalam Bahasa Melayu dia. Not bad aku rajin gila buat cam tuh an. So aku dah simpan dalam bentuk Microsoft Word dalam pc. Then aku upload kat scribd. Kalau nak download ini link dia : http://www.scribd.com/doc/112674216/Ayat-Hafazan-SPM

Note that kalau print nanti ayat2 al-Quran tu pecah sebab dia dalam format gambar bukan tulisan. Lepas baca satu ayat, try memorize them pahtu baca translation satu ayat tuh. So bila kau nak ulang balik, ulang dengan meaning dia sekali okay? Lagi best menghafal camtuh. Aku excited tengok cite tamil malam deepavali sambil hafal ayat hafazan nih. Hahaha.

Aku sempat hafal surah al-mukminun je. Nasib baik keluar. Yang keluar hari tu surah al mukminun dengan surah al hasyr.

Tadi aku cakap pasal nota istilah an? Aku tak guna dengan buku rujukan yang Fatihah kasi pinjam kat aku *diatakgunahahaha,tulahakumintakpinjamkatdia* sebab istilah dia memang berbeza gila dri buku teks weh! Jangan main2. Sebab skema PENDIDIKAN ISLAM dengan SEJARAH berdasarkan buku teks 100% *kot*. So aku print nota dari http://umat66.blogspot.com/p/pi-spm.html . Note that laman web ni tak leh nak copy. So aku mintak izin guna nota ustaz tuh dari kat fb dia. Lepas tuh, baru aku bukak mozilla, tukar settings mozilla. Baru aku dapat copy. Pastuh aku print. Baca sepintas lalu, ambik istilah. Fahamkan dan memorize.

Senang cite beli je buku rujukan Ustaz tuh. Aku tengok macam bagus gakk. Rugi aku tak jumpa laman web tu tahun lepas dan rugi tak beli buku tu dri tahun lepas.

Soalan tajwid hampeh boleh la jawab gak. Inilah akibat tak tumpukan perhatian time belajar tajwid.

Tulis tulisan rumi ke dalam tulisan jawi. HAHAHAHA, 6 markah weh kali ni. Aku rasa sebelum2 nih 4 markah je. Sempat jawab la jugak. Dapat full marks ke tak tak tau la. Tulisan jawi aku biasa comel tau. Tapi dalam SPM nih daa tak comel dah =.= Sebab nervous masa nak habis T_T

20 November 2012 (Additional Mathematics)

Aku expect keluar senang la kan untuk tolong pelajar lemah cam aku nih. Tapi sekali tengok Paper 2, baru aku tau memang aku lemah sangat LOL.

Dok selak2 soalan tengok pattern dia susah gila daripada tahun 2011 kotttttttttttttttt. Balik rumah aku nanges jap sebab takde makanan *menipu*. Hmmmm, trial SPM tu lagi senang dari kali nih. Sedey sangat weh. Sebab pattern cam tu tak pernah buat banyak kali latih tubi. I feel badddd. Even Choi dengan Chan pun kata susah kat Cikgu Suzana. Even budak SBP ckp kat Cikgu Suzana pun kata susah. Tadi kat kelas kemistri tadi dia boleh lak kata senang sebab dia lepas tengok. yeee laa senang la kalau selalu buat pattern tuh. Kalau tak pernah buat langsung?  Aku rasa macam bodoh sangat2 time jawab exam hari tuh. Apa yang aku belajar selama 2 tahun ni weyh.

Ahh lupa nak cakap, lepas paper 1 habes. Pelajar2 ada masa 4 jam sebelum paper kedua iaitu pukul 2. Habes paper 2 pukul 4.30pm. Atiqah, Hani dengan aku ada la lepak kat kantin. aku ingat nak gi kantin beli mknn tengok kantin tutup. Tak bukak pong!!!! Haritu cikgu kata bukak waktu SPM nanti. Harghhh.

Pahtu ada sekali tuh, Hani macam korek hidung *memang korek pun* HAHAHAHA. Pahtu dia nak lap2 kat atiqah pulak. HAHA. Then, aku pun gelak2 ahh. Atiqah ada tanya satu teka teki kat aku.

Atiqah : Weh rasyidah, aku nak tanya satu teka teki kat kau.
Me      : Teka teki lak. HAHAHA, Apo?
Atiqah : Apa benda yang bila kita nak cari, susahhhh sangat. Bila dah dapat, kita buang. Apa dia?
Me      : Hmmm, entah.
Atiqah : Dah? Nak tau jawapan?
Me      : Hmm, haa. Apa dia?
Atiqah : Taik hidung.
Me      : Hahahahahha! ape lah. HAHAHA
Atiqah : Ye lahh, bila kita korek hidung tu punyalah payah. Korek2, tapi bila dah dapat, buang je.
Me      : Hahahaha, gayat lahh.

Sumpah lawak gila teka teki tuh. Kitaorang gelak2 macam orang gila sampai Dhurgka belakang aku tutup2 telinga bila aku gelak.

21 November 2012 (Physics)

Not bad la soalan2 dia. Tapi jawapan2 dia kebanyakannya pendek2. Aku tak tau la betul ke tak. apa yang aku harapkan hanyalah A+ hahahahaha. Cita2 yang begitu tinggi ok. Sebab Soekarno ada cakap, gantungkanlah cita-citamu setinggi bintang di langit. Aku suka dengan ayat tuh sampai dlm karangan BM SPM pun aku letak haha.

