Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

18 May 2013

My first blueberry cheesecake~! hahahaha

Bismillahirrahmanirrahim!

Huhuhu, 2 minggu lepas aku dok belek2 majalah RASA dengan majalah SAJI. Then, merata2 aku tengok resipi cheesecake. Sana cheesecake, sini cheesecake. Aku dah la suka la jugak dengan cheesecake nih~! Tengok je buku resepi tuh, ughhhhhh rasa nak lempang2 je buku tuh! Sebab selama nih aku, kalau tengok buku2 resipi nih, aku tak pernah rasa terliur mulut aku nak makan ke hape kan. Tapi tengok je cheesecake, ughhh terus rasa nak makan!

Fikir punya fikir punya fikir, hahahaha aku pun nak la jugak buat. Tengok resipi tu macam senang je. Selain tu, aku pun refer kat youtube gak untuk cara pembuatan dia.

Petang Jumaat semalam, aku pun mintak la Kak Su (kakak ketiga) teman aku gi beli barang2 cheesecake tuh. Dia pun mcm nak tak nak je, muka takde emosi langsung =.= Aku pun mintak la bapak aku hantarkan ke kedai jual barang kek.

Time tu hujan lak, hehhh, tapi takde la lebat mana. Basah tu still ada gak. Pahtu aku capai la creamcheese jenama Philadelphia entah apo name ea ontah. Patah lidah aku nak menyebutnye =.= Harga boleh tahan RM17 untuk 500grams. Creamcheese jenama nih halal, dah tengok2 kat internet dah.

Malam sabtu tu, baru aku buat cheesecake tuh. hohoho. Dan ini lah hasilnya. Tapi takde la lawa sangat mcm jual kat kedai kek tu kan.


Hahhhh, tu dia cheesecake pertama dalam hidup *melampau je ayat* yang aku buat. huhuhu, macam tu lah. Krim putih dia tuh jenama po entah, tak lawa bila dah duduk atas kek. melepet je aku tengok =.=
Cheesecake aku buat nih style slicecake la, malas nak buat kek bentuk bulat.

Ok, dah tutup cite cheesecake.

Tengahhari tadi pulak, kak long aku lak nak buat pavlova. Dari hari Isnin lepas kot dia kata nak try buat, sebab dia belum pernah buat lagi. So aku biar je lah, aku nak tengok je dia buat. Last2, dia mcm putus asa gitu sebab pavlova ni nak kena guna putih telur. Dia pulak susah sikit nak asingkan kuning telur drp putih telur. Aku nak gelak, tapi mcm jahat pulak aku kan? So tahan je la, huhuhuhu jahatnye aku =.= Tapi dulu mula2 aku belajo asingkan kuning telur dengan putih time darjah bape entah, ada la fail gak.
Pahtu dia kata dia fed up nak buat, hehhh menyampah pulak aku tengok.

Lepas tu, dia buat balik pulak! Hahahah, lempang kang tau la. Aku pun ok la, tengok je dia buat. Biar dia rasa lak nak buat pavlova cemana. Pavlova dia buat nih, aku suruh letak perisa oren.
Dah buat tuh, masuk la dalam oven. Oven lak macam ada masalah, langsung hangus! Kuang asam punya oven, arghhhh aku benci kau oven. Kau dah berhutang darah dengan aku~! *titibe lak =.=''*

Sooooooo, pastu dia dengan Kak Su, dengan mak dengan bappak dah berambus gi Bahau gi shopping. Tinggal la aku sorang kat rumah, aku pun buat balik pavlova tu sorang2. 

sooo, yang ni ghoman(rupa) pavlova belum masak.
Putih macam salji kan huhuhu -.-

Dah masak tuh, aku pun sejukkan dia, then letak la apa yang patut. Tadaaaa, ini lah ghoman pavlova aku bila dah siap. huhuhu

Buah kiwi, strawberi dah tade. Kedai jual buah tu dah nak bankrup =.=
So they decided to stop providing expensive fruits. hahahaha

Tu je lah apa yang aku cuba nak tunjukkan kat sini. hakhak

Ermm, aku buat makanan2 nih untuk makan dengan family je, takde la sampai nak jual2 buat bisnes ke -.- Harap maklum, sebarang tempahan takkan dilayan. hahahaha ayat mintak kaki. 
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.