Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

21 December 2013

Reuniooooooon~

Assalamualaikum and greeeeeeeetingsss!

Woahhhhh mood happy sangat today.

Semalam, 20 Disember 2013. Pagi pukul 11 lebih kurang, faiz texted msg pasal reunion. Msg tu aku bukak pukul bape entah. Maklum la, penat naik bas, 6-7 jam dari terengganu. Dia excited sangat nak buat reunion. Aku pun tolong je la yang termampu. Dia kata nak jumpa malam tu.

So, lebih kurang lepas maghrib tu. Aku dah get ready dah. Plan asal, aku mintak dia jemput aku gi bahau since dia pun jemput dowan dengan syud. Tapi disebabkan aku nak gi kedai phone, aku pun mintak je lah bapak aku hantar bahau dulu. Dah gi kedai phone, baru gi Billion. Saje shopping barang untuk dapur jap mihmihmih, nampak tak ada ciri-ciri isteri solehahahahaha gitu?

Syud keje part time kat Billion, maklum la cuti sem. Aku cerita kat bapak aku pasal kawan keje part time, then dia cakap "Rajinnye keje waktu cuti sem!". Dalam hati aku ckp, "haaa, amik la jadi anak angkat =.=".

Aku pun naik billion, nak beli stickie notes. Waktu naik tu, aku dengar Syud gelak kat aras 2. Aku rasa dia dekat dengan escalator tu la. Tapi aku just naik je, sebab waktu tu 9.30 malam, kang billion tutup. Aku pun plan turun nanti baru tegur dia.

Dah beli barang tu, aku turun. Nampak syud, aku senyum la. dia senyum lamaaaa macam tu then baru cakap "Ehhh, syidahhh!".

Dalam hati aku ckp, "Ehh, tak perasan aku ke. Patut la senyum lama hahaha!"

Then aku cakap aku nak gi beli barang kat bawah pulak. Dah beli tu, aku hantar barang2 tu kat kereta bapak aku.

Agak2 dah lama kejap, faiz dengan syud pun text aku "kau kat mana syidah? kau kat manaaaaa?". Ohhh, time ni la korang nak caring aku kat mana yeee? Lempang kang, hahaha.

Then aku pun sampai kat kete faiz. Kitaorang pun pergi jemput dowan pulak.

Then dah jemput, makan sausage chips kat tepi jalan. Kat sini la terkeluar ayat "CHEESE". Aku tnye sosej tu ada cheese tak, faiz kata ada. Aku makan-makan, manade cheese. Then aku cakap, "Manade cheese! Cheese ke air liur kau nihhhhh? -.-". Then gelak2.

Faiz nih cakap menyembur, time makan pun menyembur, rasa nak lempang je. Then time tu, phone dia kena air. Aku cakap la, "Tu air liur ke cheeeeese?". Then kitaorang gelak2. Sengal je.

Yang bestnye, diaorang sangat2 good listener bila aku ceritakan masalah aku. Terutamanya masalah ayam aku ataupun CHICKEN.

Lepas kitaorang habis makan, baru budak chinese yang lain sampai untuk bincang pasal reunion. Ada Izac, James Choi, Lester Chen, Kaw Jia Rong, Too Beng Kai. Fuhhh hebat gila aku still ingat nama diaorang walaupun dah 1 tahun tak jumpaaaaaa! Rindu sangaaaaat!

Discussion tadi pun habis pukul 1pagi, faiz hantar sorang2. Ingat balik sebelum pukul 12 malam. Fuhhhh, hopefully reunion ni jadi dan ramai dapat pergi sebab dah berbulan plan. Kalau tak, aku lempang sorang2! huhhhh.
Yang paling best, bila aku buat lawak sikit, diaorang gelak gila-gila, even aku dah habis gelak diaorang still gelak, aku pun buat2 gelak lagi wkwkwk. Hahahahaha, rindu nak sekelas lagi :((((

Watak-watak utama :
1. Rasyidah yang talkactive
2. Faiz yang suka mengeluarkan cheese
3. Dowan yang still pendiam ._.
4. Syud yang burps dan gelak yang kelakar
5. Choi yang bahasa melayunya makin teruk, aku mintak dia repeat 4-5 kali satu ayat
6. Too Beng Kai yang rindukan mastura, jeles aku -,-
7. Kaw Jia Rong yang excited nak join bila tahu Ain dengan Carol nak pergi, ni lagi sorang -.-
8. Lester Chen yang still pendiam jugak
9. Izac yang ada kelas 26 Disember

P/S : Tak tau kenapa excited nak post kat blog, lebih2 lagi pasal kelas 4G&5G. Ye la, cuba tengok post sebelum ni. Itu pun bulan 7, pasal masuk UMT. Bila pasal kelas 4G&5G je, benda kecik macam ni pun nak post. May Allah ease our way!
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.