Ahh lepas paper 2, ada masa 2 jam camtuh sebelum paper 3. Fasihah suruh aku baca eksperimen Archimedes Principle. Aku pun nak baca la. Tengok2 buku exercise form 4 aku kan tak terusik sebab cikgu dulu tak guna. Then aku cakap kat Hani Atiqah Fasihah sebab diaorang ada kat situ, aku cakap "Aku baru guna first muka surat yang cabang2 fizik tu je". Pahtu fasihah gelak2. LOL. Aku baru nak cakap, "Cikgu TU la yang tak guna buku nih, rugi je kena beli tpi tak guna!". Time aku tengah2 cakap aku pandang belakang sebab fasihah atiqah pandang belakang aku. then aku pandang laa, sekali cikgu TU dalam perjalanan nak sampai kat kitaorang!!! Perghhhhhhhh, naseb baik tak cakap ayat tu time tu doh! Pahtu dia mintak paper 1 aku, dia tengok2. Dia tanya, "Cane fizik, ok?" Aku jawab ok la kan. Pahtu aku tanya, "Cikgu, kenapa cikgu datang sekolah?". Tapi dia tak jawab. Hahaha, dia tau2 je aku nk cakap pasal dia lah. Adoii. Lepas dia blah naik kete dia, aku gelak2 cam orang gila ngan diaorang. Aku cakap kat diaorang "sebenarnya aku nk cakap pasal dia tadi, tapi tak jadi sebab dia datang!".

Okayyyyyhhhh tu je lah catatan minggu kedua exam SPM 2012 aku.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
BTW, tadi pagi pukul 9 ada kelas kemistri. Aku sampai kat sekolah penat aku cari teacher kat mana sebab aku ingat lab tutup. Rupanya bukak. Hampeh, buang jus ketiak aku je. HAHAHA. Tu laa, lain kali tengok la btol2 pintu lab bukak ke tutup!

Habis lebih kurang pukul 12pm. Rasa sedey kali terakhir belajar kat lab sekolah. Lepas pukul 12pm, Aiyen, Ainur, Carol, aku dan adik Ainur ada duduk kat bangku tepi pondok jaga. Kitaorang borak2 pasal eksiden yang mengerikan lahh, pasal trailer eksiden  haritu, cerita pasal haiwan2 berbisa. Muka carol dah macam bored, then mak bappak dia datang jemput. Aku rasa aku kat bangku tu dah 2 jam kot. Pukul 2 petang baru aku sampai rumah balik. HAHAHAHA bagos2.

Minggu depan Isnin 26 November 2012 adalah hari ulangtahun perkahwinan Kak Ngah aku kali kedua. Dan aku pun akan duduk exam jawab kemistri. Aku nak cerita something on that daykat blog lepas balik exam nanti. Tak sangka dah nak exam kemistri, rasa macam baru je exam BM dohhhhhhhhhh. 28November-5Disember ada kelas tambahan LK. Struggle sumbat semua lukisan dlm otak. Lepas tu ada pemulangan buku2 teks pada 29 November 2012. Dalam 3 hari, 26-29 Nov aku nak baca lagi sekali novel Konserto Terakhir : novel pertama aku pernah baca sampai habes. HAHAHAHA, best bhai novel tuh. 6 Disember ada exam LK.

K daaa nak stadi kemistri * i love to spell chemistry in that way, sangat weird dan cumel. LOOL! *

If you want to open the photoes on a new tab and enlarge them, just press ctrl and click any photo.


A lovely sunrise view from my school's field. 
I hope I can lay and gaze lazily on the bed of lush green grass.
Ini bukan beach ok? HAHA

Aku dengan Aiyen selalu tulis nama pakai inai tiap2 akhir tahun dari tahun 2010. 
Ini bukan taik ok?

Aku tulis mende nih tahun lepas. 
waktu tu baru start cuti sekolah.
aku rasa bored gila. 
Now, dah setahun benda tuh berlalu. 
dan aku nak cuti sekolah tahun lepas aku yang balik T_T


17 November 2012

Tuisyen maths tadi best sangat ! Musim ke-8

Bismillahirrahmanirrahim,

Petang semalam, aku dengan Fatihah sampai awal sikit daripada yang lain. Lebey kurang pukul 2.45pm camtuh. Hari ni, tuisyen add maths ye bukan maths sebab SPM maths pun dah habes. Sedey2. Then banyak gila benda yang diborakkan.

Cikgu Suzana ada cite yang haritu dia pergi tengok cerita 007 Skyfall masa malam deepavali lepas. Dia ingat tak ramai orang datang, ghopenya ramai orang India je kat sana. Dia kata naseb baik ada macam budak2 bawak mak bapak diaorang tengok wayang, so takde la rasa segan. Dia tempah bilik No 6. Dia cakap, beria2 diaorang kat kaunter pilih tempat mana yang best. Tengok2 masuk je, 5-6 orang je yang ada. HAHAHA.

Pahtu Cikgu kata hero dia tua. Hani kata Daniel Craig tu hensemmmmm. Berulang kali dia kata mamat tu hensem. Cikgu pulak bantah laa, dia kata tak hensem pun. Tapi badan dia lawa laa. Pahtu kitaorang gelak2. Fashehah pulak dok sebok tanya aku hero dia yang mana satu. Tapi dia tau gak Daniel Craig yang jadi =.=

Susah gilew soalan MRSM tadi. Harap soalan SPM senang laa, bagi la kat markah untuk orang2 biasa macam aku nehhh.

Lebih kurang pukul 5.30 petang la kot, sebab aku takde jam. Sume nak cakap kot kot. Kitaorang pun balek laa. Yang paling sedey bagi aku harinih (16.11.2012) tuisyen add maths nih merupakan tuisyen terakhir kitaorang. Cuba bayangkan, aku spent masa dari Form 3 sampai la Form 5 sekarang, tuisyen kat dia. Banyak cerita yang kitaorang kongsi time tuh menjadikan hubungan cikgu dengan kitaorang rapat. Kita gelak dengan cikgu, kita kena marah dengan cikgu. Hmmm.

Cikgu ajak makan nasi dagang kat rumah dia raya tahun depan. Sangat sedih okay, tapi tak nangis lahh. Cikgu pun sempat buat rumusan add maths, mana yang perlu tau. Sebab kita perlu la study smart!

