Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

08 April 2013

Bagaimana hendak berforum, wahai Rasyidah ku sayang ?

Bismillahirrahmanirrahim,

Ahaks ahaks :D Tajuk tak bley blah.

Aku rasa aku nak tulis sikit pengalaman dan ilmu yang aku kutip sepanjang dua tahun (2011-2012) sebagai peserta Pertandingan Forum Remaja Peringkat Daerah. Peringkat daerah je yang aku boleh capai, syukur alhamdulillah la jugak :D Jadiiii, apa yang aku nak ceritakan nih berdasarkan PENGALAMAN AKU.

Pertandingan forum nih biasanya difokuskan kepada budak2 tingkatan 4, 5 dengan 6. Masa aku form 3 dulu tak pernah lak dengar pasal forum2 nih, naik form 4 baru tau. Okay, jadi kalau sekolah kau tak tubuhkan pasukan forum, kau pergi la cari2 maklumat camne nak berforum, pastu rekomen kat orang kuat Persatuan Bahasa Melayu sekolah korang + cikgu BM korang. Mana tau boleh congkel *over gila ejaan cungkil aku* bakat2 terendam kan?

Post2 lepas yang aku cerita pasal forum :
2011 : http://erasberaskeras.blogspot.com/2011/04/forum-forum-forum-forum-forum-forum.html
2012 : http://erasberaskeras.blogspot.com/2012/04/latihan-forum-d.html
           http://erasberaskeras.blogspot.com/2012/04/persiapan-forum-remaja-peringkat-daerah.html
           http://erasberaskeras.blogspot.com/2012/04/persiapan-forum-remaja-peringkat-daerah_18.html

Okayyyyyyyyy, inshaAllah aku akan cuba ceritakan benda nih dari A sampaaaaaaaaaaiiii la Z. hakhakhak xD

Biasanya cikgu BM yang berpengalaman dalam mengajar budak2 berforum akan cari 1-2 orang pelajar yang bagus dalam BM, ye lah. Dah nama FORUM DALAM BAHASA MELAYU kan? Bukan setakat pandai BM je, tapi mesti lah fasih berbicara menggunakan otak.

Dalam kes aku, Cikgu Siti Zamrah yang cari aku sebab aku ahli simpanan tahun 2011 merangkap ahli tetap pasukan forum sekolah 2012. Dia ada minta aku cari budak jugak, aku pun promosi2 la kat orang lain. Tahun 2012 lepas, ada ujian lisan BM, semua budak kelas 5G mesti berforum. Jadi, dekat situ Cikgu Siti Zamrah cari sendiri muka2 mana yang pandai berforum.

Lepas cikgu BM dapat kumpul 5 orang, maka tertubuhlah sebuah pasukan forum. Laki ke pompuan, tak kisah. Kalau ada kedua2 jantina lagi bagus. Dalam 5 orang nih, salah seorang akan jadi pengerusi forum, 3 orang akan jadi ahli panel dan yang akhir sekali jadi ahli simpanan *besenye budak form4 dan jadi pelapis untuk tahun depan*. Ahli simpanan biasanya kena hafal semua skrip ahli2 tetap yang lain, mana tau ada emergensi cirit birit ke, sakit kepala ke. Jangan risau, ahli simpanan pun akan dapat sijil menyertai forum xD

Dalam kes aku, forum 2012 marin ada aku, Abang Shafiee *abang = senior*, Syud, Syazwani dengan sorang junior pompuan po namo ea ontah den pun tak heran sangat bhahahahaha xD sengal je aku -.-

Selepas ituuuuu, cikgu dengan pasukan forum pun kena la fikir tajuk apa yang sesuai.

