Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

Showing posts with label Conversation. Show all posts
Showing posts with label Conversation. Show all posts

11 May 2013

Taman Permainan ♥




Bismillahirrahmanirahim,

Ahaks ahaks, lama bebeno tak merepek kat blog nih. Dulu waktu sekolah, sibuk nak tulis post. Dah habis sekolah, jarang tulis apa2 lak. hahaha xD

Sedap gila suara olivia ong nih!!!!


Harini hari sabtu, sabtu lah hari paling gembira buat aku. *over betul* kehkehkeh. Kebiasaannya hari sabtu lah hari kitaorang satu family berkumpul, berborak dan etc etc. Bila dapat jumpa, kira happy lah, maklum la, masing2 dah buat hala tuju masing2 (kahwin, belajo, keje). Hurm, aku bila mau kahwin ni? Kakak2 aku sume dah ada calon, huhuhu T-T ke muka aku muka tak laku T-T Okay rasyidah, jgn nak menggatal kat sini.

Heyyy thats me!
Muka makcik dengan anak buah dia macam iras2 je kan? hekhek xD
Maklum la, mak dia ngadap muka aku je time tengah mengandung dulu hahaha.

Petang tadi, ada la online fb kejap, dan tiba2.



Hekhekhek, rasa bersyukur + tak sangka ada kawan yang rindukan aku :P Ingatkan takde xD
Okay, dia ialah Fatihah, kawan baik aku dari tadika. Seperti yang diceritakan kat sini Taman Permainan Taman Akasia mengecewakan ♥ aku :(
Urm, jadi aku pun bersiap2 la pukul 3 petang tadi. Haihh, Fatihah nih selalu macam nih. Ajak keluar tiba2, padahal aku belum mandi lagi ugh -.-
3.45pm macam tuh, aku keluar la rumah, jenguk2 ikan dalam akuarium, waktu ni la baru nak kasi makan =.=
Pastu dia pun datang dengan motor orennyew. Weh fatihah, walaupun kau tak baca blog aku, tapi aku nak kau tau yang aku suka gilaaaa dengan motor oren kau! lawa siot! bangga aku dpt naik dengan kau semenjak tahun lepas xD hahaha
Kita orang pun nak pergi Taman Permainan kat Taman Akasia macam haritu. Sebab taman permainan tuh best, redup je tempat dia. Tapi buaian dia tuh memang buaian budak2 yg buat dari plastik, seat pun kecik, budak besar mcm aku nih dia takleh tampung =.=
Malangnya, jalan menuju taman permainan tuh takleh guna sebab ada projek pengorekan *lol on the pengorekan word* longkang. So, kitaorang pun patah balik, pergi je lah taman permainan kat taman perumahan kitaorang tuh.
Taman permainan ni dah 10 tahun dah hidup, dari 2003 sampai 2013.
Sampah plastik aiskrim pop 10sen berlambak2, aku rasa jumlah diaorang sama dengan jumlah rumput yang tumbuh kat situ =.=

Soooo, kitaorang pun start berborak pasal form 6, sebab Fatihah dah masuk form 6 sementara keputusan kemasukan universiti belum keluar. Dia kata bosan, sebab ada orientasi 3 minggu. Sorry fatihah, walaupun kau ckp kau saje nak berborak dengan aku, tapi aku tau kau sbnrnye nak ajak aku join form 6, dan aku pun nak jugak, tapi subjek2 form 6 tu takde kaitan dengan cita2 yg aku bina dari dulu, huhuhu sorry T-T

Pahtu Fatihah ada kata, budak melayu lelaki sikit je. Okay, so i started to laugh. Sebab, aku kenal fatihah nih. Dulu, setiap tahun budak form 6 bawah masuk, memang mata dia la yang melilau carik lelaki hensem + warak untuk dijadikan crush ! Hahahaha. Macam, every year dia akan cakap kat aku, dia minat abang tu lah, abang ni la. Tahun ni pulak, budak lelaki melayu memang sikit gila, yang ada Afiq, Afifi, Faris Haiqal. Ketiga2 nih ex-schoolmates aku dengan fatihah masa sekolah rendah. Pahtu ada 2 orang laki lagi. So, jumlahnya 5 orang je kot.

