Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

22 February 2014

Aku mengandung?

Bismillahirrahmanirrahim,

ahahahaha dengan tajuk post yang macam tuh, konfem blog aku naik kat alexa rank! Eceh ada hati, padahal aku dah lama gila tak blogwalking promote2 blog aku. Takpe takpe, yang pasti aku ada pembaca & peminat yang tersendiri eceh perasan lagi tuh. Dah2 teruskan baca supaya takde salah faham yang berlaku =.=

Okay macam nihhh, nak dijadikan cerita. Malam tadi aku tidur lebih kurang pukul 2 pagi, standard la tuh. Waktu tengah tidur tu, aku dapat satu mimpi yang aku takkan lupakan sampai bila-bila. Aku dapat mimpi nih sangat jelas, perspective view dari aku mata aku sendiri, mimpi aku pun berwarna-warni dan bukannya hitam putih.

Mimpi tu aku tak ingat sangat mula dia macam mana, yang pasti, korang kena teruskan baca ;)

Masa tu, rumah aku sendiri yang jadi latar tempat. Aku jalan mundar-mandir sambil pegang perut aku yang memboyot tu. Ya Allah, dalam mimpi tuh jugak aku dapat rasa dan dapat pegang perut aku besar dan berat sangat. Payah nak jalan. Maklum la, time tu nak gi hospital untuk beranak dah. Aku pun tengok sisi belah kiri aku kat cermin. Perut pun dah boyot, memang jelas betul gambaran dia. Aku tengok perut aku yang boyot tuh, tiba2 mak aku panggil masuk bilik untuk kemas baju sebelum gi hospital kuala pilah. Time kemas baju tuh, sayu je hati aku sebab orang lain, suami yang temankan nak gi hospital, tapi aku? Bapak sendiri dengan kak su aku. Then teringat pulak suami aku tengah keje kat Selangor huhuhu sedey je. Dalam mimpi aku tuh, aku terbayang muka dan nama dia, huhhh dahsyat!

Then time kemas2 baju tuh, aku ingat la aku selongkar almari, then aku pegang baju warna ungu, warna hijau. Tak lama kemudian, mak aku cakap "Pergi la mandi dulu, lepas tu terus pergi hospital, baju2 nih nanti ____ bawakkan pergi hospital nanti". Ngeeee, yang ____ tuh sang suami tu lah. InshaAllah dia betul2 jadi suami aku in real life :)) hehehe gatai!

Aku pun pergi la tandas, tapi entah macam mana titiba aku kat ruang tamu sambil syampu kepala. Apakahhh? Macam tu lah mimpi, pelik2 -.- Dan mimpi tuh tamat macam tuh je.

Aku tak faham betul lah, nape aku dapat mimpi macam ni yang sangat jelas gambarannya. Apakah arti semua ini ecece, ejaan ARTI tu tak bley blah. *Arti tu nama kakak kawan aku kot! terasa dia kang ._.* Padahal sebelum aku tido tuh aku tak fikir pasal siapa2 pun yg terlibat dalam mimpi tuh.

Ada gak try search google, apa maksud mimpi mengandung tuh, then ada yang kata "akan dapat sesuatu yang kita nak", banyak lagi lah yang keluar search result tuh. Yang pasti, jangan percaya tuh semuaaaaaa~
Mimpi tuh kan mainan tidur.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.