Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

19 December 2014

Boleh tak kita berchenta lagi? *Siri 1*

Assalamualaikum wbt and greetings yalls.

Perghhhhhhhhhh, tajuk tak bley blah. Patut ke tak patut aku nak cite mende neh.

Well, blog nih dahh lama gilos takde cite howt. Bese tiap balek sekolah form3 - form5 ada jeh cite howt nak diceritakan.
Sekarang ni entah lah. Dah la, malas pulak nak teringat2 kehidupan kat form 6 dengan universiti yang dah lama berlalu tuh. Its time to face the reality, aku dah berdaftar di kolej baru wuhuu sejak Julai 2014. Macam mana dengan kursus kat universiti tuh? Wow, soalan yang menarik, and it might take one day for me to write the post ahaaaa! Jadi, abaikan soalan tuh.

Blog ni masih mengekalkan interface, betul ke interface? Blog ni masih mengekalkan interface yang sama semenjak tahun 2011. Sekarang tahun 2014, nak masuk 2015 pun. Yeah, ini menunjukkan penulis blog nih sangat pemalas tahap gaban takde masa nak tukar2 design blog, edit2 pakai photoshop bagai, belajar css, nak buat blog nampak cute dengan gadget2 kat blog yang melembabkan laptop readers. Sangat takde masa, dan yang paling aku suka ialah blog nih masih simple dan ringan. Jadi saya disini tanpa segan silu mengajak readers saya yang makin berkurangan tuh (sebab bape tahun daa tak aktif), untuk still baca blog saya yg simple dan ringan nih. Tak kesah la new posts ke old posts ke. well aku rasa aku prefer korang baca old posts aku. Sebab, faham2 je lah. Zaman muda2 dulu, perangai gila2, semua perasaan marah, suka, happy, takut bercampur gaul kat posts lama tuh. Aku sendiri suka baca old posts aku, sampai takde masa nak buat new posts. Aku buat mcm tuh bukan sebab nak naikkan rating blog sendiri, tapi nak kenang balik zaman2 kegemilangan persekolahan dulu. Eceyhhhh, Zaman Kegemilangan Persekolahan ye tak? kahkahkah! Poning den layan diri den ni haaa, tengok, aku taip pun daa tak laju macam dulu. Aduhhhh! Speed aku dah berkurangan! Aku perlukan shaklee *titibe* dan pamoga.

Fuhhh, siap dah satu perenggan padahal isi eh takdo. Apa2 pun. Selamat bertandang ke blog aku neh. Wah wah wahhhh, sejak bila aku ucap selamat kat readers nih puiii. Dah2, balik semula ke tajuk asal. Alaaa takde idea pulak nak taip, hahahaha, kalau macam tu tak payah la. Aku akan jadikan tajuk "Boleh tak kita berchenta lagi?" tu sebagai tajuk post aku yg akan menampilkan cerita2 yang bercampur gaul berlatar belakang kehidupan aku sendiri. Kalau ada yang berkaitan dengan orang sekitar aku, best la jugak cerita tuh. Masalahnya aku tak tau nak amik sape jadi watak2 dalam cite neh. Kalau dulu2 senang la, kutip je member dlm kelas, kelas sebelah ke. LOL.

Okay next story, nampaknya family aku dah menerima sorang lagi ahli family yang baruhuhuhu! Alhamdulillahhhhhh! Walaupun aku tak dapat nampak proses kehadiran dia, sebab aku kan perantau kat negeri orang lain (traveler is my new profession kot? hahaha), tapi takpe. Aku bersyukur sebab family members aku makin bertambah hahakkk. Sapekah orangnya? Suami aku kah? Hahahahaha, takde makna. Well, dia adalah Nurhannan binti Hasnizaim! Iaitu adik kepada Hanisah. Well well well, aku seriusleeeee masih rasa macam hanisah tu still bayi lagi and now she is big girl already! Ceyh big girl, macam dah 20 tahun lak -,- Hanisah dah berumur 3 tahun 3 bulan kot! Hannan pulak dah berumur beberapa bulan. Untuk comparison muka diaorg, tengok gbr bawah neh.


Ini hanisah, gambar nih daa lama.
Time ni dia daa pandai meniarap daa.
Ini hannan, gambar ni time bulan 11 kot?