Dia kata "Awak dah boleh buat dahhh" dan "awak dah boleh buat dah". Hmmmm. Tapi aku masih rasa takut dalam diri walhal aku yakin gila sebelum nih. Tapi aku kena yakinkan diri jugak sebab Allah dah cipta kita. Kalau kita tak yakin dengan diri sendiri, bermaksud kita tak yakin dengan Allah. Kita yakin kita boleh buat!

Semua orang macam dah takde kat tuisyen tuh, tinggal aku Fatihah dengan Cikgu je. Aku pun bayar la duit tuisyen yang tertunggak. Aku pun sempat la minta maaf la, minta halalkan ilmu, minta halalkan kalau ada hutang tuisyen lagi. Cikgu dengan senang hati menghalalkan semuanya. Fatihah bolel pulak minta maaf kalau ada tercakap belakang ke. Aku macam, "Pfffft!". Hahahah. Cikgu pun kata "Takpe2, biasa je tu. Eh nanti memancing jadi tau?". Aku pun cakap "Ye cikgu!".

Korang ingat ehhh, cikgu dah tanya banyak kali bila nak mancing bila nak mancing! Gila ahhh. Cikgu ni memang nak memancing betul. Aku pun tak sabar sebenarnya, Hihihih. First time dohh! Korang kalau sorang pun tak dapat datang, aku sepak sorang2 kang. Kang punah pulak harapan cikgu nanti.

Cikgu pun sempat bagi tau target 5 orang dapat A kat pengetua *budak2 tuisyen dia lahh*. Iaitu Farah, Fatihah, Fasihah, Hani dan aku. Huhuhuh, rasa bangga cikgu percaya dengan aku yang aku mampu dapat A. InshaAllah cikgu! I will do my best.

Harini jugak, aku ada mesej dengan Choi sikit sebab hari ni kan bufday dia. Nak tulis lahh conversation dia. Boleh jadi kenang-kenangan pada tahun depan!

Me  : Happy bufday choi!
Choi: tq a !! haha
Me  : U never rmmbr mine! U know who am i or not?
Choi: yea!! Rasyidah lor !!
Me  : Good2. Wish you get straight A's in SPM. Especially in BM *bahasa melayu*. haha. Ok bye. If u get any soalan spot dont forget to tell me hah.
Choi: zz hard to get lar ... haha
Me  : Hahaha, dont worry. Anything imaginable is possible.
Choi: okok ^^

Teringat kenangan tahun lepas http://erasberaskeras.blogspot.com/2011/11/macam-pelik-je-aku-nih.html

BTW, 2 hari lepas (15.11.2012) ialah hari jadi kawan aku jugak!

07 October 2012

Hearty Paws & Hearty Paws 2

Bismillahirrahmanirrahim,

wokehhhhh. Nak tau tak? First time aku tengok cerita hanjing nih time tahun 2008. Waktu tuh hari Jumaat, 10.30pm 12 Disember 2008. Tengok! Spesifik aku letak masa dia. Sebab aku nih jenis boleh ingat tarikh berlaku peristiwa, hari apa. Even kalau boleh pukul berapa pun aku boleh ingat. Aku ni kadang2 boleh agak sekarang pukul berapa, then aku tengok jam, then betul! Hahaha, depends kat orang yang selalu tengok jam lah. Mesti boley buat cam tuh.

Haritu tu macam semua orang dah tido. Then aku dengan mak aku tengok tv. Aku pulak terbukak NTV7. Then ada cerita tuh. Bapppppppppakkkk sedih dohhh cerita Hearty Paws tuh! Gila ah, naseb baik aku nanges tu mak aku dah pergi tido. Mak aku pong cam minat cerita tuh. Memang aku takleh lupa cerita pasal anjing tuh. Meruntun jiwa baiii. Aku pun buat la reminder dalam fon pasal cite tu. Sampai sekarang reminder tuh ada lagi.

Semalam, hari Sabtu, 11.30am 6 Oktober 2012. Aku tengah online2 cam tuh, then aku pusing tengok tv jap. Pahtu aku tengok macam ada cite Jepun. Aku suruh mak aku pasang balik TV3 tuh sebab mak aku time tuh tengah tukar2 siaran. Perghhhhhh aku excited nak tengok cite jepun tuh. Sekali tengok dia alih suara. Then ada anjing putih. Pahtu aku teringat pulak Hearty Paws *cite Korea. Sekali tengok tajuk, Hearty Paws 2! Aku macam melompat kegirangan sebab naseb baik cite tu baru nak start. Aku pun tak tau ada cite tuh harituh. Wahahahahahaha!

Aku pun terus tutup komputer sebab nak tengok Hearty Paws 2 nih. HP2 nih macam penuh dengan babak suspens lah. Sakit jantung aku tengok eah *takde la sangat*. Aku siap mesej Diyana suruh Jay Wey *pompuan nih cute baii* tengok Heart Paws 2 nih. Kenapa? Sebab awal tahun 2009 tuh ada subjek ICT. Then dia search  Hearty Paws kat utube, then tengok kejap. Aku pun macam, "Ohhh, budak ni pun tengok Hearty Paws jugak".

Okay, sekali lagi. Aku letak reminder pasal Hearty Paws 2.  Hihihihi. Nostalgik baiiii.

Jumaat 5.10.2012 yang istimewa :D

..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫ ✿•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••


Hmmmm. Haritu tu, aku diundang dalam birthday party Ustazah Fadilah dengan Fatihah. Aku pulak setiausaha birthday party nih *sejak bila aku jadi setiausaha nih*. Gomenasai *maaf* sebab tak dapat jemput ramai orang. Ustazah bajet 10 orang je. Pahtu 2 orang lagi tuh tak datang, baik jemput orang lain =.=

Okay, aku cerita perjalanan aku dari balik sekolah dulu. Dah bunyi loceng balik sekolah tuh, aku pergi kelas aku , 5B tuh. Aku nak cari buku rujukan Kimia aku yang dah hilang. Saket hati je aku. Hurmmm. takpe2 ada hikmah. Time perjalanan nak pergi kelas aku tuh, aku terserempak dengan Fatihah. Dia atas tangga macam tuh. Aku pun cakap lahhh, "Wehhh, jom teman pergi kelas aku". Dia pun teman lah aku, borak2 sambil aku cari buku rujukan Kimia tuh. Then dia kata pun dia tengah cari Ustazah.

