Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

Showing posts with label GPMS. Show all posts
Showing posts with label GPMS. Show all posts

05 May 2012

Kore wa nan de su ka ? Siri 2


Bismillahirrahmanirrahim,

Pagi tadi pukul 8.30am ada kelas GPMS Matematik Tambahan. Aku datang lambat sikit. 5 minit lambat lah lebih kurang. Aku bukannya tak tepati masa, tapi memandangkan aku berbaju kurung today, kena la berjalan dengan penuh sopan. Maklumlah, gadis melayu terakhir *vomittttttttttttttttttttttt

Aku ragu2 nak duduk kat mana. Sebab semua tempat dah penuh! Sebab pelajar kelas yang kitaorang menumpang tu sikit. Jadi, meja pun sikit.

Hani : Syidah sini kejap.
Eras : Kenapa?
Hani : Aku ada surprise untuk kau. Mesti kau suka.
Eras : *menunggu*
Hani : Nahh. *sambil hulurkan bungkusan plastik*
Eras : Apa ni?
Hani : Botol air tupperware. Mak aku kasi.
Eras : *muka berfikir* Mak kau kasi? Terima kasihhhhh. Kirim salam kat mak kau.

Mula2 dapat tu takde perasaan sebab terkezut. Titibe pulak kan :O Aku pun terus angkut meja dan kerusi dari kelas sebelah, duduk sebelah Hani. Aku terus letak botol tu bawah meja. Padahal, dalam hati excited gila babeng nak tengok. Hani punya botol warna ungu.




Botol ni saiz medium. Boleh tampung air sebanyak 750ml. Keluaran medium ni latest punya! Warna dia pulak warna lime. Lawa ghihihihiihhihihihila. Aku rasa macam betul2 orang mengantuk disorongkan bantal! Sebab botol aluminium Perodua aku dah lunyai sebab aku hentak atas jalan tar sebab nak melepaskan marah. Ughhhh. Tapi aku tetap guna untuk pergi tuisyen2, kelas tambahan. Kalau hari sekolah malas nak bawak, kang beg aku penuh dengan air macam tahun lepas. Tahun lepas 2 kali beg aku banjir sebab penutup dia buat hal.

Aku ingat nak beli air botol Bros aluminium tuh, yang harga dia RM50 tuh~ Tapi atas nasihat Cikgu Azman iaitu kaunselor sekolah, dia suruh guna botol lutsinar biar ilmu yang cikgu kasi tu diserap oleh air dalam botol. Aku pun tukar, nak beli air botol Bros yang crystal lak. Baru plan haritu, tiba2 lak dapat botol Eco by Tupperware! Ngeeeeeeeeeeee :D Sebelum nih pun aku nak botol Eco by Tupperware jugak! OMG.

Dalam kelas tadi, cikgu membincangkan soalan2 setaraf SPM. Bab differentiation annoying betul =.=

Sepanjang kelas berlangsung, banyak ragam manusia yang boleh dilihat. Dan banyak juga kepala2 besar kat depan yang menghalang aku dan Najwa untuk melihat whiteboard =.=

Hani ada pasang lagu Aishiteru - Zivilia kat fon Farhanah, kitaorang nyanyi sama2.

Masa mula2 datang tadi, cikgu ada tegur kat aku, "Amboi. Rasyidah berbaju kurung nampak?". Aku balas apa tau, "Aah cikgu. Kenapa? Jeles ke? Hehehehe xD".

Agak2 dah lama2 sikit tuh, kelas GPMS pun dah habis. Ohh, itu bukan waktu balik kita orang, budak2 tuisyen Cikgu Suzana sebab kitaorang kena stay kat sekolah sampai 12 petang.

Cikgu keluar, hantar lauk kat rumah dia. Budak pun ada lah masa untuk berjimba. Aku bantai naik basikal fasihah dalam keadaan berbaju kurung tuh. Ngeeeeeeeeeeeeeeeeee :D

Dalam tuisyen Cikgu Suzana tu, kitaorang jawab soalan bertaraf SPM lagi.