Dalam kes aku, Cikgu Siti Zamrah memang superb dalam pilih tajuk. Macam tahun 2011, dia pilih tajuk Menabung Amalan Mulia. Tahun 2012 pulak, Semangat Kesukarelaan. Cikgu Siti Zamrah tak nak tajuk2 macam "membuang bayi", "masalah gejala sosial". Bak kata dia, tajuk tu biasa2 sangat. Memang la isi2 dia senang nak cari, "didikan agama" lah, "pengaruh rakan sebaya" lah, "laman rangkaian sosial" lah, "pengaruh persekitaran" lah. Tengok? Aku yang tengah duduk silang kaki menaip post nih pun dah dapat idea2 pasal MEMBUANG BAYI dengan MASALAH GEJALA SOSIAL. Aku sememangnya respek kat pemikiran Cikgu Siti Zamrah, dia biasa akan pilih tajuk yang jarang diutarakan tetapi relevan justeru ahli2 pasukan forum akan bertungkus lumus untuk cari isi2 yang padat dan mantap.

Tambahan, tajuk2 yang biasa nih juri2 dah muak nak dengar, dah loya dah, habis muntah dah diluahkan. Diaorang nak something new y'know. Walaupun pemilihan tajuk forum nih agak longgar dan diaorang tak kesah kalau ada tajuk yang sama, tapi at least bagi la juri2 nih buat perspektif yang pemikiran korang nih bagus + matang + hebat + bakal pemimpin yang berwibawa *ececece*.

Untuk tajuk Semangat Kesukarelaan tuh, memang aku bertungkus lumus gila lahhh cari idea, pahtu nak buat skrip lagi. Hampir tiap2 hari tido pukul 3 pagi bai. Lepas dah siap skrip, baru lah tidur awal sikit, tinggal nak hafal dan praktis je.

Forum nih, tak macam pidato tau. "Forum nih tak cakap berapi2 macam pidato", begitulah petikan ayat Cikgu Siti Zamrah yang sentiasa bermain di fikiranku tatkala memikirkan tentang forum, nada suara dan gerak tangannya masihku ingat lagi. *okay pasnih aku boleh tulis cerpen dah xD, ayat gramatis gila*

Forum nih macam perbincangan tentang satu tajuk. Depends kat tajuk, sama ada tajuk tuh terbuka/umum atau tertutup/spesifik. Kalau pilih tajuk "PEMBUANGAN BAYI", setiap ahli panel boleh utarakan pendapat/fakta dari segi MASALAH, PUNCA, AKIBAT dan etc etc. Kalau pilih tajuk "AKIBAT PEMBUANGAN BAYI" pulak , ahli2 panel kena lah utarakan pendapat/fakta macam DIPANDANG RENDAH MASYARAKAT,  DIBUANG KELUARGA, BERDOSA ke dan etc etc. Tajuk terbuka/umum macam PEMBUANGAN BAYI lebih senang daripada tajuk tertutup/spesifik macam AKIBAT PEMBUANGAN BAYI.

Dalam berforum, nada cakap kena ada turun naik, ekspresi wajah muka terkejut happy gembira sedih semua  main, tangan boleh main tapi jangan over sangat naik2kan tangan tuh sampai ke langit, cakap bahasa baku, duduk sopan. Kiranya dalam berforum nih, kau kena pandai berlakon JADI MATANG sebab kau sebagai ahli panel akan memegang jawatan masing2 sebagai pensyarah ke, cikgu ke, polis ke. Pendek cite, dalam forum kau kena berlakon jadi orang lain walaupun baju masih baju sekolah BHAHAHAHAHA xD

Dalam berforum, korang kena buat 2 pusingan. Pusingan pertama, pasukan forum yang segak memakai kot akan masuk dengan tatatertib, duduk dengan elok. Kedudukan diaorang Ahli Panel 1, Pengerusi Forum, Ahli Panel 2, Ahli Panel 3. Pengerusi forum akan cakap pasal tajuk apa yang nak dibincangkan. Pastu pengerusi forum akan memperkenalkan diri, ahli2 panel, nama diaorang apa, jawatan diaorang apa. Pahtu pengerusi forum nih akan tanya kat ahli panel, apa khabar sihat tak? Meh aku bagi contoh sikit.

