Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

21 January 2013

Taman Permainan Taman Akasia mengecewakan ♥ aku :(

Bismillahirrahmanirrahim,

Benda nih takde la penting sangat nak diceritakan. Tapi apa salahnya aku nak cerita jugak kan? Ahaks ahaks :D

Lebih kurang pukul 3 petang tadi aku online fb saje2 tade menda nak buat.

Pastuh telefon rumah tetibe berdering. Aku pun pergi la angkat.

Me   : Hello, Assalamualaikum.
Fatihah : Waalaikumussalam, weh kau ada kat rumah tak sekarang nih?
Me   : Ada, kenapa pulak?
Fatihah  : Aku ada something nak kasi kat kau nih.
Me   : Pukul 4 ke 5 ke tak boleh ke?

Bla bla bla~ Pahtu aku terus la pakai baju lengan panjang dengan tudung semua. Dah dia macam desak aku keluar time tu jugak. Dia pun nak cakap sesuatu kat aku. So no hal la sebab dah lama tak jumpa an walaupun rumah dekat ._. Aku terus keluar dengan komputer yang tak tertutup.

Pahtu Fatihah datang dengan motor orennyew tu. Dia kata, "Weh tunggu jap, aku terlupa lak nak bawak benda tuh". Aku pun cakap "Jom la pergi taman permainan bawah, borak kat sana". Ahh lebih kurang macam tu la aku dengan dia berdialog. Aku pun dah lupa sangat. Ekekeke :DD

Selepas itu, aku pun dengan segaknya naik motor dia dan angin pun bertiup lalu di muka dan rambutku *tadi kata pakai tudung. apakahh??*. Tenang rasanya menghirup udara segar setelah lama memerap diri di rumah. *berhentila guna ayat novel skema -.-

Kitaorang pun sampai la kat rumah Fatihah. Aku agak2 dia nak kasi something dari Sabah since dia an baru balik dari situ. Pahtu dia pun keluar dengan bawak keychain Sabah berbentuk cube dia tuh. Ada 4 kura2 kat situ. Comel ~ Ada masa, nanti aku upload gambar tuh. Buat kenangan. Kita orang pun naik motor balik gi taman permainan tuh.

Pahtu dalam perjalanan yang tak berapa nak jauh pergi turun taman permainan kat Taman Akasia tuh, terserempak la dengan sorang junior tingkatan 1 kot. Aku pun tak kenal, tapi aku cakap "Baru balik sekolah yee dik? kahkahkah". Budak tu mesti bermonolog dalaman "Aku lempang pompuan ni satgi kang".

Akhirnyaaaaa, aku dengan dia pun sampai kat taman permainan tuh. Kitaorang duduk kat bangku simen *erk?. Agak2 hujan tengah renyai2, kitaorang pindah la duduk kat bawah wakaf simen kat situ pulak.

Perghhhh, sumpah bongok gila ahh kat situ. Tepi wakaf tuh dicemari dengan botol2 arak dan tin2 guiness. Sampah pulak bertaburan kat tepi tong sampah tuh. Seyes takde akai orang buat tuh, sebelum nih taman permainan tuh elok je. Ini taman permainan ye, pakcik2 yang ketagih arak. Bukannya tempat kau nak minum air kencing setan malam2 kat sini! Benci betol aku.

Cuba bayang kan. Tempat permainan = ada botol arak -.-''  Kurang asam betolllahh!

Aku dengan fatihah borak2 pasal Kolej Teknologi Unifield since dia dapat tawaran belajar 3 bulan kat sana untuk dapat 4 sijil free. Belajar 3bulan bayar RM2350 scr ansuran = dapat 4 sijil free??? Apakahhhh?? Aku pun tak bape paham dan tak bape minat owhhhh. Dia macam nak mengajak aku masuk sama je. Aku pun ok je, tapi duit tu masalahnya nak dapat dari mana agaknya?? Kelas dia start sabtu nih.

Fatihah ada cite la kat aku, unifield tuh ada swimming pool bagai. Hari isnin, selasa dengan rabu pompuan je mandi. Khamis dengan jumaat budak laki lak mandi situ. Pahtu dekat dengan A Famosa la. Fatihah ajak aku masuk, then boleh bawak Hanisah *anak buah aku* pergi sekali. Ekekekeh~

Tapi 2 ribu lebih owhhh. *okay sekarang baru aku rasa menyesal tak menabung dari kecik. cissss! aku dah terasa dengan tajuk forum perdana 2011 group aku tuh*

Pahtu, aku dengan dia plan nak pergi sekolah esok, Rabu 23/1/2013 untuk jumpa kaunselor sekolah kami yang terchenta selaku sedara fatihah sendiri iaitu Cikgu Azman. ekekeke~

Soooooooooooooooooo, lebih kurang nak pukul 3.40ptg, dia pun ajak aku balik.

Balik2 rumah mak aku dah sound aku sebab tak off komputer. adoii~

P/s : Aku naaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk sangat upload gambar aku dengan dia. Time tuh kitaorang darjah 6 (2007). Dia desak2 aku ambik gambar dia dengan aku. Dia cakap, "mana tau tahun depan aku tak sama sekolah dengan kau". Aku pun suruh sape entah tangkap gambar aku dengan dia. Time tu muka aku cute kot, tu la pasal aku nak upload. Kihkihkih. *jangan bersifat riak kat sini -.- Muka fatihah time tuh bajet cool je, sepak tau la.

Cehhh, akhirnya kitaorang kekal sekolah bersama *walaupun kelas selalu tak sama* dari umur 6 tahun sampai skrg 17 tahun.

P/p/s: Alaaaaa, Hani nak pindah melaka :'((((((
Pahtu ada satu offer dia kat aku, yang membuatkan aku tido tak lena tiap2 malam *cewah menipu je lebey.
Excited pong ada gak. kehkehkeh.
Benda nih, hanya aku dengan dia jewp tau.
kehkehkehhhhhhhh~

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.