Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

Showing posts with label Sharing is Caring. Show all posts
Showing posts with label Sharing is Caring. Show all posts

02 June 2011

Aku suka cerita minah2 ni :)

Bismillahirrahmanirrahim,

Ayat melayu murtad tak leh blahh. Hahahahaha. Aku suka komik kat atas. Kau suka tak? Kalau kau tak suka maksudnya kau watak antagonis antara kita berdua. Hakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk! Sila terasa.

Tekan gambar tu untuk baca cerita sepenuhnya. Harap hati korang terbuka untuk terima hidayah. 

Selain itu, ada istilah abang/kakak angkat sekarang. Tapi kes ni, bila kita nampak lelaki dengan perempuan tu, lepas tu kita tanya korang kapel ke tak. Dia jawab eh tak la, kakak/abang angkat jewp. Jangan la anggap kitaorang ni bengap sangat sampai tak tau nak nilai apakah benda itu =.=

Oh, ada lagi satu cerita. Kononnya si budak lelaki/perempuan tuh, benci dengan kapel bagai sebab sebelum ni dia pernah kecundang di arena percintaan *Ayat arena tu tak leh blahh*.

Tak sampai 1-12 bulan lepas tu. Tengok2 dia kapel dengan orang lain. Konon dah boleh pimpin kau ke jalan benar lah pulakkkkk tu! Tolong la~ Adoyai. Kau ni macam nak jamah lauk penampar Jepun aku pun ada jugak! Maksudnya sebelum ni, sia2 la aku dengar rintihan kau yang kau dah regret berkapel dan takkan berkapel. Last2, kau kapel. Buang nasi jewp aku dengan cerita kau ni lahhhhhhh. Sila terasa kalau hati anda tak senang baca apa yang aku cuba luahkan. Hehe :P

Ada sorang kawan aku ni cakap kat aku. "Baik kau jangan anti dengan kapel sangat. Nanti kau jadi macam kes ******** pulak. Cakap beriya tak nak kapel. Tengok la sekarang ni dia kapel dengan siapa. Lepas tu kata nak taubat la apa la. Hasilnya, dia masih hidup dengan cara dia yang dulu kala tu." 

Sejak tu aku berhenti jadi orang yang anti gila dengan orang yang berkapel. Aku berhenti waktu form 3 dulu kot. Sekarang pun ada sentuh, tapi takde la emo macam dulu pun.


Yang ni http://qurratuaini78.blogspot.com/2010/09/doktor-islam-dan-logik.html untuk HARIZAH KHARAL ANUAR, lepas ni aku kasi amaran kat kau jangan nak berdebat pasal minum air berdiri lagi. Dah terang lagi bersuluh dia kata makruh. Baik kau duduk, ikut sunah Rasulullah SAW, bai.

Renung2kan lah dan sayonara :D

13 September 2010

10+1 Tanda-tanda dia ialah jodoh kita.♥♥♥

Intro : Kita? Apehal kita lak? Kau, kau lah. Aku, aku lah. Apa kena mengena kau punya dengan aku punya lak =.= Aku tauhu kau tak suka intro aku kan :'( ?
Ahaha:D Aku sengaja nak letak benda alah nih sebab nak tingkatkan SEO aku dan perhatian korang. Maybe korang tak terdetik nak cari benda alah nih bila berdepan dengan internet. Sama la dengan aku. Tapi, titiba hati aku terdetik nak buat nih sebab aku nak jadi cupid telangkai kau =.=
10+1 tanda-tanda dia ialah jodoh anda ialah :


1. Gunakan seluruh pancaindera
Gunakan pancaindera sebaik-baiknya untuk mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama.


2. Bersahaja
Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Nampak pelik ke nampak spontan? Kalau kita perasan yang dia nampak kurang selesa dengan cara dia, maknanya dia tengah berlakon. Ingat sesuai jadi pelakon la tuh? Kalau dia bersahaja je, maksudnya dia lah calon hidup kita yang sesuai

3. Senang bersama
Takde perasaan boring atau stres bila bersama dia. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Selalu berasa tenang, senang, happy dan dia menjadi pengubat kesedihan anda. Dia juga merasainya. Bila sehari tak bertemu, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Apabila ketiadaannya terasa sedikit kehilangan. Ouh qwertyuiop1234nie, rasakah apa yang I rasa? =.=


4. Terima kita seadanya
Betapa teruk sekalipun kisah silam anda, dia tidak mengambil peduli. Dia juga tidak mengambil kisah siapa anda sebelum ini. Yang penting, siapa anda sekarang. Biarpun dia tahu yang anda pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, anda adalah miliknya sekarang. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

5. Sentiasa jujur
Kejujuran bukan boleh dilakonkan. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik anda. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta anda. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati.

