Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

08 January 2011

Cara untuk tinggalkan tabiat lama ♥♥♥

Bismillahirrahmanirrahim,

To day. Aku nak buat cara untuk tinggalkan tabiat lama, termasuk lah tabiat2 yang teruk macam suka korek hidung dalam kelas ke atau korek2 benda lain.

Kali ni aku kongsikan cara nak tinggalkan tabiat lama atau buruk mengikut pengalaman sendiri.

Biasanya, kita mesti dan mesti dan mesti ada tabiat buruk. Sesetengah orang suka online fb lama2. Itu pun tabiat buruk gak kalau dia tak guna ke arah kebaikan.

Ikut pengalaman aku sendiri. First sekali, kena la berNIAT betul2 untuk tinggalkan benda tu. Ingat, NIAT! Pahtu, kalau aku. Aku akan berniat, "NAK TINGGALKAN FACEBOOK". Dan bukannya "TAK NAK GUNA FACEBOOK LAGI". Faham tak apa yang aku cakap ni? Maksudnya, kalau nak niat tu, jangan guna ayat TAK. Sebab ayat TAK tu memang berbisa. Percaya la. Dalam tv ada cakap, kalau kita cakap "tak nak guna facebook lagi", ayat "nak guna facebook lagi" tu akan terlekat tanpa ayat "tak". Faham tak? Haiyo. Cam ni la. Asalkan kau jangan guna ayat TAK. Guna ayat yang positif sepert nak tinggalkan facebook. Tak nak guna facebook lagi tu ialah ayat negatif. Biasanya ayat negatif lagi terlekat kat minda.

Sila busykan diri anda dengan riadah. Takat jalan2 dalam dalam rumah pun dikira riadah apa. Pahtu busy2 kan diri dengan solat2 sunat ke, lancarkan ayat hafazan ke hafalkan oral test ke (bencinya nak oral test nanti. Eiii!).

Kalau ikut dua cara tu je, aku rasa dah boleh tinggalkan tabiat buruk punya. Bagi siapa yang nak je. Asalkan ada niat yang positif dan busy kan diri anda.

Banyak aku tanya kat kawan, kenapa kau online malam2 nih. Diaorang mesti jawab bosan la. Sebenarnya diaorang boleh baca buku apa selain online. Kan kan?

04 November 2010

Tips hadapi jenayah rogol♥♥♥

Intro : Malas nak kasi definisi pasal rogol, nak buat penyembur lada dan etc etc etc. Sebab semua orang dah tau, lain la kalau malas nak baca surat khabar.

Mula2 sekali, mangsa tu mestilah relaks. Jangan nak sepak2, terajang2 sebab benda2 nih semua cuma membuang tenaga dan seterusnya perogol dapat merogol mangsa dengan lebih mudah sebab mangsa dah penat. Sebagai contoh, kan kalau kau termasuk pasir jerlus, kalau kau meronta-ronta lagi dia tenggelamkan kau kan? Jadi, lebih baik duduk diam2. Ok, apa yang bakal anda baca sekarang adalah sesuatu yang bakal menggeletekkan hati dan tergelak terbahak-bahak ataupun rasa geli. Tapi aku rasa benda nih kelakar tapi efektif. KAHKAHKAH

Cara yang efektif tu, si mangsa mestilah membuat sesuatu yang menggelikan dan seterusnya perogol tu rasa jijik nak rogol mangsa. Pahtu, kemungkinan besar perogol takkan teruskan niat kecuali kalau dia terdesak sebab takde orang nak jalinkan hubungan dengan dia. HEHE, jangan marah ye perogol. Sistem nih as known as :

Sistem Cecair
Menggunakan air ludah dan muntah yang kehijauan seakan-akan berwarna biru. Lebih kurang warna turquoise la. Tak lupa air kencing, lagi efektif kalau terpercik kat muka perogol.

Sistem Pepejal
Luahkan segala najis/berak. Minta tisu tandas sikit dari perogol. Hello, sistem ni lah paling berkesan sebab ada satu kes, mangsa yang nak kena rogol nih, dia luahkan faeces dia. Pahtu, langsung perogol tu tak jadi nak buat.

Sistem Gas
Kalau dah gas, mestilah kentut. Kentut mengandungi hidrogen sulfida yang tinggi.
Hipotesis : Semakin busuk kentut itu, semakin besar kemungkinan perogol mengundurkan diri.
Pahtu, cuba larikan diri sebab ini je kesempatan yang ada.

