Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

11 May 2013

Taman Permainan ♥




Bismillahirrahmanirahim,

Ahaks ahaks, lama bebeno tak merepek kat blog nih. Dulu waktu sekolah, sibuk nak tulis post. Dah habis sekolah, jarang tulis apa2 lak. hahaha xD

Sedap gila suara olivia ong nih!!!!


Harini hari sabtu, sabtu lah hari paling gembira buat aku. *over betul* kehkehkeh. Kebiasaannya hari sabtu lah hari kitaorang satu family berkumpul, berborak dan etc etc. Bila dapat jumpa, kira happy lah, maklum la, masing2 dah buat hala tuju masing2 (kahwin, belajo, keje). Hurm, aku bila mau kahwin ni? Kakak2 aku sume dah ada calon, huhuhu T-T ke muka aku muka tak laku T-T Okay rasyidah, jgn nak menggatal kat sini.

Heyyy thats me!
Muka makcik dengan anak buah dia macam iras2 je kan? hekhek xD
Maklum la, mak dia ngadap muka aku je time tengah mengandung dulu hahaha.

Petang tadi, ada la online fb kejap, dan tiba2.



Hekhekhek, rasa bersyukur + tak sangka ada kawan yang rindukan aku :P Ingatkan takde xD
Okay, dia ialah Fatihah, kawan baik aku dari tadika. Seperti yang diceritakan kat sini Taman Permainan Taman Akasia mengecewakan ♥ aku :(
Urm, jadi aku pun bersiap2 la pukul 3 petang tadi. Haihh, Fatihah nih selalu macam nih. Ajak keluar tiba2, padahal aku belum mandi lagi ugh -.-
3.45pm macam tuh, aku keluar la rumah, jenguk2 ikan dalam akuarium, waktu ni la baru nak kasi makan =.=
Pastu dia pun datang dengan motor orennyew. Weh fatihah, walaupun kau tak baca blog aku, tapi aku nak kau tau yang aku suka gilaaaa dengan motor oren kau! lawa siot! bangga aku dpt naik dengan kau semenjak tahun lepas xD hahaha
Kita orang pun nak pergi Taman Permainan kat Taman Akasia macam haritu. Sebab taman permainan tuh best, redup je tempat dia. Tapi buaian dia tuh memang buaian budak2 yg buat dari plastik, seat pun kecik, budak besar mcm aku nih dia takleh tampung =.=
Malangnya, jalan menuju taman permainan tuh takleh guna sebab ada projek pengorekan *lol on the pengorekan word* longkang. So, kitaorang pun patah balik, pergi je lah taman permainan kat taman perumahan kitaorang tuh.
Taman permainan ni dah 10 tahun dah hidup, dari 2003 sampai 2013.
Sampah plastik aiskrim pop 10sen berlambak2, aku rasa jumlah diaorang sama dengan jumlah rumput yang tumbuh kat situ =.=

Soooo, kitaorang pun start berborak pasal form 6, sebab Fatihah dah masuk form 6 sementara keputusan kemasukan universiti belum keluar. Dia kata bosan, sebab ada orientasi 3 minggu. Sorry fatihah, walaupun kau ckp kau saje nak berborak dengan aku, tapi aku tau kau sbnrnye nak ajak aku join form 6, dan aku pun nak jugak, tapi subjek2 form 6 tu takde kaitan dengan cita2 yg aku bina dari dulu, huhuhu sorry T-T

Pahtu Fatihah ada kata, budak melayu lelaki sikit je. Okay, so i started to laugh. Sebab, aku kenal fatihah nih. Dulu, setiap tahun budak form 6 bawah masuk, memang mata dia la yang melilau carik lelaki hensem + warak untuk dijadikan crush ! Hahahaha. Macam, every year dia akan cakap kat aku, dia minat abang tu lah, abang ni la. Tahun ni pulak, budak lelaki melayu memang sikit gila, yang ada Afiq, Afifi, Faris Haiqal. Ketiga2 nih ex-schoolmates aku dengan fatihah masa sekolah rendah. Pahtu ada 2 orang laki lagi. So, jumlahnya 5 orang je kot.

