Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

04 June 2013

Bagaimana untuk melupakan kesalahan//kesilapan orang lain :'(

Bismillahirrahmanirrahim,

Sekali baca, baca sampai habis okayyyyyy.

Setiap orang pernah buat silap//salah. Setiap orang pun pernah mintak maaf.

Ada orang jenis suka mintak maaf walaupun bukan silap//salah dia, bagus kan orang macam nih? Macam aku lettew, hahahaha.

Tak kisah la siapa yang mintak maaf dulu, usah la dipersoalkan keikhlasan hati dia. Kalau kita mempersoalkan keikhlasan hati seseorang, nampaknya macam ada something wrong somewhere dalam hati kita tuh. Busuk hati agak eh.

Okayyyy, aku nak cerita sikit tentang macam mana aku nak melupakan kesalahan//kesilapan orang lain. Ini tips dari aku dan berdasarkan pengalaman hidup aku laaa. hakhak

Contoh, ada sorang nih, nama dia Azrai.

Aku dengan Azrai nih kawan lama, dari kecik2 sekolah rendah lagi dah kawan. Kebetulan sampai sekolah menengah pun sekolah kitaorang sama, kelas pun sama. Kiranya, dah jadi kawan baik aku la nih. Satu hari nih dalam tahun 2012, aku tak datang sekolah. Esok tu pulak aku datang sekolah. Tengok2, si Azrai nih bad mood pulak dia. Entah apa salah aku entah aku pun tak tau. Takkan la sebab satu hari aku tak datang sekolah je, dia dah takde harapan nak hidup kot? hahahaha xD

Aku pun malas la nak tegur, dah orang tengah bad mood kan? Tapi sepatutnya, memang aku kena tegur dulu pun. Tapi takpe lah, tunggu dia reda dulu.

Dah seminggu berlalu, baru dia nak tegur aku, borak2 dengan aku. Dia buat macam takde apa2 berlaku sebelum nih, bayangkan. Padahal hati aku dah panas je kan sebab aku tak tau apa salah aku, tiba2 bad mood dengan aku. Dengan orang lain kau okay je pulak. Dah sah gila budak nih! hahaha.

Sampai satu hari, aku tanya dia. "Weh, ada satu hari tuh, aku tak datang kan? Pastu, nape kau tak tegur aku pun?" *cakap direct punya!*. Si Azrai ni pun cakap, "Sorry la, aku ada masalah keluarga time tuh, aku tensen sangat".

Okay, ada masalah keluarga ea, aku tumpang simpati. Habih tu, dengan orang lain kau boleh lak gelak huhahuha sana sini. Kau nampak aku je, kau buat muka mintak lempang, pastuh tak tegur apa2 macam kita nih tak kenal langsung =.= Padahal dah lama kot kita kenal! Tiba2 kau layan aku macam orang asing lak kan! Memang sakit hati lah. Satu kelas perasan kau tak cakap dengan aku seminggu, diaorang dok tanya aku, pasal kenapa kau tak tegur aku. Aku jawab ler tak tau. Tebal muka aku nak tahan malu, kau tau tak?!

Takpelah, lagipun dia pun dah mintak maaf. Aku pun tak nak la tanya lebih2 pasal 'masalah keluarga la sangat' dia tu.

Memandangkan dia nih kawan lama dan kawan baik aku, aku lupakan je lah kes tuh. Tapi macam mana aku lupakan? Ada persoalan di situ.

1. Jangan mempersoalkan keikhlasan hati dia meminta maaf. Dah kira okay dan bagus la, dia minta maaf. Boleh nampak yang dia ada usaha untuk mengekalkan persahabatan tuh.

2. Ingat balik kenangan2 manis bersama. Ececece, semua tips ni bukan untuk pasangan berchenta je okay. Tapi boleh gak, suami isteri kan dipanggil pasangan berchenta. Tips ni boleh guna kat orang sekeliling kita la (kawan, mak bapak, atok nenek, adik beradik).
Aku rasa tips ni paling bagus. Kan?
Contohnya, aku dengan Azrai nih memang kaki kacau orang lain. Lepas kacau orang lain, kita orang pun gelak sama2. Jadi, masa aku tengah rasa panas dengan perangai dia, aku pun duduk, ingat la balik benda2 yang kitaorang dah lalui bersama dan feel balik betapa happynye waktu tuh.

Macam mana kalau takde kenangan manis langsung? hahahaha, hmm yang ni susah sikit.
Macam mana ekkkk? Kalau aku, aku mesti akan cari@fikir sekecil2 mana pun kenangan2 manis. Dah nama pun kawan, konfem ada punyalah!