Langkah2 mengenali perogol
  • Pelaku boleh jadi seseorang yang dikenali atau tak.
  • Usia si pelaku ialah 15 - 65 tahun
  • Berketrampilan kemas.
  • Bersikap baik.
  • Fizikal si pelaku lebih besar serta tinggi berbanding mangsa.
  • Sama bangsa.
  • Pelaku akan mencari mangsa dalam linkungan jam 6 petang ke atas.
Sumber : Sebuah majalah yang diterbitkan pada tahun 2005 dan diedit sendiri.

P/s : Andai kata seseorang tuh ditakdirkan menghadapi cubaan rogol, tolong lah buat salah satu sistem nih. Jangan nak control2 cun. Lagi berkesan kalau buat ketiga-tiga sistem, konfem perogol tuh lari bertempiaran.

Second P/s : Baru aku sedar yang memori akhir2 tahun yang lepas takkan kembali lagi. Selama ni aku berharap sampai penghujung tahun. Tapi, sekarang, aku rasa jiwa aku kosong, tak best. Aku lagi suka time sebelum PMR marin, asyik tensen je.

20 October 2010

10 Tips Mewujudkan Keyakinan Diri

 Sekadar nak berkongsi ilmu :D
  1. Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain, tiada yang kurang dan tiada juga yang lebihnya.
  2. Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat? Pedulikan apa orang nak kata tapi yang penting pelajari apa orang lain buat terlebih dahulu sebelum kita buat.
  3. Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya. Jangan biarkan ia terus berkekalan tanpa ada sebarang usaha dari anda.
  4. Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif. Berani!
  5. Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat. Ketepikan! Tonjolkan diri anda.
  6. Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.
  7. Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu. Ya saya boleh!
  8. Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.
  9. Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.
  10. Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas. Masa itu emas! Setiap waktu berharga.

P/s : kepada ....... dan ...... , sila ambil perhatian. Anda patut baca!

13 September 2010

10+1 Tanda-tanda dia ialah jodoh kita.♥♥♥

Intro : Kita? Apehal kita lak? Kau, kau lah. Aku, aku lah. Apa kena mengena kau punya dengan aku punya lak =.= Aku tauhu kau tak suka intro aku kan :'( ?
Ahaha:D Aku sengaja nak letak benda alah nih sebab nak tingkatkan SEO aku dan perhatian korang. Maybe korang tak terdetik nak cari benda alah nih bila berdepan dengan internet. Sama la dengan aku. Tapi, titiba hati aku terdetik nak buat nih sebab aku nak jadi cupid telangkai kau =.=
10+1 tanda-tanda dia ialah jodoh anda ialah :


1. Gunakan seluruh pancaindera
Gunakan pancaindera sebaik-baiknya untuk mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama.


2. Bersahaja
Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Nampak pelik ke nampak spontan? Kalau kita perasan yang dia nampak kurang selesa dengan cara dia, maknanya dia tengah berlakon. Ingat sesuai jadi pelakon la tuh? Kalau dia bersahaja je, maksudnya dia lah calon hidup kita yang sesuai

3. Senang bersama
Takde perasaan boring atau stres bila bersama dia. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Selalu berasa tenang, senang, happy dan dia menjadi pengubat kesedihan anda. Dia juga merasainya. Bila sehari tak bertemu, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Apabila ketiadaannya terasa sedikit kehilangan. Ouh qwertyuiop1234nie, rasakah apa yang I rasa? =.=


4. Terima kita seadanya
Betapa teruk sekalipun kisah silam anda, dia tidak mengambil peduli. Dia juga tidak mengambil kisah siapa anda sebelum ini. Yang penting, siapa anda sekarang. Biarpun dia tahu yang anda pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, anda adalah miliknya sekarang. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

5. Sentiasa jujur
Kejujuran bukan boleh dilakonkan. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik anda. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta anda. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati.

6. Percayai mempercayai
Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, anda tidak berahsia apa pun kepadanya dan anda pasti rahsia anda selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran.


7. Senang bekerjasama
Anda dan kekasih perlu bekerjasama melakukan suatu perkara. Perkara paling penting, anda dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama dan ikhlas. Anda dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan anda senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan anda pada masa hadapan. Kalau takde kerjasama, sukar bagi anda hidup bersamanya. Ini kerana, anda yang memikul beban tanggungjawab keseluruhannya. Menyusahkan hidup bukan?

8. Memahami diri anda
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa anda sakit dia bawa ke klinik. Semasa anda berduka, dia menjadi penghibur dan bla bla bla. Dia selalu bersama anda dalam sebarang situasi. Tidak kira anda sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk anda. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, 'lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.


