Hmm.. Sebenarnya, aku rasE weird juga taip benda alah nih. Akan tetapi, atas desakan dan permintaan seorang minah atau boleh dikenali sebagai Angel atau Angelina membuat permintaan daripada aku untuk menaip post ini, aku pun buat la.
Intro - Ya, setiap orang tahu bagaimana untuk mengorek hidung, malahan beruk di tepi jalan juga pandai mengorek hidungnya sendiri tanpa menggunakan robot. Terbuktilah bahawa haiwan pun boleh buat, apatahkan lagi kita sebagai manusia. Dengan itu, mari kita sama-sama mengikuti cara-cara mengorek hidung dengan betul.
1. Bersihkan tangan anda menggunakan sabun Dettol sehingga bersih dan scan dibawah scanner bakteria untuk memastikan tangan dan jari anda bebas daripada bakteria.
2. Lap tangan dan jari anda untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
3. Kemudian, masukkan jari telunjuk anda perlahan-lahan untuk mendapatkan nikmat yang tidak terhingga kerana jari telunjuk sememangnya handal dalam bab-bab korek-mengorek ni.
4. Cari dan gali.
5. Jika anda dapat merasEkan bahawa tempat itu sememangnya berkerak, maka teruskan usaha cari dan gali dengan menggali kerakan tersebut.
6. Ulang cara5 pada lubang hidung kiri pula.
7. Anda boleh ‘frame’kan hasil anda pada kertas tissue Premier yang boleh dibeli di Econsave berdekatan.
8. Lastly, basuh jari anda menggunakan Dettol. Jikalau anda merasakan jari anda masih kotor, gunakan Clorox sebanyak dua baldi. Selamat mencuba!