Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

24 February 2013

Arnab ^-^ *Siri 2*

Bismillahirrahmanirrahim,

Siri 1

Aku pun tak tau apa masalah nak buat cite bersiri2 lak kat blog. Bhahahahha.

Aaaaaaaa, aku suka sangat2 dengan arnab !!!!! *selain dari sugar glider. Sorry sugar glider, kau mahal + busuk sangat =.=

Ada satu insiden yang berlaku antara aku dengan sekor bunny warna putih nih. Bunny nih kira muda la jugak. Kita panggil nama dia Shiro la yang bermaksud putih. Aku pun sebenarnya tak tau hape nama bunny tu, so kat sini aku gelarkan dia Shiro la *nama nak jepon je*.


Telinga shiro panjang sikit okayyyyyy \(=^.^=)/

Tahun 2006, waktu tuh aku darjah 5 Arif. Berpegangkan jawatan pengawas yang garang dan suka mencubit budak2 nakal. Ada satu hari tuh, sorang photographer dijemput dibayar ke sekolah kitaorang. Untuk tangkap gambar berukuran passport. Waktu tu, kat tapak perhimpunan kedua bawah bangunan sekolah 4 tingkat kitaorang. Photographer tuh dah ready dengan spotlights, background biru pe jadah eah, dan of coz kamera dslr *dulu tak tau namanye kamera dslr pong*.

Waktu tuh macam semua orang excited + gayat sebab first time sekolah jemput photographer tangkap gambar passport kat sekolah. Pahtu ada yang melawak nak pakai mascara la, mekap la untuk photoshoot *kawan aku la tu tapi malas kasi tau nama nanti dia femes lak kat sini*. 

Bagi aku, dalam kamus hidup aku takde istilah takut dengan lensa2 kamera, spotlights and etc. Sebab aku dari kecil2 lagi memang dah biasa sangat dengan lensa2 kamera yang sering menjadikan aku sasaran untuk jadi model dalam majalah gambar2 passport diaorang. bhahahaha =.=

Pada satu hari tuhhh, gambar2 passport kitaorang pun dah siap dicuci. Semua orang dapat gambar2 diaorang. Pahtuu, setiap orang dalam kelas 5Arif tuh, kena kasi 1 gambar kat Cikgu Norafida(gurukelas) sebab dia nak tampal sebijik2 muka kitaorang kat kad manila.

Memang sumpah ahhh buruk gila muka semua orang. Apa yang aku nak cakap kan sebenarnya ialah hasil gambar tuh memang mengecewakan kitaorang. Kepala kawan2 laki aku sume nampak macam kepala alien. Badan kocik, muka gedabak besar. Background biru kat belakang macam takde function sebab dalam gambar tuh jadi warna putih! Bhahahaha xD

Yang hensem jadi tak hensem. Yang comel *mcm aku* jadi tak comel pulak =.=

Kitaorang sume gelak2 tengok kad manila tuh! Kad manila tu lah jadi section kitaorang bergelak ketawa sambil mengutuk gambar masing2 lepas habis waktu rehat. Akhir tahun 2006 tuh, sume orang cabut balik gambar2 tuh. Malu dohhhhh.

Okayyy, berbalik pulak kepada LEPAS BEBERAPA hari kitaorang dah dapat gambar passport tuh. Haritu aku balik rumah naik kete, pastu aku nak masuk rumah. Lepas tu, aku teringat pulak aku ada selit gambar passport kat belakang seat pemandu. Aku pun bukak la pintu, pahtu aku tengok gambar tuh dalam kete sambil tersengih2 macam orang gila.

Waktu tu, kaki belah kanan aku terjulur luar kete. Kaki belah kiri kat dalam kete. Lama betul aku tengok gambar tuh sambil tersengih2. Sebab waktu tuh aku teringat balik peristiwa2 time photoshoot tuh.

Masa aku tengah tersengih2 tuh, aku rasa macam kaki kanan aku berat sikit. Aku buat tak hirau la sebab tengah syok tengok muka sendiri dalam gambar passport. Tak lama lepas tuh, aku toleh tengok kaki aku, pahtu aku nampak sekor bunny putih kat kaki kanan aku tengah menguis2 kaki aku. Aku tak faham, apa yang dia cuba nak buat sebenarnya? 


Bunny dahh comel, tapi aku tak makan jagung T_T

Shiro dah merayap2 depan rumah aku beberapa hari sebelum insiden nih berlaku. Mak aku cakap Shiro tuh macam dah nak mati. Tak tau la mak aku nampak dia macam ada sakit ke apa. Shiro tu kepunyaan anak jiran aku iaitu senior laki yang umur dia setahun tua daripada aku.

