Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

16 April 2012

Persiapan Forum Remaja Peringkat Daerah 2012 Siri 1

Bismillahirrahmanirrahim,

Hei you allzzz. Rabu ni lah yang aku ada Pertandingan Forum Remaja Peringkat Daerah ni. Ramai gak wish dan doakan. Bagus2 kawan2 aku nih ghopenye :O

Hurmm, waktu BM tadi. Cikgu masuk lambat. Aku dah terkentut2 tunggu kedatangan Abbang Shafie nih datang kelas 5G. Sebab kita orang akan persembahkan hasil usaha 2 minggu kita orang berlatih forum depan kelas aku.

Cikgu pun arahkan aku dengan Syazwani jalankan Ops Cari Abbang Shafie kat satu sekolah. Tapi kita orang pergi menuju kat kelas dia je, Tingkatan 6A4. Dalam perjalanan, aku sempat beli air mineral Bleu kantin aku tuh. Time tuh aku teguk, lepas tuh aku duduk bangku kantin then telan. Pahtu Syazwani cakap, "Sempat lagi duduk?". Makcik kantin yang tengah mengemop lantai pun sempat lagi tegur aku gak =.= Aku balas, "Kita mesti duduk waktu nak minum air, sunnah nabi". Then blah.

Dalam perjalanan tuh, jumpa pun Abbang Shafie tuh =.= Sempat lagi berborak2 dengan orang lain padahal cikgu dah mengamuk kat kelas nih. Ok tipu, takde lah mengamuk sangat.

Lepas tuh, masuk kelas. Pahtu, Abbang Shafiee nih nak turun, dia kata ambik air. At last, BELI air. LOL.

Ok, forum tadi berlangsung dengan perasaan gugup, gementar, darah gemuruh aku. Walaupun luar nampak hebat gila *kot* HAHAHA. Gila sakit kepala aku, berdenyut2. Kaki menggeletar macam kena Parkinson. Apa lagi eak. Ermmm. Jantung tuh, berdetak2 macam nak tercampak dah jantung aku. Phewwww. Dah la dialog aku paling banyak. Ceyyy, tak aci !!!

Aku ingat lagi. Dalam forum tadi, dialog aku berbunyi.

"Hal ini kerana negara kita mengharapkan pemimpin yang berkaliber pada masa hadapan."

dan

...bagaimana kita hendak menampilkan pemimpin yang berketrampilan jika budaya ini menjadi ikutan. ..."

Waktu aku cakap PEMIMPIN YANG BERKALIBER tuh, aku point dua2 tangan kat aku. Aku pun macam tak perasan aku buat benda tuh, sebab dalam latihan kita orang main2 waktu berforum. Aku saja2 point diri aku waktu latihan forum sebelum nih, banyak kali gak buat cam tuh. Tak perasan lak sampai dah terbawak ke dalam kelas. Adoiiiiii.

Yang ayat JIKA BUDAYA INI MENJADI IKUTAN tuh, aku point kat Syuhada lak. Berdasarkan skrip kitaorang buat sendiri, dia bincangkan isu yang tak baik. Jadi, aku bagi komen. Dalam latihan sebelum2 nih, aku saja2 buat macam tuh, kiranya nak menunjuk yang Syuhada nih tak baik. Boleh lak terbawak sampai ke kelas tadi =.=

Aku tak tau la orang perasan ke tak tadi. Setahu aku cikgu je tau. HAHAHA.

Tiba lah masa soalan spontaneous. Gila menggeletaq nak menjawabnya. HAHAHA. Bantai je lah, rasyidah oiiiii~

Lepas habis semua2 tuh, cikgu tanya soalan kat budak yang tak tumpukan perhatian. Haaa, amik kau.

Lepas tu, budak2 kelas 5G diberi peluang untuk memberi komen yang membina kat kitaorang. Choi Zhen Hang, ketua kelas 5G kata, "Suara mereka terlalu perlahan." Aku pekik, "Apaaa?". Lepas tu, dia cakap "Suara Abbang Shafie, sangat romantik". Memang suara Abang Shafie macam tuh, memang takleh nak ubah. Cikgu cakap2 sikit. Then, Choi kata, "Suara Rasyidah pulak terlalu kuatttt." Aku macam =.= Memang lew kena kuat T_______T

Lepas tu, kita orang ciao pergi perpustakaan. Baiki kelemahan dan dengar cikgu berceloteh :D Part paling best sekali.

Mungkin ini kali terakhir kitaorang bersama?


Minggu lepas, cikgu nak kasi benda nih.
Tapi belum dapat tdtgn Penolong Kanan.
Yang paling terharu tuh, cikgu ingat nama penuh aku.
Lepas tuh, dia tulis nama aku dahulu daripada orang lain.
Dia kata nama aku senang nak ingat.

Uh oh, sebelum terlupa. Ada conversation antara aku dan mak cik library yang ingin dikongsikan semenjak Isnin (9.4.2012) lepas. Aku asyik2 lupa nak taip.

Aku : Cikgu, dekat mana nak baca buku nih? *tajuk buku : Strategi Mendapat 10A++*
Makcik : Achik, bukan cikgu.
Aku : Ohh, hehehe :D
Makcik : Petang ni ada latihan forum tak?
Aku : Takde, Rabu nanti baru ada.
Makcik : Achik rasa suka pulak tengok korang berforum. Tapi, awak ni jangan laaa senyum je.
Aku : Oh, tak boleh keeee?
Makcik : Tak boleh. ada masa kena senyum, ada masa tak.
Aku : Ohh, biar serius lah?
Makcik : A'ah. Apa2 pun, semoga berjaya. *sambil berlalu ke tandas*
Aku : Terima kasih :DDDDD

Masuk je kelas, aku bagitau kat Syazwani dengan Syuhada yang pasukan kita ada peminat setia. LOOOOOL. PahtuSyazwani bagitau kat cikgu. HAHAHAHA

Adoiai, cerita pasal Isnin minggu lepas ( 9.4.2012), Perhimpunan Pagi Isnin haritu, Hani ada nyanyi lagu kosong. Mimik muka dengan isyarat tangan kosong tak boleh blahhhhh.


\\Random pictures//

Aku ingat lagi, tahun lepas, aku selalu main dengan iPhone punya kertas nih.
Bajet tangkap gambar semua.
Well, sekolah kan tak leh bawak fon.
Bawak fake punya pun jadi la.

My new Samsung Galaxy Young
Dipotong waktu English.
Waktu tuh, kita orang potong huruf2 yang membentuk ayat *idiom*.


Fasihah ajar aku buat benda nih
Dia kata, supaya earphone tak cepat rosak waktu dengar time tido
Aku cakap kat dia, tak elok dengar lagu time tido
Semoga ilmu yang dia kasi kat aku nih boleh dimanfaatkan dan jimatlah duit aku.
Tiap2 bulan tak payah keluar rm10 untuk beli earphone made in china :D

Well, sebagai seorang pelajar add maths yang cemerlang
Beliau harus menggunakan dua jenis kalkulator iaitu 350 dan 570
Namun, markah tiap2 bulan yang boleh dapat hanyalah di antara lingkungan 60 dan ke bawah =.=
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.