Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

09 February 2011

Hari ni khas untuk Faster

Bismillahirrahmanirrahim,

Pagi tadi.Terdatang lambat. Jadi. Ada pengawas block2 pagar. I just went through. Takde yang nak block gua pun. Bagus2. Tak yah nak tulis2 nama de.

Pahtu kena beratur ikut badan beruniform. Biasa macam tahun lepas. Lepas tu. Perjumpaan kelab. Gua punya kelab sama macam tahun lepas, KELAB KEWANGAN, PENGGUNA DAN PELABURAN. Oyeah. Pahtu cikgu ada buat kuiz  hak-hak pengguna dan mata wang dunia. Hakhakhakhakhak pengguna gua tak dapat jawab aihh. Lupa. Tiba kuiz mata wang dunia.

Time jawab quiz ni, selalu dengar dialog,
"Rasyidah, kau tau kan matawang India. Kau kan asal sana?" =.=
Pahtu dapat la menang dalam top 4. Dapat ball pen FASTER kulit oren je.

Time nak balik sekolah. Aihh, baru perjumpaan kelab dah nak balik. Huahuahua. 

Time nak balik tu. Macam biasa la, kena laksanakan penolong kelas(dah turun pangkat T_T) yang BERTANGGUNGJAWAB. Hantar buku cegah ponteng tu. Tak macam ketua tuh. Tau2 nak ngadu je. Pahtu bajet banyak buat kerja. Salah satu alasannya ialah, "Saya tahu awak nampak saya buat sikit kerja, tapi sebenarnya saya banyak buat kerja". Dan dia ada kata, "Hari ni awak hantar la buku cegah ponteng, nanti hari lain saya buat, saya banyakkkkkk kerja la". Alasan penipu! Memang @#$%^&* betul. Waktu BM tadi, aku tanya la,

"Buku chemistry kena beli esok kan?"
Dia diam .....
"Wei, buku chemistry kena beli esok kan???"
"Awak diam la, awak ni sangat bisingggg". 

Nak gaduh tu boleh je cik abang, tapi aku tak nak la gaduh dengan kau yang suka HIPOKRIT. Depan cikgu kau baik2, bajet buat banyak kerja sampai nak pitam. Padahal, tutup kipas pun suruh aku. Bagi salam kat cikgu pun sama. Apa susah sangat ke? Itu kan tanggunggjawab KETUA KELAS macam kau kan? Dah la GILA KUASA, bak kata Azura.

Aku tak tau la apa yang dia banyak sangat buat kerja, cikgu suruh buat carta organisasi, hasilnya buruk. Bagaikan hendak pitam. Last2, aiyen kesayangan aku yang buat. Lagi marvelous. Pahtu KETUA KELAS ada buat header mata pelajaran dan lain2. Hasilnya, hakhakhakhak tuih. Takde siapa pun menunjukkan ekspresi jatuh cinta terhadap headernya. Kemudian, aiyen pun menawarkan diri untuk membuat header hasil air tangannya. Oyeah. 

Mungkin ada orang yang sokong KETUA KELAS dan bermonolog, "At least bagus apa dia buat sesuatu, daripada kau(eras) asyik nak mengutuk orang je kat blog kau". Eleh, kau hape tau? Kalau kau kat posisi aku sekarang, baru kau tau betapa nikmatnya menjadi penolong kepada si polan nih.

Waktu perhimpunan, Ira ada kasi limau. Hasilnya,

Gua mintak aiyen buat jack o lantern. Tapi vampire yang jadi .
Yang ni side B. Macam arnab.
Sambung cite, time balik tu. Gua balik lambat, pukul 3.15 pm. Pakcik Jaga dah nak tutup pagar. Dia nampak aku jalan lambat. Pahtu dia buat cekak pinggang. Fuyoo, pakcik. Seksi tuu. (tolong la)

Pahtu, aku singgah kat kedai Medan Selera. Yang sebaris dengan tom yam depan smk Datuk mansor tuh. Ada kedai baru bukak kat situ, ada jual key chain, novel, majalah Mingguan Wanita, Solusi, ermm. Ada jual air, pembalut hadiah, alat tulis. Best gak, tapi sekejap je sebab yang jaga tu lelaki. Rasa janggal lak =.= Tu la balik awal, kalau perempuan. Konfem gua menonggeng kat sana. 

Gua cari la pen PAPERMATE version lama. Tapi takde, yang ada ball pen faber castell dengan faster. Jadi, gua pilih FASTER lagi sebab nak try, best ke tak, guna dia.

Oyeah.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.