---------------------------------------------------

Pengerusi Forum : .............. Nampaknya Saudari Rasyidah yang duduk di hujung sana sedang tersenyum simpul pada pagi ini, apa yang difikirkan oleh saudari agaknya. Mungkin ingin dikongsikan bersama. Apa khabar Saudari Rasyidah? *ayat tanya khabar nih boleh di awal dialog atau kat akhir, ikut suka hati nak campak mana*

Ahli Panel 2 : Khabar baik Saudara Pengerusi. Bukannya apa Saudara Pengerusi, saya cuma berasa cukup bertuah kerana dapat bersama2 Saudara Pengerusi yang begitu kacak pada pagi ini untuk mengupas tajuk GEJALA PEMBUANGAN BAYI dengan lebih lanjut! *perghhhh dialog aku buat, dialog pompuan gatal betul! hahaha xD *

Pengerusi Forum : Amboiii, pandai sungguh Saudari Rasyidah berkata-kata manis.*sambil senyum lebar, ekspresi wajah penting!* Baiklah, seterusnya kita beralih pula pada ahli panel ketiga kita iaitu Saudari Hanisah yang merupakan pensyarah psikologi di ____. Nampaknya Saudari Hanisah tidak sabar2 untuk memulakan bicaranya, apa khabar Saudari Hanisah pada hari ini?


---------------------------------------------------


Kira okay lah skrip tuh. Buat skrip tu biar ada part mesra, part serius, part tensen sebab kegawatan ekonomi. Semua letak lahh. Mimik muka memainkan peranan penting gak, muka jangan sepesen je. Kang aku bagi lempang sebijik kang.

Masih dalam pusingan pertama, lepas habis semua penonton diperkenalkan ahli2 panel tuh, panel pertama pulak akan berikan maksud tentang tajuk forum diaorang. Contoh macam tajuk PEMBUANGAN BAYI, panel pertama punya keje kat sini senang je. Dia akan cakap, "..... berdasarkan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, muka surat blablabla, kata dasar PEMBUANGAN ialah BUANG yang bermaksud blablabla. Manakala BAYI pula berdasarkan muka surat blablabla bermaksud blablabla". Senangkan kalau dapat jadi panel pertama? hahaha.

Pahtu pengerusi forum simpulkan balik apa yang panel pertama cakap, dan cakap "mungkin Saudari Rasyidah (panel kedua) ingin menyatakan beberapa FAKTOR berlakunya gejala pembuangan bayi dalam negara kita yang sedang membangun ini. Dipersilakan." Then panel kedua pun potpetpotpet pasal FAKTOR. Kebiasaannya, bila seseorang ahli panel dah habes cakap, diaorang akan cakap, "Saya kira setakat itu sahaja buat kali ini, saya kembalikan pula kepada saudara pengerusi". So kat situ, kita tau lah yang ahli panel dah habes cakap. Lagi satu, panel2 kena selalu cakap ayat "ya saudara pengerusi @ betul tak saudara pengerusi?". Kiranya macam panel2 nih walaupun dia tengah utarakan fakta/pendapat dia, dia masih lagi kena berinteraksi dengan pengerusi forum. Kat forum nih, perhatian penonton tak dikira sangat. Yang diambil kira ialah perhatian pengerusi forum tuh. Ye lah, diaorang kan tengah berlakon. Biar diaorang je lah berlakon. Time tengah berforum, buat la eye contact dengan panel2 lain, dengan juri2, penjaga masa, penonton. Okay, aku nak simpulkan kat sini, dalam pusingan pertama tadi panel pertama cakap pasal MAKSUD TAJUK. Panel kedua cakap pasal FAKTOR. Panel ketiga pulak cakap la pasal KEBURUKAN.

