Kali ni, kiranya cerita sambungan kepada cerita tadi. Penat betul menaip. Okay2.
Perasan tak kenapa aku taip garu? Ok, nanti aku cerita.
Malam tadi, lebih kurang pukul 10pm. Aku telefon Cikgu Asliza, mula2 dia macam tengah recognizing suara aku sebab aku telefon pakai telefon rumah. Dia tanya, "Kenapa suara awak macam lain haa?". Aku pun terkedu sebab mungkin lepas jerit2 kat tapak perhimpunan kot =.=
"Kenapa? Sedap ke tak sedap?"
"Sedap sikit la. Dah matang kan, dah tua."
"Hahahaha~"
Dah jadi rutin tiap Hari Guru semenjak tahun lepas, aku telefon dia untuk tanya khabar. Walaupun aku takut takde topik untuk bercerita dengan dia. Tapi takpe! Sebab cikgu ni kalau cakap non stop sampai aku takde tempat untuk mencelah. Ekekekeke :D
Mula2 sekali. Dia tanya tengah exam ke? Dia tanya kenapa tak ambik aliran akaun? Kenapa tak tidur lagi? Pahtu dia tanya, "Kenapa fb takde gambar? Cikgu dah approve awak, lepas tu ingatkan nak tengok la apa perkembangan awak kan. Tengok2, takde gambar. Kosoooong je". Me, "Hahahaha, malas lah cikgu. Nanti lah lepas SPM ke".
Pahtu dia cerita yang dia ada anak umur 9 bulan. Adoiii, aku pun tak tau dia mengandung tahun lepas. Anak dia lahir bulan 8, anak saudara aku pulak bulan 9~ Ngehehehe :D
"Lepas SPM nanti nak masuk U mana?"
"UM in sha Allah"
"Cita2 awak nak jadi apa sebenarnya?"
"Engineer kot?"
"Besar cita2 tu. Awak tak boleh main2 tau"
"Yeeeee, cikgu"
Antara pesanan2 yang dia kasi ialah
Time belajar, belajar la betul2. Time main, main la betul2.
Pikir yang dekat. (fokuskan SPM, jgn pikir pasal U lagi)
Awak kena pandai bawa diri nanti di U.
Good luck untuk exam.
Nama anak dia Nur Khalishah *tak silap aku kalau telinga aku belum pekak lagi*
Pahtu, aku sempat texted Cikgu Akma, "Assalamualaikum. Selamat Hari Guru, cikgu~" sebab tak sempat jumpa kat sekolah sume cikgu busy main games =,=
Pagi tu, aku ucap selamat dekat Cikgu Zalilah yang first dekat koperasi sekolah sampai tersasul2. Pahtu Cikgu Fatini. Dan cikgu2 dekat koperasi tu. Ada ucap selamat kat Cikgu Suzana, pahtu dia peluk aku *bukan aku sorang je, orang lain gak*, dia kata "Dapatkan A dalam SPM". In sha Allah.
Waktu kat kantin tengah makan2 tadi, ada sorang budak nih dia nak wish kat cikgu dia, Cikgu Zaliza. Dia kata, "Selamat hari garu, cikgu". Bhahahaha. Terbelahak makan mi kari dengar dia cakap. Mentang2 lah ada pelajar hadiahkan kayu panjang yang untuk garu kat cikgu. Yang tak leh blah, ada gak yang kasi hadiah rotan kat cikgu. Kalau rotan tebal tu takde la perit, ni rotan runcing tuh. Perghh, kalau kena ingat 10 tahun.
Nak keluar dari kantin tuh, ucap selamat kan Cikgu Siti Zamrah, dia kata "Orang nak balik baru nak salam kan?". Hahahaha
Minta maaf cikgu2 sekalian yang mengajar saya sebab saya takde hadiah. Hehehehe XD Duit gaji saya belum masuk. Hahaha XD Sayang cikgu ketat2.
Terima kasih kerana mengajar saya, mendidik saya dan menegur sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!