Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

08 February 2016

Boleh tak kita berchenta lagi? *Siri 2*

Assalamualaikum and greetings~! 

Tak, masalahnya sekarang. kenapa url blog ni cantik2 erasberaskeras.blogspot.com jadi erasberaskeras.blogspot.my ? Huwaaaaa :( Nak buat comeback pun rasa takde mood pulak hmm Seteres sebentar. memandangkan nak buat comeback, so maybe ada new readers. Soooo nak buat briefing sikit, Eras Sera tu nama blog ni. Eras is a name derived from my name and somebodeh special yang dah pergi meninggalkan dunia ni semenjak 11tahun yang lalu awhhh T-T Tagline "she is somewhere over the rainbow" pulak, bertepatan dengan maksud ayat tu iaitu "taktau ko mano dio poei" dalam bahasa nogori. Haaa, dalam bahasa inggeris macam berbunga2 je ayat dia, padahal maksud ea -.- hahaha. 


erasberaskeras pulak, urmmm dulu aku suka orang panggil aku eras (sebutan : iras). Ada yang gedik2 nak panggil beras la keras la -.- so, idea nak gabungkan erasberaskeras tu dapat pada tahun 2010, jadi jangan kecam kekurangan saya sewaktu muda :D 

Tajuk post kali ni "Boleh tak kita berchenta lagi?" ialah cerita bersiri yang takde kaitan dengan siri sebelumnya sebab penulis takde idea nak buat tajuk hape. 
BTW, stail penulisan maybeeeeee sama macam dulu (ntah hape2) tapi more behave. Sebelum2 ni behave jugak, tapi sedar2 lah diri sekarang umur dah forever 21. bukan sweet 16 lagi. Kalau baca balik posts lama tahun 2010-2012 ntah hape2 je merepek -.-



Jumpa buku ni kat popular, terus grab lahhhh ceritanya!
Hahahaha, suka dengan lagu nih Somewhere Over The Rainbow ^^
I write about us <3 dalam buku ni kehkehkeh :3


Lagu feveret dri tahun 2013 ^.^



Hmmmmm, marilah menghirup habuk2 kat blog ni like seriously berapa zaman sultan melaka aku dah berhenti taip blog ni? Semangat nak taip post kat blog ni balik pun disebabkan oleh my one ex-roommate kat terengganu dulu. Haihhh, nak cite pasal zaman kitaorang suka main gaduh2 sampai jiran sebelah terganggu main kejar2, kunci2 pintu bilik, naik basikal sama2 tak perlu lah diceritakan di sini ye Hana. Hahahaha, aku tau kau nak tumpang glamor kat blog aku tu la kau saje je nak tanya khabar blog aku yg dah karam di lautan pantai gong badak kat terengganu tuh hahaha!


Hihihihi, she is a tough girl. Berapa banyak kali assignment kitaorg kena reject dulu pun dia gagah lagi bersama anak2 buah group dia (termasuk aku) nak jumpa lecturer. Sangat gagah. I believe she can be a well-known person in future. Aku ingat lagi dialog kitaorg kat bilik dulu, serius rasa nak lempar ikan laju2.


Hana titibe sign atas kertas atau buku aku, selamba dia.

"Nahh, simpan sign aku nih. Mana tau satu hari nanti aku jadi profesor ke doktor ke. Boleh kau tunjuk sign ni kat aku. Time tu aku akan kenal kau".
Time tu aku rasa macam hahahahahahahaha lawak sangat! Rasa nak bagi penampar guna ikan tenggiri. 


Tutup cerita tu, ye Hana wahai pembaca setia blog aku semenjak zaman sultan melaka. Btw, my big girl Hanisah dah pun menjejakkan kaki ke menara gading Tadika Kemas hahahahaha. Tak sangka daa besar dah my fruitgirl nih. Nakal pun bertambah2 eiiii ~.~ Hannan pun urmm. Pandai ye dia sekarang, kalau Hanisah kena marah dengan ibu dia atau nenek dia, Hannan lak sibuk2 backup kakak dia. Rasa nak muntah tengok drama nih kat rumah xD


Bulan Februari ni, masuk bulan kedua dah aku kat Penang. Selama 3 bulan je lgi aku akan duduk kat Penang, and I will be balik ke Bahau untuk sesi praktikal selama setahun. Setahun weyyy ~.~ inshaAllah dapat gi praktikal. Tak sangka 2013-2016 daa duduk kat negeri2 orang, aku akan mencium tanah Bahau tiap hari kembali kehkehkeh :3



Signboard Bahau acah2 Hollyword nih menjadi feveretku semenjak zaman sultan melaka!

5.2.2016, pukul 9.05AM. Aku dapat patient dari sekolah pendidikan khas. Pagi tu, aku cuba call parents' patient tu, tapi tak masuk, busy kerja kot. Aku nak tanya sama ada patient ni ada penyakit alergi atau apa2 masalah perubatan lain, memandangkan aku orang first yang akan rawat dia. So its important to gather all data about his medical issues. Lets call him as adik H.



ada meja kecik kat kanan tu ialah bracket table oke :D
credit goes to google.com for the image

Bila adik H naik atas kerusi pergigian a.k.a dental chair aku. I can see he needed my help sebab adik H pun umur dia baru 7 tahun, darjah satu. Macam biasa, patient datang kita kena siapkan patient tu untuk pakai bib, isi air dalam cawan, pasang suction tip dan tulis nama patient kat buku. Aku dapat lihat, ceh ayat aku -.- Aku dapat nampak adik H macam takut2 je. Aku perasan dia pakai alat bantuan pendengaran // hearing aids kat dua2 belah telinga dia. Ya Allah, aku rasa macam jantung aku ni nak berhenti berdegup dah. Kesian sangat aku rasa :'( Aku pun explain everything very well kat dia supaya dia tak takut.

