Pages

Nak baca lagi? HEHE :D

16 May 2012

Hari Guru SMK Datuk Mansor 2012

Bismillahirrahmanirrahim,

Hohoho. Mengantuk betul pagi tadi. Maklumlah, tidur 2 jam je dari pukul 4 sampai pukul 6. Ni gara2 online lah nih! Kalau nak belajar tu, mengantuk je memanjang. Kalau online, takde istilah mengantuk dalam kamus hidup waktu tu. Bhahahaha.

Baiklah, pagi tadi aku dengan Atiqah sampai awal. Najwa, Hani dengan Fasihah datang lambat betul. Frust menonggeng betul kitaorang tunggu beliau2. Dah duduk dalam barisan tuh, Harizah offer makan askeghim gogheng (aiskrim goreng BHAHAHA XD) dia. Aku pun ok je ambik. Pahtu Diyana kasi warning, "Kalau nak makan tu hati2". Aku buat tak endah je sebab first time aku makan haritu, ok je.

Najwa tengah makan askeghim gogheng tu. Aku pun makan pulak kan. Mula2 ok je. Pahtu Najwa tegur, suruh tengok kat tudung aku. aku tengok la tudung pink aku tuh. Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh, sisa2 aiskrim goreng tu jatuh! Ugh. Aku dah down dah. Habih tudung aku. Bengong punya aiskrim. Aku dah tak tau nak buat pe. Rasa macam nak balik je, tukar tudung datang balik. Tapi sekolah kan tak boleh datang lambat. Ughhhh. Pahtu ajak Najwa pergi tandas, teman basuh tudung. Habih macam banjir dibuatnya. Igh, tensen2. Lama2 tu kering la jugak sebab panas gila duduk kat tapak perhimpunan tuh.

Sambutan Hari Guru dimulakan bila ada sorang perempuan menjerit2 dekat depan suruh orang duduk dalam line dan buat ruang kat tengah2 untuk cikgu2 lalu. Cikgu2 jalan dengan paluan kompang dan bunga mangga. Sangat meriah kot. Semua cikgu pakai baju warna ungu. Tema tahun ni la katakan. Tapi ada la 2-3 cikgu lari tema, pakai warna biru cair lak. Mereka disorak2 oleh murid2. Best gila. Aku jerit beria. Maklum lah, ini mungkin tahun terakhir kat sini. Pahtu nyanyi lagu Negaraku, Negeri Sembilan dengan Lagu Sekolah.

Pahtu ada la beberapa cikgu kena baca ucapan. Letih mendengarnya. Lepas tu, ada roket turun kat dawai, sepanjang dawai tu ada belon2. So, belon2 tu pun jatuh bila roket tu lalu. Pahtu, cikgu2 kena nyanyi lagu GURU MALAYSIA. Memang ni lah yang aku nanti2 sebab lagu ni sedap, pahtu jarang2 dengar. Setahun sekali je dapat dengar tu! Lepas tu ada lagu SATU MALAYSIA. Aku suruh semua lambai2 tangan waktu nyanyi. Pahtu sume buat, then ada la pulak orang nak tangkap2 gambar. Adoiiiiiiiiiiiii. Jadi hot stuff sebentar. LOL. Takde la, malas aku.

Pahtu ada tarian kebudayaan. Ada penari India, Cina dan Melayu. Semalam aku dengan Najwa nyanyi lagu Kosong. "Segala katakatakatakatakatakatakata". Ayat kata tu radio rosak yang Najwa buat. Pahtu aku cakap la, "Macam lagu yang orang India menyanyi time menari tu je. Katakatakatakata". Pahtu Atiqah dengan kitaorang tergelak sebab mula2 tak perasan, lepas aku cakap baru perasan. Pahtu tadi pulak, ada pulak lagu tu. Aku cakap kat Najwa, "Jom la jadi partner dia" sebab penari tu menari sorang je. Pahtu penari Cina menari tarian kipas, Melayu pulak tarian Inang. Berterabur Inang eh. Berlatih sebulan lebih, tu jeeee? Majlis diteruskan dengan persembahan Choral Speaking SMKDM.