Budak perempuan pulak ramai jugak la, 7-8 orang dari sekolah ni. yang lain2 dari sekolah lain. Bila dengar dia cerita, hurmmm, aku rasa sayu je. Ye la, biasanya setiap tahun kita masuk sekolah sama. Tiba2 tahun ni pulak muka aku takde kat sekolah huhuhu T-T

Tengah syok2 berborak, tiba2 adik Hasyimah yang bernama Faezah tuh pulak datang. Aku perasan dari minggu lepas, dia mesti datang sorang2 main buaian. Gilaaaaaaa D: Pukul 4 petang, mana ada budak2 main kat taman permainan lagi. Berani gila budak 6 tahun ni.

Rasyidah : Faezah tak takut ke datang taman permainan sorang2?
Faezah :    Takk.
Rasyidah : Malam2 pernah main tak kat sini?
Faezah :    Pernah, selalu main. Kita tak takut pun.
Rasyidah : -dalam hati- *patut la dulu ada orang claim pernah nampak hantu kecik main kat buaian nih dulu! hahaha xD*

Gila ahhhh. BERDIIKARI sungguh budak nih. hahahahahaa. Pahtu fatihah puji2 la selipar berbunga dia tu, tanye harga apa sume, beli dengan pakwe ke. hahaha, fatihah kalau nak sakat faezah nih memang nombor satu. Aku duduk kat buaian belah kanan, faezah duduk belah kiri. Fatihah pulak duduk kat tempat spring bentuk kuda laut tuh entah apa benda yang aku cuba ckp kan nih? hahaha. so kira fatihah duduk belah kiri faezah la.

Then aku tgh berborak dengan fatihah nih, faezah ni sibuk2 lah cakap sorang2 entah apa yang dia cakapkan entah. Menyemak je. hahaha. aku suruh diam, dia suruh aku diam balik =.= Pahtu budak tu main sepak2 dengan aku, aku pun sepak main2, lembut2 je. Kang sekali aku sepak betul2 melayang pulak budak nih. hahaha xD Faezah nih umur dia 6 tahun, perangai macam budak umur 12 tahun, cakap banyak potpetpotpet =.= Pahtu faezah tak puas hati dengan aku, dia pergi cari ranting nak pukul aku. Hahaha, fatihah pun ajak aku blah dari sana demi keamanan kitaorang berdua.

Kitaorang pun naik motor sambil gelak2 meninggalkan faezah, adakah aku berkelakuan jahat terhadap budak kecik? hahaha xD So kitaorang pun keluar dari house area tu, pergi kat taman permainan rumah rakyat pulak. Kat situ ada beberapa pekerja laki tengah renovate rumah yang not so far from us. House area situ mcm sunyi je, perasaan takut pun ada hohoho. tapi dont worry, fatihah kan ada motor orennyew, so kami boleh merempit bertempiaran kalau something bad happen.

Kitaorang pun berborak lagi pasal matrik, form 6, universiti. Ada satu persoalan Fatihah yang brilliant, aku respek gila persoalan dia nih! Persoalan dia berbunyi cenggini, "Kenapa kalau kita tengah nak amik SPM, cikgu2 sume cakap *Belajar betul2, nanti boleh masuk U*. Bila kita dah dapat result SPM, diaorang cakap *Masuk la form 6, itu yang terbaik*". So , aku berfikir balik. Betul jugak kan?

Hampir pukul 5, kita orang pun naik motor untuk balik rumah sebab fatihah nak balik kampung dan mak dia pun dah call. Hurmm.

Balik2 rumah je, aku pun angkat Hanisah jalan2 kat luar rumah. amboiiiiiii~ sejak bila aku pandai layan budak2 ni?