Budak perempuan pulak ramai jugak la, 7-8 orang dari sekolah ni. yang lain2 dari sekolah lain. Bila dengar dia cerita, hurmmm, aku rasa sayu je. Ye la, biasanya setiap tahun kita masuk sekolah sama. Tiba2 tahun ni pulak muka aku takde kat sekolah huhuhu T-T

Tengah syok2 berborak, tiba2 adik Hasyimah yang bernama Faezah tuh pulak datang. Aku perasan dari minggu lepas, dia mesti datang sorang2 main buaian. Gilaaaaaaa D: Pukul 4 petang, mana ada budak2 main kat taman permainan lagi. Berani gila budak 6 tahun ni.

Rasyidah : Faezah tak takut ke datang taman permainan sorang2?
Faezah :    Takk.
Rasyidah : Malam2 pernah main tak kat sini?
Faezah :    Pernah, selalu main. Kita tak takut pun.
Rasyidah : -dalam hati- *patut la dulu ada orang claim pernah nampak hantu kecik main kat buaian nih dulu! hahaha xD*

Gila ahhhh. BERDIIKARI sungguh budak nih. hahahahahaa. Pahtu fatihah puji2 la selipar berbunga dia tu, tanye harga apa sume, beli dengan pakwe ke. hahaha, fatihah kalau nak sakat faezah nih memang nombor satu. Aku duduk kat buaian belah kanan, faezah duduk belah kiri. Fatihah pulak duduk kat tempat spring bentuk kuda laut tuh entah apa benda yang aku cuba ckp kan nih? hahaha. so kira fatihah duduk belah kiri faezah la.

Then aku tgh berborak dengan fatihah nih, faezah ni sibuk2 lah cakap sorang2 entah apa yang dia cakapkan entah. Menyemak je. hahaha. aku suruh diam, dia suruh aku diam balik =.= Pahtu budak tu main sepak2 dengan aku, aku pun sepak main2, lembut2 je. Kang sekali aku sepak betul2 melayang pulak budak nih. hahaha xD Faezah nih umur dia 6 tahun, perangai macam budak umur 12 tahun, cakap banyak potpetpotpet =.= Pahtu faezah tak puas hati dengan aku, dia pergi cari ranting nak pukul aku. Hahaha, fatihah pun ajak aku blah dari sana demi keamanan kitaorang berdua.

Kitaorang pun naik motor sambil gelak2 meninggalkan faezah, adakah aku berkelakuan jahat terhadap budak kecik? hahaha xD So kitaorang pun keluar dari house area tu, pergi kat taman permainan rumah rakyat pulak. Kat situ ada beberapa pekerja laki tengah renovate rumah yang not so far from us. House area situ mcm sunyi je, perasaan takut pun ada hohoho. tapi dont worry, fatihah kan ada motor orennyew, so kami boleh merempit bertempiaran kalau something bad happen.

Kitaorang pun berborak lagi pasal matrik, form 6, universiti. Ada satu persoalan Fatihah yang brilliant, aku respek gila persoalan dia nih! Persoalan dia berbunyi cenggini, "Kenapa kalau kita tengah nak amik SPM, cikgu2 sume cakap *Belajar betul2, nanti boleh masuk U*. Bila kita dah dapat result SPM, diaorang cakap *Masuk la form 6, itu yang terbaik*". So , aku berfikir balik. Betul jugak kan?

Hampir pukul 5, kita orang pun naik motor untuk balik rumah sebab fatihah nak balik kampung dan mak dia pun dah call. Hurmm.

Balik2 rumah je, aku pun angkat Hanisah jalan2 kat luar rumah. amboiiiiiii~ sejak bila aku pandai layan budak2 ni?


Updated on 16th May 2013
Tak tau la area rumah aku je ataupun satu bahau blackout =.=
Malunya akuuuuuu, fatihah ! hahahaha xD
Kantoi aku puji motor kau kat sini ughhh~!


Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.