Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

31 July 2012

Terkunci di sekolah sendiri

Bismillahirrahmanirrahim,

Salam Ramadhan u olls. Masih berkesempatan lagi untuk mengucapkannya walaupun dah lama gak tak melalut kat blog nih. Sampai kan Kem Bestari Rohani, Hari Koperasi, Lawatan Ke Kuala Gandah punya entri pun tak taip2. Ahhh, kira halal ah. Bukan masuk SPM pong.

Habis sekolah pukul 2.45pm kot. Aku tak bawak jam tangan dan tak pakai jam tangan pong. Alasannya, aku cakap kat Syud Jumaat lepas, "Mati tak kira pukul berapa pong". Macam takde kaitan dengan pakai jam tangan pong HAHAHA.

Aku dengan Wanie pong stayback untuk siapkan kerja kursus LK yang tak siap2 lagi tu. Aku dengan dia pergi surau jap, pahtu terus pergi Studio LK. Memang tak ah kalau nak singgah kantin ke koperasi ke, puasa wehhh.

Kita orang pong naik pergi Studio LK. Wanie pesan kat sorang makcik kakitangan sekolah tu untuk jangan kunci pagar besi kat tangga tuh. FYI, Studio LK kat blok atas pahtu terpencil la gak since sekolah aku besar boleh menyamai sekolah MRSM dah. Ahaks. Pahtu, makcik tu suruh Wanie cakap kat makcik yang lagi satu tuh. Entah yang mana entah aku pun tak tau. Last2 kita orang tak cari pun makcik tuh.

Pahtu terus masuk Studio LK, masuk terus la tempat cikgu duduk yang ada air-cond tuh. Air-cond antik ok? Tak lama kemudian, Carol pong datang. Sebenarnya memang dah lama2 tu, baru Carol datang. Pahtu borak2 lah, nyanyi2 lah. Aku tak buat amende pun sebab malas. Pahtu Dowan pong sampai, dia nak masuk bilik cikgu yang kita orang duduk tu. Pahtu aku tarik tombol pintu dari dalam. Bhahahah~ Last2 kasi chance la masuk. Pahtu Shiela pong datang.

Pahtu dah lama2 lagi, Aiyen pun datang. Apa lagi, riuh rendah la kita orang bercerita dalam bilik cikgu tuh. Pahtu Syud datang lambat, datang pun nak jenguk je. Sebelum habis sekolah tadi, beria lah suruh bawak kalkulator untuk main bingo pakai kalkulator macam aktiviti tahun lepas waktu puasa. Last2, hampeh.

Kita orang bercerita pasal Kem Bestari Rohani bulan lepas ah, Kem Perdana lah walaupun aku tak ikut. Terbahak2 gelak. Tekak dah perit dah. Pahtu aku cerita pasal http://erasberaskeras.blogspot.com/2012/07/ada-orang-tak-ni-knock3.html balik. Aiyen gelak gila2. Dia kata, dia boleh masik tergelak lagi walaupun kali kedua aku cite kat dia.

Memang gelak gila2 ah. Wanie pun balik pukul 5. Tinggal lah aku, Carol, Aiyen, Shiela dengan Dowan. Dowan pong macam mayat hidup je tak cakap apa2. LOOOL, Dowan jangan marah aku kutuk kau kat sini. Hehehe :D

Pahtu nak balik tuh, kita orang cerita pasal kenangan2 time Tingkatan 4G dulu. Part ni memang gila2 kelakar lah *aku dari tadi guna ayat GILA2, dah takde modal dah untuk guna ayat lain*. Kelas 4G dulu memang riuh rendah lah, bising je. Sampai cikgu2 lain komplen2. Pahtu ada jadual waktu untuk satu hari nih, wakut BM dua masa sebelum waktu BI dua masa. Waktu BM tu semua riuh rendah gila. Pindah2 tempat duduk la. Kononnya berdiskusi. Piirraahhhhhhhh~ Pahtu, bunyi je loceng untuk masuk waktu BI, semua dah pergi tempat duduk masing2. Buat2 muka innocent, keluarkan buku, berdiri sebelum cikgu BI masuk. Bhahahahaha~ Memang semua kecut ah.

Pahtu waktu Fizik, aku Aiyen Carol bincang nak piknik kat belakang kelas yang lapang tu, makan ketam. Ajak sekali cikgu Fizik makan ketam. Bhahaha. Padahal bukan makan betul2 pong.

Pahtu agak2 Dowan dah bosan, dia pong keluar balik. Time tu lebih kurang pukul 5.30pm la.

Aku, Aiyen, Carol, Shiela pun dah kemas untuk balik. Carol dengan Shiela keluar dari studio dulu sebab nak gi tandas. Aku dengan Aiyen pong kuncikan studio uh.

Shiela dengan Carol datang balik kat kita orang. Diaorang cakap pintu pagar berkunci dah. Aku ada lah gabra sikit. Aiyen beria cakap "tu pagar tu bukak tu, tu pagar tu bukak tu, tu pagar tu bukak tu". Kita orang cakap, mana mana an. Last2, aiyen cakap, oh itu tingkap lah. LOL

Kita orang dah check 3 pintu pagar. Ketiga2 berkunci. Gila ahhhh. Aiyen dengan Carol plan nak turun dari bangunan tuh ah kan. Aku ni dah la gayat =.= Pahtu waktu nak pergi pagar yang kitaorang nak panjat turun tuh, aku jerit "Tolooooong, toloooooong, toloooooong". Sorang pun tak dengar. Ughhhhh. Gila kau. Terkunci kat sekolah. Bukak puasa kat situ jugak nanti kang, takde nak makan apa2, makan badan kawan sendiri.

Okay2, pahtu kita orang pergi kat pagar besi yang dekat dengan studio tuh. Situ terlindung dari pandangan awam sikit. Pahtu Aiyen first dulu turun. Diikut dengan Carol. Gila expert Aiyen. Aku dengan Shiela pass barang kat diaorang. Aiyen cakap, kita2 nih dah macam pencuri dah. Carol pergi tandas.

Tinggallah aku, Aiyen, Shiela. Aku lah orang last tinggal kat bangunan tuh. Pahtu Aiyen kasi kata2 semangat. "Kuatkan semangat lah. Baik kau buat sebab ini pengalaman last dengan sekolah." macam2 lagi lah. LOOOL.

Aku pun duduk atas tembok bangunan tuh. Duduk macam naik kuda tuh. Atas tembok weh. Nasib baik sebelah bawah dia ada tangga dengan pemegang dia. Pahtu, turunkan kaki kiri dekat atas pemegang tangga dalam masa yang sama kaki kanan bawak turun daripada tembok. Agak berbahaya dan mencabar sebab ada macam pagar tajam yang biasa orang pasang dekat rumah tuh. Yang macam bentuk anak panah tuh. Perghhh, kalau tertusuk mata time nak buat tu, macam mana lah T___T

Pahtu aku tercarik2 tangga pakai kaki aku. Pahtu takde tangga, aku mengengsot tepi dinding tuh. Pahtu Aiyen dengan Shiela gelak2. Sebab diaorang terkejut aku nak turun dulu. Pahtu diorang nampak yang aku tau yang aku perlu cari tangga. Pahtu yang buat diaorang gelak tu, aku mengengsot kat pagar2 besi tuh.

Entah lahh, tak tau nak describe perasaan terlepas dari penjara sekejap tadi.

Aku tau kau pun tak tau nak imagine macam mana tempat tuh, macam mana kita orang turun.

Aku masih tertanya2, cane Dowan balik tadi? Panjat turun jugak ke?

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.