Updated on 16th May 2013
Tak tau la area rumah aku je ataupun satu bahau blackout =.=
Malunya akuuuuuu, fatihah ! hahahaha xD
Kantoi aku puji motor kau kat sini ughhh~!


21 January 2013

Taman Permainan Taman Akasia mengecewakan ♥ aku :(

Bismillahirrahmanirrahim,

Benda nih takde la penting sangat nak diceritakan. Tapi apa salahnya aku nak cerita jugak kan? Ahaks ahaks :D

Lebih kurang pukul 3 petang tadi aku online fb saje2 tade menda nak buat.

Pastuh telefon rumah tetibe berdering. Aku pun pergi la angkat.

Me   : Hello, Assalamualaikum.
Fatihah : Waalaikumussalam, weh kau ada kat rumah tak sekarang nih?
Me   : Ada, kenapa pulak?
Fatihah  : Aku ada something nak kasi kat kau nih.
Me   : Pukul 4 ke 5 ke tak boleh ke?

Bla bla bla~ Pahtu aku terus la pakai baju lengan panjang dengan tudung semua. Dah dia macam desak aku keluar time tu jugak. Dia pun nak cakap sesuatu kat aku. So no hal la sebab dah lama tak jumpa an walaupun rumah dekat ._. Aku terus keluar dengan komputer yang tak tertutup.

Pahtu Fatihah datang dengan motor orennyew tu. Dia kata, "Weh tunggu jap, aku terlupa lak nak bawak benda tuh". Aku pun cakap "Jom la pergi taman permainan bawah, borak kat sana". Ahh lebih kurang macam tu la aku dengan dia berdialog. Aku pun dah lupa sangat. Ekekeke :DD

Selepas itu, aku pun dengan segaknya naik motor dia dan angin pun bertiup lalu di muka dan rambutku *tadi kata pakai tudung. apakahh??*. Tenang rasanya menghirup udara segar setelah lama memerap diri di rumah. *berhentila guna ayat novel skema -.-

Kitaorang pun sampai la kat rumah Fatihah. Aku agak2 dia nak kasi something dari Sabah since dia an baru balik dari situ. Pahtu dia pun keluar dengan bawak keychain Sabah berbentuk cube dia tuh. Ada 4 kura2 kat situ. Comel ~ Ada masa, nanti aku upload gambar tuh. Buat kenangan. Kita orang pun naik motor balik gi taman permainan tuh.

Pahtu dalam perjalanan yang tak berapa nak jauh pergi turun taman permainan kat Taman Akasia tuh, terserempak la dengan sorang junior tingkatan 1 kot. Aku pun tak kenal, tapi aku cakap "Baru balik sekolah yee dik? kahkahkah". Budak tu mesti bermonolog dalaman "Aku lempang pompuan ni satgi kang".

Akhirnyaaaaa, aku dengan dia pun sampai kat taman permainan tuh. Kitaorang duduk kat bangku simen *erk?. Agak2 hujan tengah renyai2, kitaorang pindah la duduk kat bawah wakaf simen kat situ pulak.

Perghhhh, sumpah bongok gila ahh kat situ. Tepi wakaf tuh dicemari dengan botol2 arak dan tin2 guiness. Sampah pulak bertaburan kat tepi tong sampah tuh. Seyes takde akai orang buat tuh, sebelum nih taman permainan tuh elok je. Ini taman permainan ye, pakcik2 yang ketagih arak. Bukannya tempat kau nak minum air kencing setan malam2 kat sini! Benci betol aku.

Cuba bayang kan. Tempat permainan = ada botol arak -.-''  Kurang asam betolllahh!

Aku dengan fatihah borak2 pasal Kolej Teknologi Unifield since dia dapat tawaran belajar 3 bulan kat sana untuk dapat 4 sijil free. Belajar 3bulan bayar RM2350 scr ansuran = dapat 4 sijil free??? Apakahhhh?? Aku pun tak bape paham dan tak bape minat owhhhh. Dia macam nak mengajak aku masuk sama je. Aku pun ok je, tapi duit tu masalahnya nak dapat dari mana agaknya?? Kelas dia start sabtu nih.

