Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

17 September 2016

Sayangilah buah pinggang anda ;)

Assalamualaikum and greetings everyone.



Alahaiiii sedapnye pentatonix wat cover lagu nih ^^




Haaa yang ni walk off the earth pulak buat cover, seronok tengok dywg pandai main banyak alat muzik!!!!

I want to share this story. Masa tu sekolah rendah, tak sure darjah 2 atau 3. Aku ngan kawan-kawan duduk dalam kelas. Macam biasalah, cikgu belum masuk kan, berborak masa gap kelas tu satu kewajipan. Walaupun bergelar budak pandai (omaigod please muntah), waktu bersosial tu perlu dalam kelas. Padahal kat rumah pun, gedik2 nak bergayut, telefon rumah kawan tanya kerja sekolah apa hahaha :D Kuat cakap betul.

Waktu tengah borak2 ni, ada lah satu cerita ni.
Kawan tu cakap, "Weh kau nak tau tak?"
"Apa dia, apa dia?"
"Kalau buah pinggang orang tu rosak kan, dia minum air apa-apa pun, mesti keluar macam tu jugak", muka dia serius waktu cerita tuh.
"Eh, yeke? Macam mana tu?"
"Ye la. Kalau minum air kosong, keluar air kosong je. Kalau minum kopi, keluar hitam je. Kalau minum air sirap pulak, keluar warna merah je. Sebab buah pinggang tu tak tapis air tu jadi air kencing".
"Eeee, takutnyeeeee".

Credit goes to carigold for the pic
rasa macam nak buat air sirap ais sekarang




Well, that story scared the shyt out of me. Waktu kawan tu cerita, Ya Allah, takut sangat aku rasa. I can't imagine i would pee KOPI if i drink KOPI. Maklumlah, kecik lagi kan time tu? Imagination kuat ya amat hahahah



PURPLE : there's no such thing as purple urine  hahahahaha
credit goes to Cleveland Clinic

Jadi, semenjak hari tu aku berpegang kepada cerita kawan aku tuh dan aku pun mula slow slow ubah tabiat minum. (Tabiat minum? why does it sounds like i drank liquor or something?)

Walaupun cerita kawan aku tuh pelik sangat bunyi
 dia bila aku fikir balik time dewasa ni, tapi ada bagusnye jugak hahahaha  I should apply the story to my kids hahahaha

Kebaikan dia ialahhhh aku rajin minum air kosong, kurangkan minum air manis dan makanan manis, makan makanan seimbang (dont ask why Im still gemuk2 manja). Sebab takut sangat buah pinggang rosak! Seriousle, aku tak nak kehilangan buah buah pinggang kesayangan aku nih. Ofcoz la! Aku jaga dari awal2 aku lahir kot! Dah dopuluh satu tahun dah buah-buah pinggang ni dengan aku, menapis segala minuman yang aku minum. My life is a failure lah kalau tak jaga & sayang kan buah-buah pinggang aku ni. Ehhhh, im not joking. Serious talk. Take care of your kidneys. Sayangilah buah pinggang anda 


Klik untuk baca pasal milo, nescafe & sunquick . Hmm, aku ni dah la suka ayaq gelas besaq. Tapi kena reduce dan banyakkan air kosong 


Dalam banyak2 barang yang aku ada, aku paling sayang buah pinggang tu nombor 1, mata tu nombor 2, jantung nombor 3, hati nombor 4, ovaries nombor 5. Actually semua organs aku sayang tau, takde nombor pun untuk diaorang.

Pelik kan? Pernah jumpa ke orang yang obses dan sayangkan organ-organ dia macam aku ni? Seriousle, kalau betul la kita sayangkan organ-organ kita. Patut mula dari sekarang, take care of them, sayangi mereka, belai dengan penuh kasih sayang (Eh?). Bukan waktu sakit baru kita nak terkejar-kejar cari ubat lah suplemen lah kolagen lah jamu lah susuk lah. (Eh nape susuk titibe?). Tapi nak jaga kesihatan pun, janganlah main telan je ubat2 ke suplemen2 kolagen2 ntah hape2, rosak pulak hati tu kang.