6. Percayai mempercayai
Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, anda tidak berahsia apa pun kepadanya dan anda pasti rahsia anda selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran.


7. Senang bekerjasama
Anda dan kekasih perlu bekerjasama melakukan suatu perkara. Perkara paling penting, anda dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama dan ikhlas. Anda dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan anda senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan anda pada masa hadapan. Kalau takde kerjasama, sukar bagi anda hidup bersamanya. Ini kerana, anda yang memikul beban tanggungjawab keseluruhannya. Menyusahkan hidup bukan?

8. Memahami diri anda
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa anda sakit dia bawa ke klinik. Semasa anda berduka, dia menjadi penghibur dan bla bla bla. Dia selalu bersama anda dalam sebarang situasi. Tidak kira anda sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk anda. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, 'lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.


9. Tampilkan kelemahan
Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup anda, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu anda. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada anda. Misalnya dia memang suka korek hidung sampai berdarah, tapi dia beritahu juga, sahlah dia bersedia menjadi teman hidup anda :D Apabila anda dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


10. Kata hati
Dengarlah kata hati. Dengan deria batin ini juga anda dapat saling tahu perasaan masing-masing. Anda dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila anda yakin dengan pilihan hidup anda, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk anda? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


11. Mimpi
Apabila kita sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya anda mendapat mimpi petunjuk. Jika dia jawapanNya, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang anda lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Renung2kanlah. Adakah dia jodoh anda ?

P/s : Tauhu tak? Penat weh nak taip tips nih. Bukan senang. Daripada paragraph yang menjela-jela, aku pendekkan untuk kau. Kalau kau copy pun, tolong la. Aku begging sangat2, tolong taruh url laman web aku gak :D Bukan senang nak ringkaskan =.= Sejak kebelakangan nih, aku suka nak tebalkan muka :D Love it!
Must watch ! : Usah hirau intro vid nih, vid nih bukan aku punya tapi aku dedikasikan untuk qwertyuiop1234nie :D http://www.youtube.com/watch?v=Ed--pWDG3_k&p=6840446FF3AB0633&playnext=1&index=7

10 September 2010

Sebenarnya, layakkah kita menyambut hari raya?

Bila terbaca tajuk tuh, mesti ada orang malas nak baca inti2nya sebab dah agak dah yang ini mesti berkaitan dengan amalan waktu bulan Ramadan marin. Ya, betul. Bacalah agar dapat membaiki diri untuk bulan Ramadan yang seterusnya jika kita masih hidup lagi. InsyaAllah.

Waktu bulan puasa marin, ramai yang taruh kat status fb. Berapa pasang baju raya? Baju raya warna apa? Bla bla bla bla =.= Hakikatnya, kita layakkah nak menyambut hari raya ini?

  1. Puasanya sempurna dan cukup sebulan di bulan Ramadhan

  2. Mereka yang mengeluarkan zakat fitrah.

  3. Mereka yang menunaikan solat terawih dengan sempurna disamping,selawat,zikir dan menghabiskan masa di bulan ramdhan dengan membaca Al-Quran-sebaiknya 2 kali khatam dalam bulan tersebut.

  4. Mereka yang tidak bermusuhan dan tidak minum arak atau mabuk-mabuk di malam mulia.

  5. Mereka yang membuat ihsan kepada kedua ibubapa dan keluarga terdekat.

  6. Mereka yang menunaikan hajat orang lain dan banyak bersedekah di bulan ramadhan.

  7. Mereka yang menegakkan Agama Allah dengan harta diri dan masa semata-mata kalimah suci yang unggul.

  8. Mereka yang selalu mengerjakan amalan sunat-sunat lain termasuk solat tahajjud, witir, hajat, taubat dan mereka yang sentiasa berbuat baik sesama Islam.

  9. Mereka yang tidak mengamalkan bidaah dan dalam hatinya ada kebesaran Allah s.w.t dan cinta kepada sunnah nabi s.a.w.

  10. Mereka yang berkelayakan mukmi, mukhlisin, mutawakkilin dan bersifat mulia.

Adehh ................................. Bagaimana dengan anda? Harap2 layak =.=
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.