Fatihah ada cite la kat aku, unifield tuh ada swimming pool bagai. Hari isnin, selasa dengan rabu pompuan je mandi. Khamis dengan jumaat budak laki lak mandi situ. Pahtu dekat dengan A Famosa la. Fatihah ajak aku masuk, then boleh bawak Hanisah *anak buah aku* pergi sekali. Ekekekeh~

Tapi 2 ribu lebih owhhh. *okay sekarang baru aku rasa menyesal tak menabung dari kecik. cissss! aku dah terasa dengan tajuk forum perdana 2011 group aku tuh*

Pahtu, aku dengan dia plan nak pergi sekolah esok, Rabu 23/1/2013 untuk jumpa kaunselor sekolah kami yang terchenta selaku sedara fatihah sendiri iaitu Cikgu Azman. ekekeke~

Soooooooooooooooooo, lebih kurang nak pukul 3.40ptg, dia pun ajak aku balik.

Balik2 rumah mak aku dah sound aku sebab tak off komputer. adoii~

P/s : Aku naaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk sangat upload gambar aku dengan dia. Time tuh kitaorang darjah 6 (2007). Dia desak2 aku ambik gambar dia dengan aku. Dia cakap, "mana tau tahun depan aku tak sama sekolah dengan kau". Aku pun suruh sape entah tangkap gambar aku dengan dia. Time tu muka aku cute kot, tu la pasal aku nak upload. Kihkihkih. *jangan bersifat riak kat sini -.- Muka fatihah time tuh bajet cool je, sepak tau la.

Cehhh, akhirnya kitaorang kekal sekolah bersama *walaupun kelas selalu tak sama* dari umur 6 tahun sampai skrg 17 tahun.

P/p/s: Alaaaaa, Hani nak pindah melaka :'((((((
Pahtu ada satu offer dia kat aku, yang membuatkan aku tido tak lena tiap2 malam *cewah menipu je lebey.
Excited pong ada gak. kehkehkeh.
Benda nih, hanya aku dengan dia jewp tau.
kehkehkehhhhhhhh~

01 December 2012

Ingat wifi bapak aku nih wifi bapak kau punya ke?

Bismillahirrahmanirrahim,

Aku bukan nak cakap pasal wifi rumah aku tapi aku nak cite pasal wifi rumah kawan aku. Saje je tajuk nak wat gempak pakai bapak2 lak kan. HAHAHA.

Tade ahh, kau datang rumah orang. Mentang2 orang tuh ada wifi. Pahtu kau macam pergi usik2 modem wifi tuh. Perghhh, hebat lakonan dia. Lepas tuh boleh buat dialog pulakkkk. Dialog dia berbunyi, "Boleh pasang tak internet nih?". Hahahaha, kalau tak leh pasang dah lama la dia kol streamyx ke campak modem tu bakar ke kan? Pandai dia bina ayat dialog. Lagi satu, dia tanya macam dia ni tukang pomen (tukang baiki) modem lak. Poddahhhhh la wey. Pahtu orang tu pong kasi, then sesedap pasang sendiri.

Aku yang tengok ni pun macam terkedu pulak. Alamak, kau datang rumah orang semata2 nak ambek kesempatan wifi eh? Bayar la wey, ingat orang tu langgan internet pakai taik hidong ke hape? Hayah heh entah *tiru ayat budak laki sekolah rendah aku*.

HAHAHAHA, seriously kau desperate sangat ke? Pergi la CC ke hape ke. Ihhh, kalau aku jadi kau nih. Malu lah wey.

Aku tengok dia ni kalau pergi rumah orang yang ada wifi, mesti paksa orang tuh bukak. Gilaaa ahhhh. Kalau aku, takde makna aku nak bukak, nak kasi password lagi. Ahhh taik ahh. Banyak cantek.