"Assalamualaikum adik H. Dah makan? Sihat tak hari ni?"
I can see him nodded his head. He can't speak. Waktu tu aku dah start sedih dah dalam hati, tapi kena profesional eceh. Jadi aku tahan sedih. Serius sedih dahhh time tu! Ini bukan kali pertama aku rawat patient dari sekolah pendidikan khas, cuma patients sebelum ni dari sekolah menengah so diaorg dah biasa. Adik H ni first time datang, jadi aku kena lebih lebih lebih hati-hati supaya dia takde atau kurang perasaan takut untuk datang ke klinik gigi. Waktu aku nak pasang bib kat leher dia, dia macam geleng2. Aku pun explain.
"Adik H, ni akak nak pasang tisu kat baju. Kalau mulut adik basah, boleh lap pakai tisu ni ya. Akak pasang ya?" Aku pun pasang bib tuh. Bib atau napkin nama dia.
Aku pun keluarkan instruments aku atas bracket table. He looks very very afraid. Aku explain lagi. "Adik H, ni akak nak check gigi tau. Lepas tu akak nak berus gigi adik H. Tengok, ni berus kecil. Nanti akak pasang kat pemegang dia, nanti dia berpusing bagi cuci gigi adik. Lembut kan? *sambil aku gosok berus kecil tu kat jari dia. Sambil tu aku tunjuk cermin mulut kat dia. Aku explain everything supaya dia kurang takut, aku pun berpuas hati atas perkhidmatan aku aceceh. Ada instruments yang dia geleng2 tanda takut jugak, tapi aku pujuk pujuk pujuk jugak. 


Aku rasa itulah kali pertama aku pujuk2 budak yang paling pujuk? huhuhu terasa sifat keibuan di situ. Alhamdulillah pemeriksaan pertama tu berjalan lancar, dan dia tak menangis pun ^^
Aku bagi dia pegang monkey puppet la, bagi dia main kipas rm2 aku la. Lepas tu aku bagi je dia bawa balik kipas tu, sebab aku takde hadiah kipas macam tu lagi. babai kipas rm2 :( Ada gak hadiah lain aku bagi tanda kasih dan sayang aku kat adik H. Waktu nak tunggu doktor check pemeriksaan aku waktu tu, aku berdiri sebelah dia. Sambil tu aku borak2 sikit. Waktu tu aku dah sebak dah rasa macam nak peluk adik H tu kuat2. Ya Allah, kecik2 macam ni ada kekurangan satu nikmat dah :( Comel adik H tu.

Dah habis tu, aku ada sapu ubat kat seluruh gigi dia, bagi prevention untuk dapat gigi berlubang. Aku pun bagi nasihat. Dia angguk je, aku rasa macam dia tak dapat nak faham betul2 lagi. So aku tulis atas kertas, "Tak boleh makan dan minum dalam masa 30minit", dia baca.  Lepas tu dia buat bahasa isyarat tangan tak boleh. Aku pun lega la sebab dia faham ^^

Motif penceritaan aku kali ni ialah Hana ni pernah mesej aku lepas kitaorg berpisah dulu. Dia kata dia respect kat Kak Ngah aku sbb dia cikgu pendidikan khas. Sebab bagi Hana, kanak-kanak biasa perlukan penjagaan yang berat, tambah2 kanak-kanak pendidikan khas. Hamboih ayat aku skema benau mengikut skema SPM. Aku pun respect Kak Ngah aku jugak ^.^

Jam pun dah pukul 12 malam, raya cina. Percikan bunga api pun ingin pergi menemani bintang2 di langit tetapi tidak kesampaian lalu mendarat sebagai abu dan asap. lols. Esok ada hot air balloon fiesta kat padang polo yeshhhhh! Semoga bukak2 je mata esok pagi dapat tengok hot air balloon warna warni maklum lahhhh tingkap menghadap padang polo wuhuu tak sabarnyeeeee \_(=^.^=)_/



penang i do adore you huhuhuhuhuhhuhuhu ^^

Updated!
Saje aku paksa dia baca post aku sebab aku dah mention nama dia. ngehaaa
I knew she gonna ask me about hannan dengan hanisah hahahaha xD



"Kenapa tak balik raya cina tahun nihhhhhhhhhh?"
"E'eh, ada belon paneh la!"
credit goes to nadia sebab sanggup tangkap gambar teman aku pergi padang polo 
yang masih takde hot air balloon sebab aku salah tarikh, ingatkan 8/2 cissss!
second time held on padang polo weyhhhh, selama ni teringin nak pergi kat putrajaya tapi tak kesampaiannnn!
Nak naik memang tak mampu lah ceritanya harga berpuluh-puluh T-T
Kalau lahhhh aku daftar br1m -.-
P/s : Tiba2 datang perasaan nak taipppppppp je, rasa rindu lak nak blogging hihihihihhihihi

Sekain, terima kasut 
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.