Perghhh. Pagi tadi hebat betul daripada hari2 yang aku datang lambat. Bangun pukul 6.50am. Cisssss. Kalau bangun lambat camtu tapi tinggal kat asrama takpe la, ni tinggal kat luar. Lambat sikit, tutup pagar, tulis nama -.- Mengada2 lah nak tulis nama =.=
Datang sekolah lebih kurang pukul 7.20 pagi. Mula2, nampak pagar kecik tepi sekolah tu dah tutup. Sekarang biasa ikut situ, tapi hari ni, tutup. Plan nak gi pagar besar belakang. Takde pengawas. Pahtu nampak kawan2 ikut lubang kat sekitar situ, aku pun ikut. HOHOHO. Pahtu aku berlari-larian marathon pergi sana. Pahtu ada makcik kat satu tadika kat Taman Tunku Puan Chik tuh, dia kata "Cepat dik cepat, ada cikgu tu".
Aku cuak gila, takut cikgu disiplin ke hape. Dah lalu je lubang tu, syukur Alhamdulillah lah dapat jugak masuk sekolah pada hari ni! Pahtu mata aku melilau cari cikgu mana yang tengah tengok kan? Aku nampak cikgu2 ICT tercengang tapi muka dia macam muka nak marah.
Ahhh, ghasak ahh. Aku lalu lubang nak masuk sekolah, bukan nak ponteng keluar sekolah.
Aku buat dekk jalan pergi kelas baru aku, 5B.
Phewwwwwwwwwwww.
Pahtu ada cikgu2 nak masuk kelas nih, pahtu terkejut sebab semua muka2 lain. Pahtu diaorang tanya, "Kelas 5B mana?". Ekekekeke.
Tawakal je lahh. Dah bunyi loceng menandakan waktu balik tuh, Atiqah, Najwa, Fatihah, Farah menjelma kat bilik stor pekerja berdekatan dengan 5A.
Pahtu, Najwa kata kelas diaorang, 5H buat macam satu surat hantar kat Puan Mek, minta tandatangan2 pelajar 5H dengan cikgu2 5H supaya pindahkan kelas 5H ke 5A sebab kelas 5B bising SIKIIIIIIT. Tak tau lagi keputusan dia apa. Pahtu aku cakap kat Fatihah, "Weh suruh lah kelas kau lak hantar surat camtu kat Puan Mek". Semoga Allah mempermudahkan permohonan korang.
Pahtu, aku dengan Atiqah pun stayback untuk kelas tambahan Kimia, ulang kaji bab2 Form 4. Aku dah sampai kat lab dah nih, ada budak2 masuk lab guna pintu cikgu. Aku pun mintak la diaorang bukakan pintu lab. Pahtu banyak tanya lak dia, "Kelas apa?". Aku cakap, "Kelas kimia laaa" *buat nada sakit hati*. Pahtu, tanya tingkatan berapa lak. Pahtu aku pandang je muka budak tu lama2, pahtu aku jeling. Sakit hati betul. Orang dah la penat. Beg berat macam bawak batu sungai. Ni, nak loya buruk la pulak. Bukak je lah. Bukan lab kau punya pon! Nak je lempang2. Boleh lak tanya tingkatan berapa, biadab betol. Muka2 senior pun dah tak leh beza? Muka dah la muka hingusan, dah boleh kena kau ni junior. Tensen2 gila ayat aku nih. HAHAHAHA
Lepas tu, Cikgu Moo pun datang. Hmm. Cikgu Moo kata nak buat kelas tambahan dalam kelas lah, pahtu dia mintak cadangan aku dengan Atiqah. Aku pun on je, sebab kalau dalam lab, semua suara2 cikgu terbang keluar tingkap. Aku pun mengantuk ahh kalau macam tuh!
Dalam perjalanan pergi 5B, Syud terjerit2 dari tingkap asrama tanya, takde kelas ke? Aku cakap ada, kat 5B. Shiela baru datang pun follow aku, Atiqah dengan Cikgu Moo.
Mula2, 3 orang je ada. Pahtu cikgu suruh ambik paper sheets dulu. Pahtu dia kata, "Ini je yang hadir? Takpelah. Kita mula dulu".
Dalam kelas tadi ulang kaji Bab 3 - Chemical Formulae and Equations. Memang faham ahh. Pahtu Aiyen datang, Carol, Safwan, Asna, Syud, Laila. Last sekali Yong Xin. Datang 10 orang je. Memang betul cakap kawan baik aku *nama tak perlu disebut, yang pasti takde dalam senarai di atas*, "Kalau sikit je orang dalam kelas, lagi cepat faham". Cikgu Suzana pun selalu cakap macam tuh.

Nota ni bukan aku buat. Hakmilik FanPage sebuah komik. HEHEHE
Tak sangka, baru je belajar balik petang tadi, 3 jam kemudian ada nota nih kat fb.
Okay, kelas kimia nih diwajibkan hadir untuk pelajar2 yang gagal kimia. Aku kalau gagal ke tak, aku tetap akan hadir mana2 kelas tambahan sebab menuntut ilmu tu wajib dan fardhu ain.
Jadiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii, tak payah la nak rasa malu datang sebab kelas ni untuk orang2 yang fail je.
Dah pukul 5 tu, kami pun bersurai. Cikgu nak mintak senarai nama yang hadir. Thanks, Cikgu Moo sebab ajar balik bab form 4! Terima kasih sangat2 :')
Muka Cikgu Moo innocent sangat T_T Time aku belajar kimia, sayu2 je rasa T_____T
P/S : Sejak kebelakangan nih, malas nak banyak cakap dalam kelas. Sebab? Mengikut ilmu fizik yang aku belajar sejak darjah 4, sesuatu benda tu akan kurang kualitinya kalau guna banyak energy untuk benda yang tak penting. Contohnya, hair dryer. Kalau dia guna electrical energy yang banyak untuk keluarkan sound energy berbanding heat energy, maksudnya produk tu kurang bagus. *aku dah lupa ayat dalam BI* Konklusi, aku tak nak keluar banyak bunyi. Sebab aku nak guna tenaga untuk belajar. Bhahahahaha.