Bukan nak kedekut ke apa, dia kat rumah pun boley online pakai berokbangg ayah dia tuh. Tak tau la dia nak menunjuk fon secondhand dia tuh boleh masuk wifi ke hape. Hadoyyyy, malu la wey jadi kau.

Dah ahh cite pasal tuh, malas aku.

23 January 2012

Ip Man 2. Hakkkkkk

Bismillahirrahmanirahim,


Aku tau kalau aku post pun takde sape boleh baca. AKu pun tak kesah sangat. Ini entri first dalam tahun 2012 tak silap aku.

Cerita tu tengok pukul 10 malam. Time tuh aku tengah YM dengan kawan baik aku. Pukul 11 baru off. Tengok Ip Man 2 sekerat jalan. Tapi boleh fhm lagi lah.

Dah habis tu. Keluar credits semua. Sebelum tu dia tunjuk la sejarah Bruce Lee dengan Ip Man tuh.

Lepas credits habis sume. Berlaku lah conversation di bawah:

Kak Su : Yah kenal tak sape Bruce Lee tuh?
*Aku pun menyampuk*
Aku : Lahh, tu kawan yah dulu.
*Yah terpinga2, apa yang aku cakapkan. Pahtu Kak Long ulang balik*
Kak Long : Sidah cakap "Lahh, tu kawan yah dulu".
Bappak : Yelahh, kawan baik dulu.

Mak, Kak Long, Kak Su, Yah yang ada kat situ semua tergelak dan aku pun berlalu pergi ke tandas. Dalam tandas tuh, aku tergelak kecil. LOL

01 September 2011

Hantu Bonceng pencuri masa belajar aku !

..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫ ✿•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••


Hantu Bonceng pencuri masa belajar aku !

Masa cuti diluangi dengan menonton anime2 yang syok. Muahahaha. Tak terkira berapa jam entah aku luangkan. Tapi yang pasti, best. Muahahaha~ Boleh tingkatkan kemahiran bahasa jepun kot, kan onii-chan?

Jumaat esok pulak ada kawe ajak pergi panggung wayang. Katanya nak tengok hantu bonceng. Aku on je, dah ada duit raya ofcoz la on je. Ngeee :D Yang pergi aku, fana dengan hani je kot.
Yang lain kat kampung lagi kot, tu la aku tak ajak.

Harap ahad ni takde tuisyen. Berat kepala aku wehh~

Cakap pasal tuisyen nih, teringat kat fasihah. Huhu ~ Camne la dia kat rumah tu. Macam mana pula dengan perangai dia? Ada satu persoalan kat situ.

Hani tak dapat pukul 3.45pm, jadi aku pilih je la pukul 5.30pm. Fana tu kena tanya bappak dia, mintak2 bappak dia izinkan perhubungan kitaorang T_T Aku ada banyak benda nak beli untuk pelajaran nih walaupun dah masuk semester 3. Arghh~ Betul musim persek
olahan ada semester 3?

P/S : Tadi aku nak panggil kaklong aku, aku nak tercakap "Chotto matte!". Haha :) Nanti nak pergi terminal one dengan kak long. Cari buku kat popular ~

*chotto matte = tunggu sekejap! *


Jangan cakap kau nak berhenti bergaduh dengan aku !

Aku dengan dia selalu gaduh masa darjah 6. Aku berdendam dengan dia. Dia pun takde mintak
maaf pun. Sakit hati aku tengok dia ada fb =.=

Chotto matte! Kenapa dia tak carik gaduh dengan aku? Dia dah berubah ke aku yang berubah? Tidaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak!


Dulu aku tak suka sangat dengan 4G !!!!!!!