Dah habes panel ketiga merepek, masuk pulak pusingan kedua. Tapi si pengerusi forum nih tak cakap la yang diaorang nak masuk pusingan kedua. Orang automatik daa tau dah. Dalam pusingan kedua nih, perbincangan masih diteruskan tanpa minum air kat atas meja sebab air tak dihidangkan pun. Dalam pusingan kedua nih, perbincangan diteruskan dengan masuk part AKIBAT ke KELEBIHAN ke dan etc etc depends kat tajuk. Tapi gila la kalau kau nak buat KELEBIHAN dalam tajuk PEMBUANGAN BAYI. Hahahaha, merangkak2 aku gelak kalau kau nak buat forum macam tuh -.-

Dalam pusingan pertama tadi kita nampak panel2 tuh bercakap ikut turutan kan? Macam mula2 panel pertama, then panel kedua, pastuh panel ketiga. Dalam pusingan kedua nih pulak, forum nih makin rancak berjalan dan aku biasa makin suka tengok pusingan kedua nih. Kenapa? Sebab diaorang dah tak ikut turutan lagi, pengerusi forum akan jemput panel kedua dulu, pastuh panel ketiga then panel pertama. Ikut skrip  diaorang lah. Pastuh, yang bestnye pusingan kedua nih ada part MENYAMPUK. Best gilo kalau dapat tengok part menyampuk nih. Diaorang berlakon menyampuk *bukan kena sampuk* macam real gila, macam betul2 dengan ekspresi muka panel terkejut bila panel lain menyampuk Sangat awesome! Hormat sangat~

Setiap pasukan forum dalam pencalonan Peringkat Daerah nih, diaorang cuma buat sampai pusingan kedua je. Kalau dah kat pertandingan akhir Peringkat Daerah, akan ada 4 pasukan yang dipilih. So, keempat2 pasukan nih akan buat pusingan ketiga dalam forum dia. Pusingan ketiga nih tak susah mana pun, ketua juri dalam dewan besar akan ajukan satu soalan yang takde susah mana pun tapi kadang2 susah gak HAHAHAH xD Peranan pengerusi forum sangat penting, dia akan ulang balik soalan tuh dah akan tanya balik kat panel pertama, panel kedua dan panel ketiga. Kadang2 ketua juri nih main trick, dia tanya balik apa FAKTOR PEMBUANGAN BAYI yang panel kedua tadi dah bincangkan. So kalau panel pertama dengan panel ketiga tak alert dengan isi panel kedua, tak leh jawab lah diaorang. Tapi seeloknya2 jawab benda lain selain dari isi panel kedua tadi. Kadang2 ketua juri tanya soalan susah, kat sini pun pengerusi forum main peranan penting dia andai kata ada ahli panel takleh jawab, pandai2 la pengerusi forum tuh cover, pergi kat panel lain ke.

Dalam pasukan forum tuh, peranan pengerusi forum nih sangaaaaaaaaaaaaaaaaaat lah penting, sesebuah pasukan forum tu tak boleh pilih pengerusi forum yang salah! Ciri2 berikut merupakan ciri2 yang penting untuk menjadi pengerusi forum yang terbaik :

1. Petah berbicara - sebenarnya benda nih mesti ada kat semua ahli. Kalau cakap slow2, nanti orang ingatkan nih kelas mengeja pulak -.-

2. Pandai menghiburkan suasana - Tapi jangan sesekali menyanyi dalam forum, ini pertandingan forum cik kak oi, bukannya Vokal Sekadar Rupa. Seriously, aku muak gila tengok pasukan2 forum yang menyanyi2. Menyampah la weh. Paling femes lagu BOLEH PANDANG2, JANGAN PEGANG2. Rasa macam nak naik atas pentas tuh, tampar mulut sape yang menyanyi tuh. Even Cikgu Siti Zamrah pun tak suka part2 menyanyi nih. Bukannya ada markah tambahan pong! Tapi kalau ada berpantun sikit, okay la.

3. Cakap kena la ada nada turun naik - benda nih pun semua ahli patut ada. Jangan la cakap nada sepesen je, boleh tidur aku dalam dewan tuh =.='' Aku suka bab nada turun naik nih sebab aku pandai buat xD

4. Pandai kawal situasi - Pengerusi forum mesti bijak mengawal situasi. Andai kata salah sorang ahli panel nih lupa skrip, pengerusi forum nih jangan lepas tangan camtuh je, kau kena pandai kawal situasi. Kiranya macam pengacara tv lah.

