Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

28 April 2012

Kelas GPMS jadi Kelas Memandu Motor

Bismillahirrahmanirrahim,

Pagi tadi, pukul 8.15pagi aku dah sampai kat pagar sekolah dah. Padahal kelas mula pukul 8.15pagi. Abang J ataupun lebih dikenali sebagai abang jaga gate sekolah panggil aku. Dia kasi aku buku keluar masuk sekolah. Buku ni biasanya untuk budak2 tulis nama kalau ada kelas atau aktiviti waktu cuti sekolah.

Aku pun jalan. Baru jalan sikit, titibe sebuah kereta berwarna hitam berhenti sebelah kanan aku. Aku pun toleh lah. Oh, rupanya Cikgu Maizatul Nabila atau Cikgu Mai punya kereta. Dia unlock dia punya pintu kereta. Aku ni dah faham2 lah maksud dia. Aku pun buka la pintu kereta dia dan masuk. Bagi salam Assalamualaikum. Pahtu borak2 dengan cikgu sikit sebelum sampai dekat tempat parking kereta dekat Blok E dan G.

Aku keluar je dari kereta tuh, aku perasan beberapa ulas mata manusia memandang aku. Aku pun pergi dulu masuk kelas sebab cikgu tengah pakai stokin.

Dah warming up semua, aku pun duduk atas kerusi menanti budak2 yang lain. Waktu tu, fasihah dah datang dah. Hebat gila fasihah datang awal daripada budak2 yang lain. First time nih! Rupanya, baru sikit je yang datang. Baik aku pergi beli roti ke hape ke. Dah la belum minum apa2 lagi.

Diyana dengan Shiela pun sampai. Diyana cakap, "Ingatkan siapa yang keluar dari kereta cikgu tadi, ternanti2 nak tau! Rupanya Rasyidah". Lebih kurang macam tu lah ayat Diyana. Aku pun tersengih jewp.

Cikgu pun sampai. Kitaorang bincang pasal soalan rate of reaction bab 1 tingkatan 5. Best la gop. Lebih kurang pukul 10.20 pagi mengikut jam cikgu, cikgu kasi rehat sampai pukul berapa entah.

Kita orang pun keluar. Kesian Hasyimah duduk dalam kelas je sebab bekas2 kecederaan *skema gila ayat* dia belum sembuh. Aku keluar main dengan kucing yang bunting tuh. Fasihah cakap kucing tu tak suka dengan aku. Aku buat bodoh je. Pahtu, titibe kuku kucing tu rentap tangan kiri aku dengan gigi2 dia sekali. Perghhhh, luka lah tangan aku yang mulus nih apa lagi. *Mulus ke?* Aku terkejut atas kejadian tuh.

Pahtu Fasihah suruh aku cuci luka tuh. Takde lah luka besar mana. Kesan cakaran je lah. ughhhhhh. Titibe je kucing tuh =.=

Pahtu pergi Taman Tunku Puan Chik. Singgah kedai beli roti semua. Afini kirim aku beli Twiggies perisa coklat. Fasihah kirim aku beli air tin Cincau dengan BinBin perisa jagung dan gula2.

Dah beli semua tuh. Pergi sekolah balik. Letak semua barang2 sebab Syuhada offer aku naik skuter Ainur sebab tadi aku cakap nak belajar pandu. Maklum lah, aku nih kan ada masalah dengan motor sikit :D

At first, Syuhada duduk belakang aku. Kiranya dia guide aku bawak skuter tu lah. Padahal, dia cuma cakap, "Kau press handle nih je untuk gerak. Ni brek. Macam basikal je".

Aku asyik2 pressed kuat. Berhenti pulak mengejut. Macam ghoman beruk dah aku. Ngehahaaaa. Normal la, first time bawak. Pahtu Syuhada turun dari belakang aku. Aku pun nak test jalan sikit. Aku press sikit, dia tak jalan. Press banyak, melampau2 dia lari. Faiz tu saja round2 naik motor dia depan aku. 2-3 kali tuh. Nak menunjuk la tu. Mentang2 aku belum gerak lagi =.=

Aku bab pusing tu payah sikit. Aku try bawak pergi hujung padang tuh, ada selekoh. Itu passed. Sampai nak pusing balik, aku terkeluar dari jalan tar dekat tepi padang. Aku press skuter tu tak sengaja, hambik kau stuck kat situ. Tak boleh nak keluarkan skuter tuh sebab depan skuter ada tayar pokok, belakang je jalan tar. Aku pun tunggu pertolongan sambil lambai2 kat budak nih. Tapi diaorang tak nampak sebab jauh sangat.

Akhirnya, my heroins Hani dengan Najwa sampai menghulurkan pertolongan dengan mengangkat skuter tuh. Aku pun pandu balik. Dalam perjalanan, Fasihah mintak tumpang. Padahal aku nih dah la first time pandu skuter/motor, nak bawak orang la pulak! Aku mula2 berat hati gila. Tapi aku tabahkan hati, kuatkan iman nak bawak si Fasihah nih. Aku cakap kat dia, "Fasihah, ni dah la first time aku pandu. Kalau kau terjatuh ke apa ke, sorry la". Fasihah bercakap, "Kalau accident kang, kau la hantar aku pergi hospital." Aku pun teruskan perjalanan.

Sampai kat tempat parking tuh, aku terbrek mengejut. Muka Ainur gila cuak sebab dia takut motor dia ada pape2 terjadi ke kat hujung padang tadi. Aku pun explain kat dia, aku cakap "Takde pape pun tadi, jangan risau".

Masuk kelas, aku bawak bungkusan makanan untuk Fasihah. Banyak gila makanan dia. Semua pandang je aku. Ingat aku ni kuat makan ke? =.=

Dalam kelas tu, Hani panggi aku "Orang kena accident". Ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeee :D

P/S : Aku nak pergi tuisyen Add Maths Cikgu Suzana nih! Ciao~
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.