Hmm. Aku segan nak mengaku. Tapi aku dengan rela hati nak mengaku. Dulu aku benci
dengan kelas aku, iaitu 4G. Aku rasa macam weird sangat. Yela, sebab selama ni aku kelas 1A, 2A, 3A. Muka orang dulu2 dah biasa. Tetiba ditempatkan kat 4G awal tahun haritu. Bengang gila kot. Ramai budak melayu, tapi aku sendiri tak rapat, tak rapat. Adoiii.

Time tu tensen kot, budak2 india dengan chinese lain pun aku takde la kenal dan rapat sebab diaorang dari kelas B/C 2010. Ermm.

Dari bulan 6-7 haritu, aku dah mula terima yang aku ditempatkan dalam kelas nih. Lama kelamaan pun aku dah ok dengan 4G.

Sekarang ni, bila terfikir yang tahun depan ialah tahun SPM. Form 5 dah. Aku dah dapat rasa, macam mana kalau kita semua terpisah? Rapat lagi ke macam ni, terutama dengan barisan anak2 vip. Hermm, semua orang alami proses yang sama. Tapi aku tak tau aku dapat hadapi ke tak?

Yang paham je boleh paham. LOLOLOLOL!

08 August 2011

Instinct oh instinct.

Bismillahirrahmanirrahim,

Waktu bukak puasa tadi, aku bukak puasa kat meja makan. Biasa aku bukak puasa depan tv.

Dekat meja makan tu ada aku, kak long dengan juadah yang pelbagai. *kononnye la*

Nak dijadikan cerita, haritu minum soya cincau. Pahtu aku cakap kat kak long aku, "Jom habiskan soya ni. Mana tau nanti abang*anak ketiga* balik bawak soya ke". Tengok2, sahur tu ada satu kotak air soya. Aku pun dengan gumbiranya minum la air soya tu. Bukan sebab kesedapan air soya tu, tapi sebab aku ada instinct yang kuat.

Pahtu, si kak long aku ni ada cakap yang kalau instinct seseorang tu diasah. Dia boleh jadi orang yang berjaya *berjaya sebab orang yang ada instinct kuat nih boleh rasa kerjaya apa yang patut dia pilih*. Itu dr hm tuah punya tajuk cerita dalam buku dia. Sampai sekarang aku tak jumpa cerita pasal instinct tu dalam buku2 dr hm tuah sebab berlambak buku tu kat rumah =.=

Tadi kat meja makan, kak long aku cakap, "Mana tau kau sambung belajar luar negara ke". Kali ni dah tiga kali dia cakap ayat tu. Okay, aku mengaku aku nak sambung belajar kat luar negara. Aeronautical engineering kot. InshaAllah kalau dapat. Pahtu dia boleh kata, "Kita tengok, daya instinct aku kuat tak?". Aku rasa macam nak haha je.

Tadi kita orang teka2 jantina bakal anak kak ngah aku. Aku teka perempuan. Kak long aku teka lelaki, lepas tu dia tukar tekaan dia jadi perempuan sebab dia ikut kata hati dia yang PALING DALAM SEKALI. Aku dah gelak2 dah. Siap ada kata hati paling dalam sekali =.=

Pahtu aku cakap yang aku dah dapat imagination yang bakal anak buah aku ada ikat rambut 2 ponytails kat kepala dia. Cute :) Tapi doktor cakap, mungkin bayi tu bayi laki. So, kita orang memang sabar je la nak tengok instinct kita orang kuat ke tak?

Korang pun belajar la nak kuatkan instinct ni. Best gila~

06 August 2011

Conversation paling best seantero dunia *ok melampau*

Bismillahirrahmanirahim,

Saya amat berbangga kerana mendapat conversation yang paling best seantero dunia cenggini ! Apa yang saya boleh cakap ialah, WOW!

H : Weh F, kau ada tak nombor fon aku?
F : Takde.
Aku : Kita orang ada je kan nombor kau. Tapi kau takde pun nombor kita orang.
F: Bukan wajib pun ada nombor korang. Lagi bagus takde nombor korang.

Suka sangat :) Terharu :')
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.