Haiyaaaa. Aku rasa serba salah pulak nak buat entri nih. Sebab entri ni bakal melibatkan hati orang tua. Takut terguris hati pulak. Tapi, jadikan lah iktibar ye atas pengalaman payau aku nih.
Alkisahnya, pagi tadi pagi Isnin. Cepat sangat perhimpunan tadi habis, tapi itu tak bermakna takde cikgu2 yang nak berebut mic kat depan tuh. Bhahahha. Beberapa cikgu berebut mic untuk bagi tau pengumuman. Ahak ahakzzz.
Ok, skip bab tuh. Dah lalu checkpoint tuh, padahal tak rasa ada checkpoint pun sebab semua pengawas blur2 je. Aku pun pergi la masuk kelas, check kehadiran apa semua. Maklumlah, penolong kelas yang berdedikasi lah katakan.
Aku pun dapat merasakan satu aura nak pergi ke tandas. Aku pun menurut kata hati. Kalau boleh lah, aku tak nak pergi tandas sekolah tu. Takde paip getah pun T_T Pakai baldi kecik yang kat kedai RM2 tu. Tu pun ikut nasib, kalau dapat baldi kecik syukur alhamdulillah. Kalau dapat baldi besar yang muat letak 4 ekor kucing tuh, bantai je lah. Tapi setakat nih I tak guna lagi baldi2 tuh.
Aku pun pergi la tandas hujung dalam bilik air tuh. Tandas tu ada paip getah, tapi dah terbelah dua dah paip getah tuh. Kualiti murah hakhak. Apa aku cite pasal tandas je nih. Mesti orang geli dengan blog aku. Hahaha. Gasak ahh.
Aku dalam tandas lagi tuh, titibe ada orang ketuk3.
Makhluk A : *Ketuk3* Ada orang tak ni?
Rasyidah : *Hmm, macam suara *****AH jee*
Makhluk A : Ada orang tak ni?
Rasyidah : Adoyaiii, dah tutup pintu tu mestilah ada orang! Itu pun tak tau. Takkan la tu pun aku nak ajar jugak kot?!
Makhluk A : Alahai, jangan la marah de.
Sekali aku bukak pintu tandas, whaaaaat? Sekali makcik kantin terpampang depan pintu tuh. Aku ingat kan orang tu *****AH. Maklum la, kalau cakap dengan kawan2 mesti la rock kan?
Aku nak keluar tuh, dia cakap, "Jangan la marah yo". Aku tak sempat cakap pape, dia dah masuk dah dalam tandas tuh. Adoiiiiiii~ Aku tak cakap mintak maaf pun lagi. Hahahaha.
Tu laa, lain kali jangan cakap dalam tandas.
Akhir kalam, aku nak cakap sesuatu yang takde kaitan dengan entri nih.
Kita hidup ni biarlah ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk. Jangan berlagak dengan ilmu yang seciput dan memperlekehkan orang lain.
- Andai kata kau dah expert dalam satu bab dalam Mathematics darjah 5. Kau tak perlu lah nak nak cakap kat orang yang lemah, kau kata bab ni senang nak mampos. Ye laa, kau dah pandai tu bagus la. Tapi tak payah la nak memperlekehkan orang lain, kau kata dah besar panjang pun tak reti bab ni lagi?
- Sedangkan manusia yang dah terdidik dari kecil bahawa menipu tu berdosa pun, masih dan ada yang buat lagi. Apatahkan lagi contoh di atas?
- Lumrah kehidupan laa, ada yang dapat buat ada yang tak dapat.
- Weh faham tak aku cakap apa ni? Mamai sikit nih, nak tido T_T