9. Tampilkan kelemahan
Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup anda, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu anda. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada anda. Misalnya dia memang suka korek hidung sampai berdarah, tapi dia beritahu juga, sahlah dia bersedia menjadi teman hidup anda :D Apabila anda dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


10. Kata hati
Dengarlah kata hati. Dengan deria batin ini juga anda dapat saling tahu perasaan masing-masing. Anda dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila anda yakin dengan pilihan hidup anda, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk anda? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


11. Mimpi
Apabila kita sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya anda mendapat mimpi petunjuk. Jika dia jawapanNya, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang anda lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Renung2kanlah. Adakah dia jodoh anda ?

P/s : Tauhu tak? Penat weh nak taip tips nih. Bukan senang. Daripada paragraph yang menjela-jela, aku pendekkan untuk kau. Kalau kau copy pun, tolong la. Aku begging sangat2, tolong taruh url laman web aku gak :D Bukan senang nak ringkaskan =.= Sejak kebelakangan nih, aku suka nak tebalkan muka :D Love it!
Must watch ! : Usah hirau intro vid nih, vid nih bukan aku punya tapi aku dedikasikan untuk qwertyuiop1234nie :D http://www.youtube.com/watch?v=Ed--pWDG3_k&p=6840446FF3AB0633&playnext=1&index=7

04 May 2010

Cara untuk mengorek hidung aka picking nose. ♥♥♥

Hmm.. Sebenarnya, aku rasE weird juga taip benda alah nih. Akan tetapi, atas desakan dan permintaan seorang minah atau boleh dikenali sebagai Angel atau Angelina membuat permintaan daripada aku untuk menaip post ini, aku pun buat la.


Intro - Ya, setiap orang tahu bagaimana untuk mengorek hidung, malahan beruk di tepi jalan juga pandai mengorek hidungnya sendiri tanpa menggunakan robot. Terbuktilah bahawa haiwan pun boleh buat, apatahkan lagi kita sebagai manusia. Dengan itu, mari kita sama-sama mengikuti cara-cara mengorek hidung dengan betul.


1. Bersihkan tangan anda menggunakan sabun Dettol sehingga bersih dan scan dibawah scanner bakteria untuk memastikan tangan dan jari anda bebas daripada bakteria.

2. Lap tangan dan jari anda untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

3. Kemudian, masukkan jari telunjuk anda perlahan-lahan untuk mendapatkan nikmat yang tidak terhingga kerana jari telunjuk sememangnya handal dalam bab-bab korek-mengorek ni.

4. Cari dan gali. Cuba anda rasE tempat manakah yang anda rasE berkerak.

5. Jika anda dapat merasEkan bahawa tempat itu sememangnya berkerak, maka teruskan usaha cari dan gali dengan menggali kerakan tersebut.

6. Ulang cara5 pada lubang hidung kiri pula.

7. Anda boleh ‘frame’kan hasil anda pada kertas tissue Premier yang boleh dibeli di Econsave berdekatan.

8. Lastly, basuh jari anda menggunakan Dettol. Jikalau anda merasakan jari anda masih kotor, gunakan Clorox sebanyak dua baldi. Selamat mencuba!

01 May 2010

Cara untuk memakan nasi. ♥♥♥

1. First, ambil beberapa senduk nasi.

2. Kemudian, hidangkan dengan beberapa jenis lauk-pauk seperti Rendang Rasyidah Utama, Ayam Masak Merah atau Ikan Keli Masak Lemak.

3. Selepas itu, gaulkan nasi sedikit bersama dengan lauk yang dipilih di dalam pinggan anda hingga sebati.

4. Kemudian, ngangakan mulut anda sebesar alam dan masukkan nasi yang digaul tadi menggunakan tangan. Harus dingat bahawa anda perlulah makan sambil mengikuti Adab Ketika Makan aka AKM.

5. Ulang cara ke4 hingga nasi anda habis dan jangan mengetuk tangan anda ke pinggan tapi anda perlu menjilat jari anda mengikut sunnah Nabi(pastikan anda makan menggunakan tangan kanan).

6. Selepas itu, basuh kutleri(tangan) anda sehingga berbau buah limau nipis dengan menggunakan Pencuci Pinggan Mangkuk Kuat Harimau.

7. Jika anda ingin burp atau fart, pastikan anda tidak melakukan di meja makan kerana saya takut lauk yang lebih itu dicemari dengan acid yang anda lepaskan.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.