Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

17 October 2012

Whiteboard yang berhantu! Tolongggggg~

Bismillahirrahmanirrahim,

Today aku datang sekolah plak. Ye lawww, disebabkan ramai mintak aku datang sekolah. Terutamanya Choi tuhhh, ketua kelas tu hah. Dia siap cakap lagi, "Sudah lama tak nampak awak". Hahaahahahaha. Terharu beta mendengornye.

Tpi memang today ada la sikit fun datang sekolah nih.

Masa perhimpunan tadi, murid2 Islam form 5 dipanggil masuk Bilik APD ( alatpandangdengar ). Muat lahh bilik APD tu untuk kitaorang. Kitaorang pun tade la ramai sangat pong.

First2 je Cikgu Azman(kaunselor DM) kaunseling sikit kitaorang. Memang, memang SPM tinggal 19-18 hari je lagi. Aku pun tanak buang masa mencerabih banyak2 sangat kat sini. Pendek cite memang sekolah dah banyak berkorban untuk tengok kitaorang happy time dapat result SPM nanti. Aku pun akan cuba sedaya upaya untuk dapat 9A++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ dalam SPM nanti inshaAllah. yes yes yes! Aku dah tak sabar dah toqqqqq.

Pahtu macam ada 2 orang penceramah bebas *menipu je aku hahaha*, datang buat demo hafal keywords2 sejarah dengan fizik. Pahtu dia tanya siapa ambik fizik, aku macam cakap la "Sayaaaa", ramai tak ngaku ambik fizik =.= bengong. Pahtu dia tanya, "Apa formula speed?". Pahtu aku dengan yakin jawab, "d over t (distance over time taken)". Aku konfem sangat2 tu jawapan dia then dia cakap salah, dia kata, "v tolak u bahagi t". Aku cakap dalam hati, "tu bukan formula acceleration ke? =.=". Aku pun pujuk la hati sendiri jangan ambik hati sangat LOOOL.

Then dalam kelas, aku tanya Choi. Choi kata formula speed distance over time gak! Eiii, bengang je. Tpi takpe. 2 orang penceramah tu telah pun bantu kitaorang nak ingat formula fizik, sejarah dan perkataan jepun dan arab sikit dalam masa yang singkat. InshaAllah, Ahad nih ada kelas Sejarah dia RM50 satu subjek. Next week, physics lak. Setakat nih dia cuma buat Sejarah, Physics, Science dan Biology.

Dia memang awesome lah dia bantu pelajar ingat keyword sejarah yang penting melalui penceritaan yang dia ulang beberapa kali.

Pahtu dalam kelas, waktu rehat. Aku tak keluar rehat. malas. Buang tenaga aku je. Aku tunggu cornetto dari Laila, kirim kat dia.

As you know, aku duduk depan kelas yang berhadapan dengan whiteboard tuh. Aku pun macam buat2 add maths sikit. Then, ada makcik yang keje2 kat sekolah tuh. Diaorang angkat divider kelas yang besi bunyi zreng zreng zreng tuh. Diaorang nak tukar tiang tu balik sebab tiang kat situ salah tempat. Then makcik tuh berusaha angkat divider zreng3 tuh yang kat depan aku. Tapi dia try angkat dri kelas sebelah aku, so aku tak nampak dia. Then dia angkat2, macam susah.

Last2, diaorang kononnya successfully lah angkat menatang tuh. Aku dek je lah studi walaupun bising. Then aku tengok depan, whiteboard yang mudah alih tuh, Titibe macam nak tumbang ke meja aku. Aku macam buat dek je lagi. Pahtu aku titibe terfikir, kalau whiteboard ni jatuh, mesti dia hempap aku macam Najwa time form 3 dulu kat tuisyen Cikgu Suzana. Then aku berlari2, nak tahan whiteboard tu dari jatuh dan sekuat hatinya aku tolak whiteboard ke tempat asal. Waktu tuh, macam ada sorang cikgu BM nampak dari luar kelas, tapi dia tengokkkkkk je. Buat ekspresi muka terkejut, padahal aku rilek je. Dia takde nak tolong ke hape ke =.=

Pahtu aku duduk balik. Pikir2 balik, nasib baik la aku tak kena hempap. Kalau kena la, mau tak retak tempurung kepala ke, ambik  SPM dalam hospital ke. Perghhhhhhh. Awesome. Bahaya siakkkk duduk depan nih.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.