Gempak gila ayat bidalan aku. Ahak3. Bidalan ke? Entah, lupa.

Comey je gambar nih
Takdeeee. Pagi tadi macam apa je =.= Seterika baju badan beruniform Puteri Islam satu hal, nak seterika tudung putih lak lagi untuk perjumpaan sukan hari ni. Perghhhh. Mandi pukul 7 =.= Tak guna! Sebabnye, semua orang kononnya wajib pakai baju sukan. Pahtu, wajib jugak tukar baju badan beruniform. Disebabkan aku nih muka innocent *LOL* dan patuh kepada arahan, aku pun bawak la sekali baju Puteri Islam tu.
Waktu kat perhimpunan nih, aku dah resah gelisah lahhhh disebabkan aku nih takde kelab sukan! FYI kan, aku dulu seorang yang suka berfoya2. Tahun 2008, kelab catur. Tahun 2009, bola baling. Tahun 2010, golf. Tahun 2011, memanah. Bhahahahaha. See, berfoya2 betul.
Kelab catur memang best ah, tapi ramai gila ahli2 dia. Sampai aku nak tunjukkan bakat yang terendam pun tak leh -.- At last, jarang2 je pergi perjumpaan. Aku pun nekad tukar kelab. Aku pun tukar kelab bola baling waktu form 2. Entah amende entah, pegang bola pun tak reti. Tahun 2010 lak, aku try masuk kelab golf. Yang aku ingat, guru penasihat dia eksiden apa entah, pahtu tak leh main badminton. So, dia main golf. Perghhh, lepas je sehat, terus masuk kelab badminton balik. Pahtu, kelab golf dibubar -.- Pahtu tahun 2011, masuk la memanah. Best gila ahh, regang2kan otot kat tangan pakai satu getah sintetik *nak pakai tayar motor pun boleh, serius*. Mahal benda tu, RM25 satu. Cikgu beli 4 so RM100. Bestt. Benda tu berbau coklat cadbury. Ni mesti salah satu keluaran produk dia.
Namun, aku jangka hujan sampai ke petang, rupanya panas di tengah hari. Tak sangka, aku telah tawar hati dengan kelab memanah disebabkan _____(fill in the blanks)______. Maka, pada pertengahan tahun 2011, aku pun join da petanque club. Best ahh main petanque ni gak. Masa Form 1 dulu, aku dipaksa masuk acara sukaneka untuk setiap kelas, aku dipaksa main petanque. Tapi tak pergi main pon. Waktu dulu, bodoh2 kan. Aku tak tau petanque tu apa, aku dengan budak2 kelas 1A dulu pun sebut "petang".
Waktu Form 4 la baru tau sebut dia macam mana, main dia macam mana. Best ghila.
Namun, aku jangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Bulan 2 tahun 2012, aku dapat tau dari cikgu petanque yang aku kena tendang dari kelab petanque dan disuruh masuk kelab sukan lama -.- Menyirap darah aku. Atas arahan guru koku. Aku pun reda. Tapi aku malas nak pergi kelab memanah balik.
Dari itu, setiap kali perjumpaan sukan yang biasa diadakan tiap2 awal bulan, aku duduk bertempiaran. Di mana ada tempat duduk, di situ aku duduk. Ecececeh, melampau =.=
Takdeee, aku pergi lah merempat sorang2 sebab ada yang kena tendang dari kelab memanah, boleh join balik. Aku? Hampehh -.- Saket hati je weh.
Bulan 5 haritu, aku sipi2 mendapat sinaran baru. Aku pun tengok2 budak2 futsal main bola. Hmmm, teringat lak waktu Form 3, akhir tahun 2010 ada pertandingan futsal. Ngeeee. Tadi, aku duduk tepi padang. So, kalau cikgu2 lalu pun diaorang takkan recognize yang aku takde kelab. ekekeke
Tadi pulak, aku saja2 pakai baju sukan sebab kali terakhir budak Form 5 menjalani aktiviti kokurikulum. Hal ini kerana, mulai minggu depan semua budak Form 5 akan menjawab set2 soalan waktu Nilam, PJPK, PSK dan KOKU. Aku pun join da futsal, walaupun aku duduk kat astaka. Aku tengok lah kawan2 aku main futsal, at last diaorang datang kat aku, berborak2. LOOOL.
