Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

06 April 2014

Haiiii, pekabo uolss?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :))

Huhuu, tak sangka cepat betul 2 sem berlalu. Dan nak masuk sem 3 dah pun bulan 6 nanti. Tapi abaikan tu, yang pasti, sekarang nih aku tengah cuti sem selama 2 bulan setengah. huhuhu, gempak~!

Hekhekk, memang masa cepat berlalu. Contohnya, depan mata aku sendiri sekarang. Hanisah, my first anak fruit :)) Rasa macam baru je dia dilahirkan, sekarang, depan mata aku sendiri - makin membesar, dari boleh duduk atas lengan aku sampai duduk atas kaki aku. Dari berguling, merangkak, berjalan, berlari, melompat, apa lagi dia tak boleh buat hahaha.

Haihhh, tapi kerenah dia satu nih tak bley blah, aku perasan semenjak 2013 - dia tarik2 tudung aku, cubit tangan aku, sakit gila, tercabut bulu roma *ok tu over ~.~. tapi tu lah hakikatnya, walaupun bulu roma tak tercabut. Tapiiiiiiiiiii, aku masih seronok dapat lepak dengan hanisah sebenarnya :DD

Tak sangka, aku tinggal jauh gila kat Terengganu selama 2 sem, jauh dari rumah. Even tak pernah tinggal asrama, seriously aku takde la pulak homesick, bukan nak gebang tapi tu lah hakikatnya :P
Memang mencabar lah takde transport macam aku, air peluh bergelen2 menceceh2 time jalan nak gi kelas huhuhu.
Bayangkan, 30 minit nak pergi kelas, memang gempak. Tula! Dulu sekolah dekat jalan 10 minit, tak nak jalan, pergi sekolah nak hantar, balik sekolah jalan kaki, merungut2 kena hujan, tapi tu cerita 5-6 tahun lepas, dulu kanak2 form 1 tu tak reti bersyukur, dah lapuk! Dalam masa persekolahan menengah (ayat dia mcm tu ke ataupun BM aku makin teruk ~.~), aku belajar la jugak jalan dalam hujan. Dan benda nih aku apply waktu musim tengkujuh marin wkwkwk, okay macam tak lawak.

Haihhh, makin merapu aku dalam blog nih.

Apa2 pun, pekabaaaa semua readers yang terchentaaa mwahaha. Harap jaga lah kesihatan, maklum lah cuaca tak menentu sekarang :P
Cuti aku tak produktif langsung, sedih betul. Ini je pencapaian yang kira okayyyy la untuk org yg sore tak berapa nak merdu macam aku nih :(

Yang penting, biru tuh panjang mwahahaha poyo
yang merah-merah tu sebab suara pecah microphone rosak ye adik2 .___.
Website : www.karaokeparty.com

Ngeee, pencapaian yang bagus untuk lagu feveret aku tuh ~.~ poyo je

Sebenarnya nak letak random pictures, tapi tu je yg ada ._.
Bythewayyyy, dengaaaaaaaar lah salah satu laguuuuuuuuuuuuu feveret gua semenjak tahun 2012 masihi, lagu ni kira macam bespreng aku lahhh time SPM dulu, menemani aku time kena pressure dengan sekolah, kerja kursus yang memenatkan, kelas tambahan huhuhu, kebosanan menunggu orang online (maybe this is the main reason awat SPM tk dpt bnyk A wkwkwk), okayyy abaikan  let bygones be bygones.
Lagu macam drugs/ubat untuk aku, whole day yang memenatkan sepanjang tahun SPM tuh, tak sah kalau tak dengar lagu. Apa yg perlu aku buat, baring kejap, tutup mata, dengar lagu sekejap, bangun balik, start sambung keje/online. hekhek. Tak kesah la lagu apa.



Aku suka bunyi gitar time minit ke 2:05 tu.
Macam ala2 nirvana sikit kehkeh

P/s : banyak posts yang aku nak publish, tapi kebanyakannya tak siap, sadis :((((
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.