Hampaaaa, buku rujukan itu tidak diketemu. Hurmmmm! Then aku dengan Fatihah pun pergi bilik guru untuk cari Ustazah. Hampaaaaa, Ustazah tu pong tak jumpa. Balik awal agaknya.

Agak2 dah lama menonggeng kat tepi bilik guru tuh. Aku dengan dia pun balik naik motor dia. Mak aku ni memang pantang nampak aku naik motor tak pakai helmet ke, pergi jauh2 ke. Nasib baik time sampai depan rumah, mak aku takde kat depan. Kalau ada, dah lama dah kena bebel. Hahahaha :D

Then agak2 nak pukul 1 tengahhari baru sampai rumah. Fatihah cakap dia jemput aku pukul 1.40pm macam tuh. Aku pun ambik kesempatan untuk online kejap. Then mandi 20 minit LOL. 

Pukul 1.44pm baru aku keluar tengok Fatihah dah menonggeng tunggu. Sampai Kota Metropolitan Bahau dah pukul 2 macam tuh.

Aku dari awal lagi aku cakap kat Fatihah, aku rasa macam nak makan kek. Then dia kata "Jom share. Hasyimah pun kata nak share". Aku pun macam ok la jugak. Dah lama tak makan kek bai. Aku dengan Fatihah pun pergi kedai kek tuh. Lama la jugak decided nak pilih kek mana. Pahtu aku ternampak snowy spray apa bende entah nama eh dalam english. Alahhh, yang bila kita spray tu ada macam buih ala2 snow tu. Wangi baiii. Pahtu nampak topi bufday party tuh. Pahtu Fatihah kata, "Takkan la Ustazah nak pakai topi ni kot. Beli spray ni pun sudah laa".

Aku pun ambik je la spray tu. Itu pun first time aku pegang botol tuh, first time nak main. Dalam kedai kek tu ada beberapa budak sekolah Mansor High School yang pakai baju sekolah lagi, even dah pukul 2. Bagus2, semangat cintakan sekolah amat tinggi ke laut. Hehehe :D

Dah habis tulis nama atas kek tuh, aku keluar2 je kedai aku sembur benda tuh atas longkang. Aku nak singgah kedai nih, kedai tu jual benda cute2. Patah seribu hatiku~ Fatihah dia kata dah lambat lah kononnya. Padahal dia nak elakkan aku masuk kedai tuh. Sebab aku kalau masuk kedai camtuh memang lama lah aku tengok. Dah sampai motor tuh, aku cakap, "Alahaiiii, KFC bukannye jauh pun. Situ je pon =.=" Pahtu dia sengih2. Arghhhhhh!!!! Dah agak dia nak tipu aku! Aku rasa tertipuuuuu!

Then naik la motor sikit. Pahtu agak2 dah parking jap borak2 sikit. Atiqah dengan Farah daa sampai dah. Hmmmm. Then borak2 kat luar KFC. Fasihah plak sampai. Then aku pulak suruh masuk KFC sebab panas kat luar. Dah 2.30pm dah agak ramai tak sampai lagi. Pahtu Ustazah pun sampai dengan 2 orang cikgu. Then aku dengan Fatihah dengan Ustazah pun turun order apa la kan. Then naik lah atas. Pahtu nampak Syud dengan Ainur dah basuh tangan. Pukul 3 baru sampai diorang. Dah kata pukul 2.30pm.

Then apa lagi, rembat la sume KFC. Eh lupa plak bagi tau kedudukan tempat duduk kitaorang. Barisan aku, mula dari kanan, Fasihah, Fatihah, Aku, Ainur, Ustazah Fadilah, then lagi sorang cikgu aku lupa nama dia hehehe sorry. Barisan depan pulak, mula dari kanan, Atiqah depan Fatihah, Farah, Syud, Cikgu Fatimah. Fiona lak sampai. Dia pun duduk sebelah Syud. Pahtu ada nampak Cikgu Bairaha dengan Cikgu Anuar makan kat KFC. KFC time tu lengang.

Hasyimah kat Kuala Pilah, dia bagi mesej kat Fatihah, "Makan lah dulu. Kalau ada apa2 yang tinggal, itu je lah rezeki aku". Lebih kurang macam tu lah mesej dia. Sorry kalau salah.

Aku rasa macam geli hati gila dengan ayat tuh. Then tiap2 benda kitaorang makan je yang tinggal sikit, aku kata, "Wehhh, simpan lahh sikit benda tuh. Itu kan rezeki Hasyimah". Pahtu diaorang gelak huhahuha. LOOOL. Coleslaw, salad, air twister pun cam tu gak. Even sampai buah strawberry yang Syud makan pun aku suruh simpan daun dia untuk Hasyimah. hahaha, kejam bai. Sorry tau Hasyimah. HEHE :D Then nak bersihkan pinggan, aku dengan Fatihah kumpulkan tulang letak dalam bekas coleslaw tuh. Pahtu aku cakap, "Penutup mana? Nak simpan kasi Hasyimah."

Pahtu basuh tangan, then tangkap gambar kat cermin =.= Aku pun okay je lahh since ni pun tahun last kan. Sebelum ni aku sumpah tak suka sebab aku howt sangat kot *bhahahaha tipu je*. Eleh, dalam gambar tu pun nampak sebelah mata aku je. Aku sorok belakang Fatihahahhahahahaha!

