Hari ini pada tahun lepas : Lawatan Ke Seremban hohoho :O
AWAS! Entri yang bakal anda baca berkait rapat dengan ..
AIYEN IS
Comel gila kan kawan aku nih? Jelly much?
Aiyen, kalau kau nak tau kan.
Aku simpan gambar kau nih dari tahun lepas.
Aku simpan dalam MP4 aku.
Gambar kau sorang je yang aku simpan dalam tuh.
Terharu tak, terharu tak?
Hahahaha :D
Sebenarnya, hari ni ialah hari jadi Aiyen Is. Aku tak tau nak buat pe. Hakhak.
Nak dijadikan cerita, hari Jumaat lepas, 9 Mac, Aiyen beria2 tanya bila tuisyen BI tuh. Dia nak datang la.
Ceeeewah. Bersemangat dia hari tuh. Hahahaha.
Aku tidur lewat, lebih kurang 4 pagi. Aku cari2 fon, takde. Hilang deh. Aku pun tido tanpa kunci jam penggera. Pukul 9 pagi ada Tuisyen GPMS Bahasa Inggeris. Lepas tu, pukul 8.45 pagi baru aku bangun. Bengang gila kot kalau bangun lambat2 nih =.= Aku rasa macam dah lambat dah untuk aku bersiap. Aku pun sambung tidur. Malas aku nk dtg lambat2 nih. Hahahaha.
Okay. Pahtu pukul 12 tengah hari, aku check fon, fon aku ter-off. Aiyen hantar mesej pada pukul 3 pagi, dia tanya pukul berapa tuisyen tuh mula? Pukul 7 pagi pulak, dia kol. Tapi tak diangkat. Bila aku tengok mende2 tuh, aku rasa macam sadis gila kot. Aiyen dah bersemangat betul2 nak pergi tuisyen tuh, maklumlah hari jadi kan? Tapi aku lak ter off telefon lah, tido mati pulak tuh. Adoiiiii. Aku rasa bersalah seumur hidup aku nih. Hahaha XD
Lepas tu, aku nak hantar mesej MINTA MAAF. Tengok2 kredit lak dah expired. Giiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiila.
Jadi, aku ambik keputusan untuk kol dia lepas azan maghrib. Apa motif aku kol lepas azan maghrib? Erk!
Aku cite lah yang aku tertido, tak bukak fon etc etc etc.
Yang paling sadisnya, dia cakap yang dia kol beberapa orang. Tapi orang2 tu tak angkat. Kesian. Dia ckp, mungkin time tuh awal sangat kot. Pukul 7 pagi time tuh.
Akhirnya, dia pun tak pergi sebab dia tak tau pukul berapa. Kesian :'(
Nanti esok kita pergi sama2 ye? Hakkkkkkkkkkkkkkkkk.

Yang ni gambar dia kat facebook.
Aku curi. Yang tengah2 tuh dia.
Tudung pink, kak long dia.
Tudung coklat, kak ngah dia.
Nama penuh Aiyen Is ialah Nurul Ain binti Ismail.
Aku kenal dia time akhir2 Form 1.
Peminat Kpop yang tegar.
Umur dah 17 tahun dah, selamat datang ke grup Sweet 17.
Hakkkkkkkkkkkk.
Gambar2 limau kat atas nih time 2011 haritu.
Aku mintak dia lukiskan.
Gambar2 kat atas nih pulak untuk versi 2012 punya.
Limau nih tajaan Puan Lui Chun Moi, cikgu matematik kita orang yang gojes.
Hakkkkkkkkkkk :D
Oh2, sebelum aku terlupa. Aku nak cerita sikit pasal entri nih http://erasberaskeras.blogspot.com/2011/02/valentine-nak-dekat-kau-dah-ada.html
Nak tau tak siapa yang nyanyi lagu tuh? Nama dia Aiyen Is =.= Dia tergelak2 baca entri aku tuh tahun lepas. Sebab waktu tu, dia tak cakap pun yang dia nyanyi time aku tercari2 siapa yang nyanyi tuh =.=''
Akhir sekali, terima lah video lagu nih. *walaupun takde kaitan* Khas untuk kau.
Yang baju hitam aku dah cop.
Kau ambik baju biru.
Isnin depan kita perform sama2 depan perhimpunan.