Sebenarnya, aku tak berapa ingat umur hannan. Kenapa? Sebab dia, aku dah kata kat atas. AKU TAK DAPAT NAMPAK PROSES KEHADIRAN DIA. Yeahhh. Berbeza dengan tahun 2011, tahun hanisah dilahirkan, I was 16. I was there to watch all the growth process, I remember those important dates and what time did she born eventho I was in school in that time. What were the stuffs to use on her, baju dia, jenama apa. Everything. Even, aku masih ingat, the first day dia ada kat rumah kitaorg, and how I play with her on her very first day. Hahaha, over je pulak cite aku nih.

Jadi, berbeza sangat dengan kehadiran hannan bagi aku. Aku kat kolej, jauh dari negeri sembilan. Tak sedih sangat la jauh dari rumah, tak homesick pun. Tapi tu la, aku balik raya haritu bulan 8 tengok dia kecik lagi. Tiba2 balek cuti sem bulan doblas nih, aikk dah boleh meniarap. hahahaha! Aduhhhh, macam2. And her face is totally different from hanisah time hanicah kecik. Tapi yang boleh perasan tu, muka hanisah more to her mom, and muka hannan more to her dad.

Alih cerita pulak, tadi aku cakap aku balik cuti raya bulan 8, and aku balik cuti sem. Hehehe, kalau nak tahu. Kalau nak la. Dari bulan 7 sampai bulan 11 harituh. 3 kali je aku balik rumah. Cuti Raya Aidiladha, Cuti Merdeka, Cuti sem. Cuti raya aidiladha tu memang wajib ah balik gila ko aku tak balek? Meroyan aku dok kolej tak dapat makan rendang mak aku nanti weyyyy. Cuti kedua tuh, cuti merdeka. Aku pun tak faham apekejadahnyaentah aku balik cuti merdeka? Kahkahkah! Apa motif aku balik time tuh pun aku lupa, sampai ada la insiden yang boleh menyebabkan aku tekanan jiwa beberapa hari tuh. Okay baru aku igt, lepas 31/8 tu ada cuti midsem seminggu. Aku yang gatal nak balek, pahtu lak insiden tu berlaku. Dah abaikan insiden tuh. And now, aku tengah bercuti sem! Whole December kot! Rasa macam cuti budak2 sekolah pun ada gak. Mana tak nya. Nak lepak kat kiara yang acah2 pavilion kl time isnin-jumaat tu pun rasa mcm awkward je, budak sekolah merata kat lotus five stars tuh ahaaaa xD sori ye budak sekolah ^^ 

Ahahaa, 2 kali balik sepanjang Sem 1 harituh. Alaa, time aku dok universiti dulu pun, satu sem tuh 2-3 kali jugak kot balik. Sebab kejauhan universiti tuh ke rumah aku lebih kurang sama kejauhan kolej aku ke rumah aku. Woaaa, camne lak aku tau. Ye ar, aku naik bas malam2 buta, tido, sampai2 je pukul 6 pagi tepat2. Dua2 tempat nih sama kol 6 pagi. kebetulan je. Ada member aku kat kuantan nih, dia risau betul aku dah lama tak balik bahau, ahahaha, rindu katanya ^^ awhhhh so sawittt. Aku jeles betul dengan dia, lesen kete daa ada, kete pakcik bagi, sportkanc putih kot! Balik 2-3 minggu sekali. Jelos. Btw, aku pun daa melepaskan rindu kat beliau, aku gi kuantan naik bas gitu. Stay umah sewa dia, dia bawak jenjalan kat Teluk Cempedak dan bnyk lagi. huhuhu ^^ Yang best kat teluk cempedak tuh, member aku nih bawak gi kedai chicken chop nih, sebab dia suka sangat kat chicken chop tuh. Harga dia cuma RM5, dan ada 3 pieces of cikennnnn. Tu yg dia suka sangat sampai makan tak abeh tuh. wkwk kedai tu daa masuk tv daa pun. Tak sempat tgkp gambar kedai tuh, mengenangkan perut tengah kebuluq, semua lupa hahaha. Google sikit teluk cempedak chicken chop, ada tuh, kedai dia warna merah warna coke. Nak letak gbr google kat sini, tak pasal2 kena hamun dgn blogger lain kata curik gambar dia lak nanti hahaha -.-