Oh lupa cakap, hari tuh pun bufday Fiona. Nak nyalakan lilin tuh, api tuh terkena ibu jari aku. Perghhh, nikmat. Pahtu Ustazah punyalah kejam dia ambik krim kek tu tepek kat muka Fiona dengan Fatihah. Mwahahahah :D Then aku keluarkan spray. Pahtu aku suruh Fatihah spray kat Ustazah. Fatihah spray sikit je, tu pun lambat. Cheyy, tak surprise langsung. Aku curik2 minum air twister Fasihah sampai habis. Hahahaha. Dia perasan sebenarnya.

Ustazah dengan cikgu 2 orang tuh balik awal sikit. Aku pun apa lagi, keluarlah perangai kurang tebiat yang sebenar. Aku buat2 benda spray tuh macam deodarant lahh, macam losyen lah. Bengong.

Lilin tuh ada 3 batang. Then aku Ainur dengan Syud nyalakan lilin tuh atas cawan kertas, then tangkap2 gambar konon sweet lah pirahhhhhh. Pahtu nak spray kat api lah. Pahtu Fasihah kata kang meletup KFC ni kang. Aku pun macam "Iye jugak kan". Tu lah dah lupa dunia sains dah. LOL. At last, Hasyimah dapat 3 ketul ayam besaq lebih tadi dengan 2/5 kek tuh. Perghhh. Ustazah ada berpesan, kalau ada rezeki. Kita sambut lagi tahun depan. InsyaAllah. Semoga tiap2 tahun macam nih. At least ada jugak hari untuk kita berkumpul ramai2 lepas keluar sekolah nanti T______T

Pahtu balikkkkk, penat dah aku nak cite setiap benda.

Watak2 :

  1. Rasyidah *watak utama*
  2. Fatihah
  3. Ustazah Fadhilah
  4. Atiqah
  5. Fasihah
  6. Farah
  7. Ainur
  8. Syud
  9. Fiona
  10. Hasyimah
  11. Cikgu Fatimah
  12. Cikgu Misteri *aku lupa nama dia lahhhhhhh! tolong lah maafkan aku!* 
InshaAllah kalau ada gambar2 aku dpt dari kawan2 aku, aku akan update kat sini. Hamak dan Habah Airlines betul kamera aku rosak bateri. Aihhhh, rugi RM400 aku beli dulu!

Fakta Hamak Airlines dan Habah Airlines : Fasihah ada main kapal terbang kertas dalam kelas Pendidikan Islam. Time tu nama Denyo Airline. Najwa campak kat aku, pahtu aku potong nama dia. Then sebelah tulis Hamak Airlines, sebelah lagi aku tulis Habah Airlines. Bhahahah. Entah camne mat saleh nak sebut Hamak entah, "Hey-mak Airlines gak eh".

Sekali lagi : Maaf sangat2 untuk siapa yang tak dapat dijemput.

Post tahun lepas : Jumaat 30.9.2011 yang istimewa :D

04 August 2012

Jumaat, 3 Ogos 2012

Bismilahhirrahmanirrahim,

HAHAHA, aku tak tau nak start cite acano. Mengantuk gilew.

Pagi tadi macam biasa ah ada sentuhan rohani. Pagi ni takde baca Yassin. Ada ceramah sikit daripada Ustaz Firdaus. Dia cerita pasal 3 golongan orang yang rugi. Peniaga punya business tak masuk sini ah, aku cakap awal2.

Seingat aku lah, 3 golongan tu ialah orang yang tidak berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW, tidak berbakti kepada ibu bapa dan tidak memanfaatkan bulan Ramadhan.

Waktu sebut nama Nabi Muhammad SAW kita digalakkan berselawat ke atas baginda. Pahtu dalam dewan tadi semua kena berselawat ramai2. Pahtu ada gak segelintir umat yang tak tau syafaat berselawat ke atas baginda nih sampai tak berselawat. Buat muka seposen je.

Bab tidak memanfaatkan bulan Ramadhan pulak, ustaz ada mendendangkan petikan dari sebuah lagu dan diubah liriknya,

" Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai di sini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta
"

Malangnya, aku lupa dia ubah lirik macam mana. Tapi ada kaitan la dengan bulan Ramadhan.

Dah habis sentuhan rohani tadi, semua budak form 1 pun terpusu2 keluar. Aku cakap kat kawan2 aku, "Kalau waktu kita form 1 dulu, mesti kita pun keluar awal dari dewan ni kan?" sambil perhatikan budak2 form 1 jalan. Kita orang cam bese ah, duduk je atas lantai sampai dewan kosong baru blah.

Pahtu terserempak dengan Cikgu Siti Zamrah. Kita orang bincang pasal waktu BM nanti, cikgu plan nak duduk dalam bilik SALC (self access learning centre).


Pergi Studio LK sebab kelas 5B ataupun kelas 5G sekarang, sedang digunakan untuk peperiksaan percubaan PMR yang berlangsung minggu depan.Selama 1 minggu lebeh ni kita orang akan spend masa lah dalam bilik tuh. Ramai kata panas, tapi aku tak kot sebab aku duduk bawah kipas LOL.

Okay, lepas rehat tuh Laila kasi satu kertas. Untuk letak nama, alamat, tarikh lahir, nombor telefon, email dan ucapan. Untuk Majalah Nadi 2012. Perghh, tak sangka gila kali ni turn kita orang lak! Hmmm. Dalam masa MT tu, cikgu tak masuk, sebab jauh kot. HAHAHA. Pahtu berbincang pasal kelas GPMS.

Sampai la waktu Pendidikan Islam, aku dengan Hani mintak kebenaran dengan Ustazah Fadhilah untuk keluar cari Cikgu Aida dengan Cikgu Mai. Uhmmm, nak bincang waktu kelas GPMS kang.

Time tu dengan Cikgu Mai, syukur alhamdulillah la Cikgu Aida pun titiba muncul gak dalam bilik guru tuh. Hilang satu masalah. Pahtu bincang2, dapat kata putus. Kelas GPMS akan diadakan hari Sabtu nih.