Conversation sewaktu menjawab soalan add maths.
Tak nampak?
Okay.

Erasu-chan : Tak sabar nak pakai botol sama2.
Hani-chan : Jom2! Kita pakai beramai2. Ajak wawa-chan jugak!
Erasu-chan :Tak payah! Semak dunia!
Hani-chan : Okey2! Kita pakai sama2. Sebelum tu, kita kena buat upacara rasmi dulu.
Erasu-chan : Macam mana tu?
Hani-chan : Sebelum minum tu, kita berdua kena minum air tu depan2 sama2.
Erasu-chan :Ok2! Minggu depan tau! Arghhhhhhhhhhh!
Hani-chan : Okey2!

Tengoklah, pasal botol air pun excited.

Ok, bla bla bla. Balikkkk. Waktu nak balik pulak cikgu cakap, "Lawa Rasyidah pakai baju kurung". Aku balas, "Yeee, saya tau tu. Ekekeke xD".

Ok, masuk pulak topik kedua kita iaitu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012.

Lepas balik tuisyen tuh, aku telefon Kak Su aku. Tak angkat2. Aku telefon Kak Long lak, aku tanya yang buku aku tuh dah beli belum. Sebab diaorang berdua pergi PBAKL '12.

Aku sepatutnya pergi, tapi sebab aku ada kelas hari ni dan penulis buku tu tak datang sepanjang PBAKL tuh, aku pun tarik hasrat nak pergi. Lagipun kena berdiri lama la dekat sana nanti. Penat kottt :|

Kak Long cakap yang dia dah beli dah. Time tu aku macam, "Woooohooooooooo!". Maklum lah, lebih kurang 2 bulan aku tunggu buku tuh.

Walaupun Kak Long aku dah beli buku tuh, tapi ini bukannya bermakna bahawa aku terus dapat baca. Sifat kesabaran aku tercabar lagi kerana aku menunggu diaorang balik begitu lama sangat. Waktu aku telefon dia, nak dekat pukul 1pm macam tuh. Pukul 2 sampai pukul 5 tengok cite Hum Tumhare Hain Sanam tuh. Dah tengok tuh, terlelap. Aku tunggu tunggu dan tunggu lagi serta menunggu dan tunggu sehingga tunggu sampai la pukul 11pm lebih kurang. Gila lama perjalanan pergi dan balik ke PBAKL diaorang tuh.

Hurmmm. Banyak sangat diaorang beli buku. Kos lebih kurang RM200.


Kak Long aku dapat jumpa Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj. HAHAHA. Gila best. Siap tangkap gambar lagi tuh! Untung la dapat tangkap gambar dengan beliau. Selama ni baca2 buku beliau je kan, kali ni dapat la pulak tangkap gambar dengan beliau.

BTW, Kak Long pun dapat tandatangan dari beliau. Bentuk burung.
Biasanya dekat belakang buku beliau, beliau tandatangan berbentuk burung.
Jeles seyhhhhh =.=

Okay2. Tibalah klimaks entri nih. *bunyi drummm*. Taaaadaaaaaaaaaaaaaaa~

Erk!!! Plastik?

Resit diskaun?

Okay. Buku tu tak mahal. Harga sebenar ialah RM8.90. Best gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Teruja aku membaca buku tu disulami dengan hilai tawa kegembiraan aku. LOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOL. Jangan gembira sangat. Tapi nak buat macam mana, aku happy sangat LOOOOOL. Aku malas nak tayang buku tu lebih2. Kang orang kata aku menunjuk la bla bla bla. Aku tunjuk resit diskaun RM2 pun jadi lah.