Tahun ni, 2 orang cikgu je yang menyanyi iaitu Cikgu Kokila dengan Cikgu Suzana Zukri. Macam berterabur sikit sebab last minute. Cikgu Kokila baru semalam dapat tau kena menyanyi. Pahtu Cikgu Muzli kena jadi model kat depan tuh. Sebab lagu tuh lagu cinta. Eiuw.

Pahtu ada anugerah Cikgu Paling Popular. Wow~ Tempat ketiga dimenangi oleh Cikgu Zuraidah Ali. Kedua pulak, cikgu disiplin iaitu Cikgu Dharmalinggam a/l Manikam. Waktu Cikgu Dharma menang. Semua orang bersorak walaupun Cikgu Dharma tu garang gila. Pahtu lama jugak la bersorak. Sorakan yang lama tadi bagaikan bersetuju dengan keputusan tuh. Lamaaaaaa sangat bersorak dan memang best. Lepas tu Cikgu Dharma kata, "Terima kasih, terima kasih, terima kasih". Pahtu dia kata dia nak nyanyi satu lagu, tapi sebaris je, "Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa~ Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa~" Ahahaha, aku pun tau jugak lagu tuh~ Pahtu bersorak lagi walaupun tengah panas. Nombor satu pulak Cikgu Abbas. Kebanyakan form 6 yang pilih.

Lepas tu Cikgu Wong Sook Fun baca sajak yang dia buat sendiri.

Lebih kurang macam tuh, 9.45 pagi semua pergi kantin rehat. Cikgu2 pulak tukar baju sebab ada acara sukaneka. Diyana, Atiqah, Fasihah, Hani, Najwa dan aku pergi cari port. Kita orang pun pergi ke tempat bekas koperasi dulu. Hurm. Macam tu je lah, takde benda menarik pun. Rasa nak pengsan. LOL

Pahtu tengok cikgu2 main games dekat padang, baling belon berisi air la, bowling la, balut mumia pakai tisu. Si Ketua Pelajar beria nak arahkan budak form 5 perempuan je pergi padang tengok cikgu main. Last2, semua je pergi tak hiraukan dia. LOL. Pahtu ada junior2 menghalang pandangan kitaorang, jerit la apa lagi. Pahtu budak2 tuh tengok, buat tak hirau. Eiii, lempang kang. Waktu tu ada main bowling buah kelapa tua. Cikgu Yusof, cikgu sukan tuh dah mintak budak2 nih tepi, diaorang tak hiraukan jugak! Ghosahhh eh~ Last2, Cikgu Dharma datang, baru nak berganjak. Sakit hati tengok.

Game bowling tu pun bermula. Semua form6 susun botol mineral, kita andaikan dia tenpin lahh semenjak bowling kat Era Hotel ni dah tutup. Pahtu cikgu2 ni bukan main ganas dan menunjukkan perangai yang sebenar. Semua campak buah kelapa tu entah kemana, padahal botol air tuh kat depan je. Bhahahahaha. Meriah kitaorang gelak tadi =.= Cikgu Suzana lagi lak, dia lambung buah kelapa tuh. Macam nak bunuh orang dah aku tengok. HAHAHAHA. Lawak ahh. Tapi dia baling kena la jugak. At first dia try buat macam main bowling biasa, tapi tak sampai dekat botol air tu sebab padang kan? Lepas tuh, hambik kau dia lambung kelapa tuh tapi tak kena. Kali kedua tuh, dia dah susun strategi semua, dapat la jugak 1 botol.

Teruk gila game nih, menakutkan betul!! Serius aku cakap. Sebab cikgu2 lelaki nih main bowling tuh entah macam mana diaorang baling entah. Liar betul buah kelapa tu berlari. Sampai kena2 dekat pelajar yang tengok tuh. Bhahahahahaha!~ Pahtu aku cakap, "aku tengok macam dalam game angrybird pulak. Cikgu baling kelapa kat kita. Yang tu angrybird, ni angryteacher". Menakutkan gila. Sebab buah kelapa tuh dah la laju, kot terhantuk kepala ke apa ke. Bahaya. Pahtu ada satu group junior kat depan group kitaorang nih. Asyik kena dengan kelapa tu je. Group kitaorang sekali je buah kelapa tu datang. Tu pun perlahaaaaan je.