Aku dengan Hani pun balik kelas sambil lari bertempiaran sebab ada something need to do. Ngehh ngehhh.

Dalam larian olimpik tu, aku sempat tanya Hani, "Pukul berapa lagi nak balik?". Hani balas, "Tinggal lagi 2minit".

Dah nak sampai muka pintu 5H, time tu jugak la dah bunyi loceng. Aku pun dengan tercungap2 bagi tau satu kelas GPMS konfem hari Sabtu bla bla bla.

Pahtu aku, Diyana, Fasihah, Hani, Fatihah, Farah tunggu masa sesuai untuk baling tepung je kat muka Najwa. Masing2 takut nak baling. Aku time tu depan Najwa tau. Hani titiba panggil Najwa, "Najwaaa!". Papppp! Titibe ada benda putih banyak gila kat muka dia. "Happy birthday!!!" sambung dia. Gila terkejut aku titiba ada benda putih atas muka dia, walaupun aku tau pasal plan nih.

Pahtu, perang tepung pun bermula. Baling2 tepung la, gelak huha huha padahal blok sebelah tu blok staff room. Bhahaha!

Sekali amik kau! Cikgu Zuraidah dengan Cikgu Samsor menunggu kita orang kat bawah. Cikgu Zuraidah kata, "Eiiii yang kat atas tu semua! Turunnnnn!!!! Saya kira dalam kiraan 3! Satuuuuuu!!! Duaaaaa!!!".

Kita orang pun berlarian ambik beg kat atas. Diyana dengan Fasihah dah basuh muka dah kat bawah.

Nasib baik ah tak kena tahan dengan dua2 warden asrama tuh. Tapi kitaorang bukan budak asrama. Kalau ye lah budak asrama, konfem2 kena telinga.

Pahtu balik tunggu mak Fatihah. Macam biasa lah lepak tepi jalan yang ada tempat lintas tuh~ Best kot tengok orang lalu lalang.

Mak Fatihah pun sampai, kita orang gi Econsave jap. Saje cuci2 mata.

Aku dengan Najwa naik tingkat atas. Main teddy bear lah, sabun mandi LUX lah, topi lah.

Yang paling tak boleyy blah tuh, kan ada patung2 yang tayang baju tu kan. Ada satu tu, patung budak pompuan. Patung tu pakai baju kurung, tudung. Kepala dia dah terpatah tau. Pahtu si Najwa ni macam pusingkan kepala dia perlahan2 sambil keluarkan dialog dia. Gila macam Chuckie dah aku tengok. LOOOL.

Ok balik.

15 June 2012

Mengurat

Bismillahirrahmanirrahim,

(\(\
( -__-) Bunny Mitsuji
c ('') ('')

Kelas terakhir tadi kelas Pendidikan Islam, Najwa migrain. Muka pucat je. Kesian deh.

Pahtu, kitaorang pun balik. Aku, Fatihah dengan Najwa jalan gi pondok bas. Tunggu mak fatihah. kebetulan Aiyen pun ada kat situ. *cara aku ckp mcm first time jumpa kat pondok bas je -.-*

Kawasan dekat pondok bas tu, dah naik taraf sikit. Letak lampu pejalan kaki tu. Entah apa nama dia aku pun tak tau. Najwa cakap yang LED tuh. Pahtu, lintasan zebra sebelum ni dia turap.

Pahtu aku dengan Aiyen tergoda dengan abang buat line jalan raya tuh. HAHAHAHA. Kitaorang pilih mana satu pilihan hati. Bhahahaha.

Ada macam besi hitam putih untuk tunggu bas *kot*, aku dengan Najwa berdiri tepi tuh. Pahtu menongkat dagu atas besi tuh. Pahtu pandang semua2 muka pemandu kereta dengan penuh tensen. Bhahahaha, Lagi satu paling lawak, kan biasanya kita lalu atas bonggol jalan raya kan badan kita akan ternaik ke atas sikit kan? Lawak gila tengok semua pemandu macam tuh. Hadoiiii =.=


20 April 2012

Main bola sepak



Bismillahirrahmanirrahim,

Hari apa entah, hari Isnin kot. Fasihah ajak aku main bola sepak kat padang Taman Satelite. Aku pun macam ok je, walaupun kaki bangku sikit :D Fasihah pun suruh aku ajak orang lain gak. Terutamanya si Fatihah tuh.

Aku rasa, Fasihah ajak main bola kat padang sebab dia kesian dengan Fatihah kot. Mana tak nya? Hari Sabtu lepas, kitaorang main bola punya lah masing2 excited. Terkejar2 bola biar dia tak masuk semak dan longkang =.= At last, lutut dengan buku lali Fatihah ni luka, bergesel dengan batu. Dengan seluar baru dia sekali koyak. Aku ingat lagi time Fatihah jatuh, dia bukan jerit sakit ke apa, tapi dia jerit, "Seluuuuuarrrrr akuuuu". Waktu tu aku macam, "OMG, lutut kau berdarah pekat gila!"

Baru lepas hujan. Plan mula2 nak main pukul 5. Tapi hujan je. Aku tunggu je sampai hujan berhenti. Pahtu, aku telefon Fatihah ajak main, Fasihah bawa bola, Hani pulak bappak dia tak kasi. Najwa plop tak angkat fon.

Datang rumah Fatihah, jemput dia. Mak dia tak kasi dia keluar sebenarnya. Maklumlah hujan. Aku telefon fasihah, ingat nak cancel. Tapi Fasihah cam tak nak cancel je. Aku pun, ok main je lah.

Jadiiiiii, pukul 6.05 petang baru keluar. Jumpa fasihah tengah bawak bola sepak ASTRO sambil tunggang basikal dia.