Okayyyyyyy, tu je buat kali ni. Aku tak tau bila dapat pergi PBAKL dengan Hani. Dia ajak aku pergi sama2 tahun depan. Boleh borong manga yang GempakStarz jual :D *bukan buah mangga, tapi manga ye sayang*

28 April 2012

Kelas GPMS jadi Kelas Memandu Motor

Bismillahirrahmanirrahim,

Pagi tadi, pukul 8.15pagi aku dah sampai kat pagar sekolah dah. Padahal kelas mula pukul 8.15pagi. Abang J ataupun lebih dikenali sebagai abang jaga gate sekolah panggil aku. Dia kasi aku buku keluar masuk sekolah. Buku ni biasanya untuk budak2 tulis nama kalau ada kelas atau aktiviti waktu cuti sekolah.

Aku pun jalan. Baru jalan sikit, titibe sebuah kereta berwarna hitam berhenti sebelah kanan aku. Aku pun toleh lah. Oh, rupanya Cikgu Maizatul Nabila atau Cikgu Mai punya kereta. Dia unlock dia punya pintu kereta. Aku ni dah faham2 lah maksud dia. Aku pun buka la pintu kereta dia dan masuk. Bagi salam Assalamualaikum. Pahtu borak2 dengan cikgu sikit sebelum sampai dekat tempat parking kereta dekat Blok E dan G.

Aku keluar je dari kereta tuh, aku perasan beberapa ulas mata manusia memandang aku. Aku pun pergi dulu masuk kelas sebab cikgu tengah pakai stokin.

Dah warming up semua, aku pun duduk atas kerusi menanti budak2 yang lain. Waktu tu, fasihah dah datang dah. Hebat gila fasihah datang awal daripada budak2 yang lain. First time nih! Rupanya, baru sikit je yang datang. Baik aku pergi beli roti ke hape ke. Dah la belum minum apa2 lagi.

Diyana dengan Shiela pun sampai. Diyana cakap, "Ingatkan siapa yang keluar dari kereta cikgu tadi, ternanti2 nak tau! Rupanya Rasyidah". Lebih kurang macam tu lah ayat Diyana. Aku pun tersengih jewp.

Cikgu pun sampai. Kitaorang bincang pasal soalan rate of reaction bab 1 tingkatan 5. Best la gop. Lebih kurang pukul 10.20 pagi mengikut jam cikgu, cikgu kasi rehat sampai pukul berapa entah.

Kita orang pun keluar. Kesian Hasyimah duduk dalam kelas je sebab bekas2 kecederaan *skema gila ayat* dia belum sembuh. Aku keluar main dengan kucing yang bunting tuh. Fasihah cakap kucing tu tak suka dengan aku. Aku buat bodoh je. Pahtu, titibe kuku kucing tu rentap tangan kiri aku dengan gigi2 dia sekali. Perghhhh, luka lah tangan aku yang mulus nih apa lagi. *Mulus ke?* Aku terkejut atas kejadian tuh.

Pahtu Fasihah suruh aku cuci luka tuh. Takde lah luka besar mana. Kesan cakaran je lah. ughhhhhh. Titibe je kucing tuh =.=

Pahtu pergi Taman Tunku Puan Chik. Singgah kedai beli roti semua. Afini kirim aku beli Twiggies perisa coklat. Fasihah kirim aku beli air tin Cincau dengan BinBin perisa jagung dan gula2.

Dah beli semua tuh. Pergi sekolah balik. Letak semua barang2 sebab Syuhada offer aku naik skuter Ainur sebab tadi aku cakap nak belajar pandu. Maklum lah, aku nih kan ada masalah dengan motor sikit :D

At first, Syuhada duduk belakang aku. Kiranya dia guide aku bawak skuter tu lah. Padahal, dia cuma cakap, "Kau press handle nih je untuk gerak. Ni brek. Macam basikal je".