Ada sorang cikgu tu, dia nak baling dekat botol tu ke entah aku pun tak tau. Tapi dia lambung dekat group yang junior aku cakap tadi. Lawak gila. Boleh lak macam tuh hahaha. Serius lawak + awesome + menakutkan game nih. Cara kelapa tuh bergolek2 denga laju kena budah tuh memang takkan aku lupa! Aku pun tak tau apa yang jadi tenpin sebenarnya, pelajar ke botol air?

Dipendekkan cerita, kitaorang pun tukar port pergi kantin lak. Melantak keropok lekor la, jemput2 la, mi kari dan mi sup la. Macam kenduri dah kitaorang makan. Atiqah kata dia dah kenyang, dah kenyang. Tapi still lagi makan tuh. Aku tampar kang tau la HAHAHAHA XD

Aku ada beli jemput2. Pahtu aku beli lagi sampai licin kantin tuh. Kakak tu tanya, "Makan sorang ke?" Pahtu aku cakap, "Tak lahh, makan dengan kawan2 tuh". LOL~ Fasihah belanja kitaorang milo ais. Aku pergi order. "Nak milo ais 5 ye". Makcik dengan abang2 kat situ yang memang aku sakit hati tuh, buat muka tak percaya aku nak 5. Dalam hati berkata, "5 pun terkejut ke? =.=". Dia buat milo cair je =.= Abang tu cakap, "Manis tak? Kalau tak manis, tambah susu. Tapi susu dah habis pulak". Aku dengan kejamnya berkata, "Tak manis. Tadi tanya nak tambah susu ke tak, tapi cakap susu dah habis pulak?!?!?". Terkedu abang tuh LOL.

Takde la, dah la tengah panas2 nih diaorang tak bukak kipas langsong! Kau tau tak? Dah la ramai orang kat kantin tuh, of course la diaorang nak tempat berteduh yang sejuk. Kedekut sangat lahhhhhhhhhhhhhh orang kantin tahun nih! Air mahal je lebih, RM1.50 satu cawan. Semua dah RM7.50. Kalau sedap tu memang berbaloi la, ini dah la warna cair. Rasa milo pun sekejap timbul sekejap tenggelam. Ais tu, dia rasa macam nak letak penuh lagi daripada ketinggian cawan tuh. Come on lah wei, berniaga tu biar ikhlas. Milo tu, atiqah dah tak tau dah rasa milo ke rasa teh susu. Bagi aku la kan, tadi aku kata tak manis kan? Kenapa awal2 lagi, dari jug tuh, dia tak rasa air tuh manis ke tak? Dah dalam cawan tuh yang dia dah letak ais tuh jugak dia suruh aku rasa. Eiiiii. Dah tau susu takde, letak la gula sikit biar manis. Marah ni marah ni. Last sekali aku cakap, "Hurmmm. Takpelah". Kalau nak jadi pekerja buat minuman pun, buatlah minuman yang terbaik. Kalau nak jadi tukang sapu pun, buatlah sapuan yang terbaik.

Najwa memang hot tempered ah. Fasihah dia pergi letak air mata kucing yang beli dari kantin tuh yang manis sangat macam makan ibu gula tuh dalam air milo tuh. LOL. Rasa macam nak reject air tuh, mintak duit balik je. Dah nak habis makan tuh, aku susun pinggan. Semua kuah dah dicampurkan. Dengan air2 milo sekali aku campur dengan kuah keropok lekor lagi, dengan ais sekali. Sekali pandang macam kuah kari berais je. Bhahahah XD

Waktu dah bunyi loceng tuh, makcik2 kantin tuh halau kitaorang dengan ada senior 2 orang. Dia kata, "Acik nak sapu ni hhaaaaaa, acik ada temu janji pukul 1 nih. Copek la haaa". Najwa bengang je. Eiii, sabar je lah. Kantin dulu tu pun, lagi best, mesra pelanggan, dan LAMBAT TUTUP! Sekarang ni, nak balik awal je. Kebulur lah budak2 yang ada stayback semua. Bekerja biar ikhlas! Terima kasih la semua makcik2 kantin, abang2 buat air tuh sebab bagi hari yang terbaeeeek buat kitaorang.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya, orang asing ;)
Akhir kalam, saya menyusun 10 jari meminta maaf
sekiranya hati anda yang sangat sensitif itu terguris disebabkan blog saya.
***
Thank you so much for spending your time to read my blog, strangers ;)
Lastly, I do apologize if you were offended because of my blog.