Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

27 May 2012

Kenduri Kahwin Kami Yang Conquer *Siri 1*

Bismillahirrahmanirrahim,

Pagi2 sabtu tuh. Ada Program Imtiyaz. Mula2 kelas sejarah. Best gak la. Macam bengkel dekat sekolah berasrama penuh. Wohooooo.

Dalam bengkel tu, Najwa ada macam rasa tak puas hati sikit dengan sorang ahli group dia. Nama perempuan tuh A******, macam tu kot nama dia. Sebab? Najwa kan macam dah ada pengalaman buat nota sejarah nih sebab dia sekolah kat STJ tahun lepas. So, dia macam bagi idea nak buat nota. Yang A****** ni pulak, macam tak nak terima idea orang. Semua keje dia nak buat sorang. Orang lain ok je dengan idea Najwa, dia pulak tak nak kan. Pahtu semua nota2 dia lew yang buat. Najwa pun ok je kalau orang tak nak terima idea dia, ni A*****r tu nak buat2 muka lak, tarik2 muka macam ada orang lempar taik kat dia pulak. *lebih2 je idiom aku nih* bhahaha

Sehari sebelum hari terbuka sekolah lepas, aku ada konflik sikit rasa bengang dengan dia. Haritu hari Isnin, petang Isnin. Semua dah ahli2 Puteri Islam dah sampai. Dia dengan kawan2 dia belum sampai. Aku macam, be patient je lah kan. Dia dengan kumpulan dia kena buat menu dengan harga dia kan. Aku mintak diaorang tunggu sorang junior nih, sebab tulisan dia okay sikit. Yang si A****** nih berdialog, "Apa kata kita buat je sekarang nih? Cepat siap, cepat habis!". Pahtu aku berkeras nak junior tu, memandangkan dah lama dah aku tunggu si A****** tu datang, alang2 tuh tunggu sekali junior tu habis kelas. Pahtu si A****** tuh nak tarik2 muka lak. Sabar je lah. Sampai tahap aku dah tak leh tahan tengok kau nak tarik2 muka, aku herdik je kau nanti =.= Ngade2 lak nak tarik2 muka. Aku tunggu ngokngekngokngek ni takde nak tarik2 muka pun. Depan juniors weh, nak tarik muka buat pe. Malu la sikit, awak dah besar.

Aku macam, ek eleh kau. Dah la datang lambat, ada hati nak balik awal. Cara kau cakap tuh, macam aku lak datang lambat padahal aku dengan junior2 yang lain tunggu ngokngekngokngek kat gerai Puteri Islam tu. Pahtu buat dah la buruk. Bagi dia, janji siap, dah, balikk =.= Geram je aku lah. Nak tarik2 muka konooooooon. Lawa sangat lah kau tarik2 muka camtu? Kononnya nak tunjuk yang kau tensen lah dengan buat menu tuh?

Pahtu aku luahkan ketakpuasanhati kat Najwa. Dia buat bodoh je. Sekarang, hamik kau terkena batang hidung sendiri.

Haish.

Pahtu rehat, makan nasi lemak, ayam goreng, air sirap, kuih donat.

Pahtu sambung kelas fizik. Lemah longlai lepas makan nasi lemak. HAHAHA. Lepas habis kelas, lepak2 dulu kat bawah pokok. Aku dengan Najwa nampak A****** tuh. Pahtu Najwa bebel2, "Ada apa dengan As****r". Pahtu aku cakap, sesuai jadi tajuk novel. Bhahahaha

Ok dah habis tu, tumpang kereta Fatihah balik rumah. Pahtu Mak Fatihah kata dia nak pergi kenduri kahwin. Dekat dengan rumah Najwa je. So kita orang pun pergi jadi makcik2 kejap. Makan je lah kan.


Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.