Si Atiqah tadi, kasi tau idea brilliant dia kat aku. Perghhhhh! Aku langsung terlupa idea brilliant nih walaupun aku selalu dan tiap2 tahun buat macam tuh! BHAHAHAHAHA. Serius aku lupa. Hilang sudaaaa satu masalah. Domo arigatou gozaimasu, Atiqah-chan!!!!!!! HAHAHAHA, bangga lah tu aku sebut nama kau kat sini?
Okay, lepas rehat ada waktu Mathematics.
Lepas tu, ada waktu BM. Best kot waktu BM tadi, ada drama sebabak cerpen Penanggungan Antologi Dirgahayu Bahasaku. Available in Malay and Mandarin Chinese Languange. Tamil Languange coming soooooon. HAHAHAHAH. Semua orang gelak gila2. Bising satu blok tuh agaknya dengan hilai tawa 5G.
Pahtu, dah habis waktu BM. Waktu Nilam pulak.
Tiba2 Cikgu Fatini datang, mengarahkan kitaorang angkat meja, kerusi dan semua barang2 kelas 5G, pindah ke 5B. Dia kata, dia cuma mengikut arahan. Aku mula2 macam blur ah. Amende yang berlaku? Rupa2nya, 5G dan 5B bertukar kelas. Mula2 aku macam, "Oooh, I see". Pikir2 balik, "Whaaaat?" Berpisah dengan 5F dan 5H. Oh no. Kalau ada soalan2 add maths yang tak leh jawab, nak mintak tolong sape? Praveena selalu masuk kelas kitaorang, boleh aku tanya2 soalan maths. But now? Kena naik bilik guru, tanya2 cikgu since kelas 5B dekat dengan bilik guru?
Ahhhh, aku harap benda ni tak berkekalan sampai SPM. Aku nak kelas aku balik lahhhhh.
Waktu tengah cabut2 kad manila semua, tengah seret2 kerusi meja pergi luar kelas, aku tiba2 teringat dialog aku dengan Fatihah dekat simpang pergi ke blok yang ada kelas 5A-5E, bilik guru, pejabat. Waktu tu kitaorang nak pergi naik tangga blok 5F-H.
Fatihah : Eh ehh, apa ikut aku nih. Pergi sana lahhh *sambil tolak aku masuk simpang*. Kelas kau bukan kat sini! Ehh, apa ni ikut2 orang lak.
Aku : Ahhh, biar lah~
Waktu aku teringat balik, aku tersentap gila. Masin gila mulut kau, Fatihahahahahahahaahhahaaaaaahhhhhhhhhhhh!
Rasa macam terkejut sebab tiba2 kena pindah, tinggalkan kelas yang kitaorang dah cat, yang kitaorang dah hias lawa2 belaka. Tinggalkan macam tu je?
Kelas 5H kosong, mungkin pergi makmal. Ingatkan nak say goodbye. Aku dengan Law Yee Boon pun pergi pinjam gunting untuk potong tali rafia kat langsir dari kelas 5F. Sebab gunting Hasyimah yang aku letak atas tembok tu, hilang. Bila tanya kelas 5B, diaorang buat2 tak tau =.= Aku pun sempat lah cakap kat pintu 5F, yang kitaorang nak pindah pergi kelas 5B. Semua orang pandang aku macam tak percaya. Muka masing2 terpinga2. HAHAHA. Aku sempat jerit, "Fatihahhhhhh, mulut kau masin gilaaaaaaaaaaaa!"
Tak kasi tau 5H lagi. Biarlahhh kalau aku nak heboh kat mana2 kelas yang 5G dah pindah rumah. Drastik sangat perubahan nih. Takpe, mungkin ada hikmah. Hmmm.
Kelas 5B luas, boleh tak ubah kedudukan meja? Sebab aku tak selesa gila aku duduk depan kelas. Muka aku tu kalau boleh nak tertekap dengan papan putih tuh =.=
Esok pagi nak kemas2 lagi. Tak habis kemas lagi.

Ahakzzzzz.
Credit goes to weheartit.com for the photoes.