Kita orang pun pergi menuju ke Padang Taman Satelite tuh. Besar lah jugak. Tapi besar lagi padang sekolah aku. Ngeeeeeeee. Ada budak2 Indian selalu main kat situ. Phewww, nasib baik kitaorang tak pandai main bola sepak SANGAT pun diaorang tak kesah. Diaorang tak gelak pun. Bagus2.

Kitaorang main kat penjuru padang je. Maklum lah, 3 orang je pemain dia. Berkaki ayam kitaorang kat atas padang, walaupun takut ada paku ke kaca ke. Aku main sekejap je. Pahtu tangkap2 gambar.




Main sekejap je, lebih kurang 45 minit gitu. Aku ajak Fatihah dengan Fasihah pergi taman permainan kat Taman Akasia tuh. Tapi ada budak2 laki lepak kat situ lak. Punah harapan aku.

Pahtu, round2 kat Taman Satelite. Diaorang bercerita pasal anjing, aku ambik port sikit je. Aku tanya Fasihah, "Fasihah, mountain bike tu macam mana?" *aku tanya sebab aku noob*. Fasihah kata, "Ni laaa mountain bike?". Rasyidah berkata, "Iyeee? Macam mana nak bezakan mountain bike dengan basikal biasa?". Fasihah berkata, "Mountain bike tu biasanya ada gear. Lepas tu, kalau kita tengok kat tempat duduk dia. Ada lubang bawah dia. Sebab, kalau dia naik gunung kan ada batu2. Jadi, benda nih kira kita tak sakit la waktu naik gunung tu". Okay, baru aku tau apa itu beza mountain bike dengan basikal anak jiran aku. Ngehehehe.

Samapai je hujung Taman Satelite berdekatan dengan Taman Desa Penarikan tuh, kita orang pun berpisah. Fasihah pun balik naik basikal.

Dekat simpang 4 kecik dekat dengan pokok kelapa sawit tuh, aku borak jap dengan Fatihah. Borak pasal sape entah time tuh *buat2 lupa*. HAHAHAHA. Fatihah oh fatihah. Hahahaha. *apsal gelak sorang2 nih? gila =.= *

09 December 2011

Greentrendy And Me *Siri 1*

..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫ ✿•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••


Oh Yeah. Kali ni. Aku nak cite pasal sorang kawan aku kat habbo. Nama dia kan, Greentrendy

Masa aku kenal dia tahun 2009 marin kat habbo, dia sangat suka dan gila HIJAU. Sampai spek dalam habbo pun warna hijau. Hehe :D

Bulan November lepas, dia ada kasi link blog dia www.hudasartgallery.blogspot.com

Kalau kau nak tau apa menariknya pasal dia, dia sebenarnya ialah pelukis! Lukis pakai tangan, bukan lukis pakai kaki. hahaha :D

Memang lukisan dia lawa gila seyh. Inilah kali pertama aku dapat kawan yang pandai melukis. Wahhhhh~ Walaupun dia selalu kata lukisan kawan dia lagi lawa. Tapi hati aku tetap menyatakan bahawa lukisan kaulah paling lawa yang pernah aku jumpa! OMG!

Berikut aku tunjukkan artworks yang dihasilkan oleh beliau:



Ini salah satu hasil lukisan dia yang aku tertawan. Kenapa? Kenapa aku tertawan? Dia pakai minyak pengasih ke? Oh, no no no! Sebabnya ialah, aku suka main chess. Tapi tak pernah menangggggggggggggg! Asyik2 kena checkmate dgn orang lain. Arghhhhhhhhhhhh~ Tensen aku macam nih. Bagi aku, chess ni satu permainan papan yang amat cool dimana pemain2 akan diam dan buat muka serius *seperti mendapat constipation!*. Waktu nak alihkan buah catur tu amat cool sekali, perlahannnnn je. Tapi bila kena makan, patah hati wehhh.



Artwork beliau yang kedua. Eh jap2, apsal aku panggil dia beliau? Sebab dia orang yang aku kagumi dan berbakat? Yeaa, betul. BTW, terima kasih tau huda sebab lukiskan mata aku. Terharu sangat2. Okay, tu bukan mata aku pun, tipu je. Muahahaha XD

Dua gambar je yang aku taruh. Kalau nak lebih lagi, sila lah pergi ke www.hudasartgallery.blogspot.com

Peaceful je aku rasa bila tgk gambar dia. Ahak ahak~

Selain daripada www.hudasartgallery.blogspot.com dia pun ada satu lagi blogspot, berjudul www.greentrendy.blogspot.com

Laman web blogger yang kedua tu pulak berkisarkan kehidupan beliau dalam dunia virtual, Habbo. Aku baru je terbukak tadi. Dan aku terKEjut dan terHAru sedikit sebab ada nama aku. Maklumlah, orang annoying cam aku ni mana ada orang nak letak2 kat blog. Huhu T___T

Aku pun sebenarnya ada gak rasa sedih bila ada countdown 22 days more sebelum beliau nak quit habbo T___T Kalau beliau nak quit, aku pun nak quit lah. Takde makna hidup aku dalam habbo kalau takde beliau. Hahahahaha :D

Selesai sudah pasal dia, mari kita cut itu story. Kali ni aku nak cerita pasal elektrik *namanya dalam habbo* atau Miriam *namanya dalam real life*.Dia ni makhluk Allah yang baru 15 tahun hidup di atas muka bumi nih. Dia nih kawan dengan Huda.

Ermm. Nak dipendekkan cerita, haritu Huda cakap ada orang kirim salam. Aku pun terpikir2 lah, ada ke putera yang jatuh cinta dengan aku. Cehhhh, rupanya Miriam. Dia pernah terserempak dengan blog aku pahtu dia baca. Jadi, terima kasih la sebab sudi baca entri murahan nih. Huhuhu :')

Ini link blog dia, www.mintaberkatsikit.blogspot.com

Dari kaca mata aku nih, aku dapat rasakan yang dia minat warna TEAL. ohMYdearALLAH ! Ku pun minat warna teal jugak.