Aku asyik2 pressed kuat. Berhenti pulak mengejut. Macam ghoman beruk dah aku. Ngehahaaaa. Normal la, first time bawak. Pahtu Syuhada turun dari belakang aku. Aku pun nak test jalan sikit. Aku press sikit, dia tak jalan. Press banyak, melampau2 dia lari. Faiz tu saja round2 naik motor dia depan aku. 2-3 kali tuh. Nak menunjuk la tu. Mentang2 aku belum gerak lagi =.=

Aku bab pusing tu payah sikit. Aku try bawak pergi hujung padang tuh, ada selekoh. Itu passed. Sampai nak pusing balik, aku terkeluar dari jalan tar dekat tepi padang. Aku press skuter tu tak sengaja, hambik kau stuck kat situ. Tak boleh nak keluarkan skuter tuh sebab depan skuter ada tayar pokok, belakang je jalan tar. Aku pun tunggu pertolongan sambil lambai2 kat budak nih. Tapi diaorang tak nampak sebab jauh sangat.

Akhirnya, my heroins Hani dengan Najwa sampai menghulurkan pertolongan dengan mengangkat skuter tuh. Aku pun pandu balik. Dalam perjalanan, Fasihah mintak tumpang. Padahal aku nih dah la first time pandu skuter/motor, nak bawak orang la pulak! Aku mula2 berat hati gila. Tapi aku tabahkan hati, kuatkan iman nak bawak si Fasihah nih. Aku cakap kat dia, "Fasihah, ni dah la first time aku pandu. Kalau kau terjatuh ke apa ke, sorry la". Fasihah bercakap, "Kalau accident kang, kau la hantar aku pergi hospital." Aku pun teruskan perjalanan.

Sampai kat tempat parking tuh, aku terbrek mengejut. Muka Ainur gila cuak sebab dia takut motor dia ada pape2 terjadi ke kat hujung padang tadi. Aku pun explain kat dia, aku cakap "Takde pape pun tadi, jangan risau".

Masuk kelas, aku bawak bungkusan makanan untuk Fasihah. Banyak gila makanan dia. Semua pandang je aku. Ingat aku ni kuat makan ke? =.=

Dalam kelas tu, Hani panggi aku "Orang kena accident". Ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeee :D

P/S : Aku nak pergi tuisyen Add Maths Cikgu Suzana nih! Ciao~

13 April 2012

Kepala nak meletup.


Bismilahirrahmanirrahim,

Ehem ehem *betulkan peti suara yang agak garau*. Hahahaha. Tiru testing cara Aiyen nampak?

Adoiai. Aku nih dah kira lama dah tak demam. Dah 2 tahun tak demam. *tak normal budak nih*

Pagi tadi, aku bangun cam biasa pukul 6. Walaupun hari nih tak sekolah. Tapi kan, kena jugak pergi sekolah sebab ada Kelas GPMS Matematik Tambahan. Pergi pukul 7.30am.

Lebih kurang 7.45am. Aku, Fatihah, Farah bersarapan pagi di satu wakaf *wakaf ke nama dia?*. Kita orang makan nasi lemak yang fatihah beli. Rendang yang farah bawak. Teh strawberi yang rasyidah bawak. Ngeeehhhh ngehhhhh.

Jadi, kita orang pun berkelah di atas wakaf sekolah tuh. Lebih kurang 10 minit kemudian, atiqah husna pun datang. Dia ambik angin dulu sebelum makan nasi lemak tuh. Padahal kitaorang dh lama habis makan.

Time atiqah datang, fatihah cakap, "Jemput la makan nasi lemak aku buat nih". Elehh, padahal beli kat jiran je. Ngengade.

Then kita orang cuci2 tgn lepas habis makan semua kecuali atiqah sebab dia makan tak ikut sunah nabi. Kita orang pun lepak2, berborak. Nak lepak kat arcade games centre lah kononnye. Mak Ikhwan memanggil2 kita orang dari jauh. Dia ckp Cikgu Suzana dah sampai. Dia takut kitaorang kena marah sebab dah pukul 8.30am dah.

Kita orang sedar dah pukul 8.30am. Tapi, u know. Kami ini dah kamceng dengan cikgu suzana. Ngeehehehehe.