Waktu tu, aku baru je nak letak gambar tuh dan ambik Shiro. Tapi, malang tuh memang tak berbau, tiba2 ada sekor kucing terus gigit belakang leher Shiro dan berlalu pergi sambil melemparkan senyuman sinis serta jelingan mata yang tajam yang aku pasti, membawa maksud "Kau jangan nak rampas rezeki aku, dasar pengawas tak sedar diri!!".

Okayyyy, part senyuman sinis dengan dialog tuh tipu je. Tapi serius, kucing tuh jeling kat aku. Bhahahah, sexy betol jelingan beliau.

Kucing tuh berlari pergi belakang, aku pun lari ikut sama. Pahtu dia pasang strategi dengan melompat atas longkang besar. Aku tewas sebab takut nak lompat. Aku pun macam terpinga2 waktu tuh. Aku pun toleh nak balik rumah, then ternampak makcik ataupun mak kepada senior aku tuh kat belakang aku. 

Kiranya dia pun nampak la situasi tuh. Pahtu borak2 sikit. Kat rumah, aku pun cite la kat mak aku blablabla potpetpotpet. Aku rasa macam terkilan gilaaaaaaaaaaaa tak dapat selamatkan Shiro tuh! Kan bagus kalau aku terus toleh tengok kaki aku! Kan bagus aku boleh lompat atas longkang besar! 
*Fakta longkang besar : pernah menyumbatkan sekor anak lembu dalam longkang tuh! adoiiiaiiiii!*

Haihhhhhhhhh, petang tuh, aku dapat tau Shiro mati kat halaman jiran belakang rumah aku dan dikebumikan kat situ. Yang sedihnya, kucing tuh tak makan pun Shiro! T_________T

Baibai Shiro :'((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((

Tiap2 kali aku teringat peristiwa nih, mesti aku rasa macam terkilan sangat2. hurmmm. 

Dear Shiro, aku nak sangat kau tau yang aku nak pegang kau dari hari first kau datang rumah aku lagi. Tapi mak aku tak kasi pegang nanti aku dapat asma T___T *padahal mak aku tak tau, aku jadi mak kucing2 kat sekolah, siap bagi whiskas lagi bhahahaha XD

゜・。・゜・゜・。・゜・゜・。・゜・゜・。・゜・゜・。・゜・゜・。・゜・゜・。・゜・゜・。・゜・゜・。・゜・゜・。・゜・゜・。・゜・゜・。・゜・

Bulan 12 lepas, aku dengan Fatihah ada gi rumah Farah. Dia dengan ayah dia ternak arnab. Pahtu aku sukaaaaa gila tengok arnab2 tuh. Aku siap pegang bunny baru lahir lagi, yang takde bulu tuh. 

Yang paling lawaknya, ada arnab betina tuh pergi kencing kat muka arnab jantan (suami dia la) tuh. Hahahahahahadoiiii. Pahtu ada sekor kucing oren kononnya jadi pengawal kat sangkar tuh. Kucing tuh duduk je atas sangkar tuh. 

゜・。・゜・゜・。・゜・゜・。・゜・゜・。・゜・゜・。・゜・゜・。・゜・゜・。・゜・゜・。・゜・゜・。・゜・゜・。・゜・゜・。・゜・゜・。・゜・

Hani ada bela 2 ekor arnab. Pasangan suami isteri. Nama diaorang Mario dengan Maria. Nama sepadan je. Yang teruknya perangai diaorang nih, suka gigit2 buku Hani + gigit wayar laptop charger + hasilkan banyak zuriat. Banyak dah anak2 diaorang, tak terkira dah. 


P/s : sekejap guna bunny, sekejap guna arnab. apa2 je lahhhh -.-

P/p/s : Menghitung hari sangat2 :DDDDDDDDDDDD 
Abang aku nak kahwin 15 Mac nih, so Im going to Alor Setar, Kedah for the wedding ceremony and langkawi to buy damn lots of dark chocolates! Mungkin 1 minggu je kat sana.
Doakan semua berjalan dengan lancar :D
Syukur alhamdulillah, Ya Allah.





Aku akan ingat sampai bila2 orang yang kasi lagu nih kat thumbdrive aku.
Tapi masalahnya pompuan tuh daa bawak thumbdrive aku =.=
Dengar je laww kat utube =.=''


Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.