5. Jangan bergantung pada skrip yang dipegang - *untuk semua ahli* Skrip boleh bawak masuk, depends la kat daerah masing2. Setiap sekolah yang nak masuk pertandingan nih akan diberi senarai syarat2. Baca la dulu, kot2 dia tak kasi bawak masuk. Kertas skrip nih boleh bawak incase lupa skrip sebab sekolah diberi masa 1 bulan untuk prepare. Tapi kalau dah konfiden gila, tak payah bawak pun takpe. Tapi cikgu aku kata, kalau nak baca skrip yang dibawak, tengok sekilas2 camtuh je. Jangan la tengok sambil baca, kena potong markah lak =.=

6. Alert dengan ahli panel - Ermm, maksud aku pengerusi forum nih kena fokus kat apa yang ahli panel tuh sampaikan, lepas ahli panel tuh sampaikan something, pengerusi forum kena simpulkan dalam ayat dia sendiri. Jadi pengerusi forum nih tak boleh leka.

7. Keyakinan - Konfiden a.k.a keyakinan nih penting untuk kesemua ahli2 pasukan forum. Kenapa? Sebabnya dalam satu bilik(bilik untuk pencalonan, dewan untuk peringkat akhir) yang sunyi, ada 5-6 cikgu BM dari sekolah lain2 datang sebagai juri untuk menilai korang. Dalam bilik tuh jugak, ada pasukan2 forum yang lain akan mendengar korang. Semua orang tertumpu dekat korang berempat je. Keyakinan wajib ada, kalau tak, on that spot korang boleh jadi speechless, otak blank.

8. Cakap pakai bahasa baku - Mhm, bagi aku cakap pakai bahasa baku nih best sangat. hakhakhak xD Jadi bagi aku takde la masalah besar sangat. Penggunaan bahasa baku sangat penting. Tak kira kalau pasukan kau hebat berbicara, fakta sume hebat2, tapi tak guna jugak kalau tak pandai cakap bahasa baku. Tengok mcm pasukan forum 2012 aku, tak dapat masuk final Peringkat Daerah sebab salah sorang ahli tak cakap bahasa baku je. So, memang penting la bahasa baku nih.

9. Cakap biar jelas - Tak kesah la nak cakap laju ke nak cakap perlahan ke asalkan sebutan setiap perkataan tuh jelas didengar. Cakap kena kuat, sebab dalam peringkat pencalonan korang tak diberi mic, macam gambar kat bawah nih. Korang kena pandai kuatkan suara tapi bukan menjerit la.

Akhir sekali, tengok la video2 orang berforum kat utube ke dan ada satu education website *tapi aku lupa url dia bhahaha xD* untuk dapatkan idea cara masuk bilik *untuk nampak smart*, bercakap dan etc etc. Selain tuh, try cari dialog forum. Ada aku jumpa kat blog2 orang .

Nih seniors aku time 2011 marin, aku jadi ahli simpanan.
Kantoi Abang Najmi tengok skrip xD Bhahahaha!
Dari kiri, abang najmi, abang amirul, kak fara & kak amalina.

Gambar tahun 2012 aku teruk! Junior a.k.a ahli simpanan tak pandai zoom kamera -.-
kuang asam betul!
Tu la pasal tak upload .___.


Ececeh, ni pemenang Forum Peringkat Kebangsaan 2012 haritu, muka aku tade pun kat sini =.=
Alamak tajuk dia , pasal laman web media sosial -_-!
Sape2 yang masuk berforum nih, konfem 99% kau jadi smart habes!

P/S : Seriously aku rindu berforum, bhahahaha xD

P/P/S : Panjang gila post nih, berpinar2 mata aku nak double check, akhirnya tak buat pun. Gasak la xD Good luck untuk siapa2 yang nak bertanding forum sebab aku tau Peringkat Daerah dah nak bermula xD
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.