Mata pun kena jaga jugak dari kecik, kalau dah terlambat sekarang pun boleh mula, pandang padang hijau yang luas, makan carot, fokus pandangan jauh bila tengok benda dekat lama macam laptop ke fon ke buku ke, jangan baca sambil berbaring, guna fon dalam cahaya terang dan lain-lain, inshaAllah tak rabun 

Memang betullah takdir hidup aku ni dapat jadi orang KESIHATAN. Sebab aku sayangkan organ organ weeeee ^^ Haa, gigi pun kena jaga dari kecik. Kalau boleh umur 6 tahun patut dah pandai berus gigi, mak ayah pun kena la guide anak-anak sebab diaorang kan kecik-kecik omey omey lagi tangan pegang berus gigi pun tak kuat lagi.

Semua organ lah aku sayang, buah pinggang, mata, ovaries, gigi, jantung, hati, otak, tulang, kulit dan lain lain.

I had a thought 3 years ago, “What if one day I died but no one gets benefit from my death?”.

Orang lain yang kurang berkeuntungan boleh dapat benefit dari badan kita bila kita mati nanti. Dengan cara, menderma organ. Seseorang yang dermakan kesemua organ dan tisu dia, boleh selamatkan nyawa lebih daripada 8 orang pesakit tau. Kan seronok tu? Ramai boleh teruskan kehidupan dengan bantuan penderma organ. Yang aku faham, ada 8 benda kita boleh derma iaitu 4 organ dan 4 tisu. Organ tu jantung, peparu, hati dan buah pinggang. Tisu tu mata/kornea, injap jantung, tulang dan kulit.




Ramai yang perlukan bantuan kita :(


Ada dua jenis kematian disahkan iaitu mati otak dan mati selepas jantung berhenti. (1)Seseorang yang meninggal disebabkan mati otak boleh menderma KESEMUA organ dan tisu. (2)Meninggal disebabkan kematian jantung berhenti hanya boleh dermakan tisu SAHAJA. Misal kata penderma organ meninggal di rumah, pendermaan mata sahaja yang dilakukan dan prosedur dijalankan di rumah.

Penderma organ yang masih hidup hanya boleh dermakan sebahagian daripada hatinya atau salah satu buah pinggang je.

Kalau penderma organ meninggal dunia, bukan semua organ dari pengikrar akan diambil tau. Pendermaan organ dibuat berdasarkan kriteria jugak iaitu (1) hanya organ dan tisu yang didermakan dari keluarga waris, (2) organ dan tisu tu masih berfungsi dan boleh digunakan selepas kematian dan (3) ada penerima sesuai yang menunggu.

Jadi, daftarlah sekarang untuk jadi pengikrar penderma organ tapi INGAT, maklumkan kepada keluarga tentang hasrat untuk menjadi penderma organ dan tisu sebab organ dan tisu hanya boleh didermakan setelah mendapat kebenaran waris atau ahli keluarga.

Bagi pandangan aku lah kan, menjadi seorang pengikrar penderma organ akan menukar perspektif kita dalam kehidupan. (1) Kita sedar yang hidup kita akan berakhir bila-bila. (2) Organ dan tisu tubuh badan ni semua kurniaan Allah, kalau kita dah pergi, ada yang boleh teruskan kehidupan sebab jalan yang kita pilih ni. Lebih 8 nyawa dapat diselamatkan. How hero is that? (3)Kehidupan dan kematian kita ada kepentingan. (4) Lebih menjaga apa yang kita makan dan minum, ucap dan niat dan lain-lain sebab organ dan tisu ni bakal diguna orang lain ;)

Haa taknak cerita lebih-lebih kang boleh terbit satu buku pulak hahaha.







Berminat nak jadi pengikrar penderma organ?
Baca lebih lanjut kat : http://www.dermaorgan.gov.my/
Ada infografik jugak kat website tu.
Pergi kat sini kalau nak daftar sebagai pengikrar penderma organ : http://www.dermaorgan.gov.my/en/homepage-content-en/join-the-register-2/
Thanks www.dermaorgan.gov.my for the pictures :)


Sekain, Ironman and Irongirl are STILL not in love T-T




Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.