Bla bla bla bla bla *kau andaikan lah aku tgh bercerita*

Tuisyen GPMS pun habis. Aku, Hani, Fasihah balik lambat. Farah dengan Fatihah naik perpustakaan, belajar Ekonomi Asas dengan Cikgu Hayati.

Aku dengan Fasihah bawak mp4. Masing2 ada earphone. So, kita orang pun bertukar mp4. Aku tengok lagu dia. Dia pun tengok lagu aku.

Dia cerita cara guna torrent lah. Aku tak tau nk guna pun padahal dh banyak kali dia cite T_T
Cerita pasal berapa bilangan lagu.

Dalam banyak2 lagu anime dia, jepun dia. Dalam banyak2 lagu kitaorang, aku rasa 2 lagu je yang sama antara kita berdua. Lagu Keep Holding On by Avril Lavigne dan Blue Bird lagu Naruto. Ngeeee.

Secara kasarnya, aku dpt tau yang dia minat Panic! At the Disco, Maroon 5, Naruto, Prince of Tennis, The Ting Tings apa lagi eak. Aku ada ada lagu Utada Hikaru, dia pun ada gak.

Jadi, Fasihah memang dah ingatkan aku balik kepada lagu2 The Ting Tings lah. Dulu aku tak kenal nama penyanyi dia. Ngeeee.

Fasihah kan. Aku nak puji dia sikit la. Dia suka tengok anime2. So, mmg banyak la jugak bahasa jepun dia dp serap dlm otak dia. Hebbat~ Sape2 yang kenal fasihah, jangan kasi tau kat dia yang aku cite pasal dia kat sini. Muahahahahahahahaaa~

Lepas Hani dengan Fasihah balik. Aku pun naik perpustakaan. Ambik majalah kesihatan, baca pasal penyakit GERD. Kalau kau tak tau apa tuh penyakit GERD, memang nampak sangat tak ambik berat pasal kesihatan. Tu la, yang kau tau penyakit obesiti, darah tinggi, kanser. Lain tak nak ambek tau! *Emo gila aku =.=*

Waktu tu lebih kurang pukul 11. Aku baca Kamus Dewan, majalah iSihat dengan buku physics kat belakang perpustakaan. Aku pun ngantuk sangat dengan sakit kepala dia lagi. Aku pun ambik port kat meja belajar jepun yang sekolah buat sendiri kat belakang perpustakaan tuh. Pahtu aku tidur kat sana. Best gila tidur kat perpustakaan. First time weh~

Waktu keluar perpustakaan, dalam keadaan mamai tuh. Berlaku conversation.

Cikgu Hayati : Awak takde mentor ke, farah?
Farah : Ahh, takde.
Cikgu Hayati : Kalau macam tuh awak jadi mentee saya la. Setuju tak?
Rasyidah : Saya takde pun mentor. *cakap dengan pintu perpustakaan. Sadis gila LOL*

Lepas tuh, kira2 pukul 12 lebih. Farah dengan Fatihah kejutkan aku. Nasib baik ada jam penggera bergerak. Then, kita orang balik. Aku dengan fatihah lepak kat bawah pokok tepi padang jap.


Gambar yang aku tangkap waktu di bawah pokok tuh.
Gambar mula2 dah cantik dah.
Tapi ada pulak tarikh dengan waktu dia.
Aku tak suka mende tuh.
Pinjam kamera fatihah :D
So, depends kat kau la mana satu yang lawa.
Ngeee~

Bawah pokok tuh, aku dengan fatihah berborak macam2. Pasal SPM memang tak lari lah. Arghhh.

P.s : Sebelum aku nak ambik gbr nih dri fatihah. Macam2 terjadi. car reader tak bleh pakai la. Time tuh ada 3 card reader. Alhamdulillah ada lah satu tuh dpt digunakan.

OMG. Aku dah ngantuk.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.