P/s : http://erasberaskeras.blogspot.com/2011/09/beraya-ke-rumah-cikgu-suzana.html Entri ni baru aku post lepas berbulan2 dah habis raya T_T Lupa nak post laaaa T_T

02 October 2011

Jumaat 30.9.2011 yang istimewa :D


..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫ ✿•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••


Sebenarnya, banyak benda aku nak taip. Memandangkan sekarang ni malam Isnin, esok pagi sekolah. Nak tak nak kena potong cite sikit.

Lepas loceng sekolah berbunyi menandakan waktu balik. Ohh, itu bukan waktu balik kita orang, budak2 tuisyen Cikgu Suzana sebab kitaorang kena stay kat sekolah sampai 2.30 petang. Lapo tu memang lapo. Makan je la kerepek yang terlalu sedap yang dibeli kat kantin yang terlalu WANGI lagi makanannya amat MURAH sangat tu!

Aku dengan Fatihah balik awal sebab dia nak pergi balik rumah, nak sediakan makanan. Aku pulak nak pergi Bahau, keluar duit biasiswa bayar tuisyen T_T

Sekitar pukul 3 petang aku sampai. Dah isi borang pengeluaran, hati aku titiba terdetik, "Fana dengan Fairuz mesti ada kat sini sebab Fana nak keluar duit biasiswa gak!". Aku pun berenang di tengah lautan manusia tu. Ramai gila kot waktu tu. Tetiba kau nampak kepala Fana, aku pun dengan happynya panggil diaorang. "Gila aku tak sangka korang ada gak kat sini! Sebab aku pikir korang pergi lagi awal dari aku." Jadi, kami pun meluangkan masa selama lebih kurang sejam kat situ. Riuh, kepoh, bising bank tu sebab kitaorang. Orang lain pandang slek, pahal entah. Tempat awam kan? LOL =.= Mata aku terpaku kat sorang budak bedebah, nama dia hishan. Aku pandang tak puas hati dengan dia sebab sesuatu. Curse on you. Lepas tu nampak Priyaa dengan Punita.

Aku suruh Fana dengan Fairuz pergi ambik kek dulu sebab nombor giliran aku lambat lagi. Diaorang keluar, aku pun berborak dengan Punita dan Priyaa. Ahaha, akhirnya sampai pun nama aku lepas lebih kurang sejam menunggu tertonggeng-tonggeng kat situ sebab takde tempat duduk =.=

Dah sampai kat rumah Fatihah, Syimah letak kak kek kat luar untuk buat surprise. Dia letak kat luar sebab Fiona, Ismaniza dan Syud tak sampai lagi. Ainur dengan Shiela pergi jemput diaorang. Aku masuk2 je rumah Fatihah, adik Syimah tarik tangan aku. Ajak makan kacang, pahtu aku yang tolong kopekkan untuk dia. Ahahaha, weh korang hade? Fasihah, dan Najwa dengan adik dia pun ada gak. Tak ketinggalan adik Ainur pun ada gak. Ustazah Fadhilah tunggu kitaorang berkumpul dari pukul 2.45 ptg. Kesian ustazah. Minta maaf sangat2.

Fiona, Ismaniza dengan Syud pun sampai. Kek pun dibawa masuk.

Ahahaha, yang comel lote tu adik Syimah :D

Heboh nak angkat kek tu. Pastu, potong kek. Gambar yang aku tangkap pun sikit. Sebab aku bawak tangan untuk ambik makanan bukan tangkap gambar =.=

Pastu aku nak makan mi, Hani bantai kasi aku semangkuk, tuang kat pinggan kau. Ya Allah, penuh pinggan tu. Nak tak nak memang kena habiskan. Alhamdulillah, habis gop. Pastu bedal kek :) Rojak :) Nugget :) Fries :) Air mangga, my fav :)

Kenyang betul lahh time tuh.

Itu adik Syimah, nama dia Faezah.

Dia la paling menjadi perhatian dalam parti tersebut. Aku rasa, rumah Fatihah bergegar sebab dengan gelak tawa kitaorang. Memang lawak gila adik Syimah time tu. Fasihah, Najwa, dengan Hani dah balik. Awal sangat korang balik.

Sejam lebih kat rumah Fatihah, beralih pulak ke rumah Shiela. Makan laksa kat situ. Perut tong drum betul aku. Ofcoz la kena makan gak, dah orang sediakan. Takkan nak tolak =.= Ekekeke :P Sedap mak dia buat kuah laksa. Mak dia pun sempat bercerita pasal laksa johor. Mak dia kata tahun depan dia masak laksa johor, tapi kena datang. Ahahaha, okay. Perut tong drum sentiasa menanti XD

P/S : Waktu makan mi, aku duduk bersila. Kaki kanan atas kaki kiri. Aku tak biasa duduk bersila macam orang biasa. Berikut conversation yang berlaku.

Hani : Eii, apa duduk macam ni? Tak sopan betul!
Rasyidah: Yela ye la. *Tukar posisi kaki kepada kaki bersimpuh*
Ustazah : Kan sopan macam tu.

.............................................................................

Ustazah : Adik beradik awak semua lelaki ke?
Rasyidah: Tak la. Sorang je. Yang lain pompuan, saya je yang brutal sikit.
Fatihah : Akak2 dia semua jalan tunduk, ustazah. Dia je jalan pandang atas.
Rasyidah: Mendabik dada? Ahahahaha!

Maaf kalau gambar gegar =.=

Watak2 :

  1. Rasyidah *watak utama*
  2. Fatihah
  3. Ustazah Fadhilah
  4. Atiqah
  5. Fana
  6. Fairuz
  7. Fasihah
  8. Hani
  9. Najwa dan adik beliau
  10. Ainur dan adik beliau
  11. Syimah dan adik beliau
  12. Ismaniza
  13. Fiona
  14. Syud
  15. Shiela *watak tak penting sekali* haha
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.