Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

16 May 2010

Ucapan Buat Cikgu Asliza

Sebelum tu, saya di sini mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru termasuk Cikgu Asliza yang telah berpindah ke Selangor kot. Terima kasih atas jasa anda(guru-guru) kerana telah ramai pelajar yang telah berjaya dihasilkan oleh kalangan guru. Tahniah buat anda.

Ingin saya merakamkan di sini ucapan terima kasih kepada Cikgu Asliza yang telah pun berpindah dari sekolah saya pada akhir tahun lepas. Rasa kecewa, kesal, sedih, semua bercampur. Dia lah yang mengajar aku KHB. Ya Tuhan, aku rindu sangat kat dia. Dah lama aku tak nampak cikgu tu. Kesal aku kerana aku tak belajar bersungguh-sungguh pada tahun lepas. Akan tetapi, kau telah pergi meninggalkan aku bersendirian dengan cikgu KH yang lain.

Benda alah yang kau tengah baca sekarang dah dibuat pada 16 Mei, tapi aku sambung pada 17 Mei pulak.

Pagi sekolah aku datang macam biasa. Sambutan hari guru ni, aku anggap tak spesial sangat sebab cikgu kesayangan aku dah takde. Aiyoyo~ Tapi pagi tadi, aku dapat kiriman salam dari cikgu tu. Aku pun jawab lah. Sebenarnya aku dah rindu dah kat cikgu tuh sebab lama dah tak jumpa. Terdapat beberapa persoalan yang sering bermain di fikiran aku bila aku teringatkan Cikgu Asliza tuh. Kenapa cikgu titibe pergi? Dapat naik pangkat ke? Asal? Kepalaku runsing kerana tidak dapat memikirkan jawapannya. Walau bagaimanapun, aku akan do the best dalam KHB dalam exam penting tahun ni, semata-mata untuk kau, Cikgu Asliza. Disini, aku sertakan gambar Cikgu Asliza yang aku sayangi dan rindui. Sumber : Ehem2



P/S: Aku sengaja memozekkan muka cikgu tu sebab aku tak minta kebenaran nak ambil. Haha. Dan lagi satu reason ialah aku takut kau nak simpan gambar cikgu ni dalam phone kau.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.