Balik semula ke bahau, you know what. Aku tengah belajar bidang pergigian kat kolej. Andddd, cuti sem nih, aku kena cari gigi yang dah kena cabut sebanyakkkk yang mungkin tau! Sebab aku kena dapat kan 1 set kegigian kekal. Okay lemme tell you. 1 set kegigian kekal tuh ada 32 batang gigi, 16 batang maxilla (atas), 16 batang mandible (bawah). Jadiiiii, tugas aku waktu cuti nih, kena kumpulkan 32 batang tuh, nak guna sem depan kan. Terpulangla kat korang , nak rasa benda nih susah ke senang. Bagi aku, susah sikit la. Sebab, sape jeh yang nak cabut gigi?? Jarang daa, so thankyou kepada my bapak dan kak long sebab tolong letakkan bekas kosong and dettol utk kutip gigi kat klinik2.


Ini la yang aku maksudkan tadi, maxilla(maksila) dan mandible(mandibel).
32 batang gigi.
Kumpulkan setiap batang!


15th December
Pergi klinik dekat2 rumah aku. Datang penuh harapan. Sekali dia kata botol aku tuh masih kosong, takde gigi. Gila aihhhh, aku time tu daa macam. "Mano lak den nak caghik gigi ni haaa adoai". Dah 2 bulan lebih kot ayah aku tinggalkan bekas tuh, boleh pulak letak salah tempat, tu lahhh kosong. Pahtu akak tu soh datang minggu depan. Aku dengan kak long aku redha je lah balik umah. Kat umah tu dah buat sesi luahan perasaan bape banyak kali dah.

16th December
Pergi klinik gigi kerajaan kat kuala pilah. Dapat 6 batang mula2, ye aku admit tak cukup. Dah nak keluar tuh, tiba2 ada abang keje situ dia berdialog dengan aku. Ceyhh berdialog!
"Dapat berapa batang tuh?"
"Dapat 6, cukup la kot"
"6? Hurmm, bak sini haa bokeh(bekas) tu".
Dia pun pergi kat satu bilik ni, lama gak la dia kat situ. Aku siap gi tandas cuci tangan bersih2.
Dia pun keluar, bagi balik bekas tuh, and guess what! Dia tambah 15 batang gigi, mungkin dari bekas orang lain kot. Awhhhhhh, so sawit abam gigi! hahaha jom cinte hahaha ok gurau. So sekarang total da 21.

Kak long, ayah dan aku pun gi kat satu klinik swasta kat kuala pilah gak. Lupa nama dia. Sekali dapat bekas tuh, berkeladak gila air dalam bekas tuh. Puiii, daa macam budu aku tengok hahaha! Rugi takde gambar dia, aku daa basuh da pun, nasib baik bau formalin(mcm bau hospital), wangi sikit. Dapat dalam 29 batang la. Time tu rasa macam puas hati tengok hasil tuaian beberapa bulan kiteowg. Ceyhhh, hasil tuaian over jeh. Syukur alhamdulillah!

17th December
Harini aku dengan ayah aku je keluar kutip gigi. Kali ni kat tampin. Tampin ni daerah kat negeri sembilan jugak, tapi dekat2 dengan melaka sikit. Jauh jugak la perjalanan, 1 jam la. Poning poik den naik keto lamo2, aku mabuk darat tapi tak mabuk laut XD

Ada orang cakap kat ayah aku, tampin banyak dapat gigi. 3 bulan lepas, ayah aku hantar bekas kat klinik gigi kerajaan nih. Tibalah masa menuai.
Datang2, dywg tengah tutup kaunter sebab nak hias klinik. Mungkin sebab tu la, bekas aku pulak hilang. Aduhhhhhhh, nasib baik ada akak ni, dia bagi aku gigi bekas lain. Tapi busuk air bekas tuh, takde bau formalin ke clorox ke dettol ke. Bau dia macam bau longkang tersumbat minyak dari restoran 5-6 tahun. Ceyhhh over je aku. Dalam bekas tu ada 11 batang jeh huhuhu. Aduhhh, aku rasa still tak cukup. Bukan apa, sebab nanti aku kena pilih gigi mana yang sesuai untuk diguna.

Lepas tu, ayah aku pun nak gi minum kat kedai mamak neh. Aku suka betul dengan kedai mamak, sebab dywg punya menu sangat menggelikan hati aku. Boleh gelak seharian aku kalau mcm nehh. Okayyy, sebagai contoh.