3. Ingat balik kebaikan dia. Tips ni pun bagus gak (mentang2 semua tips nih aku buat, semua nak cakap bagus).
Ye lahhhh, cuba ingat balik kebaikan dia. Contohnya, Azrai nih suka kasi aku tiru keje Add Maths kalau aku tak SEMPAT siap, aku pun senang hati la dapat tiru. Tapi takde la tiru bulat2, time tulis tu fikir la kenapa jadi nih, kenapa jadi tu. =.=
Lagi, dia suka belanja aku makan mi kari makcik kantin. Pastuh apa entah lagi.
Kiranya, fikir benda baik2 je. Jangan fikir benda buruk macam, "Azrai nih suka korek hidung pahtu calit bawah meja, jijik gila! Kadang2 dia calit kat beg aku". nonono.
Buruk mana pun perangai orang tu, jangaaaaaan sesekali fikir masa nih. Sebab benda2 tuh sume hasutan dari syaitan nirrajim yang boleh merenggangkan persahabatan korang! ish3
Teruskan fikir baik2 je. Dapat jugak kurangkan sakit hati :D

4. Tengok balik hadiah2 lama yang diberi.
Hakhak, haaaa. Si Azrai nih suka kasi hadiah, tak kesah hadiah tu kecik2 mana pun (keychain). Bila aku rasa nak marah je, dah tak jadi nak marah lepas tengok hadiah2 lama tuh xD
Bukannya sebab aku senang dibeli dengan hadiah, tapi aku terfikir balik perasaan gembira bila dapat hadiah tu dulu, so hilang la rasa marah tuh :D

5. Set minda untuk lupakan. Penat + sakit hati kalau tiap2 hari asyik fikir masalah sama, jadi kita perlu buat sesuatu untuk lupakannya. Hohoho, minda kita bagus sebenarnya. Dan kita la yang patut arahkan dia buat sesuatu. Waktu tu, Azrai kan dah mintak maaf, tapi aku masih tak boleh lupa pasal kes tak tegur seminggu tuh.

Caranya ialah malam sebelum tido tuh, tengah mamai2, aku setkan minda aku "Esok pagi aku dah lupa segala masalah aku dengan Azrai". Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, hebat kan ayat tuh? Kena cakap time tengah mamai sebelum tidur tuh, konfem jadi punya lah!!

Sebab waktu tu, gelombang otak kita dalam tahap theta. Masa tu kita tengah mengantuk//mamai. So setiap kata2 yang kita dengar, minda kita akan kerjakan benda tuh. Sama la macam bila anak2 kita tengah nak tido (sejak bila aku ada anak=.=), kita bisik la dekat dia, "Anakku, jadi lah hamba Allah yang taat, jadilah anak yang rajin dan solehah, jadilah engkau orang yang tidak berputus asa". Sebab masa tahap theta nih, otak senang terima nasihat. blablablablablaaaaaaaaaaaaaa~  Aku pun tak nak cakap lelebih, sebab ilmu psikologi aku takde la banyak mana pun :)

So, set your mind tonite ! :D

Jadiiiiiiiiiiiiii, tu lah dia 5 steps untuk lupakan kesalahan//kesilapan orang lain. Biasanya, lepas aku buat step kelima tuh, mesti jadi punya! Yang penting, aku kena yakin yang aku mampu lupakan masalah dengan Azrai tuh.

Jadilah orang yang pemaaf dan melupakan kesalahan//kesilapan org. Memang susah melupakan kesalahan//kesilapan orang, jadi take your time, ambik lah berapa banyak masa untuk melupakan.
Kalau selalu memikirkan kesalahan//kesilapan orang je, bukan dapat menyedapkan hati pun. Tapi bertambah teruk sakit hati tu ada lah!
Lagi, berusaha lah untuk sabar dengan kerenah2 manusia, tahankan diri untuk marah2 orang. sabaaaaarrrr itu penting!

P/s : Cerita tentang Azrai tadi ialah cerita rekaan semata2. Jadi, si Azrai nih tak wujud sebenarnya. 
Setakat nih, aku belum jumpa lagi kawan yang korek hidung pastu calit kat bawah meja//beg aku. 
hahahaha xD
Cerita rekaan ni dibuat untuk readers lebih senang faham tentang tips tu je :) 
Haaaa, tu lah yang aku cuba sampaikan kat sini sebenarnya. 
Jadi, usah la dipersoalkan tentang bagaimana dan mengapa aku dapat cipta karakter Azrai nih. 
Aku pun tak tau.

Semoga post ni dpt menolong sape2 untuk lupakan perkara2 buruk yang dah berlaku tu.
Lepas dah lupa perkara2 buruk nih, hubungan korang pun akan jadi seperti biasa :D

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.