Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

16 May 2011

Selamat hari cikgu, cikgu!

Bismillahirrahmanirrahim,

Hakhakhak.

Mula2 sekali nak cakap selamat hari cikgu kepada semua cikgu yang pernah ngajar saya ataupun yang tak pernah. At least, anda ialah guru :)

Tadi sambutan hari guru kat sekolah tadi, biasa jewp. Tak semeriah tahun 2010 dulu lah. Sebab dulu ada main2 ketuk gendang cina, india dan kompang. Best sesangat. Waktu tahun lepas pun macam ada beratur panjang pahtu nak wish apa pun wish lah sampai air liur tersembur kat muka cikgu tu pun boleh.

Nak buat macam mana, masa dah berlalu pergi.

Sekarang ni, saya nak buat entri khas untuk 2 orang cikgu yang ajar saya kat sekolah menengah. Kalau sekolah rendah tu lain cerita la :) Saya nak cerita pasal 2 orang cikgu ni, diaorang lah menyebabkan sifat dan rasa cinta saya semakin mendalam terhadap bidang teknik dan vokasional ni memandangkan saya betul2 suka dengan bidang ni. Dah tak boleh nak cakap apa dah, memang aku suka gila dengan bidang teknik dan vokasional nih!

Cikgu yang pertama ialah Puan Asliza Makhtar. Yang aku kenal melalui fizikal dia ialah dia ni comel2 je badan dia, putih sikit dan tak pernah bermekap pun. Kiranya cantik asli la tu. Sifat dia, dia garang tu ada la. Suka memerli orang tu ada sikit. Tapi kalau dia perli aku tu tak pernah lak terasa. *Aku kan takde feeling*. Dia ajar aku khb perdagangan dan keusahawanan dari 2008 sampai akhir tahun 2009. Dia selalu nasihat buat nota khb lawa2 sebab kena guna sampai form 3.

Waktu akhir 2009 tu, aku sedih sangat yang dapat tau dia kena pindah ikut suami dia kat selangor. Aku rasa macam HMMMM. Nak kata sedih dia tinggalkan kitaorang, tak berani pulak nak cakap. *Aku kan ego =.=*. Tak sangka dah setahun dah pemergian dia. Kali terakhir aku call dia sebelum peperiksaan percubaan PMR. Aku telefon dia lepas solat maghrib, hampir sejam aku berbual dengan dia. Masing2 tak leh stop. Hasrat dia nak baca AlQuran pun terbatal, sebab aku la tu. Hakhak :) Pengalaman yang paling best kita orang lalui bersama ialah waktu kelas pematerian tingkatan dua dengan amali cara makan akhir tingkatan dua. Aku suka sangat kelas pematerian. Saya rindu cikgu. Kat sekolah baru tu dia jadi cikgu pj dgn khb je. Cian.

Cikgu kedua pulak ialah cikgu LK lah~ Namanya Puan Noorul Akma Muhd Zin. Dari segi fizikalnya, cikgu ni putih2 cenggitu macam cikgu asliza jugak. Dia jarang bermekap. Dia pun ada natural beauty gak. Hee :) Cikgu akma lagi tinggi. Tapi yang peliknya kan. Bila aku teringat kat cikgu akma ni, mesti aku teringat dengan kak ngah aku jugak. Aku pun tak tau la kenapa. Macam tetiba terdetik pulak kat hati aku. Hikk.

Cikgu ni ajar LK, dari saya tak faham. Sampai la saya faham. Saya rasa diri saya begitu berharga. *Takde kaitan :) Tapi suka la dengan cikgu ni. Mula2 tu waktu dia masuk kelas aku, awal bulan Januari lepas. Buat dek je dengan dia. Time tu duduk berhadapan dengan dia. Segan haii nak bertegur. Last2 dah kamceng baru nak tegur sakan =.= Harap cikgu ni ajar la saya sampai form 5 pulak. Kalau boleh jangan la stop sampai form 4 je. Saya suka cara cikgu mengajar :)

Kengkadang kalau kita suka kat seseorang, mesti ada orang lain yang tak suka dengan dia. Cikgu2 lain jangan la terasa kalau takde post pasal kalian. Sebab post pasal kalian telah pun saya kunci dalam hati saya :)

Tetiba rasa nak call balik cikgu asliza. Lepas sembahyang maghrib jugak. Harap hujan dan guruh dah berhenti. Wish me luck !
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.