Milo taboh, seriusleeee, aku baca aku terpinga2. Apa kebendenye milo taboh tu? Puas aku meneran otak dalam keadaan senyap, baru aku dapat tangkap. ooo, milo tabur rupanya! Hahahahaha! Ada kat kedai mamak area Bahau lak, milo godzila ke milo dinasour entah tak pasti tapi dua2 ada kat menu. Dia refer kepada milo tabur je. Nama punyalah gempak aku ingat ada kepala dinasour ke. Rupanya milo tabur je. wkwkwk. Macam2 kedai mamak neh. Tu aku suka tu, kelakar ! hahaha

Time tengah minum2 aku nampak ada satu klinik swasta Dr Goh depan kedai mamak tuh. Aku tinggalkan ayah aku sorang2, sebab dia soh beli bekas kosong. Aku pun pergi The Store yg berdekatan, nak beli bekas kosong + marker sharpie, nak htr bekas kat klinik tu pulak.
Alang2 ada bekas lebih, aku cadang kat bapak aku, hantar bekas nih kat klinik gigi swasta lagi satu, klinik ni pulak belakang klinik gigi tampin tadi. Haaaa, berbelit cite.

Aku pun pergi la klinik tu, cantek klinik tuh. Suka betul aku. Susunan dia, ada tv plasma besaq baq ang tergantung kalah kedai mamak. Then ada akak nurse ni kot, kat kaunter tu, berdialog la apa lagi.
"Assalamualaikum kak, ni (sambil hulurkan bekas) saya student kolej lalala nak mintak gigi untuk belajar sem depan."
"Waalaikumussalam, ohh yeke. Haa ada banyak gigi kat belakang, meh ikut akak."
"Ikut? kat belakang? (hamboi mesra pulak akak neh ^^)", aku pun gi kat belakang tu, ada pantry, akak tu tunjuk satu bekas nescafe, half full of pulled out teeth! Bapak ahhhhh banyak !
"Tak ramai nak mintak gigi kat klinik nih, yang ada pun 2-3 orang. Student kat mesir je. Student kat malaysia takde pula datang".
"Ohh, yeke".
"Ni awak nak semua tak?"
"Aikk boleh ke? Hahaha, kalau nak bagi pun boleh". saje je nak buat2 tanya, padahal aku kalau boleh nak duduk tepi doktor tengah cabut gigi patient tuh hahaha.
"Bolehhh, ada plastik tak?".
"Aaa, tak bawak la pulak".

Dipendekkan cite, dia hulur lak bag kotak orang kawen tuh, kasi kat aku, dalam tuh dia letak bekas nescafe tadi. Terharu pulak rasa hahaha. Dapat doorgift gigi orang hahahaha XD

Balik rumah, aku kira gigi tuh. Cuba teka berapa? 117 batang gigi weyhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! Bersyukur sangat2! Banyak sangat sangat sangat! More than enough. So sekarang ni aku ada 117 + 11 + 29 + 21 = 178 batang gigi! Banyakkkkkk sangat. Asal aku macam excited sangat ahh? Ye laaa, sebab susah kot nak dapat gigi yang dah kena cabut, tambah2 aku tengok gigi2 aku dapat tuh masih dalam good condition! Alhamdulillahhhh, semangat aku nak belajar sem dopan bhaiii.

Meh sikit aku lanje gambar gigi2 angkat aku (nak kata 'gigi2 aku' macam lain lak), sorry kalau nampak menjijikkan ke apa hakhak, jangan risau, takde darah pun!

Yang ni tengah dlm rendam clorox nak bagi putih sikit.
Dont try this at home!
Jangan hang pi gosok gigi pakai clorox sudaa,
hang guna optic white ka crest ka baguih daa XD

Yang ni gigi2 angkat aku tengah berendam dalam dettol,
warna dettol tu daa bertukar dah. Aduh.
Nak kena tukar dettol, dettol lom beli -.-

Aku kadang2 terfikir gak, nape la time form 5 dulu aku dengar ramai pasang cita2 nak jadi dentist. Seriuslee, hang tak geli ka? Aku yang bukan kaki geli ni pun, bila bukak bekas bau ayaq longkang mcm depan sekolah aku tu pun macam adoiiiiiai ~.~ Apsal dia tak letak formalin ka clorox ka dettol kaaaa? Kat satu klinik tu je yg bau busuk, yg lain okay je, wangiiii hahahahaha! 



Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.