Petang tadi aku stayback sorang2 kat sekolahh T_T
Sedey betul lah. Semua orang dapat makan tengah hari kat rumah. Aku? Duduk kat dalam studio LK, makan roti gardenia-fluffy buns-kelapa dengan roti gardenia-delicia-coklat je. Sedey2.
Biasa dan sememangnya, dah berbulan-bulan-bulan lebeh, lebeh kurang 7 bulan dahh. Nak tau tak macam mana rutin aku kat sekolah kalau stayback?
Okay, first thing first. Habis je sekolah, bunyi loceng untuk balik. Aku pong kemas lah buku2 sumbat dalam beg. Pahtu head away pergi surau. Memang aku alone lah pergi surau. Kadang2 terserempak dengan cikgu. Kadang2 terserempak dengan Atiqah, Fasihah, Diyana, Hani dengan Najwa. Tu pun kalau diaorang ada kelas tambahan fizik @ biologi la. Kalau ada kawan dalam surau tu pun, bagi aku dah kira heaven la sebab ada la gak kawan nak borak. Kalau takde, sorang2 je lah.
Lepas solat, terus pergi ambik kunci Studio LK dari Cikgu Fatini kat bilik KHB, tu pun kalau Chan Zi Yuan dengan Tan Yong Xin tak dpt datang kelas tambahan. Tadi aku pergi ambik kunci. Pahtu head away pergi koperasi pulak, beli lah roti-rotian tuh. Makan roti je =.= Kebulur aku doh.
Pahtu, aku pun pergi naik tangga untuk pergi ke Studio LK yang memang tercorok atas blok atas yang kosong tuh. perghhh, menyeramkann gila kalau sorang2. Nasib baik lah Cikgu Darma (GPK HEM) dengan beberapa ornag pengawas dengan sorang pak guard tengah melakukan operasi mencabut siling yang tergantung macam whiteboard dekat area blok tuh. Aku lalu kat blok tuh, tergelak2 tengok siling tergantung sebab angin kuat hari Ahad lepas. Papan visi sekolah tepi dewan tu pun dah hilang dia punya banner tuh. Adoiai, beli la baru.
Lebih kurang 45minit kemudian, Carol pun sampai. Bagus la, ada la gak kawan an. Pahtu Safwan, Syud, Laila, Ramzi, Dowan pong datang. Kita orang je yang datang. Memang best dan syok lah.
Ramzi dengan Dowan pergi beli ice-blended kat Taman Tunku Puan Chik. Pahtu aku suruh diaorang belanja *bappak sedap*. Syud pulak beria mintak cappucino, coklat la. Pahtu, titiba Laila mintak milo padahal diaorang dah blah dah. Waktu tu la aku, syud, laila, shiela dengan carol, kitaorang mengaku yang kita pernah tiru tandatangan cikgu untuk kad koko warna biru tuh. Cikgu gelak2. Jujur betul kitaorang. Aku siap tunjuk tandatangan yang aku tiru tuh kat cikgu, aku tanya "Sama tak cikgu, dengan tdtgn cikgu?". Hahaha.
Pastu buat kerja kursus balik. Syukur alhamdulillah, lukisan mekanikal, lukisan elektronik, lukisan elektrik dengan lukisan perpaipan aku dah siap. Dan dah check dengan kawan aku pun iaitu Laila. Aku pun rasa relieve sikit since kena siapkan at least hari khamis nih. Pelan rumah je yang biol sikit. Aku benci gila buat rumah. Ada cermin la kena lukis. Dah la kecik cermin tuh, berpinar2 mata aku. Aku benci pelan rumah hahahaha. Sakit mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Pahtu Cikgu ada cerita yang waktu dia duduk dalam Studio LK sorang2 waktu persekolahan tadi, dia buat pelan rumah lagi. Pahtu dia dapat kol dari mak dia yang dia miskol mak dia banyak kali. Cikgu dah risau dah. Dia check fon dia, takde pun kol mak dia. Pahtu dia lari tinggalkan studio dengan pensel2, board LK atas meja aku kat depan tuh. Pencil case pun dia tak susun. Last2, mak dia kol balik, cakap yang kakak cikgu tuh yang kol dia. Bukan cikgu. Gila seram doh. Walaupun bukan betul.
Pahtu balik pukul 6 lebih. Gila, lebih baik aku pasang khemah tengah padang je, tinggal kat situ, bangun pukul 6 pagi balik -.-
Balik naik motor shiela lagi. Hakhak. Arghh, ngantuk seyh. Keje berlambak lagi. Ulang kaji untuk trial SPM ni bila nak mula weiiiiii. Masha-Allah.
P/s : Kalau kita memegang ijazah psikologi, act like what you did learnt from it. Jangan dera emosi pelajar okay, newbies ? You tau kan, tak bagus untuk pelajar tu kalau you marah or hukum dia depan kelas **eventhough dia bukan dari kelas pandai, but they do have feelings and akal?** I thought you learnt it in your university, but seems like you didnt or you failed on it?
Aku dah dapat no pin matrikulasi ke apa entah, bayar RM10. Ok ciao.