Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

15 July 2012

Mirumo de Pon

Bismillahirrahmanirrahim..


Hmm, mungkin ada yang pernah tengok anime nih kat TV3 dulu. Sekitar tahun 2005. Time tu TV3 pakai nama Mirmo Zibang. Aku ingat lagi, cerita tu ditayangkan waktu aku tengah sakit kaki akibat kemalangan 23 June 2005. Arwah adik aku pun tengah sakit. Aku tak tau, kenapa lepas aku accident sakit dia bertambah2 teruk. Kalau banyak pengamal perubatan Islam waktu tu, mesti boleh tolong.

Waktu tu, adik aku macam dah takde life langsung. Terlantar je atas toto. Tiap2 hari, tak kira siang atau malam. Mata dia tak pernah tertutup. Gila aku cakap, hati mana yang tak meruntun kalau tengok budak kecik yang berumur 6 tahun macam tuh. Dah la dah kurus kering sebab tak makan berbulan2, mata pulak tak berkelip, even tak tidur pun. Ada orang letak lada hitam kat mata dia untuk dia kelip mata. Tapi, tak berkesan jugak. Mata dia tetap tak berkelip. Mata dia dah kering. Serius aku tak boleh lupa, kedudukan lada hitam yang berketul dan berserbuk atas mata hitam dia. Aku rasa macam, sedih sangat2.

Kami sekeluarga even jiran pun berusaha untuk pulihkan dia. Ayah aku siap letak bubur putih dalam kain putih, lepas tu letak atas perut dia. Orang kata badan dia boleh serap bubur tuh. Entah aku pun tak tau. Yang sedih sangat, perbagai2 makanan kegemaran dia ada dalam peti sejuk. Tapi dia masih tak sihat. Setiap makanan tu aku terpaksa makan. Rasa heaven la jugak, tapi macam mana nak heaven? Sedangkan adik sendiri menderita sakit.

Waktu tu, cerita mirumo ditayangkan pukul 7.30malam tiap hari Khamis tak silap aku. Adik aku diletakkan terlantar di depan tv. Dengan harapan dia akan tengok tv. Waktu cerita tu ditayangkan, aku pujuk adik aku untuk tengok cerita tu dengan aku. Aku pujuk2. Padahal adik aku tak boleh berkata sepatah pun, tapi aku tau. Yang dia mendengar apa aku cakap. Adik aku bukan kena strok ye. Hati aku meruntun lagi sekali, sebab budak mana yang takkan suka tengok cerita kartun? Tapi dia, takde ekspresi wajah langsung!

Later on, adik aku dimasukkan ke dalam ICU sebab kehadiran kuman dalam peparu, pneumonia apa entah. Masa aku, kak long, kak ngah dengan kak su berada dalam rumah. Kita orang dapat panggilan tuh dari ayah. Aku tengok semua kakak2 aku menangis. Tapi aku, aku tak menangis. Sebab aku tak tau pun apa maksud ICU. Lepas aku tanya kak long, baru aku tau apa maksud dia. Aku nak menangis jugak, tapi aku tak nangis sebab aku percaya dia akan terus hidup.

Semua adik beradik aku dapat pergi jenguk adik kat Hospital Seremban. Tapi aku? Aku tinggal sorang2 dekat rumah dan ditemani oleh salah sorang adik beradik aku. Kadang2 kak ngah, kadang2 kak long. Kadang2 tengah2 malam, ayah aku balik ke rumah.

Lama sangat ayah dengan mak aku tak pergi kerja.

Sampai la satu malam, aku dengan kak long dapat call daripada family kat sana. Diaorang cakap diaorang tak balik. Aku pun tidur lah. Pagi 1 September 2005, kak long kejutkan aku lebih kurang pukul 4 pagi.

"Adik dah meninggal"

Aku takde reaksi apa2, maklum la budak2 lagi. Pahtu aku keluar mengengsot, terus aku menangis T_T

1 September tu hari Khamis, 7.30 malam, cerita tu masih ditayangkan dan aku tengok sorang2. Mengharapkan adik aku masih hidup dengan keadaan yang sihat, dan kita orang tengok cerita tu sama2, berpelukan

Semenjak tu, tiap2 pagi. Aku rasa kosong. Takde siapa nak bergaduh dengan aku. Dan sejak tu jugak, aku harap yang kejadian adik aku meninggal, hanyalah satu mimpi.

Ya Allah.

Ok, berbalik pada cerita Mirumo de Pon! Dylan ataupun Yuuki nama dia, sangat2 hensem dohhhhh! Gambar ni bukan gambar real kot.


Kaede yang comel~




Romaji Lyrics:

Hoshizora no shita o kugurinuke
Okashi no kuni e ikoo yo
Dooshite sonna ni nee
Hoppe ga poyopoyo na no
Kitto ne ai ga ippai
Tsumatteru kara da ne
Yoosei-tachi mo yume o miru no?
Sore wa donna yume na no ka naa
Manmaru no tsuki no uragawa de
Kakurenbo o shiteiru no?
Nanda ka wagamama de ne
Choppiri na maiki demo
Fuwafuwa booshi no negao wa
Nee, tenshi mitai da ne
Yoosei-tachi mo koi o suru no
Sore wa donna koi no ka naa
RIBON no yoo na hane o hiroge
Himitsu no tabi shiteiru no?
Wasurenai de ne ashita mo issho yo jaa ne GOODNIGHT
Yoosei-tachi mo yume o miru no?
Sore wa donna yume na no ka naa
Hoshizora no shita o kugurinuke
Okashi no kuni e isogoo

Lyrics, download link ada kat page youtube tu. Lagu ni best sangat, sampai kalau TV3 potong lagu dia pun aku marah2.

Insha-Allah aku akan beli vcd dia hehehehehehe.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.