Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

09 September 2011

Beraya ke rumah Cikgu Suzana :)

..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫ ✿•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••

Perghhhh. Balik sekolah tadi penat gila sebab tahan mengantuk dan penat sebab buat peka chemistry. Kononnya lah. Mesej2 kejap dengan Shiela sebab kita orang, pelajar2 tuisyen Cikgu Suzana *cikgu add maths* nak datang beraya rumah dia. Rumah baru dia tu. Bukan kuarters guru lagi. Sedih, lepas ni kitaorang tak guna kuarters guru untuk kelas tuisyen. Kena pergi rumah dia untuk tuisyen.

Pukul 3.15pm baru bangun. Gelabah kot sebab janji nak tumpang Shiela. Ok, tudung pun aku tak jumpa. Seterika pun belum. Haih. Naseb baik sempat seterika dan pakai tudung. *saya tak free hair*

Pahtu, bermula la pencarian rumah Cikgu Suzana yang baru tu. Jauh la jugak daripada Sekolah Kebangsaan Jempol. Memang jauh, sakit leher aku nak mencarik rumah baru nya di mana. Rumah dia jauh lagi daripada Kampung Terusan. Okay, lepas tu, aku ternampak rumah 6 bijik. Sebab dia kata, taman perumahan dia ada 6 biji buah rumah je. Tapi terlepas sikit. Bappak shiela pun undurkan kereta.

Naseb baik la aku perasaan taman tu ada 6 bijik rumah. Sampai2 je, Ainur jemput kita orang dari pagar. Dah masuk rumah tu, Nazrin dengan Atiqah pulak ada. Cikgu Suzana pun ada. Cikgu Suzana dah bawak diaorang round2 dalam rumah dia. Selang beberapa hari kemudian, hani-chan pun datang. Hahaha =.= Paling lambat datang pulak Hizami.

Pastu, kita orang bergosip pasal markah add maths orang lain. hehehe. Pahtu, cikgu cakap group kita orang, ada potensi dapat A tahun depan. huhuhu~ Tak sabar dengan result A tu :D

Lepas tu, cikgu bawak kita orang kita orang semua round2. Sampai belakang rumah dia, cantik gila pemandangan. Macam pemandangan kat kampung2 *memang tempat tu tempat kampung pun*. belakang rumah dia ada pokok2 getah. Belakang tu ada pokok2 yang batang dia kecik. Entah. Tapi lawa la pemandangan time tu.

Masuk2, kami dihidangkan dengan Mi Soto buatan cikgu. Best2. Pahtu tengok iCarly dengan kartun. Kartun tu aku tak tau tajuk dia, tapi dia dah alih bahasa melayu. Ada satu karektor tu cakap bahasa nogori. tergelak2 aku, boleh lak cakap bahasa nogori.

Pahtu, buat kerja maths. Pergi kat ruang tamu. Kita orang pun buat. Sambil tu makan koko crunch. Si hizami ni pulak. Tupperware koko crunch tu ada dua. Dia sorok lagi satu kat bawah, pahtu makan je. 2-3 kali kot tambah kat tupperware tu. Si Nazrin ni pulak, dah 3-4 kali pergi tandas. Jadi, aku panggil dia Lemah Pundi Kencing. Wow~

Sebenarnya, ramai tak nak datang tuisyen petang tu. Tapi disebabkan nak merasa Cikgu Suzana masak, kitaorang pun datang :) Banyak sangat makanan yang cikgu hidangkan.

Minggu depan punya tuisyen pulak, kita orang plan naik motor. Dah la aku takde helmet pun. Kalau ada pun abang aku punya, itu pun kat rawang! Sebelum ni, nak datang tuisyen pun boleh jalan kaki. Sekarang ni, kalau nak jalan kaki, sampai bila pun tak sampai. Tapi kalau nak naik bas tu, boleh gak. Jalan kat kampung jempol kebanyakannya jalan lurus. Taman cikgu pun tepi jalan je.

Jadi aku tengah fikir, shiela ajak aku naik motor dengan dia bila nak pergi tuisyen. Kita rempit gi rumah cikgu. Helmet takde. Camne ni?

Watak2 dalam entri ni :
  1. Nazrin yang suka nak datang rapat2
  2. Hizami yang suka makan koko crunch
  3. Ainur yang merajuk sebab aku buat something. Hahaha :D
  4. Atiqah yang tukang bagi mangkuk
  5. Ekshiela yang suka makan koko crunch
  6. Hani yang tukang tuang air sirap
  7. Rasyidah yang hebat :D
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.